TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Sabtu, 7 Mei 2011

Sesungguhnya Aku Masih Terlalu Jauh...

Assalamu'alaikum,

Sedangkan DIA maha pemurah dan maha pengasih lagi maha penyayang, sedangkan aku masih mengasihani dan menyayangi yang lain dari-NYA...

Sedangkan mendapat dan memperoleh cinta kepada-NYA itu tiada setara dengan apa yang ada di dunia ini, sedangkan aku masih dilalaikan dengan mencintai selain-NYA...

Sedangkan berkuasa, berkehendak, hidup, berilmu, melihat, mendengar dan berkata2 Aku semuanya daripada DIA, sedangkan Aku masih tidak mampu mensyukurinya...

Sedangkan berkuasa, berkehendak, hidup, berilmu, melihat, mendengar dan berkata2 Aku semuanya daripada DIA, sedangkan Aku masih mensia-siakan rahmat-NYA...

Sedangkan berkuasa, berkehendak, hidup, berilmu, melihat, mendengar dan berkata2 Aku semuanya daripada DIA, sedangkan Aku masih tidak menggunakannya untuk mendapatkan keredhaan-NYA...

Sedangkan hidupku ini untuk mengenali asal-usul dan kembali kepada-NYA, aku masih belum kembali sepenuhnya kepada-NYA...

Sedangkan ilmu itu semuanya milik DIA, sedangkan Aku berusaha berbangga dengannya ...

Sedangkan kekuasaan itu hak mutlak DIA, sedangkan Aku sibuk mengakui akan memilikinya...

Sedangkan berkehendak itu sifat DIA, sedangkan Aku memilih dan mencari yang bukan dalam kehendak-NYA...

Sedangkan penglihatanku itu daripada DIA, sedangkan Aku masih mengotori penglihatanku dengan melihat perkara-perkara yang menjauhkan redha-NYA...

Sedangkan pendengaranku itu daripada DIA, sedangkan Aku masih merosakkan pendengaranku dengan mendengar perkara-perkara yang tidak diredhai-NYA...

Sedangkan  kata-kata itu anugerah daripada DIA, sedangkan Aku masih berkata-kata perkara yang sia-sia dan mendatangkan dosa...

Sedangkan rahmat-NYA melimpah-ruah, sedangkan Aku masih terbuat-buat perkara yang mendatangkan murka-NYA...

Sedangkan kecintaan-NYA kepada kekasih-NYA itu suatu yang tidak dapat dibahasakan, sedangkan Aku masih menyibukkan diri dengan mendapatkan kecintaan daripada yang bersifat baharu...

Sedangkan  DIA maha mendengar rintihan dan rayuan hamba-NYA, sedangkan aku masih memperhambakan diriku kepada nafsuku...

Sedangkan DIA maha melihat akan segala lakuan dan perbuatanku, sedangkan Aku masih terlupa bahawa segala gerak dan diam diriku itu dalam pemerhatian-NYA...

Sedangkan DIA amat dekat dengan kita, sedangkan Aku sengaja tidak mendekati dan menghampiri-NYA...

Sedangkan anak dan isteri itu satu ujian dari-NYA, sedangkan Aku belum dapat menjadikan kedua-duanya pemangkin perjalanan Aku kepada-MU...

Sedangkan hati orang mukmin itu Istana DIA, sedangkan hatiku istana dunia...

Sedangkan orang mukmin melihat dengan Nur Allah, sedangkan Aku melihat dengan hawa-nafsuku...

Sedangkan dalam masa itu manusia beroleh  keuntungan daripada-NYA, sedangkan aku beroleh kerugian kerana selalu mensia-siakannya...

Sedangkan dalam nafas yang keluar dan masuk ada ilmu DIA, sedangkan aku masih mengisi nafasku dengan lupa dan lalai kepada-NYA...
Sedangkan pada DIA ada segalanya, sedangkan Aku masih menyibukkan diri mencari selain-NYA...

Ya Allah, Ya Tuhanku, ampunkan diriku yang banyak noda dan dosa kepada-MU...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan