Assalamu'alaikum,
Selepas pusing-pusing pekan Balik Pulau, kami menuju ke pantai Pasir Panjang. Dahulunya ketika 1980-an, pantai ini hanya berjalan tanah merah, motorsikal saja yang boleh sampai. Kalau tak naik motorsikal, kena jalan kaki. Hamba banyak kali berkhemah dan 'berkursus' di pantai ini. Waktu itu, Kem Bina Negara ini masih belum didirikan.
Waktu itu, hamba sertai pasukan pengakap. Kebetulan darah-daging pengakap memang ada dalam diri. Arwah bapa hamba orang kuat pengakap pada zamannya di negeri Kedah. Salah seorang kekanda hamba adalah Pengakap Raja. Adik hamba orang kuat Pengakap di Pulau Pinang masa kini. Hamba sudah tidak aktif pengakap apabila masuk universiti. Zaman-zaman muda di universiti hamba banyak isikan dengan mencari bekalan untuk menjadi 'suami', 'ketua keluarga'.
Hamba banyak kali berkhemah di Pasir Panjang, perkhemahan pengakap, kem bina insan, program pasca SRP (kini PMR), dan macam2 perkhemahan. Biasanya kami akan naik bas sehingga Pulau Betung dan berjalan kaki sampai ke kawasan perkhemahan. Suatu ketika dahulu Pejabat Tanah Balik Pulau /Barat Daya telah memberikan tanah di sebahagian pantai ini kepada sekolah hamba untuk dijadikan pusat latihan, sebelum diambil oleh Biro Tatanegara untuk dijadikan kem/pusat latihan mereka.
Hamba banyak kali berkhemah di Pasir Panjang, perkhemahan pengakap, kem bina insan, program pasca SRP (kini PMR), dan macam2 perkhemahan. Biasanya kami akan naik bas sehingga Pulau Betung dan berjalan kaki sampai ke kawasan perkhemahan. Suatu ketika dahulu Pejabat Tanah Balik Pulau /Barat Daya telah memberikan tanah di sebahagian pantai ini kepada sekolah hamba untuk dijadikan pusat latihan, sebelum diambil oleh Biro Tatanegara untuk dijadikan kem/pusat latihan mereka.
Pintu pagar kem BTN
Hamba rasa dipanggil Pasir Panjang kerana pantainya yang memanjang sehingga ke teluk di hujung sana
Apabila jalan ke sini ditarkan, pantai ini menjadi salah satu pantai untuk berehat-rehat bagi orang Balik Pulau
Tragedi tsunami Acheh meragut beberapa nyawa di pantai ini. Ketika itu (26 Disember 2004), hamba baru sampai di Kota Mekah dari Kota Madinah dalam urusan mengerjakan haji yang dilaksanakan pada Januari 2005.
Pasir Panjang sepertimana Daerah Balik Pulau meninggalkan banyak nostalgia kepada hamba. Program-program latihan dan perkhemahan yang dijalankan 'agak keras', 'lebih berbisa' dan 'separa tentera', mungkin sesuai dengan keadaan zaman pada waktu itu, era pertengahan 1980-an. Kalau sekarang, mungkin tidak kerana sebahagian ibu-bapa hamba lihat 'terlalu' memanjakan anak-anak mereka. Kalau anak buat salah dan dimarahi oleh guru-guru/pihak sekolah, ibu-bapa akan marah balik guru-guru/pihak sekolah. Akhirnya, kebanyakan cikgu akan mengambil sikap 'buat tak kisah' dengan disiplin budak-budak sekolah sekarang. Kalau mereka ambil tahu sekalipun, 'akhirnya mungkin mereka kena balik', jadi lebih baik diam. Kalau di kawasan rumah hamba di Bandar Baru Bangi, ramai murid sekolah menengah yang ponteng sekolah, lepak-lepak di kedai mamak, hisap rokok dan sebagainya. Ibu-bapa sekarang sibuk mengejar hasil keduniaan yang sementara. Anak-anak 'dilepaskan dengan wang belanja harian yang mencukupi', dan ramai ibu-bapa yang tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan sebelum ke sekolah, semasa di sekolah dan selepas balik sekolah.
Hamba dan kawan-kawan pernah bermalam berlantaikan pasir dan berbumbungkan langit di pantai ini beramai-ramai dalam satu perkhemahan pada tahun 1986. Nasib baik tak hujan, kami buat bar-bi-que di sini dan malamnya ketika jam 2-3 pagi, ada bot yang datang 'suluh-suluh'. Tak tahulah siapa di atas bot itu sama ada nelayan, penyeludup barang atau sindiket dadah. Semasa agak 'senior' di sekolah, hamba pernah 'mengiring' kumpulan pelajar yang lebih muda untuk berkhemah di sini. Semasa kursus bina insan, kami berjalan kaki dari sekolah menengah ke sini, jauh juga tu...Semasa program pasca SRP, hamba belajar menembak di kawasan pantai ini tetapi dengan peluru kapurlah..:-)...
Mengapa dibicarakan semula kisah dan nostalgia lama? Jatidiri kita, sikap kita, prinsip hidup kita, sistem nilai kita antaranya 'dibentuk melalui persekitaran hidup kita'. Hamba sendiri, lima tahun bersekolah menengah di sebuah sekolah asrama itu banyak membentuk diri dan peribadi hamba. Kalau kita 'goyang sedikit', maka imbasan kisah dan nostalgia lama ada baiknya kerana ia sejarah bagi kita dan Al-Quran mengingatkan kita banyak perkara tentang peri-pentingnya sejarah. Moga-moga ada manfaatnya catatan hamba ini. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan