Assalamu'alaikum,
Segala puji dan kesyukuran ke hadrat Allah Taala, hamba baru baik dari demam dan sakit-sakit. Tiga minggu lepas, tiga hari kena demam dan dua hari sakit-sakit badan. Dekat seminggu tak buka internet dan baca emel. Sebelum ini hamba pernah menulis tentang Sakit itu satu rahmat. Memanglah pada lumrahnya, tak ada manusia yang suka bila sakit. Cuma pada orang hakikat, sakit itu satu kebaikan pada hakikinya. Kerana yang memberi sakit itu DIA dan yang menyembuhkan sakit itu juga dari DIA, yang ditangguhkan penyembuhan itu juga dari DIA, dipercepatkan penyembuhan itu juga dari DIA. Semuanya dari DIA, oleh DIA, untuk DIA. Dengan kita sakit, kita akan lebih menginsafi kesalahan dan kesilapan kita. Dengan kita sakit, ada kekotoran zahir yang ingin dikeluarkan dari badan. Dengan kita sakit, kita lebih banyak belajar sifat sabar dalam menghadapi sesuatu. Dengan kita sakit, kita lebih banyak 'mengingati DIA'. Dengan kita sakit, ada kemungkinan kifarah itu menghapuskan dosa-dosa kita yang banyak itu. Dengan kita sakit, kita tersedar kita dah tersilap kerana memakan/mengambil sesuatu makanan secara berlebihan. Dengan kita sakit, kita tahu pertahanan diri dan perlindungan diri yang kita amalkan dari gangguan makhluk-makhluk halus masih ada kelemahannya, masih ada lompangnya, masih ada ruang untuk makhluk-makhluk ini 'masuk dan bertapak'. Tidakkah sakit itu baik untuk kita? Adakah DIA zalim kerana memberi kita sakit? Tidak sama sekali!!! Kita sakit kerana perbuatan kita sendiri, kerana kelakuan kita sendiri, kerana tabiat kita sendiri. Kita sakit kerana sakit itu baik bagi kita.
Pada 7 Januari 2012, hamba sekeluarga berkhemah di Pulau Besar. Kemudian pada 21 Januari 2012, hamba sekeluarga berkelah di Sagil, Gunung Ledang. Semasa balik dari Pulau Besar, isteri hamba dan 3 orang anak hamba 'sakit perut'. Keesokannya, tak ke sekolah anak-anak hamba kerana demam. Begitu juga selepas balik dari Gunung Ledang, sebahagian besar anak hamba demam dan sakit-sakit badan. Sehari juga tidak ke sekolah.
Sekadar berkongsi sedikit kaedah hamba menangani anak-anak yang sakit. Cuma hamba nak ingatkan yang hamba ini bukan perawat Islam. Apa yang hamba lakukan bila anak-anak sakit? Apa lagi, bagi makan ubatlah!!! Maksudnya hamba pun melihat anak-anak sakit dari perspektif syariat, yakni kalau sakit, beri ubatnya, ubat moden, yang ada kat klinik-klinik tu. Dah beri ubat moden tak banyak kesan, kena carilah puncanya. Punca penyakit sekurang2nya ada tiga. Yang pertama, punca zahir, macam penyakit kencing manis sebab banyak ambil gula, macam demam denggi kerana nyamuk aedes... itu perspektif orang awam. Jangan sama sekali tinggalkan perspektif ini. Kalau anda baca kisah Sunan Ampel, beliau dijemput untuk berikhtiar menyembuhkan penyakit yang melanda satu kawasan kampung/pemukiman oleh Raja di kawasan itu. Antara perkara pertama yang Sunan Ampel lakukan adalah berdakwah dengan menghindari amalan2 penduduk kampung yang tidak mementingkan kebersihan dan mengajak penduduk kawasan itu menjaga kebersihan. Dengan menjaga kebersihan, maka penyakit yang disumberkan dari kekotoran akan berkurangan. Kalau zaman moden ini, macam gotong-royong membersihkan parit-longkang di kawasan taman untuk menghindari nyamuk aedes membiak. Kebersihan itu sebahagian daripada agama, maka ia bermaksud pada syariat dan juga pada hakikat.
Yang kedua, penyakit berpunca daripada makhluk-makhluk halus, itu bahasa orang ramai. Bahasa hamba, makhluk-makhluk batil. Makhluk Allah ada di jalan yang benar seperti malaikat yang sentiasa mentaati perintah Allah dan para Rasul dan Nabi. Ada makhluk Allah yang di jalan yang batil macam syaitan, iblis dan macam-macam jenis jin. Jin pula bukan semua kafir, ada yang Islam, tapi tak payahlah nak berkawan dengan jin-jin Islam ini. Ada juga makhluk Allah yang dipanggil dewa-dewi. Dewa-dewi pula ada yang Islam dan ada yang bukan Islam. Dewa-dewi tak sama dengan jin-jin. Dewa-dewi 'bersih', diangkat dari tempat yang rendah, ditinggikan, didewa-dewakan macam Tuhan. kalau dari segi 'power' dewa-dewi ni 'lebih powernya' drp jin-jin. Dewa-dewi adalah ujian kepada ahli tariqat, mereka di jalan ketuhanan. Insya-Allah hamba akan sembang dengan lebih lanjut bab dewa-dewi ni kemudiannya. Banyak mereka di jalan tasawuf 'terkeliru' dengan dewa-dewi ni. Sebab itu perlu berguru dengan guru mursyid yang murabbi. Sepertimana jin, tak perlu nak berkawan dengan dewa-dewi ni. Bab-bab ni Tok Belagak yang arif, hamba memang tahu sikit2 aja. Penyakit gangguan makhluk halus seperti kerasukan, meracau dan disantau dikaitkan dengan gangguan makhluk-makhluk halus. Jadi kalau kena gangguan makhluk halus ini, antara caranya adalah berkunjung ke Darul Saka yang diasaskan Tok Belagak atau yang popularnya Darul Syifa. Selain Tok Belagak, boleh tengok senarai blog rawatan Islam di sebelah kanan blog hamba. Kalau ada yang tak betul, sila beritahu hamba, hamba boleh 'buang' dari senarai itu. Kalau boleh rawat diri sendiri dan keluarga, rawatilah. Tetapi bukan penyakit sebegitu saja yang boleh disebabkan oleh jin, syaitan, iblis, dewa-dewi ni. Penyakit moden juga 'boleh disebabkan' makhluk-makhluk ni. Kena kaji hadis Nabi SAW bagaimana makhluk-makhluk ini boleh 'duduk' di dalam peredaran darah. Dengan duduk dalam peredaran darah, mereka 'diizinkan' mengganggu perjalanan darah dalam tubuh-badan, mengganggu keseimbangan api, angin, air dan tanah dalam diri kita. Kalau kita ada kencing manis peringkat rendah, 'gangguan' mereka boleh menyebabkan kencing manis kita jadi kritikal dan begitulah seterusnya. Bagaimana mengatasi gangguan mereka ini? Dengan mendekatkan diri dengan Allah, banyakkan berzikir, banyakkan amalan2 sunat. Seluruh anggota tubuh badan pada diri kita seharusnya dihidupkan dengan mengingati Allah. Dalam bab ini, merujuklah kepada guru mursyid yang murabbi.
Yang ketiga, kena penyakit sekian-sekian sebagai kifarah. Maka harus kita memperbanyakkan istighfar, harus kita memperbanyakkan solat sunat taubat, harus kita mendirikan solat hajat khusus mohon keampunan dari Allah Taala atas segala kesalahan dan dosa kita kepada Allah Taala, sama ada secara sedar atau tidak. Paling baik lakukanlah secara berterusan, walaupun sedikit. Nabi SAW itu sendiri tidak pernah meninggalkan istighfar walaupun baginda itu maksum dan dijamin syurga. Memang menghadapi penyakit itu berbeza-beza caranya mengikut tahap seseorang dalam menerima penyakit. Di sinilah bijaksana guru musyid itu diperlukan agar anak murid menerima penyakit dan berusaha berikhtiar itu sesuai dengan peringkatnya. Hamba ingat ziarah hamba ke rumah Pak Senu. Beliau sendiri mengatakan sakit yang beliau alami sekarang ini 'baik untuk beliau', begitu banyak rahmat dan hikmahnya. Bagi sebahagian orang tasawuf, mereka tidak mendoakan disembuhkan penyakit itu, maksudnya, jika baik disisi Allah untuk penyakit itu baik, maka sembuhkanlah, jika baik disisi Allah, penyakit itu ditangguhkan untuk disembuhkan, maka mereka redha menerimanya.Mereka mencari baik disisi Allah, bukan baik disisi manusia (“Dan keredhaan Allah itu adalah yang paling besar.” [72 : At-taubah] ).
Takat itu sajalah dulu....harus banyak lagi puncanya dan kaedah menghadapinya. Allah Taala maha mengetahui sebab-musabab ditimpakan sesuatu penyakit kepada kita, anak kita, saudara mara kita. Dari itu, apabila berpenyakit, maka berubatlah mengikut kehendak syarak. Dalam masa yang sama, berusaha mengatasi penyakit mengikut kaedah kedua dan ketiga di atas. Kalau kita masih baru dalam perjalanan tasawuf, tak boleh kita nak ikut mereka mereka yang sudah lama dan matang dalam perjalanan ini. Kalau sedang berguru dengan guru mursyid, kongsikan masalah penyakit ini dengan guru mursyid, dan segala nasihatnya itu ikut walaupun terpaksa bersabar, menahan sakit dan sebagainya.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan