TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (61) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (5) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (13) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (20) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (88) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (22) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (1) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (13) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (10) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (6) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (24) Tawassul (4) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 29 Jun 2015

Ziarah Guru Mursyid Tariqat Naqsyabandi Uwaisy (Hazrat Muhammad Ahsan Baig)

Assalamu'alaikum,

Dengan izin Allah, hamba berkesempatan berjumpa dengan Hazrat Muhammad Ahsan Baig, seorang Guru Mursyid dalam Tariqat Naqsyabandi Uwaisy dari Pakistan. Kisahnya bermula kira-kira setahun lepas, apabila seorang pelajar PhD dari Pakistan yang sedang belajar  di Malaysia menceritakan kepada hamba tentang beliau berbaiah dengan seorang Guru Mursyid dalam Tariqat Naqsyabandi Uwaisy. Hamba pun kata balik, "Why don't you invite me in that event".  Namun dalam hati hamba terdetik, "kalau ada rezeki dapatlah berjumpa".

Ikut perancangan Hazrat Muhammad Ahsan Baig, beliau tidak akan ke Malaysia pada tahun 2015. Beliau akan ke Indonesia, Bangladesh dan beberapa negara lain dalam misi dakwahnya dan mengembangkan ajaran Tariqat Tasawuf.  Takdir Allah SWT, rancangan beliau bertukar dan beliau ke Malaysia selama lebih kurang seminggu sekitar sebelum dan selepas Maulidur Rasul 1436H yang lalu. Hamba dimaklumkan oleh pelajar Pakistan itu tentang kehadirannya. Alhamdulillah, hamba berkesempatan ziarah beliau pada malam pertama dan dijemput menemuinya secara peribadi. Beliau memberikan syarat perlu datang minimum tiga kali jika ingin berbaiah.

Lokasi jemaah ini terletak di sebuah rumah corner lot, bersebelahan dengan Masjid Tabligh di Seri Petaling.  Rumah ini dimiliki oleh seorang Pakistan yang memiliki status Pemastautin Tetap di Malaysia.  Alhamdulillah, hamba dapat pergi tiga kali dengan dibawa oleh pelajar Pakistan ini. Alhamdulillah juga, hamba dapat berbaiah dengan Hazrat Muhammad Ahsan Baig pada 13 Rabiulawal 1436 yang lalu. Guru beliau meninggalkan dua mursyid iaitu beliau dan seorang lagi Hazrat Syed Bunyat Hussain Naqvi.

Amalan Tariqat Naqsyabandi Uwaisy ini tidaklah nampak berat sangat kalau kita berhajat. Memandangkan induknya 'Naqsyabandi', maka tujuh maqam lataif memang ada. Zikirnya adalah zikir nafas, "Allah" dan "Hu" semasa tarik dan hembus nafas yang ditujukan pada tujuh maqam Lataif.  Dalam 20-30 minit beramal di Markas tersebut. Waktu beramal adalah waktu Subuh dan Waktu Maghrib, sama dengan "Tariqat Induk" hamba. Hamba sendiri belumlah dapat beramal 20-30 minit, cuma yang penting adalah istiqamah dalam beramal. Selamat beramal. Wassalam.








Khamis, 25 Jun 2015

Taman Negara Johor Tanjung Piai, Johor DT. (Tanjung Piai National Park)

Assalamu'alaikum,

Selamat bersua kembali setelah lama hamba menyepi. Hamba memang sibuk semenjak dua menjak ini. Alhamdulillah, hamba pun baru balik dari mengerjakan umrah semasa cuti sekolah yang lalu. Sepertimana dijanjikan, posting ini berkaitan Taman Negara Johor (TNJ) Tanjung Piai. NI masih kisah Disember 2014. Menarik Taman Negara Johor ini, ada masa lalu ke sini, singgah-singgahlah. Back to Nature!  Biasalah ada sedikit bayaran untuk masuk, dan antara tarikan utama adalah Kawasan Paling Selatan Benua Asia... Cenderahati masih kurang, TNJ kena proaktif bab ini. Kalau merentasi garisan Khatulistiwa di Pontianak, ada Sijil lagi untuk siapa yang lalu di situ. Kalau waktu hamba di England, Land's End (Land's End -sumber: wikipedia : CornishPenn an Wlas or Pedn an Wlas)[1] is a headland and holiday complex in western Cornwall, England. It is themost westerly point of mainland Cornwall and England, is within the Penwith peninsula and is about eight miles (13 km) west-south-west of Penzance at the starting and finishing point of the A30 road.[2]antara destinasi popular sebagai Tanah terhujung sebelah barat di Pulau GB.  Masih banyak boleh dilakukan untuk mempopularkan destinasi ini antaranya :
  • Tambah jenis dan kepelbagaian cenderahati ttg TNJ Tanjung Piai dari segi pinggan, fridge magnet, butang, key-chain.
  • Buat Sijil utk siapa yang berminat sebagai 'tanda' sampai ke Kawasan Paling Selatan Benua Asia (Kena bayar)
  • Tambah kemudahan untuk pelancong
  • Tambah gerai untuk pengunjung
  • Tambah pakej lawatan/aktiviti di samping yang sedia ada.
  • Promosi dan maklumat di Internet amat kurang tentang TNJ Tanjung Piai. Perlu tambah info. 


Apa-apapun, hamba sekeluarga ceria dan gembira sampai ke sini. Wassalam.






 Kita akan melalui Hutan Paya Bakau


 Ada anak ketam di situ


 Hutan Paya Bakau penting dalam menahan pantai dan daratan dari hakisan

 Radar MKN dalam posting sebelumnya

 INi kiranya sebagai klimaks jika sampai ke sini



 Pulau milik Malaysia, Pulau Kukup rasanya





 Ada 'Liverpool' di sini...he3...
 Elok maklumat ini sebab hutan ada macam2 binatang berbisa...

 Pondok atas 






 Untuk panggilan alam






 Ada Tayangan Dokumentari secara percuma





Selamat Tinggal....



Taman Negara Johor Tanjung Piai yang terletak di berhampiran Tanjung Piai di mukim Serkat, daerah PontianJohor merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia menyimpan pelbagai khazanah berharga alam semulajadi yang kaya dengan hutan, hidupan paya bakau serta flora dan fauna. Dengan keluasan 926 hektar, Taman Negara Tanjung Piai menempatkan mercu tanda daratan penghujung di benua Asia, iaitu peta dunia yang dibina atas sebuah pelantar menghadap Selat Melaka. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Negara_Tanjung_Piai)