TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 12 April 2011

Tasawuf dan Politik

Assalamu'alaikum,

Ahli tasawuf tidak mendengar 'dengar-cakap'/'hearsay', berita dalam surat khabar, gosip-gosip internet dan sebagainya...Mereka berpandukan hukum Allah dan jika inginkan kepastian, mereka memohon petunjuk daripada Sang Maha Mengetahui....
Ahli tasawuf tidak mempertahankan pemimpin dengan 1001 alasan jika pemimpin bersalah sebaliknya mencari jalan menegur, menasihati, memperbaiki pemimpin itu
Ahli tasawuf tidak fanatik, tidak taksub dengan pemimpin, mereka hanya fanatik, taksub dengan Allah dan Rasul
Dan berapa banyak rahsia-rahsia pemimpin politik yg diketahui oleh ahli tasawuf  hakiki tetapi mereka tidak hebahkannya kerana itu rahsia dari Allah...
Ahli tasawuf mampu melihat titik-titik yg terang dalam kegelapan dan titik-titik yg gelap dalam terang...Maksudnya mereka mampu melihat kebaikan-kebaikan dan mereka yang hak dalam parti yang 'kelihatan gelap' dengan 1001 masalah dan mereka mampu melihat keburukan-keburukan dan mereka yang batil dalam parti yang 'kelihatan cerah' tanpa masalah.
Ahli tasawuf yg hakiki melihat sesuatu dalam perpektif 'perbuatan Allah', dan ini sukar dimengerti oleh ahli tasawuf biasa, apatah lagi orang awam...Mereka tidak 'masuk campur' dalam sesuatu isu tanpa 'izin atau perintah dari-Nya'...
Ahli tasawuf seharusnya menjaga kelakuan, perbuatan dan kata-kata mereka jika ingin melibatkan diri dengan politik...Dan tidak mustahil ahli tasawuf hakiki melibatkan diri dengan politik jika itu kehendak-Nya...
Jika ahli tasawuf hakiki diminta memilih, mereka tidak memilih sendiri; mereka memilih, tidak memilih atau tidak masuk campur berdasarkan petunjuk-Nya dan perintah-Nya dan petunjuk dan perintah-Nya ini harus berbeza atas sifat maha bijaksana DIA...
Tidak sewajarnya ahli tasawuf hakiki tidak mampu melihat kelemahan seseorang pemimpin kerana pemimpin itu masih makhluk, ada cacat-celanya...Maksudnya tidak akan dibela seseorang pemimpin itu seperti 'dewa', tiada cacat cela...jika ini terjadi, maka masih banyak musuh tersembunyi dan musuh yang batin yang belum ditempuhinya dan dikenalinya.
Cuma kelemahan dan cacat-cela seseorang itu yang diketahui ahli tasawuf  itu bukan untuk dikongsikan dengan orang awam....
Harus 'ditunjuki-Nya' atau diperintahkan-Nya seorang ahli tasawuf hakiki mendoakan seorang pemimpin yang zahirnya kelihatan 'teruk' di pandangan masyarakat. Natijah doanya hanya DIA yang tahu...
Seseorang yang bergelumang dengan politik dan kemudiannya mengamalkan tasawuf harus dapat melihat kebaikan dan keburukan dalam parti politiknya dan  juga parti lawannya...Jika ia masih terpengaruh dengan ideologi dan amalan parti politiknya dalam menetapkan sesuatu, maka natijah tasawuf itu belum meresap ke dalam darah-dagingnya dan seluruh tubuh-badannya...
Kebanyakan doa ahli tasawuf hakiki dan makrifah adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan masyarakat umumnya, 'tanpa doa-doa mereka, Tanah Melayu ini sudah jadi entah apa-apa'...
Ahli tasawuf hakiki menerima kunjungan dan ziarah sesiapa sahaja, dari pemerintah mahupun pembangkang mahupun tidak berparti...mereka arif, memutuskan silaturrahim adalah salah satu dosa besar dan seumpama memutuskan rahmat Ilahi...
Ahli tasawuf hakiki tidak mengajak orang awam fanatik dan taksub kepada parti politik tetapi mengajak manusia menegakkan kebenaran walau siapa yang membawanya dan menolak kebatilan walau siapa yang melakukannya...
wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan