Assalamu'alaikum,
Seminggu selepas ziarah makam Guru Mursyid, pada 8 Zulkaedah 1431 bersamaan 16 Oktober 2010, hari Sabtu, dengan izin-NYA, hamba telah selamat sampai ke Makam Tuan Tulis buat sekian kalinya. Alhamdulillah, kali ini pintu makam tidak dikunci dan hamba dapat berada di dalam makam dan menyelesaikan urusan-urusan yang patut.
Makam Tuan Tulis dari luar
Gambar-gambar di dalam kawasan makam
Sila baca peringatan di atas agar kesucian Islam itu dapat kita sama-sama pelihara
Antara kisah Tuan Tulis yang dinukilkan
Masjid Tuan Tulis di mana terletaknya Makam Tuan Tulis...
Tun Tulis atau Tuan Tulis adalah gelaran kepada seorang ulama Negeri Sembilan yang bernama Haji Ismail Bin Hussein. Beliau berasal dari Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 1840an dan meninggal dunia pada tahun 1923. Tun Tulis adalah seorang anak muda yang miskin tetapi penuh semangat untuk menuntut ilmu agama. Kerana kemiskinannya, beliau tidak mampu untuk membeli buku. Oleh itu, beliau meminjam buku dari rakan-rakannya dan menyalin buku itu dengan tulisannya sendiri. Dari situ rakan-rakannya mengelarkannya dengan gelaran Ismail Tulis. Selepas perguruannya, beliau tidak henti-henti menulis kitab sehinggalah orang kampung menggelarkannya Tuan Tulis. Selepas beliau meninggal dunia, Yang Dipertuan besar Negeri Sembilan mentitahkan agar dibina bangunan di makam Tun Tulis dan bangunan tersebut kekal hingga ke hari ini. (dipetik dari http://www.mdkp.gov.my/web/guest/makam).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan