TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 16 Oktober 2011

Masjid Cordoba (Qurtubah), Sepanyol

Assalamu'alaikum,

Entah mengapa, hati ini teringatkan Masjid Cordoba di Sepanyol. Lantas, jari-jemari mencari koleksi gambar lama kami sekeluarga di dalam komputer dan di internet. Barang siapa Muslim yang beriman, apabila mereka melancong, rehlah ke Cordoba, janganlah tak singgah ke Masjid Cordoba. Ia meninggalkan suatu kesayuan, kesedihan, kehibaan, kesebakan yang tersendiri, hanya yang merasalah yang tahu. Hamba teringatkan isu 'Kalimah Allah' yang 'ingin dijual-belikan' oleh pihak-pihak tertentu dengan Pihak Kristian. Masjid-Masjid di Malaysia boleh jadi seperti Masjid Cordoba pada kiasnya atau pada zahirnya pada masa depan jika kita tidak mendepani isu-isu penting dengan betul, hanya berlandaskan akal fikiran semata-mata, hanya bertujuankan mendapatkan undi mereka yang bukan beragama Islam, hanya kerana mereka merasa mereka sudah arif dan bijak dalam agama, hanya kerana sesetengah menganggap isu sebagai 'isu syariah' sedangkan ia sebenarnya adalah isu 'aqidah/usuluddin'.

Alhamdulillah, masih ada ulamak-ulamak, ustaz-ustaz, guru-guru, pejuang-pejuang agama yang mempertahankan kalimah yang mulia ini daripada digunakan oleh pihak Kristian di bumi Malaysia ini.  Malang sekali apabila isu 'Kalimah Allah' ini melebarkan jurang perbezaan masyarakat Islam di Malaysia, bukannya menyatupadukan kita. Setiap satu pasti ada hikmahnya, hanya Allah jua yang maha mengetahui. Sesungguhnya, hamba sesekali tidak akan redha 'Kalimah Allah' yang mulia digunakan oleh pihak Kristian dalam isu ini dan isu-isu yang lain. Jika anda pembaca tidak bersetuju dengan hamba, dan membawakan seribu hujah dan nas, mari kita bertemu, email kepada hamba dan sama-sama kita memohon ketentuan dari Allah Taala sendiri. Berani kerana benar, takut kerana salah. Jangan hujah dan alasan tok-tok guru, parti dan pendirian politik, bacaan-bacaan anda, yang menjadikan anda yakin dengan pendirian anda. Keyakinan kita wajib kita pautkan dengan Allah Taala, wajib kita ikatsimpulkan dengan Allah Taala. Apa gunanya Rukun Islam yang pertama dan Rukun Iman yang pertama  jika kita tidak mahu memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah...Apa perlunya ayat kelima dalam surah al-Fatihah yang kita baca paling kurang 17 kali sehari itu jika kita tidak melaksanakannya. Apatah lagi dalam isu sebegini yang wujudnya dua perbezaan pandangan yang jelas. Isu ini bukanlah 'pegang yang mana pun tak apa' seperti beberapa perkara yang wujud dalam 'perbezaan mazhab', tapi isu ini sungguh besar sebenarnya, buat kita memusnahkan perancangan-perancangan orang bukan Islam dalam merosakkan aqidah umat Islam sedikit demi sedikit sehingga bercelarulah tauhid anak-cucu kita pada masa depan.

Tanggal 13 Februari 2009, hamba sekeluarga dapat menjejakkan kaki ke salah sebuah tapak tamadun Islam yang hebat iaitu di bumi Cordoba/Cordova, Sepanyol.  Hamba bersyukur ke hadrat Allah Taala, atas kelapangan masa yang ada, kemurahan rezeki yang diberikan, kesihatan tubuh-badan yang mengizinkan, kami sekeluarga dapat menjelajah bumi Sepanyol, sebahagiannya adalah warisan Tamadun Islam Andalusia. Dalam ziarah kami ke Sepanyol ini, hanya kami sekeluarga yang turut serta memandangkan rakan lain mempunyai urusan tersendiri. Dengan 'sedikit bekalan' yang dilakukan sebelum tiba ke bumi Andalusia, Alhamdulillah, ekspedisi kami berjalan lancar. Kalau ada pun sikit-sikitlah, biasalah tu...

Hamba tak ambil gambar banyak, jadi banyak gambari di sini, hamba dapatkan dari internet dan blog seorang anak Malaysia di perantauan (seperti hamba ketika itu) iaitu http://baytulkifli.blogspot.com/2010/03/masjid-qurtubah-la-mezquita-cordova.html

Masjid Qurtubah sebenarnya, bila dah diSepanyolkan jadi Cordoba, bila diInggeriskan jadi Cordova...dari jauh, memang cantik. Dicatatkan bahawa Qurtubah @ Cordova mencapai kehebatannya di bawah pemerintahan Abd ar-Rahman III pada kurun ke-10 yang merupakan di antara pemerintah2 yang hebat di dalam sejarah tamadun Islam Andalusia. Masjid ini sebenarnya terletak bersebelahan dengan gereja dan rumah ibadat Yahudi (Synagogue).  Kehebatan Islam dan keadilan Islam memungkinkan orang bukan Islam tidak dizalimi, dilayan dengan adil dan 'bernaung di bawah rahmat Islam'.

Walaupun senibina masjid ini telah banyak yang musnah, namun kehebatan keseniaan dan senibina islam, geomatrik Islam masih boleh dilihat dalam gambar-gambar ini dan gambar-gambar seterusnya...

 Waktu kami mula memasuki masjid ini, seorang pengawal memberitahu kami 'tak boleh solat dalam masjid ini'....

 Di manakah anda boleh lihat pemandangan senibina sebegini lagi? Cari!!!
Kami juga diperingatkan tidak boleh menggunakan 'tripod' untuk ambil gambar. Pelancong mengenakan kasut untuk masuk ke dalam 'mezquita' ini. Sedikit bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam masjid...




Kubah yang hanya tinggal kenangan....:-(

Kawasan ini terdapat mihrab yang menunjukkan kiblat yang digunakan oleh umat Islam zaman dahulu untuk bersolat...

 Sekitar kawasan inilah (mihrab) yang paling sayu, sedih, hiba dan sebak....


Masih di dalam masjid... Anda memerlukan 2-3 jam untuk 'ziarah' masjid ini...

Binaan luar masjid ini masih utuh walaupun kesenian Islamnya sudah banyak yang rosak akibat peperangan dan 'dimakan cuaca'




 Lihat gambar kereta di sebelah bawah kiri...Ini menunjukkan saiz/binaan masjid ini memang besar kalau nak dibandingkan dengan zamannya dahulu.

The Bell Tower a.k.a. The Torre de Alminar, nama sekaranglah.

Dahulunya, menara ini dahulunya digunakan oleh muazzin untuk melaungkan azan ke seluruh kota.

Ini gambar hamba sendiri, kamera kompak sebab belum beli kamera DSLR


Kawasan ini berpagar, tengok dari jauhlah... Kawasan inilah yang hamba katakan di atas 'hati terasa paling sayu, sedih, hiba dan sebak. Inginku menangis semahu-mahunya...'

 Antara tinggalan tamadun silam Andalusia yang dipamerkan dalam masjid ini



 Adalah sedikit tinggalan dan batu-batan macam ni sikit-sikit...Kalau anda baca sejarah kejatuhan Andalusia, begitu zalim orang Kristian memperlakukan orang Islam pada zaman tersebut. Sedangkan Barat juga mencatatkan begitu adilnya pemerintahan Islam terhadap orang bukan Islam ketika Zaman Keagungan Andalusia.


 Kat luar masjid

 Kepingan-kepingan dinding yang digantung (mengandungi tulisan Arab/khat)

Dahulunya digunakan untuk berwuduk...


Itu sahajalah yang tinggal di pintu gerbang masjid ini....sebenarnya ada banyak 'makam dan binaan Kristian' dalam masjid ini, saja hamba tak masukkan dalam blog hamba...

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, jika Engkau masih menghidupkan diriku ini pada zaman Khalifah pilihan-Mu, maka berikanlah daku peluang dan kesempatan untuk membebaskan semula Masjid Cordoba.

 

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

'Mengembalikan' Masjid Cordoba




Siling pada bahagian kubah Masjid Jamek Cordoba yang kini merupakan gereja Kristian yang sangat memukau dengan mengekalkan motif hiasan bercirikan Islam.


KEBELAKANGAN ini sering terdengar mengenai gereja Kristian yang telah bertukar fungsi menjadi masjid. Kebanyakan tapak dan bangunan gereja tersebut dibeli oleh umat Islam apabila mendapati rumah ibadat Kristian itu kosong sekian lama dan tidak lagi digunakan.

Daripada terbiar begitu sahaja, umat Islam sanggup membelinya sekalipun dengan nilai yang sangat tinggi bagi menampung keperluan untuk beribadat. Lebih-lebih lagi apabila didapati bilangan umatnya semakin bertambah di sesuatu tempat. 

Namun perkara yang sama tidak berlaku kepada Gereja Besar yang dikenali sebagai Our Lady of The Assumption Catholic Cathedral. Sehingga kini ia kekal sebagai gereja walaupun pada hakikatnya pada suatu masa dahulu, ia pernah makmur selama beberapa abad sebagai sebuah masjid yang masyhur dan kedua terbesar di dunia yang pernah dibina. 

Masjid tersebut adalah Masjid Jamek Cordoba atau The Mezquita (Mosque) of Cordoba yang terletak di bandar Cordoba Andalusia (Sepanyol). Sejak pembinaannya pada abad kelapan sehinggalah ke detik ini, ia merupakan permata seni bina yang paling bersinar di dunia. 

Selain masjid-masjid di Mekah dan Madinah, Masjid Jamek Cordoba dahulunya yang paling bersejarah dalam dunia Islam. Sehinggalah Sepanyol menakluk Andalusia, menyebabkan masjid itu jatuh ke tangan Kristian. 

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat permintaan secara rasmi supaya gereja itu turut dibuka kepada umat Islam beribadat. 

Sehingga kini umat Islam terutama di Sepanyol sedang berusaha keras untuk menggunakan gereja itu sekurang-kurangnya untuk solat Jumaat. 

Satu surat permohonan rasmi dihantar kepada pihak Majlis Pontifical untuk Dialog Antara Agama di Vatican bagi membolehkan umat Islam dan Kristian menggunakan gereja itu secara bersama. Jika permohonan itu berjaya, pastinya satu sejarah tercatat kepada umat Islam jika bekas masjid itu dapat digunakan semula sebahagiannya untuk tujuan ibadat oleh umat Islam. 

Malah jika gereja itu dibuka untuk umat Islam, ia pastinya satu sumbangan yang positif bagi meredakan hubungan tegang yang menjadi duri dalam daging antara Kristian dan Islam. 

Pengarah Masjid Taqwa, Zakaria Maza yang terletak berdekatan dengan Granada, menyatakan harapan penduduk Islam Sepanyol agar Vatican memberikan persetujuan mereka. Sebabnya, ia bakal membawa satu visi ke arah sikap yang lebih terbuka dan semangat untuk berdialog.

"Cordoba telah menjadi satu simbol perpaduan kepada tiga jenis budaya selama berabad-abad lamanya. Malah sehingga kini pun, penduduk Yahudi dan Islam tinggal bersama dengan penduduk Kristian dalam satu kejiranan yang sama berdekatan dengan masjid," katanya. 

Selepas penaklukan Cordoba oleh Raja Ferdinand III pada tahun 1236 Masihi, Masjid Jamek itu telah bertukar fungsinya menjadi gereja sehingga kini. Namun untuk umat Islam kembali beribadat di gereja itu tidak sewajarnya menjadi halangan. Ini berikutan faktor struktur atau kedudukan tempat untuk umat Islam untuk beribadat di gereja itu sendiri.

Ini apabila kedudukan ruang sembahyang dan mihrab yang terletak di bahagian tenggara gereja itu, iaitu yang mengadap arah kiblat ke Mekah masih terpelihara dengan baik.

Kawasan zon ibadat Kristian

Lebih-lebih lagi kedudukan mihrab berada di luar atau terpisah dari kawasan zon ibadat Kristian. Jadi jika umat Islam dibenar menggunakan gereja itu, pastinya ia tidak menganggu penganut Kristian yang menjalankan ibadat.

Apabila jumlah Islam kian bertambah, termasuk ramai di kalangan mereka merupakan saudara baru, masjid-masjid di sekitar Cordoba dikatakan sudah tidak dapat menampung keperluan umat Islam beribadat.
Ini membawa kepada keperluan supaya gereja tersebut turut dibuka kepada umat Islam. 

Pihak pentadbiran politik termasuk di Dewan Bandar Raya Cordoba yang merupakan anggota parti Left United dan Parti Sosialis Sepanyol (SSP) turut menyokong usaha di bandar bersejarah itu.

Jurucakap SSP, Antonia Hurtado berkata: "Kami berharap untuk melihat Bandar Cordoba menjadi medan pertemuan bagi semua jenis kepercayaan agama. Ia lokasi yang paling ideal bagi membolehkan semua agama saling menjayakan dialog dan seminar persefahaman," katanya. 

Begitupun pengikut Katolik dikatakan marah dengan permintaan umat Islam itu sambil bertanyakan, jika umat Islam dibenarkan menggunakan gereja tersebut adakah ini turut bermakna penganut Kristian dibenarkan melakukan ibadat di masjid sama ada di Maghribi, Arab Saudi, Iran atau Kuwait.

Dalam satu temuramah dengan Asia News, Presiden Pontifical Council untuk Dialog Antara Agama, Archbishop Micheal Fitgerald berkata, permintaan umat Islam itu bakal mengundang satu masalah.
"Ini menyebabkan pertimbangan mengenainya tidak boleh diberi ketika ini," jelasnya.

Malah beliau lebih menasihatkan umat Islam supaya menerima hakikat sejarah yang telah berlalu itu berbanding menuntut kembali bangunan yang bukan milik mereka lagi. 

Malah Fitgerald mendapati penganut Kristian sendiri tidak pernah cuba menuntut sebarang hak ke atas mana-mana gereja terutamanya di Timur Tengah atau Asia Barat.

Namun sesetengah umat Islam berpendapat, tiada kebenaran sama ada dari Rom atau mana-mana pihak berkuasa diperlukan bagi membolehkan mereka menggunakan gereja itu. 

"Kita tidak perlukan campur tangan pihak Vatican lebih-lebih lagi gereja atau bekas masjid ini merupakan satu tapak warisan sejarah. Jadi ia terbuka kepada sesiapa termasuk jika umat Islam yang ingin melakukan ibadat di situ.

"Malah pemimpin Vatican, Pope Benedict dibenarkan untuk bersembahyang dalam Masjid Biru (Blue Mosque) ketika melawat Turki pada suatu masa dahulu.

"Ini jelas menunjukkan masjid itu boleh dibuka kepada penganut Kristian kenapa pula umat Islam dilarang bersolat dalam Masjid Cordova," kata Munir al Musiri dari Pusat Budaya Islam Madrid (ICCM).

Atas dasar itu, beliau tidak menyenangi ada usaha pihak tertentu atas nama Islam yang berusaha untuk mendapatkan kebenaran itu. 

"Saya bimbang inisiatif yang seperti ini boleh menyebabkan akan terpercik api Islamofobia dalam keadaan yang agak sensitif sekarang ini.

"Media Barat gemar memutar-belitkan isu, yang boleh menambah memarakkan lagi api dengan membuat tuduhan kononnya umat Islam ingin menakluk semula Andalusia atau Sepanyol ini apabila cuba mendapatkan semula gereja ini," katanya. 

Namun kita mendapati usaha untuk memakmurkan semula Masjid Cordoba telah memperlihatkan tembelang sebenar sesetengah pihak terhadap Islam. 

Ini termasuk yang mendakwa seorang yang pakar dalam dunia Arab dan Islam, seorang Paderi Kristian yang berasal dari Mesir, Samir Khalil.

Beliau percaya permintaan umat Islam terhadap penggunaan Gereja Cordoba merupakan satu isyarat yang sangat jelas kepada satu rancangan yang hebat untuk menakluk semula Eropah. 

"Ramai umat Islam di Sepanyol ini mempunyai idea untuk menakluk semula Eropah," katanya.

Menurutnya, jika kebenaran diberi kepada umat Islam, penganut Kristian juga hendak menuntut terhadap beratus-ratus gereja yang terdapat di negara Islam yang telah dijadikan masjid dan lain-lain kegunaan. 

"Fikirkanlah mengenai Hagia Sophia di Istanbul Turki, Masjid Omayyad di Damsyik dan Masjid Ibnu Tulun di Kaherah yang kebanyakan masjid itu dibina atas runtuhan dan bekas gereja," katanya.

Tidak diketahui mengapa paderi itu mempunyai persepsi yang cukup negatif terhadap Islam malah beliau juga berpendapat perdebatan mengenai gereja itu tidak sahaja satu cita-cita aktivis Islam tetapi jelas menunjukkan kelemahan identiti bangsa Eropah itu sendiri. 

"Kelemahan yang akan menggalakkan kepada bertambahnya aktiviti keganasan oleh pejuang atau militan Islam," katanya.

Namun tahukah anda, Rasulullah SAW sendiri pernah membenarkan umat Kristian melakukan ibadat mereka di dalam masjid, tanpa sebarang perasaan prejudis?

Dalam satu peristiwa, seramai 60 penganut Kristian penduduk Najran ketika mengunjungi Rasulullah di Madinah dibenarkan oleh baginda beribadat di sebuah masjid di bandar itu. 

Walaupun baginda mengetahui mengenai akidah antara Islam dan Kristian berbeza tetapi jelas menunjukkan Rasulullah mempunyai sikap yang sangat terbuka dan diplomatik terhadap sesiapa sahaja walaupun berlainan bangsa dan agama.

Sehingga kini seluruh umat Islam masih menunggu berita kepada 'pembebasan' Masjid Jamek Cordoba tanpa perlu pihak Kristian melepaskan pegangan kerana pastinya mereka juga ingin terus berada dalam masjid itu.
Sementara dalam penantian ini, eloklah sekiranya umat Islam turut sama menziarah Masjid Cardoba ini.


The Great Mosque of Cordova – demikianlah nama salah satu bangunan paling bersejarah di kota Cordova, sebuah kota cantik di Spanyol ini. Meski hingga kini masih dinamakan Masjid Cordova, namun sejak tahun 1238 bangunan masjid kebanggaan bangsa Moor ini telah beralih fungsi menjadi gereja Cathedral. Sebagai lambang kejayaan Islam yang pernah tumbuh di Spanyol, keberadaan Masjid Cordova kiranya dapat memberi inspirasi sekaligus kebanggaan bagi peradaban budaya muslim Eropa berabad-abad silam.

Dibangun pada tahun 786 dimasa kejayaan pemerintahan khalifah Abdurrahman I, Masjid Cordova didirikan di atas bekas bangunan gereja St.Vincent untuk menandingi pusat-pusat peradaban Islam di Baghdad, Damaskus, dan Jerusalem. Dalam kurun waktu 200 tahun, bangunan ini terus mengalami perluasan seiring dengan pergantian khalifah dimulai dari Khalifah Abdurrahman I, Abdurrahman II, Al-Hakim dan perluasan bangunan besa-besaran terjadi pada masa kepemimpinan Al-Mansur. Hingga Masjid Cordova kala itu menjadi pusat peribadatan terpenting kaum muslim di Eropa. Setelah kota Cordova jatuh ke tangan Raja Ferdinand, masjid Cordova beralih fungsi kembali menjadi gereja dan mengalami perubahan desain arsitektural dan ornamental pada bagian-bagian tertentu di bagian ruang dalam.  

Halaman yang luas dan asri dihiasi pohon-pohon siprus, jeruk dan palem memberi kesejukan hati saat melangkah menuju bangunan Masjid Cordova. Di halaman ini terdapat lima buah kolam air mancur yang dulunya berfungsi sebagai tempat berwudhu bagi para jamaah sebelum memasuki masjid. Pintu utama masjid berada di sebelah utara, berdekatan dengan Menara Abdurrahman. Bila dilihat dari luar, wujud bangunannya tidak terlalu istimewa, berkesan massive dengan bentuk persegi panjang yang kokoh. Namun begitu memasuki ruang dalam, akan segera tampak ratusan pilar penyangga berlapis marmer aneka warna, indah mendominasi ruang dalam yang megah, bak berada di hutan pilar. Di seluruh bangunan masjid terdapat 900 pilar, sebagian merupakan pilar asli bangunan gereja St. Vincent, selebihnya dibawa dari Seville, Nimes bahkan ada pula yang berasal dari Istanbul sebagai pemberian Kaisar Romawi Timur – Leo IV.



Mezquita atau Masjid Córdoba ialah sebuah katedral di Spanyol yang dahulu merupakan sebuah masjid. Pada masa kekuasaan Islam di Spanyol Córdoba adalah ibukota Spanyol di bawah pemerintahan dinasti Umayyah. Setelah Reconquista atau Penaklukkan Kembali Spanyol oleh kaum Kristen, gedung ini diubah fungsi menjadi sebuah gereja dengan katedral gotik yang dimasukkan ke tengah gedung berarsitektur Moor ini. Sekarang keseluruhan gedung dipakai sebagai gedung katedral diosese Córdoba di Spanyol.

 

 
Masjid Cordoba, pada 15 Desember 1994 ditetapkan oleh UNESCO sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting di dunia. Masjid itu pertama kali dibangun oleh Khalifah Muslim Abdurahman I pada tahun 787. Pembangunannya terus dilakukan oleh khalifah-khalifah penerusnya.

Masjid Cordoba memiliki ruangan dalam untuk salat, berbentuk persegi panjang yang dikelilingi oleh lapangan terbuka, seperti model masjid-masjid peninggalan Umayyah dan Abbasiyah yang dibangun di Suriah dan Irak.
Pada saat pemerintahan Umayyah, Cordoba menjadi ibukota Spanyol di bawah pemerintahan khalifah Islam dan dikenal tidak ada tadingannya di Eropa dalam hal kemajuan peradabannya. Cordoba pada saat itu juga dikenal sebagai pusat ilmu pengetahuan, di mana volume kunjungan ke perpustakaannya mencapai 400.000 kunjungan. Sementara perpustakaan-perpustakaan besar di Eropa, volume pengunjungnya jarang mencapai angka seribu.

Warga Muslim di Spanyol saat ini diperkirakan mencapai 750.000 orang (sensus 2000) dari 40 juta jumlah total penduduk Spanyol. Spanyol mengakui Islam sebagai agama resmi di negeri itu, berdasarkan undang-undang kebebasan beragama yang disahkan pada Juli 1967.

1 ulasan: