TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 5 Julai 2013

Terminal Satelit, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Kuala Lumpur International Airport)

Assalamu'alaikum,

Hamba ke Bangladesh atas urusan kerja antara 28 Jun - 2 Julai 2013. Sementara menunggu di Terminal Satelit, hamba ambil beberapa keping gambar bagi pengetahuan mereka yang belum pernah ke sini atau akan ke sini kelak. Tujuan hamba paparkan di dalam blog hamba adalah sebagai pengetahuan kepada para pembaca dan untuk sama-sama kita renungkan dan fikirkan. Dari berpuluh atau beratus outlet di Kompleks Satelit, berapa saja jenama Malaysia yang ada di sini dan berapa saja jenama Islam yang ada di sini. Negara kia menuju ke negara maju tetapi pemkiran kita masih dijajah, malang sekali. Kita mementingkan jenama yang hebat, jenama antarabangsa, kita 'membeli status' dengan memakai pakaian berjenama antarabangsa, jatidiri kita lemah, kita kurang identiti, kita mengikut Barat. Kita membina lapangan terbang yang canggih, tetapi membiarkan orang luar mengambil isinya, kita ambil kuahnya. Mengapa kita kurang berusaha mengenengahkan jenama Malaysia dan jenama Muslim ke peringkat antarabangsa? Kita tidak boleh berikan kadar sewa yang sama antara jenama tempatan dan antarabangsa, kerana jenama antarabangsa sudah begitu terkenal, begitu luas saiz pasarannya.  Masakan jenama tempatan dapat bersaing jika pihak kerajaan tidak membantu. Jangan semata-mata harapkan pengusaha tempatan boleh berdaya saing jika pihak kerajaan tidak membantu. Semua syarikat antarabangsa ini dibantu oleh kerajaa masing-masing sebelum mereka berjaya. KLIA mungkin mencerminkan kejayaan Malaysia mengurus lapangan terbang bertaraf dunia tetapi KLIA tidak mencerminkan Malaysia sebuah negara Islam, tetapi..... (anda sambung sendiri)...wassalam.

Ini mungkin jenama Malaysia 



Tempat 'autotrain' mendarat' 



Perkhidmatan kenderaan sebegini ada di KLIA...tanya kaunter 

Bagi perokok tegar, harga sekatun rokok di sini memang relatifnya murah... 


Kaunter pertukaran wang...money changer 










MontBlanc... gunung ini tidak jauh dari Geneva 







 ehmmm, jenama Malaysia



Kalau dahaga sangat, yang ini percuma 


Telefon syiling pun ada 




Mat Saleh tidoq-tidoq menunggu penerbangan mereka 

Restoran masakan Jepun pun ada 

Atas pengalaman hidup di luar negara selama beberapa tahun, anak-anak hamba memang 'sukakan' makanan Barat seperti burger....tetapi hamba kurangkan pengambilanya sedikit demi sedikit kerana ia tidak baik untuk kesihatan... Ada makanan Barat yang baik untu kesihatan seperti salad... 





Setahu hamba Starbucks tidak mendapat status 'Halal' oleh JAKIM.....tetapi ramai juga orang Islam yang berpusu-pusu makan-minum di sini. Apabila apa yang kita makan dan minum kita tidak ambil berat, maka fikirkan lah sama ada amal-ibadat kita diangkat atau tidak.

Biasanya untuk pelanggan Kelas Perniagaan dan Kelas Satu 

Kaunter perkhidmatan pelanggan disediakan 



Jenama Malaysia rasanya 


Mungkin jenama Malaysia 

 Habib Jewels - Jenama Malaysia, pengusaha Muslim. Ada juga jenama Malaysia yang mampu bersaing dengan jenama antarabangsa di lokasi sebegini yang sewanya memang mahal.



Royal Selangor - jenama Malaysia milik bukan Islam 

Jenama Malaysia tetapi barangnya hamba belum pasti majoriti keluaran Malaysia atau negara luar 


Jenama dari United Kingdom. Yakinlah bahawa anak tempatan berkemampuan menubuhkan dan mengembangkan perniagaan seperti The Body Shop. Kita perlu berikan peluang dan galakan kepada graduan-graduan tempatan. Malaysia kaya dengan khazanah alam yang masih belum diteroka sepenuhnya 






AgroBazaar, jenama Malaysia yang kelihatannya lemas dihimpit jenama antarabangsa. Jumlah barang dan dekorasi pelu ditambahbaik 

 Aalah satu jenama Malaysia




Farmasi pun jenama antarabangsa 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan