Assalamu'alaikum,
Pada 23 Disember 2012, hamba sekeluarga ke Istana lama Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Sebenarnya bonda hamba yang datang dari kampung dan tinggal di rumah hamba selama dua minggu berhajat nak ke sini, dan hajat ini sudah lama beliau sampaikan. Jadi, pada 23 Disember, hamba pun membawa bonda hamba, selain anak-isteri juga turut serta. Selepas solat dahulu di Masjid Kuala Pilah, kami ke istana lama ini. Malang sedikit, gambar tidak diizinkan untuk diambil di dalam muzium/Istana lama. Jadinya tak adalah gambar dalam Istana lama Seri Menanti ini. Istana ini tidak menggunakan paku dan setinggi 4 tingkat. Ketika kami sampai, ada pameran barang-barang lama milik Yam Tuan Besar sekarang dipamerkan.
Sepertimana yang ramai maklum, NSDK menggunakan Adat Perpatih yang sedikit berbeza dengan Adat Temenggung yang diamalkan di negeri Melayu yang lain. Adat ini dibawa dari tanah Minangkabau, Sumatera. Pertabalan Yam Tuan Besar, institusi Kesultanan NSDK juga berbeza dengan negeri lain. Pernah hamba semasa pergi ke sebuah kenduri kahwin di sebuah kampung kira-kira 8-10 tahun dahulu, tetamu tidak 'diizinkan' menyentuh makanan (makan) selagi Undang Luak belum sampai....Ada tempat khas untuk Undang Luak untuk santapannya...he3... Susah bebenor adat-adat macam ini. Ikut syariat agama sudahlah. Adat-adat yang pelik-pelik, membentuk banyak hirarki dalam masyarakat harus dibuang. Islam itu mudah. Zaman RSAW, tiada protokol untuk rakyat berjumpa Baginda SAW. Kan mudah kalau begitu. Arwah bapa mertua dan ibu mertua hamba asal orang Negeri Sembilan juga. Tetapi beliau dan isterinya tidak mengamalkan Adat Perpatih. Jadi perkahwinan hamba dengan puteri kesayangannya berjalan dengan mudah dan lancar, 'tak banyak birokrasi'. Kami ambil yang wajib dan sunat sahaja dalam perkahwinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan