TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 29 Oktober 2012

Selesaikan Sesuatu di Tujuh Masjid Lama


Assalamu'alaikum,

Bersua kembali para pembaca. Agak lama hamba tidak menulis kerana sibuk anak sulung nak periksa PMR dan urusan kerja. Cerita kali ini sudah lebih sebulan berlalu. Baru hari ini hamba ada kelapangan untuk memuatnaik gambar dan bercerita.

Pada 17 September 2012 yang lalu, hamba ke Melaka untuk selesaikan urusan seseorang. Hamba telah pergi ke tujuh masjid lama di Melaka. Sebenarnya banyak masjid lama di Melaka, bukan sekadar tujuh buah yang hamba pergi sahaja. Hamba kira masjid lama di Malaysia paling banyak di Melaka. Masjid pertama hamba singgah adalah Masjid Peringgit, tidak jauh dari Masjid Al-Azim sekarang. Kemudian ke Masjid Fathur Rahman, Masjid Tengkera, Masjid Kampung Hulu, Masjid Kampung Keling (tidak jauh dari Masjid Kampung Hulu), Masjid Umbai dan akhir sekali ke Masjid Kampung Duyung (kini dikenali sebagai Masjid Dato Laksamana Hang Tuah). Keenam-enam masjid kecuali Masjid Umbai adalah masjid-masjid yang hamba sering ziarah untuk 'urusan tertentu'. Anda boleh baca kisah hamba ziarah masjid-masjid ini dalam label "Masjid Lama".  Masjid Umbai merupakan kali pertama hamba singgah secara tidak sengaja walaupun hamba sebenarnya mencari sebuah masjid lama yang lain di sekitar jalan itu yang hamba singgah pada tahun 2006 dahulu (sebuah masjid yang mempunyai kolam untuk berwuduk). 

Alhamdulillah, urusan kami berjalan lancar dan selesai sebelum Zohor.  Seperti biasa hamba mengakhiri ziarah ini di Masjid Kampung Duyung dan beriktikaf di masjid ini selepas solat Zohor sehingga sekitar jam 245 petang.

Masjid Peringgit

Masjid Fathur Rahman

Masjid Tengkera


Masjid Kampung Hulu

Masjid Kampung Keling



Masjid Umbai

Masjid Kampung Duyung



Selepas selesai urusan di ketujuh-tujuh masjid, hamba singgah sekejap di Perigi Hang Tuah (gambar di atas). Lama hamba tak singgah ke perigi ini walau sering ke Masjid Kampung Duyung.  Perigi Hang Tuah bukanlah satu sahaja seperti gambar di atas. Ada perigi Hang Tuah di tempat lain di Malaysia, juga di Patani dan Sumatera.  Banyak kisah-kisah menarik selepas ini iaitu perjalanan hamba ke bumi Palembang, Makam Raja Segentar Alam, Makam Sultan Mahmud Badarudin dan lain-lain.  Wassalam.



6 ulasan:

  1. Alhamdulillah..terima kasih dengan sharingnya...: AA

    BalasPadam
  2. Kalau x silap saya, yang nama masjid kapitan keling tu bukan kat Melaka. Tapi kat Pulau Pinang. Yang anta tunjuk kan kat gambar tu namanya Masjid Kampung Keling... Kalau tak silap saya la...

    BalasPadam
  3. Tuan Tanpa Nama...ehmmm betul tu, hamba baru ke masjid kapitan Keling di Pulau Pinang.....terima kasih atas ingatan...

    BalasPadam
  4. Tq sahabat atas sharing.. hamba berniat nk pergi masjid lama..

    BalasPadam
  5. Tq sahabat atas sharing.. hamba berniat nk pergi masjid lama..

    BalasPadam