TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 15 April 2011

Tasawuf Dan Antara Natijahnya

Assalamu'alaikum,


Hamba ni mengaji agama tak tinggi, takat orang kata 'boleh baca, ngaji Al-Quran saja'...Begitu dengan ilmu tasawuf, tak pernah buka dan tadah kitab dengan ulamak2 tasawuf, tok-tok guru.  Dengan guru mursyid hamba, beliau 'tak pakai kitab'.   Tapi hampir 6 tahun bersamanya, boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali hamba akan menziarahinya, bermalam sekurang2nya semalam dalam setiap ziarah. Rutin ziarah kalau malamnya adalah lepas solat Isyak, makan malam, selepas makan malam, 'hamba tadah ilmu' dengan beliau sampai 1-3 pagi. Kemudian  hamba tidur sekejap sebelum bangun solat Subuh (guru tidur 2-3 jam saja sebelum bangun solat Tahajud). Lepas sarapan pagi, 'hamba tadah ilmu' sampai solat Zohor. Selepas solat Zohor, makan tengahari, lepas tu ' hamba tadah ilmu' lagi dengan beliau sampai Solat Asar. Lepas solat Asar, minum petang dan kemudian 'tadah ilmu' sampai berhenti untuk mandi dll dan solat Maghrib. Begitulah rutinnya...



Dari segi amalan, hamba ni ada beramal sikit-sikit zikir khafi, natijah dari  berbaiah dan bertariqat dengan guru-guru yang hamba kasihi. Natijah dari beramal yg sedikit ini amat besar kesannya. Kalau dahulu, dulu2, dlm 19-20 tahun dahulu, hamba agak kuat dalam 'berpolitik', ikut cerita politik, baca buku-buku politik, bincang hal ehwal politik, maklumlah, ada darah keturunan hamba dalam kalangan orang politik. Pernah jadi pengkagum orang politik, penyokong orang politik, peminat tok2 guru,  dan 1001 hal keadaan orang yang suka tentang politik semasa, politik negara.

Namun, itu semua berubah apabila hamba istiqamah dalam tasawuf. Tasawuf telah mengubah hamba, dari orang kuat politik kepada orang tidak berpolitik.  Daripada peminat, penyokong setia, pengkagum orang2 politik dari kedua-dua belah pihak (pemerintah dan pembangkang), hamba tak minat langsung kat mereka2 ini. Daripada hanya mempertahankan 1 pihak sahaja kepada mempertahankan kebenaran, tidak kira mana pihaknya, daripada mencari kesalahan 1 pihak sahaja kepada melihat kesalahan pelbagai pihak. Daripada fanatik menjadi sederhana, daripada sempit pemikiran kepada berlapang dada, daripada cintakan keduniaan kepada mencari jalan kematian...hasilnya  tentang politik hamba dah karang dalam tajuk tasawuf dan politik. Sebenarnya  tajuk ni hamba dah karang dulu, tapi kemudiannya hamba dapati tajuk tasawuf dan politik lebih kuat nalurinya untuk disiapkan, maka hamba siapkan tajuk itu dahulu...


Menyelami tasawuf sebenarnya semakin mendekatkan kita dengan Allah, semakin mendekatkan kita dengan tak tahu. Banyak rahsia-Nya yang kita tidak dapat fahami kenapa dan mengapa, tidak logik dek akal dan ilmu biasa2. Sifat harus-Nya maha luas. Mengapa diangkat seorang yang 'pelik' sebagai kekasih-Nya tidak dapat kita fahami dengan logik akal. Kenapa seorang kaya, di kawasan kediaman elit contohnya dibukakan hijab dan menjadi seorang yang amat patuh, itu semua rahmat Allah. Mengapa orang yang tidak dipedulikan orang lain dan dianggap tiga suku adalah seorang yang hampir disisi-Nya, hanya DIA yang lebih mengetahui. Itulah dunia tasawuf, semakin kita tahu, maka semakin kita tidak tahu.

Tasawuf membolehkan hamba tidak terlalu obses dengan dunia ini, berpada-pada dalam mencari habuan dunia, berlebih-lebihan dalam mencari habuan akhirat. Tasawuf membolehkan hamba tidak risau dengan banyaknya rezeki, kerana yang lebih penting adalah berkatnya rezeki yang kita cari. Tasawuf  membetulkan hala tuju kehidupan kita di dunia ini. Kalau sebelum beramal, umumnya kita macam orang lain, sibukkan dunia dan sibukkan akhirat di waktu tua agaknyalah. Realitinya itu faham yang salah, maut boleh menjemput kita bila-bila masa.

Panjang lagi nak karang ni, tapi ini sebagai mukadimahnya. Ia adalah pengalaman diri sendiri, pengalaman hamba sendiri yg baru 17-18 tahun dalam dunia tasawuf. Lain orang, lain amalnya, lain dapatannya, lain bahagiannya, lain kurnian-Nya... Kalau pembaca ingin  menempuhinya, ingin merasainya, maka tiada jalan lain melainkan berguru dengan guru tasawuf  yang mursyid dan beramal dengan  amal tasawuf.  Yakinlah dengan diri sendiri bahawa ilmu tasawuf bukanlah terkhusus untuk manusia tertentu. Sebahagian ulamak me'wajibkan' orang awam untuk mempelajari tasawuf (tasawuf dianggap sebagai sebahagian daripada Fardhu Ain)  sekurang-kurangnya untuk mengenal dan mengelak/membuang sifat-sifat mazmumah/terkeji dan menzahirkan sifat-sifat terpuji. Sebagaimana anda pernah terbaca orang yang berkahwin lewat akan kata 'ruginya aku tak kahwin awal', maka begitulah bagi pembaca yang belum bertariqat tasawuf...Setelah anda belajar dan beramal dengan tariqat tasawuf, ....Anda akan berkata 'ruginya aku tidak bertariqat tasawuf dari dulu', 'kenapa la aku tunggu usia tua baru nak ambil tariqat', 'kenapa aku takut sangat dengan tariqat tasawuf' dan sebagainya...


Ingatlah bahawa 1001 masalah di dunia ini berpunca dari penyakit hati.  Carilah ubatnya dalam tariqat tasawuf yang muktabar. Carilah gurunya yang masih ramai di bumi bertuah ini. Bacalah, pelajarilah dalam kitab2 apa kata Imam Mazhab yang empat tentang tasawuf dan apa ertinya pada diri mereka , apa natijahnya apabila mereka mengamalkan tasawuf. Kajilah sejarah Imam Ghazali r.a. dan berbezanya beliau sesudah mengamalkan tasawuf. Hamba mendoakan para pembaca setia diberi rahmat Allah Taala yang melimpah-limpah dan bagi yang belum menempuhi jalan tariqat tasawuf yang indah ini, hamba mendoakan agar anda semua diberi petunjuk-Nya yang jelas, terang dan nyata tentang keindahan, kehalusan, kepentingan tariqat tasawuf.


wassalam.
Jangan kamu minta mengetahui perancangan dan ketentuan Ilahi, kelak kamu akan lebih banyak memohon diubah perancangan dan ketentuan-Nya itu...sedangkan berubah perancangan dan ketentuan yang asal akan lebih kamu sesali jika kamu mengetahui...

6 ulasan:

  1. Salam tuan
    Artikel2 tuan tersangat bererti bagi hamba
    Doakn hamba agar dpt berserta org2 yg lebih mengetahui...

    BalasPadam
  2. Anon 1204am....semoga tuan hamba sentiasa dalam rahmat Allah. Semoga tuan hamba sentiasa berdamping dengan mereka yg hampir dgn Allah...jika belum, hampirkanlah diri dengan mereka yg hampir dgn Allah, kelak tuan hamba akan hampir dgn Allah, moga2...

    BalasPadam
  3. Ameen Ya Rabb
    trima kasih atas doa tuan.
    masih ada lg hamba Allah yg berhati mulia...

    BalasPadam
  4. Anon 8.25 pm...memuji kebanyakannya merosakkan manusia, termasuk hamba ni yg banyak maksiat dan dosa kpd-Nya...:-(

    BalasPadam
  5. salam... benarkah ilmu tasawwuf ini membolehkan seseorg utk tdak perlu bersolat 5 waktu?

    BalasPadam
  6. Salam EReen, Tidak benar sama sekali kenyataan itu. Ilmu tasawuf membolehkan kita menambahbaik solat wajib dan solat sunat kita, membolehkan kita semakin dekat dengan Allah. Ilmu tasawuf akan membolehkan kita memperbaiki segala kerja2 syariat yg wajib dan menambah kerja2 syariat yg sunat. malah ilmu tasawuf membolehkan kita meninggalkan perkara2 yg haram, serta semakin mengurangkan perkara2 makruh dan meninggalkannya sama sekali. Tidak sesekali ilmu tasawuf menyebabkan kita meninggalkan syariat malah sebenarnya ilmu tasawuf menyebabkan kita tidak meninggalkan segala yg wajib dan memperbanyakkan segala yg sunat. Kalau ada yg seperti saudara katakan itu, itu bukan ilmu tasawuf, itu ilmu yg salah. Berhati2lah dalam mencari ilmu tasawuf.

    BalasPadam