TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 9 Oktober 2011

Sepadukan dan satukan tasawuf, tauhid dan fiqh

Assalamu'alaikum,
Jangan hanya melihat tasawuf dan hakikat/makrifat dalam perspektif 'ilmu tasawuf/hakikat/makrifat' semata2'... Lihatlah ia dalam konteks yang lebih luas, dalam kehidupan sepanjang hari, dari bangun tidur di waktu pagi sehingga tidur di waktu malam dan bangun semula dari tidur di waktu pagi.....
Kerana tasawuf/hakikat/makrifat tidak berpisah, tidak bercerai dengan kehidupan kita walau sesaat. Kerana fiqh dan tauhid tidak berpisah, tidak bercerai dengan kehidupan kita walau sesaat.
Dan begitulah juga fiqh dan tauhid, jangan kita pisahkan ia, jangan kita ceraikan ia dengan kehidupan kita walau sesaat...jangan kita hanya melihat fiqh dan tauhid dalam konteks 'ilmu fiqh dan tauhid semata2'...Lihatlah ia dalam konteks yang lebih luas, dalam kehidupan sepanjang hari, dari bangun tidur di waktu pagi sehingga tidur di waktu malam dan bangun semula dari tidur di waktu pagi.....

Kerana tasawuf/tauhid/fiqh sentiasa ada dalam kerja kita di dunia, dalam urusan menjalankan mesyuarat contohnya, dalam urusan berjual-beli, dalam urusan berkeluarga, dalam berurusan dengan orang Islam dan bukan Islam, dalam urusan kita dengan alam, alam sekitar...
Justeru itu, jika kita membicarakan tentang perkara dunia dalam facebook contohnya, maka jangan kita pisahkan perkara itu dalam konteks fiqh, tauhid dan tasawuf.  Kita, umat Islam jangan jadi seperti penganut Kristian yang membahagikan agama itu 'kerja paderi sahaja', ketika ke gereja pada hari Ahad sahaja, ketika nak kahwin sahaja, ketika anak baru lahir sahaja dan ketika nak mati saja. Selain perkara2 itu, penganut Kristian menganggap 'ia bukan urusan agama'. Inilah yang dinamakan sekularisme, faham sekular, yakni memisahkan agama dari kehidupan. Jika kita memisahkan urusan agama yang khusus (solat, zakat, haji,dll) dengan urusan dunia, maka kita juga mengamalkan faham sekular.  Jika kita menganggap bab memandikan jenazah, mengkafankan, mensolatkan dan mengkebumikan jenazah urusan masjid, urusan tok imam dan tok bilal sahaja, kita sudah 'sekular' secara tidak langsung, sedangkan Islam itu adalah satu cara hidup.
Justeru itu, jika kita membicarakan tentang perkara akhirat dalam facebook contohnya, maka jangan kita pisahkan perkara itu dalam konteks dunia, dalam konteks fiqh, tauhid dan tasawuf.  Jika kita membicarakan bab hukuman kepada orang yang memakan riba di negeri akhirat kelak, kita harus mengaitkan dengan kehidupan sekarang. Apa hukumnya dari segi kaedah fiqh, bagaimana tauhid dapat mengelakkan kita daripada memakan riba, bagaimana tasawuf akan membantu kita dalam memohon pengampunan kepada Allah Taala yang bersifat maha pengampun, jika kita bersalah dalam hal ini. Jika kita membicarakan tentang tempat makan/restoran contohnya, tak bolehkah kita masukkan/bicarakan sekali wajibnya memakan makanan yang halal (fiqh), pentingnya berwaspada dengan perkara yang was-was, peri perlunya kebersihan makanan itu pada zahirnya, ingat-mengingati bahawa pada hakikatnya makanan itu tidak memberi kenyang melainkan dengan izin Allah jua (tauhid), penting juga makanan itu bersih pada batinnya, penting juga memilih 'makanan rohani' yang dapat menjadikan hati lebih bersih dan bercahaya (tasawuf).
Dalam bermesyuarat contohnya, fiqh menetapkan agar menepati masa dalam bermesyuarat, mengikuti sunnah-sunnah dalam bermesyuarat, tidak bercampur-aduk yang hak dan batil dalam keputusan yang dilakukan. Tauhid menentukan agar tiada keputusan yang menyekutukan Allah dalam urusan mesyuarat, agar tiada unsur-unsur syirik tersembunyi dan lebih tersembunyi dalam bermesyuarat sebagai contoh. Tasawuf meraikan agar kita berlaku adil dan ihsan dalam keputusan mesyuarat, keputusan tidak dibuat berlandaskan prasangka buruk, hasad-dengki, menindas, berlaku zalim ke atas pihak lain. Jika kita bukan pengerusi mesyuarat, maka bertindak bijaksana dan berhikmahlah dalam menghadapi keputusan yang zalim, keputusan yang berat sebelah, keputusan yang berlandaskan prasangka buruk. Berusahalah kita agar tidak berdiam diri dan membisu seribu bahasa sahaja dengan mengambil pendekatan selemah-lemah iman (tolak dalam hati) tetapi berusaha menegakkan kebenaran melalui perbuatan dan perkataan, dalam konteks yang bijaksana dan penuh berhikmah.


Dalam kita bersolat, kita sering dikaitkan dengan perkara berkaitan dgn fiqh sahaja seperti syarat sah solat, rukun solat, perkara2 yang membatalkan solat. Namun solat harus disulami dengan ilmu tauhid, agar dalam bersolat kita dapat tahu, faham dan menghayati  makna dan maksud solat agar solat yang didirikan itu tidak sia-sia. Dalam berkata tentang solat, ramai ulamak menggunakan istilah 'mendirikan solat'. Ini ada maksudnya dan berbeza dengan istilah 'mengerjakan' yang umumnya digunakan pada ibadat haji. Mengapa 'mendirikan', bukan 'menunaikan solat', di mana perkataan 'menunaikan' sering digunakan dengan zakat yakni menunaikan zakat. Tasawuf juga sama penting dalam bersolat agar kita mencapai hakikat solat sebagaimana orang mukmin bersolat. Apakah solat bagi orang mukmin? Solat itu adalah mikraj bagi orang mukmin (maksud hadis). Itulah solat yang sepatutnya menjadi tanda aras, 'benchmarking' bagi orang Islam, bukan sekadar mencukupi keperluan diri dan syarat yang zahir semata-mata. Melengkapkan dan menyempurnakan tiga rukun dalam solat itulah menjadi sasaran utama seorang salik dalam bersolat, khususnya rukun qalbi.  Apabila hadis menyebut yang maksudnya bersolatlah sebagaimana kita melihat RSAW bersolat, ia bukan sekadar mengikuti pergerakan solat pada zahiriah junjungan RSAW semata-mata...
Justeru itu, sepadukan dan satukan fiqh, tauhid dan tasawuf setiap masa, dalam setiap aspek kehidupan. Jangan kita pisah-pisahkan ia, jangan kita cerai-beraikan ia. Jangan kita menganggap urusan agama hanya di masjid dan surau, hanya urusan mufti, tok kadi dan pihak berkuasa agama. Jangan kita melihat urusan tauhid pada ustaz dan guru untuk bertanya, pada kuliah agama dan program agama untuk dipelajari agar tidak melakukan syirik, bukan untuk diamalkan. Jangan kita menilai urusan tasawuf pada guru-guru tariqat tasawuf semata2, pada bersuluk di pondok-pondok suluk semata2, pada berzikir dan beramal di majlis-majlis zikir semata2. Raikan ketiga-tiganya, mesrakan ia, sepadukan ia, satukan ia agar yang zahir, ghaib, batin itu satu. penghujungnya, semoga kita akan melahirkan dan menzahirkan suatu masyarakat madani, yang paksinya datang daripada keluarga bahagia, yang merupakan asas kepada pembentukan masyarakat.
Moga2 kita sama-sama berusaha, moga2 dengan rahmat dan kasih Ilahi, moga2 dengan syafaat dan kasih-sayang baginda RSAW, kita berjaya...wallahu'alam. wassalam.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan