TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 2 Oktober 2011

Ke Balik Pulau, Pulau Pinang

Assalamu'alaikum,

Masih pada 2 September 2011. Selepas turun dari Bukit Bendera, kami ke Balik Pulau. Kami menggunakan jalan menerusi Air Hitam, jadi perjalanan untuk sampai lebih cepat dan mudah. Hamba pun dah 5-6 tahun rasanya tak menggunakan jalan ini. Jalannya lebih lebar dan memudahkan. Malang sedikit, hamba terlepas 'kawasan melhat pemandangan', nak patah balik pun susah...Dalam 25-30 minit kami sampai di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Balik Pulau banyak nostalgianya pada hamba. 4 tahun setengah hamba belajar di sini, belajar mengenai berniaga di sini, belajar menunggang basikal lumba di sini, berkhemah di sini, berjalan kaki berpuluh kilometer di sini, dan 1001 nostalgia.


Kami ke pasar basah untuk membeli jeruk. Dahulunya, pasar basah amat kecil dan hanya peniaga kaum Cina yang menjual jeruk. Kini pasar basah sudah berpindah dan lebih besar. Terdapat sekurangnya 6 kedai milik peniaga Melayu yang menjual jeruk dalam kompleks ini.  Harganya adalah 50% lebih murah berbanding harga di Tanjung (Georgetown la tu!)... Jadi dengan modal duit minyak tak sampai RM10, jika anda membeli lebih RM20, maka anda sudah pulang modal. Jeruk buatan Melayu tidak seperti buatan peniaga kaum Cina yang banyak asid, cepat terbatuk.  Semasa membeli, jurujual di situ memberitahu yang beliau tidak 'menang tangan' dari pagi melayan orang luar yang datang membeli. Jeruk tak boleh makan selalu, kerana pemakanannya yang kerap tidak baik untuk kesihatan. Sekali-sekala dan dihidangkan untuk tetamu takpalah...

Pekan Balik Pulau ada sedikit perubahan...Dahulunya Penang Yellow Bus merupakan kenderaan rasmi ke sana-sini...

Hospital Balik Pulau tidak banyak berbeza...waktu hamba sekolah menengah, kalau sakit, pihak sekolah hantar ke hospital ini...

Gerai tempat hamba makan ABC dan mee goreng sudah tidak dibuka lagi... Itulah realiti perniagaan, jangan mudah selesa di satu tempat sahaja....

Daerah Balik Pulau (Barat Daya) adalah kawasan penempatan terbesar orang Melayu di kawasan Pulau. Tapi anda jangan terkejut, 60%-70% tanah di Balik Pulau sudah dimiliki oleh kaum Cina!!!

Orang Melayu Aceh merupakan antara penduduk awal Balik Pulau, jauh lebih awal dari Francis Light yang 'diagungkan oleh Sejarah sebagai pembuka Pulau Pinang'...Sejarah wajib dibetulkan. Dokumen sejarah di merata tempat di Nusantara menunjukkan orang Melayu sudah begitu  lama menduduki Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light lagi...

Di Pondok Upeh, salah sebuah kampung di Balik Pulau, hamba menemui beberapa maklumat di internet menunjukkan wujudnya usaha pengamalan dan penyebaran Tariqat Naqsyabandi oleh seorang Sheikh. Insya-Allah, lain kali kalau hamba ke sini, hamba akan teroka perkara ini.

Di Balik Pulau, hamba belajar erti berdikari, berpisah dengan bonda yang merupakan 'ayahanda'ku jua, memahami pengorbanan bonda dalam membesar dan memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anaknya, belajar menguruskan wang, berjuang bersama rakan-rakan yang rata-ratanya jauh lebih berada dan bernasib baik, meneroka erti kejayaan, bekerja keras mencipta kecemerlangan, terdedah dan mengasah bakat dengan dunia perniagaan yang lebih praktikal, melihat kesungguhan dan pengorbanan guru-guru yang dikasihi dalam menjadikan anak murid mereka lebih berjaya dari mereka, mematangkan diriku tentang pelbagai perkara dan Alhamdulillah, hamba 'meninggalkan Balik Pulau' pada tahun 1989 dengan kejayaan yang membanggakan keluarga.

Berdisiplin, Berilmu, Beramal....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan