TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 30 Oktober 2012

Seulas Bicara Tentang Rahsia Yang Semakin Nyata

Assalamu'alaikum,



Hari ini, hamba kurang 'mood' untuk menulis bagi kerja harian hamba. Hamba menghabiskan 4 jam meneroka pelbagai tulisan di internet, membaca gelodak jiwa rakyat jelata, memerhati politik sengketa yang tiada penghujungnya.  Dalam masa yang sama, mengingati kisah-kisah dan pengalaman sebulan dua ini, mana yang boleh dikongsi dengan para pembaca. Mulut hamba ini sudah 'digam sedikit' ketika berbicara dengan sahabat handai kerana terlepas juga satu-dua rahsia, akhirnya 'didenda' tidak boleh berjumpa sang guru di hujung benua dan satu dua kesalahan hamba itu, maka ziarah guru di Utara juga tidak kesampaian hajatnya.


Mungkin agak lama tidak mencurahkan rasa dan jiwa melalui pena, maka hamba gagahi jua walaupun otak yg sudah berat selepas 4 jam membaca terus-menerus. Bukan apa, dalam sebulan dua ini, banyak perkara yang difikirkan dan direnungi. Tentang akhir zaman, telah hamba khatam kitab-kitabnya sudah lama dahulu, tidak akan hamba berbicara tentangnya, biarlah mereka yang diizinkan-NYA membuka bicara, biarlah yang muda-muda itu gagah berbicara, biarlah yang masih bersemangat itu mengolah kata, kelak akhirnya  Yahudi dan Nasrani itu dikalahkan oleh muslihat Sang Pencipta Rasa jua. Terfikir tentang Tanah Melayu, keris dan kemistikannya, jantung dunia, khazanah alam yang tua, khazanah yang disembunyikan, khazanah akhir zaman, tentang dunia Nusantara sebelum zaman semasa, tentang Piramid Melayu, ziarah kota Palembang  yang menimbulkan pelbagai tanda tanya, tentang kebijaksanaan orang Melayu mempertahankan rahsianya, tentang mengapa strategi tentera Malaysia bersedemikian rupa dan 1001 perkara yang penghujungnya, aku ini hamba hanya-NYA, tidak tahu apa-apa. 

Hamba ungkapkan Sabda RSAW dalam kitab Hikayat Raja-Raja Pasai yang berbunyi :

“Sepeninggal aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

Mereka yang belajar hadis akan ada hujahnya tentang kesahihan hadis ini. Bagi hamba, kesahihan hadis ini terletak pada Allah dan Rasul, carilah makna kata-kata hamba itu. Cuma Sabda Nabi SAW yang diletakkan dalam Hikayat itu banyak kod-kod rahsianya. Contohnya "mengapa membawa perkakas dan alat kebesaran ke negeri itu, apakah perkakas dan alat kebesaran itu, mengapa perlu dibawa ke negeri bawah angin, negeri mana yang dimaksudkan dengan negeri bawah angin itu, siapa yang dipesan oleh RSAW dalam hadis itu, mengapa perlu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri itu, siapa orang fakir itu, untuk apa orang fakir itu ke negeri Samudera itu, dan 1001 kod-kod rahsia". 

Hamba bukanlah hendak bercakap mengenai Melayu dan alter terahsianya, tetapi mengajak pengamal-pengamal tasawuf bertafakur sejenak atau dua jenak tentang alam ini, rahsianya, tentang 'perbuatan-perbuatan Allah', tentang Nusantara ini, tentang sejarah-sejarah lalu di kawasan ini. Jangan malu untuk belajar sejarah, kerana Al-Quran itu juga 'Kitab sejarah', mengandungi kod-kod sejarah yang boleh dirungkai jika kita mahu membaca, memahami, mengkaji dan mengamalinya.  Jangan sempitkan ilmu dan amal anda dengan ilmu tasawuf sahaja, kerana Allah SWT mengajar kita tentang sejarah, untuk dibaca dan diamalkan. Jangan sempitkan fikiran anda dengan 'Melayu itu Assabiyyah' jika anda faham 'apa itu Melayu dan 'mengkaji tentang hadis-hadis akhir zaman'. 


Ada beberapa kod rahsia yang sudah dizahirkan di Tanah Melayu ini jika anda sedar dan faham, terbuka fikiran, tidak taksub, prihatin dengan 'perbuatan-perbuatan Allah'.  Contohnya, PakLah semasa jadi Perdana Menteri membawakan slogan 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang'. Itu salah satu kod rahsia akhir zaman yang dizahirkan melalui kalam pemimpin negara. Sama ada Pak Lah sedar dan faham akan kod rahsia yang dibukanya itu, hamba manalah tahu, tapi itu kod rahsia yang penting  untuk umat akhir zaman. Begitu juga kalau anda menghayati Sajak Pak Lah berkaitan 'kita bongkarkan rahsia kitab suci'. Cuma beberapa perkara yang berlaku semasa zaman pemerintahan PakLah 'seperti menyebabkan' kod rahsia itu 'tergantung' begitu sahaja. Di Melaka sendiri, beberapa kod rahsia telah dizahirkan, maksudnya yang rahsia itu sudah tidak menjadi rahsia dan menjadi pengetahuan umum.  Cuma orang awam tidak mengetahui bahawa kod rahsia itu sudah dizahirkan kerana mereka tidak mendalami akan usul dan sejarah sesuatu perkara. Apa contohnya di Melaka, carilah sendiri, dalam blog hamba juga ada 'bayangannya'. 

Begitu juga dengan 'puzzle' akhir zaman. Banyak juga anak murid yang terlepas cakap tentang puzzle akhir zaman di internet, pasti mendapat sumber berita dari guru mursyid mereka tetapi itu sudah menjadi 'perancangan-NYA' bagi mengaburi musuh-musuh umat Islam. Akhir kalam, dalam ziarah hamba ke sana-sini, berjumpa guru di sana-sini, bersahabat dan bermuzakarah di sana-sini, dalam urusan-urusan yang tidak boleh dibincangkan di sini, hamba simpulkan dalam bahasa mudah, kita benar-benar berada di akhir zaman. Siapkanlah diri anda dan khususnya anak-anak anda...Wassalam.

6 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum wbt,rasa hati mahu saja mengajak tuan utk hadir ke table talk kami utk perbincangan umum, kami berkumpul dlm keadaan teman2 membawa aliran pelbagai tapi disatukan hati dgn niat &tujuan yg sama.....mudah2an insyaAllah kita akan dipertemukan suatu hari nanti.....saya rakan FB tuan sekian wassalam kulaan banjar wallahu'alam

    BalasPadam
  2. Wassalam. Insya-Allah, mudah-mudahan....

    BalasPadam
  3. Salam tuan

    Mohon penjelasan samada persiapan ini dr segi mentally, physically or spiritually?

    hamba Allah

    BalasPadam
  4. Salam Hamba Allah 1108 pg...Kita ni kalau umur panjang, insya-Allah akan menghadapinya...yg lebih penting adalah mereka yg lahir selepas 1990... Persiapan semuanya utk menghadapi zaman yg dikatakan Nabi SAW dalam hadis2 baginda ttg akhir zaman... Contoh, boleh ke tuan kenyang dengan zikrullah? Nak mencapai kenyang dengan zikrullah bukan boleh capai dalam setahun dua, kalau latihan biasanya...nak belajar puasa sunat Isnin dan Khamis, kemudian puasa sunat selang sehari, kemudian puasa setiap hari (kecuali hari yg diharamkan), berbuka puasa dan bersahur dengan makanan/minuman yg ringan2 saja dll... itu sbg contoh...

    BalasPadam
  5. saya tak tahu....
    apa yang terzahir di Melaka?

    BalasPadam
  6. Salam Tuan Kowloon...takat itu sahaja yg hamba diizinkan...

    BalasPadam