TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 13 Oktober 2011

Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Assalamu'alaikum,

Selepas Pasir Panjang, kami bercadang nak makan ikan bakar di Teluk Tempoyak, Pulau Pinang. Bagi yang  belum pernah makan di sini, kalau singgah ke Pulau, tak rugi ambil peluang menjamu selera di Teluk Tempoyak. Teluk Tempoyak merupakan sebuah perkampungan Melayu yang dahulunya rata-rata penduduknya merupakan nelayan. Memandangkan ia perkampungan nelayan dan terdapat jeti nelayan di sini, maka ikan-ikan di sini yang 'menanti' untuk dibakar adalah segar-segar belaka. Ini memberikan rasa yang berbeza apabila dimakan. Belum rezeki kami kerana pusat ini masih ditutup dan akan dibuka selepas 'Raya Puasa Enam'.  Biasanya kawasan ikan bakar ini dibuka pada waktu petang, menjelang Maghrib. Ada kemudahan untuk bersolat, bilik air di kawasan ini.  Hamba sendiri dah banyak kali ke sini...:-)

Jadi, kami memutuskan untuk ke Padang Kota Baru. Kerana tersilap masuk jalan, kami tak sampai ke Padang Kota Baru (Persiaran Gurney) tapi sampai di Padang Kota lama.  Memang ramai orang, nak parkir pun susah.  Setelah berjaya mendapatkan parkir, kami menuju pusat makan-minum yang tersergam. Dulunya, hanya warung-warung yang ada di Padang Kota lama dan memang agak kurang tersusun serta kebersihan 'adalah satu isu besar'.  Dengan terbinanya pusat ini, warung-warung sudah tidak dibenarkan. Kawasan ini dipecahkan kepada dua bahagian, sebelah untuk orang Islam dan sebelah lagi untuk orang bukan Islam.

Setelah berjaya mendapatkan tempat duduk, kami pun pesanlah apa yang patut. Pulau Pinang memang terkenak sebagai destinasi makanan. Antara yang terkenal adalah pasembur dan mee udang selain Laksa Penang.  Anak saudara hamba yang ikut sekali pesan mee udang, hamba pesan pasembur, yang lain-lain pesan nasi le...Ramai orang kat sini sebab musim cuti...

Suasana dalam tempat ini

Banyak gerai dibuka, banyak pilihan makanan

Jeruk juga dijual di sini, harganya 100% lebih mahal dari harga di Balik Pulau

Kalau datang hujung minggu, kena sampai awal..

Ramai peniaga tepi jalan yang menjual pelbagai barangan


Biasanya barang2 tepi jalan ini datangnya dari China

Peniaga2 ini dari pelbagai kaum, yg ni kaum Cina

Yg ni peniaga Melayu...



Pelabuhan Pulau Pinang dari Padang Kota

Ni bangunan warisan British, sekarang digunakan untuk ????

Selepas makan-minum, kami bercadang nak naik feri...tapi yg dok menunggu punyalah panjang....akhirnya buat keputusan naik jambatan sajalah untuk balik ke Tanah Besar.  Sampai kampung dalam jam 1030 malam...Letih tapi puas hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan