Alhamdulillah, 23 Oktober 2010, isteri dan anak bersolat Zohor di sini, sedangkan hamba 'telah selesai' semasa di makam tadi. Ini Masjid Sikamat, agak besar masjid ini...
Terdapat beberapa buah penginapan kakitangan masjid dalam masjid ini...
Masjid Kariah Sikamat telah mula beroperasi pada 10 Zulhijjah 1425 H bersamaan Disember 2003 Masihi.
Ditadbir oleh Jawatankuasa yang telah dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Kedudukan Masjid adalah dikelilingi oleh 20 taman-taman perumahan di mana majoritinya adalah penduduk beragama Islam. Lokasinya pula terletak di atas tanah bekas kebun sayur masyarakat cina sejak sebelum merdeka lagi dan kemudiannya dinaik taraf sebagai DUN Sikamat, bersebelahan Klinik Desa Sikamat dan bakal bersebelahan pula dengan Balai Polis Sikamat Seremban yang akan dibina dalam tempoh terdekat. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,500 orang jemaah dalam satu-satu masa. (Rujuk laman sesawang masjid ini http://www.sikamat.masjidnegerisembilan.com/)
Ini masjid kedua selepas Masjid Lama Jemapoh dalam satu urusan penting yang tiada tahu penghujungnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan