TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Rabu, 17 Julai 2013

Berubahlah kita sedikit demi sedikit sempena Ramadhan ini

Assalamu'alaikum,

Telah 7 hari Ramadhan berlalu pergi. Adakah kita masih bersuka-ria dengan Bazar Ramadhan? Hamba tidak menafikan, ada perlunya Ramadhan ini bagi suami-isteri yang bekerja. Namun, jadinya ke lain pula. Bazar Ramadhan bukan untuk membeli keperluan berbuka puasa, tetapi untuk berbelanja sakan, beli macam-macam jenis makanan, yang akhirnya membazir saja. Hamba, Alhamdulillah, ini tahun ketiga hamba sekeluarga tidak ke Bazar Ramadhan. Tahun lepas ada 1-2 kali kami pergi ke Bazar Ramadhan, itupun beli sedikit kuih untuk meraikan tetamu yang datang berbuka puasa di rumah kami. Tahun ini pun sama, hamba izinkan isteri ke Bazar Ramadhan untuk beli juadah tambahan jika ada tetamu yang datang. Islam menyuruh memuliakan tetamu. Jadi, tidak salahnya memuliakan tetamu dengan juadah yang sederhana.  Hamba sekeluarga sendiri, sebab isteri suri rumah sepenuh masa, maka kami berbuka puasa dengan apa yang dimasak oleh isteri sahaja.  Hamba tak ada masalah untuk berbuka puasa dengan terus makan berat (makan nasi) atau menu ringan. Tiada lauk-pauk istimewa sempena berbuka puasa. Hanya nasi putih dengan lauk-pauk biasa, kekadang ada mee goreng dan lain-lain yang dimasak sendiri. Kalau ada menu selain nasi, nasi akan dimakan selepas solat Terawih.  Kalau kita hendak mendidik anak-anak dengan kesederhanaan, mulakan dengan diri sendiri, mulakan dalam berbuka puasa itu sendiri. Memang mula-mula macam sukar, silap-silap anak-anak ingat Abah dia kedekut pula, tapi untuk kebaikan mereka, kita kena mulakan dan tnjukkan contoh. Insya-Allah apabila mereka besar nanti, mereka akan faham dan bersyukur.

Puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Agaknya, kalaulah Puasa Ramadhan ini tidak diwajibkan, umat Islam  berpeluang  atau tidak 'melawan dengan nafsu mereka'.  Puasa merupakan senjata utama dalam berjihad memerangi hawa nafsu. Dan diwajibkan berpuasa Ramadhan itu dalam 29-30 hari, lama tu. Maksudnya kalau ada nafsu pelik-pelik tu, lepas Puasa Ramadhan, boleh ditinggalkan. Kalau dok merokok lagi, lepas Puasa Ramadhan, moga-moga boleh ditinggalkan.  Puasa Ramadhan mengingatkan kita tentang nikmatnya apabila berbuka. Jika kita tidak pernah berlapar, kita tidak akan tahu nikmat makan apabila lapar sebagaimana diajarkan Nabi SAW.  Sebab itu, semasa berpuasa, apabila hendak berbuka, kita tidak sabar 'untuk merasai nikmat berbuka puasa' itu. Ini membawa kepada kita berbelanja mewah dan membazir kerana ingin menurut hawa nafsu ketika berbuka.....mengikut hawa nafsu? Sedangkan berpuasa itu untuk mendidik kita menentang hawa nafsu.....Jadinya kita berjaya katakan 13-14 jam melawan hawa nafsu makan dan minum, kemudia kita kalah semula akibat berbelanja mewah semasa berbuka puasa....jadinya, apa yang kita dapat dalam puasa itu? Lawan nafsu, lepas itu, ikut nafsu, esoknya lawan nafsu, kemudian ikut nafsu....tak ke mana kita kalau begini, maka sebab itulah ramainya orang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga.

Masalahnya, dapatkah kita mencapai hakikat puasa itu? Tadi, kita memperihalkan tentang makan-minum. Bagaimana pula dengan ibadat? Dalam sebulan Ramadhan itu, banyak rahmat Allah kurniakan untuk menggalakkan kita mengerjakan perkara-perkara sunat. Baca Al-Quran sampai boleh khatam dalam satu bulan. Tambah pelbagai solat sunat seperti Terawikh yang didirikan 8 rakaat atau 20 rakaat. Waktu bulan ini kita tambahkah sedekah kepada faqir miskin. Ramadhan juga kita tambah pelbagai amalan kita. Habis Ramadhan, kekal samakah atau kembali amalan-amalan kita seperti sebelum Ramadhan? Memang tidak salah untuk menambah amalan di bulan Ramadhan sebab itu juga dibuat oleh Nabi SAW, tetapi pada majoriti umat Islam, apakah tarbiyyah Allah kepada mereka dalam bulan Ramadhan ini?  Tidak adakah perbezaan amal-ibadat mereka selepas Ramadhan? Umumnya, hamba katakan kita 'ambil insentif' Ramadhan, habis Ramadhan kita kembali seperti sedia kala. Ada insentif kita buat, tak ada insentif kita tak buat, ikhlaskah kita?  Ada masalah, kita ingat Allah, kita mohon pertolongan Allah, bila tak ada masalah, kita tidak ingat Allah, tidak bersyukur atas segala nikmat-NYA...macam mana tu???

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ (Al-Baqarah : 45)  
Waista’inu bials-sabri waals-salatih
. "And seek you help (from Allah) through patience and prayer; and most surely it is a hard thing, save upon the humble,"

Alhamdulillah, hamba bersyukur ke hadrat Allah kerana dapat berpuasa di UK sekarang walaupun keseorangan. Dahulunya, semasa 2006-2010, dapat juga puasa di UK, tetapi tidak panjang sehingga 18 jam, dapat bersama isteri dan anak-anak ketika berpuasa, lain suasananya.  Terasa 'tarbiyyah Allah' yang hebat selepas ditarbiyyah-NYA dalam urusan kerja di Bangladesh sebelumnya.  Waktu berbuka puasa sehingga imsak hanya sekitar 6 jam, dalam 6 jam ini, nak makan nasi sepinggan lagi pun tak boleh sebab perut kenyang lagi. Alhamdulillah, hamba bersyukur kerana dapat berbuka puasa, dengan tamar, tanpa air panas, tanpa teh atau kopi, tanpa nasi campur di Malaysia, cuma bertukar-tukar menu antara ayam goreng Pakistan, kebab, burger Pakistan, dan nasi briyani. Nasi briyaninya pula satu jenis sahaja....Jemu? Jemu juga tapi Allah suruh kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan-NYA dan kita wajib bersyukur. Bayangkan mereka di negara lain yang tiada apa-apa untuk berbuka puasa kecuali sebuku roti kecl, ataupun hanya segelas air...Hamba teringat keluarga Orang Padang yang hamba kira saudara angkat hamba  di Pulau Jawa, tidak ada gula di rumah mereka. Mereka hanya minum air masak dari pagi sampai ke malam. Di situlah mahu bersyukur, kita telah dikurniakan nikmat yang melimpah ruah sampai bila 4 hari dah tak minum teh/kopi, dah rasa ada yang tak kena. 

Kembali kepada ayat Quran di atas....Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mendirikan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk

Ini antara tip yang Allah Taala dah beri kepada kita dalam memohon pertolongannya. Ada dua perkara utama di situ iaitu dengan jalan sabar dan dengan mendirkan solat, dan Allah Taala mengingatkan kita bahawa solat itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. Yang pertamanya kebanyakan kita tidak sabar apabila memohon pertolongan Allah. Kita mahu 'Allah Taala ikut kehendak kita', ni yang susah ni. Kalau tak faham bab tauhid, kalau iman tak kuat, boleh jadi kacau dibuatnya. 

Yang keduanya mendirikan solat untuk memohon pertolongan-NYA. Berapa ramai antara kita memohon pertolongan Allah dengan bersolat? Kalau solat hajat, ada hajat khusus, buatlah, kalau tak ada, tak buatlah. Adakah makna dan maksud Solat itu hanya terikat dengan solat hajat sahaja?  Luas dan dalam takrifan makna dan maksud Solat itu, jangan kita sempitkannya. Hamba tangguhkannya di sini dahulu, dah dekat waktu berbuka di UK ni. wassalam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan