Saya membaca respon alFadhil Us Mohd Hanif berkaitan isu akidah yg dibangkitkan Us Mashadi Masyuti. Isu ni isu besar bila kait isu akidah. Apatah lagi berpegang pada riwayat wahiyah pada persoalan akidah. Isu ni isu berat. Sesiapa yg nak baca, kena sabar baca sampai habis. Lihat di bawah. Walau dulunya dia Ustaz yg kita hormati, bila tergelincir, wajib dijawab.
Penyelidik Ahlussunnah Research Group (ARG) juga bagus menjawab dakwaan dapatan kekeliruan Mashadi Masyuti, antaranya di https://www.facebook.com/ARG. johor/posts/1287992787898295
اللهم أرنا الحق حقا وارقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahu al-musta'an.
--—---—----------------------- ------------
JAWAPAN UNTUK MEREKA YANG MENOLAK TAKWIL YANG MENJADI AMALAN SALAF – OLEH US MOHD HANIF (LOBAI SAHAK) YANG MENGAJI KAMPUNG AJA.
Mereka berkata:
Abu Hanifah berkata: Allah mempunyai tangan …………… Kita tidak boleh mengatakan tangan Allah adalah kuasa-Nya atau nikmat-Nya kerana yang demikian itu bererti kita telah membatalkan sifat Allah …………
MASHADI dan Wahhabi tidak membenarkan mentakwil mana-mana sifat Allah sedangkan Saidina Ibn Abas sendiri mentakwilkan sifat Allah .
IBN ABBAS MEMBERIKAN TAKWILAN
يوم يكشف عن ساق ( Ayat 42 surah Al Qalam )
Ibn Abbas mentakwilkan الساق ( betis ) dengan perkataan الشدة ( terlalu takut ).
والسماء بنينا ها بأيد وإنا لموسعون ( Surah Al Zaariat – ayat 47 )
Ibn Abbas mentakwilkan أيد ( tangan ) dalam ini dengan perkataan القوة ( kekuasaan )
Berkenaan takwilan Ibn Abbas di atas Wahabiah mempertikaikan perawi riwayat ini iaitu Muhammad Ibn Jahm Al Samiri dimana mereka mengatakan Ibn Jahm adalah seorang yang majhul .
Sebenarnya Muhammad Ibn Jahm merupakan seorang perawi yang boleh dipercayai lagi benar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Abdullah bin Imam Ahmad degan katanya “ Aku tidak mengetahui tentang dirinya melainkan kebaikan ” Ibn Hajar Al `Asqalani berkata : Aku tidak dapati dia sebagai seorang yang jauh ( cacat )
TAKWILAN IMAM AHMAD
روى الحافظ البيهقي عن الحاكم عن أبي عمرو بن السمّاك عن حنبل أن أحمد ابن حنبل تأول قول الله تعالى : " وجاء ربك " انه : جاء ثوابه ثم قال البيهقي وهذا اسناد لا
غبار عليه .
Ertinya : Al Hafiz Al Baihaqi telah meriwayatkan daripada Hakim , daripada Abi `Amr bin Sammak daripada Hanbal bahawa Ahmad bin Hambal telah mentakwil firman Allah " وجاء ربك " ( telah datang Tuhan kamu ) dengan perkataan جاء ثوابه ( telah datang pahala ) kemudian Al Baihaqi berkata : “Tidak terdapat kesamaran pada sanad ini”
TAKWILAN Al ASY`ARI
وان الله تعالى استوى على العرش على الوجه الذي قاله وبالمعنى الذي اراده, استواءً منزها عن المماسّة والإستقرار والتمكن والحلول والإنتقال, لا يحمله العرش بل العرش وحملته محمولون بلطف قدرته ومقهورون فى قبضته وهو فوق العرش وفوق كل شيء إلى النجوم الثرى فوقية لا تزيد قربا إلى العرش والسماء بل هو رفيع الدرجات عن العرش كما أنه رفيع الدرجات عن الثرى وهو مع ذلك قريب من كل موجود وهو أقرب إلى العبد من حبل الوريد وهو على كل شيء شهيد
Ertinya : Bahawasanya Allah Ta`ala beristiwa` di atas `Arays sebagaimana rupa bentuk yang telah ia katakan dan dengan makna yang Ia kehendaki, Istiwa yang bersih daripada perkara-perkara yang didapati dengan pancaindera, bersiih daripada tetap pada sesuatu tempat, berhenti dan perpindahan. Dia tidak ditanggung oleh `Arays bahkan `Arays itu sendiri ditanggung oleh Malaikat dengan kehalusan kudrat-Nya dan berada dalam genggamannya dan Dia di atas `Arays dan di atas setiap sesuatu hingga ke bintang surayya ketinggian yang tidak bertambah hampir kepada `Arays dan langit bahkan Ia lebih tinggi darajat daripada `Arays sebagaimana lebih tinggi daripada surayya, meskipun begitu Dia hampir dengan sesuatu yang maujud dan lebih hampir kepada hamba berbanding urat merih dan Dia melihat semua perkara.
Kebanyakan naskhah yang berada di pasaran kini telah dibuang kata-kata Imam Al Asy`ari berkaitan takwilan beliau. Seterusnya mereka cuba memasyhurkan bahawa Imam Al Asy`ari menarik balik takwilannya pada akhir hayat beliau dan beliau telah mengamalkan tafwid. Sedangkan kitab risalah Al Saghr yang terdapat padanya takwilan Imam Al Asy`ari itu adalah merupakan antara kitab-kitab terakhir karangan beliau.
SANDARAN YANG KABUR TERHADAP ABI HANIFAH
Mereka menaqalkan bahawa Imam Abu Hanifah berkata : " Iman tidak bertambah dan tidak berkurang ".
Perkara ini diragui kerana tidak terdapat riwayat yang sahih lagi terang. Dinyatakan satu riwayat dalam kitab Syarah Aqidah Al Tahawi dengan sanad Abi Muti`i Al Balkhi daripada Nabi Shallallahu alaihi wassalam :
حدثنا محمد الفضل وأبو القاسم السابارذ قالا حدثنا فارس بن مردويه قال حدثنا محمد الفضل بن العبد قال حثنا يحيى بن عيسى قال حدثنا أبو مطيع عن حماد بن سلمة عن أبى المهزّم عن أبي هريرة قال : جاء وفد ثقيف إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالوا رسول الله الإيمان يزيد وينقص؟ فقال: لا الإيمان مكمل فى القلب زيادته كفر ونقصانه شرك
Ertinya : Muhammad Al Fadhl menceritakan kepada kami ……………………… daripada Isa daripada Abu Muti`I …………………. daripada Abi Hurairah dia berkata : Rombongan Thaqif telah mengadap Rasullullah maka mereka bertanya : Adakah iman bertambah dan berkurangan ?Rasul menjawab : Tidak , iman sempurna dalam hati , bertambahnya kufur dan berkurang nya syirik.
Kalaulah aqidah Imam Abu Hanifah sama seperti dakwaan Wahabiah tentulah Ulama`-ulama` besar dari kalangan mazhab Hanafi seperti Ibrahim bin Yusuf dan Ahmad bin Imran akan menyebut perkara yang sama iaitu Iman tidak bertambah dan berkurang.
Kalau kita mengkaji dengan teliti kita akan dapati mereka ini berkata iman akan bertambah dan berkurang walhal mereka berdua adalah di antara Hanafiah yang terulung .
Dari sana jelas kepada kita bahawa perkataan tentang iman tidak bertambah atau berkurang adalah datangnya dari pendusta Al Balkhi kemudian terus di sandarkan kepada Imam Abi Hanifah .
Pada dasarnya tidak ada percanggahan antara imam-imam empat dalam masalah ini. Tetapi apabila timbul aqidah-aqidah sesat pada zaman Abi Hanifah seperti Muktazilah dan di zaman imam-imam lain seperti Murjiah maka masing-masing mempertahankan aqidah yang tepat menurut Al Quran dan Sunnah. Berpunca dari sanalah memperlihatkan sedikit perbezaan di antara mereka. Ini berdasarkan keadaan semasa kerana Salaf terpaksa menolak aqidah Murjiah dan Imam Abu Hanifah terpaksa manolak aqidah Muktazilah dan Murjiah dimana mereka mengatakan iman itu hanya Tasdiq ,iman tidak akan rosak kerana melakukan maksiat .
Ini memberi gambaran bahawa kebaikan tidak ada nilai, tak salah kalau tidak berbuat kebaikan bahkan dosa tidak akan memberi mudharat kepada iman. Dengan demikian golongan Murjiah akan meninggalkan kebaikan dan meringankan dosa.
Maka Salaf terpaksa menolak pendapat tersebut dengan berkata bahawa iman akan bertambah dan berkurang. Iman menpunyai kaitan utama dengan amalan sehingga pertambahan amalan akan menyebabkan bertambahnya iman begitulah sebaliknya. Salaf membuat kenyataan ini supaya orang kebanyakan tidak memadang ringan terhadap urusan amalan seharian dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat.
Kemudian timbullah Abu Hanifah di zaman pemberontakan Khawarij dan fitnah Muktazilah . Mereka beri`itiqad bahawa orang yang melakukan dosa besar akan kekal dalam neraka.
Ini seolah-olah hanya amalan yang bersih daripada dosa besar sahaja yang dapat menyelamatkan seseorang dari neraka dan kekalnya iman. Maka untuk menolak pendapat tersebut Imam Abu Haniafah terpaksa berkata bahawa iman tidak bertambah kerana amalan baik dan tidak berkurangan kerana dosa. Keimanan diberi keutamaan walaupun amalan mempunyai kedudukan yang tinggi. Keimanan suatu yang ulung, bukan pengikut amalan bahkan kejayaan seseoang terletak diatasnya ( Iman ).Seseorang itu tidak beramal tetapi akhir kalamnya dengan kalimah tauhid maka ia akan masuk syurga. Tidak seperti sangkaan mereka bahawa meskipun beriman tetapi kerana melakukan dosa ia akan kekal dalam neraka.
Pada masa itu jika Abu Hanifah terus dengan Ideologi salaf menentang murjiah pasti ia akan membantu metode pemikiran Muktazilah . Oleh itu Abu Hanifah terpaksa menukar tajuk utama salaf supaya mampu mempertahankan aqidah ahlus sunnah wal jamaah.
Dalam hal ini Al `Allamah Anuar Shah Kasymiri Hanafi menyebut dalam Faidhul Baari :
إن الإمام الأعظم رحمه الله تعالى إنما نفى الزيادة والنقصان فى مرتبة محفوظة ولا ينفي مطلقا
Ertinya : Imam Abu Hanifah hanya menafikan bertambah atau berkurangnya iman pada martabat yang tertinggi bukan menafikannya secara mutlak .
PEMBOHONGAN TERHADAP ABI HANIFAH
Mereka berkata:
Abu Hanifah berkata: Siapa yang berkata: Saya tidak tahu, adakah Allah itu di langit atau di bumi maka dia kafir……………………
Petikan asal ini ialah dari kitab al-`Uluw karangan al-Zahabi, ia berbunyi :
قال الذهبي فى العلو : بلغنا عن أبي مطيع الحكم بن عبد الله البلخي صاحب الفقه الأكبر سألت أبا حنيفة عمن يقول : "لا أعرف ربي فى السماء او فى الأرض" فقال قد كفر لأن الله يقول الرحمن على العرش استوى لكن لا يدري العرش فى السماء او فى الأرض فقال إذا انكر أنه فى السماء فقد كفر. رواها صاحب الفاروق بإسناد عن أبي بكر نصير بن يحي عن الحكم.
Ertinya: Al Zahabi berkata dalam kitab al-`Uluw : telah sampai berita tentang Abi Muti`i Al Hikam bin Abdullah Al Balkhi pengarang kitab al-Fiqhul al-Akbar bahawa dia telah bertanya Abu Hanifah tentang mereka yang berkata: “ Saya tidak tahu samada tuhan berada di langit atau di bumi” maka berkata Abu Hanifah dia telah kafir kerana Allah telah berkata الرحمن على العرش استوى tapi dia pula tidak tahu Arasy itu di di langit atau di bumi dan dia telah berkata : apabila ia mengingkari bahawasanya Allah berada di langit maka dia telah kafir…
JAWAPAN
Kata-kata ini adalah satu pembohongan dan rekaan terhadap Abu Hanifah kerana perawi yang bernama Abu Muti`i adalah seorang yang suka memalsukan sesuatu.
Tersebut dalam Lisan al-Mizan bagi Al Asqalani ,
Ahmad bin Hambal berkata : “ Tidak patut diriwayatkan sesuatu daripadanya “. Abu Daud berkata : Mereka telah meninggalkan hadithnya.
Ibn `Adi berkata : Beliau jelas daif dalam kebanyakkan hadith-hadith yang diriwayatkan olehnya dan tidak ada yang menyokongnya.
Abu Hatim pula berkata : “ Dia adalah seorang Murjiah dan pembohong ”.
Dan Ibn Hajar berkata : “ Sesungguhnya Al Zahabi telah memutuskan bahawa dia telah memalsukan hadith “
IMAM MALIK
KESALAHAN tentang terjemahan istiwa` dengan makna bersemayam
Mereka berkata:Daripada Ja`afar Bin Abdullah katanya : Kami pernah berdekatan dengan Imam Malik lalu seorang lelaki bertanya kepada beliau : Wahai Abu Abdillah ,Allah yang maha pengasih bersemayam di atas `Arays, bagaimana Dia bersemayam……………………
Dalam kenyataan Salafiah Wahabi di atas didapati terjemahan istiwa dengan makna bersemayam. Ini merupakan satu kesalahan besar dan dianggap tak betul, kerana :
1. Perkataan bersemayam di dalam bahasa melayu bermaksud duduk di atas singgah sana ( lihat kamus dewan , 1993 , m.s 1153 ). Sifat ini tidak harus dikaitkan dengan Zat Allah Taala kerana ia membawa kepada makna tashbih ( menyerupai ) tamthil ( perumpamaan ) dan tajsim terhadap zat Allah S.W.T. .
2. Maka bersemayam juga menafikan konsep tafwidh yang dilakukan oleh ulama' salaf iaitu menyerah makna yang layak dengan kebesarannya tanpa mentafsirkan maknanya. Tak ada gunanya mentafwidkan kaifiatnya setelah kita menetapkan perbuatan tersebut dengan makna duduk ( bersemayam ).
Makna bersemayam hanya menepati bagi makhluk dan tak sesuai bagi Allah Ta`ala kerana Allah Ta`ala telah menyatakan ia tidak menyerupai makhluk. ( ليس كمثله شيء ) Ertinya : Dia tidak menyerupai sesuatu .
Maha suci Allah daripada menyerupai makhluk. Tidak ada yang menetapkan istiwa ini dengan makna bersemayam ( duduk ) melainkan dengan tiga kumpulan iaitu
1. Al-Mujassimah
2. Al-Musyabbihah
3. Al-Salafiah Wahabiyyah
Imam Nawawi mengatakan di dalam kitab Raudhatut talibin ( m.s. 64 jld 10 ) bermaksud : Di antara perkara yang boleh menjadikan manusia murtad daripada agama Islam dan menjadi kafir ialah apabila seseorang itu menetapkan bagi Allah bersambung ( menyentuh ) dan bercerai dengan sesuatu.
Jadi apakah golongan As-salaf yang menetapkan istiwa dengan makna duduk ( bersemayam ), atau ia datang daripada As-Salafiah Wahabiah ?
TAUHID IMAM MALIK MENOLAK AKIDAH TAJSIM DAN TASHBIH
Mereka berkata:Daripada Ja`afar Bin Abdullah katanya : Kami pernah berdekatan dengan Imam Malik lalu seorang lelaki bertanya kepada beliau : Wahai Abu Abdillah ,Allah yang maha pengasih bersemayam di atas `Arays, bagaimana Dia bersemayam? Imam Malik menjawab : Tentang bagaimana Dia bersemayam tidak boleh di `akali ( ghair ma’qul ) , dan bersemayam-Nya bukan suatu yang di jahili ( ghair majhul ) , beriman kepadanya ( bersemayam ) adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah bid’ah ……………………
Terjemahan di atas yang menyatakan jawapan Imam Malik berkenaan bagaimana Allah ber istiwa` adalah tidak betul dan susunan ayat tidak seperti asal . Sebenarnya ini terjemahan daripada riwayat Yahya Ibn Yahya yang berbunyi :
" الاستواء غير مجهول والكيف غير معقول والإيمان واجب والسؤال عنه بدعة "
Maksudnya : Istiwa’ itu maklum ( diketahui maknanya dari sudut bahasa sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran ) dan kaifiatnya ( cara ) tak dapat digambarkan dengan akal , berimannya adalah wajib , dan bertanya tentangnya adalah bid’ah.
Perkataan والكيف غير معقول itu sendiri menolak pendapat Salafiah Wahabiah berkenaan Allah bersemayam atas `Arasy , terjemahan bersemayam membawa ke arah tajsim dan tasybih. Maksud perkataan ( dan kaifiatnya tidak boleh digambarkan dengan akal ) itu menolak pendapat tajsim dan tashbih.
Salafiah Wahabiah sentiasa membentangkan riwayat Imam Malik yang menyatakan bahawa الاستواء معلوم والكيف مجهول ( istiwa’ itu diketahui manakala kaifiatnya itu tidak diketahui ) sebenarnya hadis ini bukanlah riwayat daripada Imam Malik. Sebenarnya ia sengaja dibuat-buat dan disandarkan kepada beliau. Kerana riwayat Yahya bin Yahya adalah berasal daripada Ummu Salamah. Imam Rabiah ( guru Imam Malik ) juga pernah menuturkan seperti riwayat ini. Manakala riwayat Baihaqi melalui sanad yang sahih iaitu :
الرحمن على العرش استوى كما وصف به نفسه ولا يقال كيف ، وكيف عنه مرفوع
Maksudnya : “ Tuhan Al Rahman itu beristiwa di atas `Arays sebagaimana yang disifatkan oleh-Nya dan tidak boleh dikatakan bagaimana kerana bagaimana itu di angkat ( tiada )
”.Ibn Hajar menjelaskan bahawa pendirian mazhab Ahlu Sunnah tentang ayat ini adalah tanpa kaifiat. Lalu beliau menjelaskan lagi inilah cara yang telah difahami oleh Imam Al Shafie dan Imam Ahmad. Inilah juga pendapat yang dipegangi oleh para ulama` Malikiah termasuk Ibn `Arabi dan Al Qurtubi .
Riwayat Yahya dan Baihaqi menunjukkan hakifiat Istiwa itu tiada manakala riwayat palsu itu pula menunjukkan kaifiat Istiwa itu ada .
Penyelesaiannya , kita menolak riwayat palsu itu kerana ia bertentangan dengan pendapat Ummu Salamah dan Tuan Guru Imam Malik sendiri dan kita mengambil riwayat Yahya dan Baihaqi iaitu kaifiat istiwa itu tak ada. Bila tak ada kaifiat istiwa dari mana pula datang makna bersemayam yang membawa ke arah makna tajsim dan takyif.
والله لا كيف له ومالك نفى هذا بقوله ولا يقال كيف وكيف عنه مرفوع
Ertnya : Allah tidak ada bagaimana bagi-Nya ,dan Imam Malik menafikan perkara ini dengan berkata : tidak dikatakan bagaimana, bagamana itu di angkat ( tiada )
IMAM AL SHAFIE
AL SHAFIE BUKAN MUJASSIMAH
Mereka berkata: Imam Abu Al Qayyim menyebut dalam kitab Ijtima` Al Juyuusy Al Islamiah bahawa Imam Al Shafie berkata : Mengikut sunnah yang aku berada atas jalannya dan begitu juga aku melihat sahabat-sahabatku daripada kalangan Al hadith yang aku mengambilnya daripada mereka ……………………… ialah : Ikrar bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah ……………… dan sesungguhnya Allah adalah di atas `Arays-Nya dilangit-Nya......
Dengan ungkapan tersebut Wahabiah cuba menyatakan bahawa Allah yang Maha Agong mempunyai tempat duduk, tubuh badan dan menyerupai makhluk. Sebenarnya sandaran ini tidak benar kerana dalam riwayat ini terdapat dua orang perawi yang dusta iaitu Syeikh Al Islam Abu Hasan Al Hakkari dan Al Hafiz Abu Muhammad Al Maqdisis. Sanad-sanad mereka ini disandarkan kepada Abu Thaur, Abu Syua`ib dan seterusnya kepada Imam Al Shafie.
Imam Al Zahabi berkata bahawa Abu Hasan al Hakkari yang digelar Syeikh Islam ialah salah seorang daripada pembohong-pembohong dan pereka hadith.
Ibn Hajar berkata bahawa al Hakkari dikaitkan dengan mereka-reka hadith dan membuat sanad-sanad hadith.
Hafiz Ibn Hajar al Asqalani memberitahu bahawa sudah menjadi kebiasaan hadith Syeikh Al Islam Abu Al Hassan Al Hakkari gharib ( ganjil ) dan mungkar. Bahkan pada hadithnya terdapat unsur-unsur rekaan. Beliau adalah seoerang pendusta dan pereka hadith yang terkenal dan bermazhab Mujassimah . Dalam Lisan Al Mizan juzuk empat disebutkan :
" متهم بوضع الحديث وتركيب الأسانيد كان يضع الحديث باصيهان "
Ertinya: Dia pernah ditohmah dengan memalsukan hadith dan susunan sanad, dia juga pernah memalsukan hadith di Asbahan.
SALAH FAHAM TENTANG KATA-KATA AL SHAFIE BERKENAAN ILMU KALAM
Mereka Berkata: Dikeluarkan oleh Al Harawi daripada Al Rabi` Bin Sulaiman katanya : Aku mendengar Imam Shafie berkata : sekiranya seseorang meninggalkan wasiat kepada orang lain agar mengambil manfaat daripada kitab-kitab yang ditinggalkan ,lalu di antara kitab-kitab tersebut terdapat kitab tentang kalam, maka kitab kalam itu tidak termasuk di dalam wasiatnya kerana kalam bukanlah ilmu………………..
Imam Al Razi menyatakan ada dua sebab kenapa Imam Shafie mencela dan mengingkari ilmu kalam :
1. Ilmu kalam yang dicela oleh Al Shafie ialah ilmu kalam Ahli Bid`ah iaitu Muktazilah kerana banyak bercampur dengan aqidah dan pendapat falasafah Yunan.
2. Muktazilah telah mempengaruhi Khalifah agar mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang menyalahi mereka ( Miktazilah )
Imam Al Razi menambah bahawa sesungguhnya fitnah besar telah berlaku pada zaman itu disebabkan manusia membincangkan tentang masalah al Quran , adakan ia makhluk atau tidak dan ahli bid`ah telah menggunakan kuasa sultan untuk memaksa ahli Al Haq supaya mengikut mereka. Apabila Imam Al Shafie mengetahui bahawa ilmu kalam pada zaman itu bukan bertujuan mencari kebenaran dan bukan kerana Allah sebaliknya kerana dunia dan kuasa maka beliau telah berpaling daripadanya ( ilmu kalam )
Imam Baihaqi berkata : Bagaimana imam Shafie boleh mencela kata-kata ahlu sunnah wal jamaah padahal beliau bercakap tentangnya, bermunazarah padanya dan menyingkap kepalsuan yang dilontarkan oleh ahli bid`ah.
Imam Baihaqi menambah : Sesetengah riwayat disebut secara mutlak dan setengahnya dikaitkan dengan celaan beliau terhadap ahli bid`ah
IMAM AHMAD BIN HAMBAL
BERBOHONG DALAM MENYANDARKAN KITAB KEPADA IMAM AHMAD
Mereka berkata:Imam Ahmad berkata didalm kitabnya : Bantahan terhadap Jahmiyyah : Sesungguhnya Jahm bin Shafwanmendakwa kononnya sesiapa yang ……………………….. dia termasuk dalam Musyabbihah ( menyerupakan Allah dengan makhluk
Petikan teks tersebut adalah dari kitab Al Radd `ala al Jahmiyyah yang disandarkan kepada Imam Ahamd. Hujjah ini semata-mata untuk menegakkan aqidah yang batil yang menjadi pegangan mereka.
Mereka lupa bahawa kitab yang disandarkan kepada Imam Ahmad itu tidak benar sama sekali. Hal ini telah dinyatakan oleh Imam Al Zahabi dalm kitab Siar Aa`lam Al Nubala` ( 286/11 ) ketika menterjemahkan biodata Imam Ahmad. Beliau menyatakan bahawa kitab tersebut adalah sebuah kitb yang direka ke atas Abi Abdillah .
Perlu diketahui bahawa Kitab Al Radd `Ala Al Jahmiyyah itu bukanlah karangan daripada Imam Ahmad sebaliknya ia merupakan karangan pengikut-pengikutnya yang terdiri daripada Musyabbihah dan Mujassimah .
BERHUJJAH DENGAN SEORANG MUJASSIMAH
Imam Ahmad berkata di dalam kitabnya : Bantahan terhadap Jahmiyyah
Mereka berkata:Pandangan ini telah dipilih oleh Sadik Hassan Khan , katanya:
Maka mazhab kami adalah sebagaimana mazhab Salaf iaitu Ithbat tanpa Tasybih, Tanzih tanpa Ta`thil. Inilah mazhab Imam-Imam utama Umat Islam seperti Malik, Shafie, Al Thauri, Ibnu Al Mubarak dan Imam Ahmad….. dan lain-lain lagi.
Sadik Hassan Khan al- Qanuji al-Bahubali pengarang kitab Qathfu al- Thamar `Ala `Aqaid Ahl al- Athar yang telah di petik oleh Dr. Abdullah Yasin adalah seorang Mujassimah yang sesat lagi menyesatkan.
Dalam kitab tersebut Sadik Hassan mengatakan Tuhan ada pinggang, maha tinggi Allah daripada semua itu. Al `Allamah Al Muhaqqiq Abdul Hai Al Kanwi Rahimahulllah seorang ulama` agong dan seorang muhaddith dari India telah mengarang dua kitab menolak dan menyangkal tulisan Sadik Hassan. Kedua-dua kitab tersebut ialah ابراز الغي من شفاء العي dan تبصرة الناقد برد تذكرة الراشد.
Mereka berkata: Daripada Abdul Rahman bin Mahdy katanya : seorang lelaki bertanya kepada Imam Malik, lalu Imam Malik berkata : Barangkali engkau salah seorang sahabat daripada `Amr Bin `Ubaid mudah-mudahan Allah menurunkan laknat ke atas `Amr bin `Ubaid kerana dialah orang yang memulai bid`ah kalam ini, kalaulah kalam itu satu ilmu nescaya perkara ini menjadi percakapan di kalangan sahabat dan …………………..
JAWAPAN
Petikan tersebut adalah dari kitab ذم الكلام وأهله . Pengarangnya adalah Al Syeikh Al Islam Al Harawi Al Ansari yang mengarang bab sifat dan bab menetapkan Istiwa Allah Ta`ala di atas Arays . Beliau adalah Mujassimah tulin dan amat ingkar terhadap Al Asy`ari . Beliau berpendapat tidak halal sembelihan Al Asy`ari .
Mereka berkata:Di antara I`tiqad yang dinisbahkan (dibangsakan) kepada Imam Shafie ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Talib Al `Asyaari, katanya: Imam Shafie pernah ditanya tentang sifat Allah ……………….. ....Dan di antara perkhabaran itu ialah bahawa Allah mendengar dan Dia memiliki dua tangan kerana Allah berfirman: ( Tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka ) dan Allah mempunyai tangan kanan ........................
JAWAPAN
Abu Talib Al `Asyaari perawi aqidah Al Shafie yang dinaqalkan adalah seorang Mujassimah dan pendusta yang masyhur daripada mazhab Al Hanabilah .
Al Zahabi dalam Al Mizan juzuk tiga berkata :
“ Mereka ( ahli hadith ) telah memasukkan keatasnya beberapa perkara maka diapun menceritakan perkara itu tanpa ragu, di antaranya ialah hadith maudhu` berkenaan fadhilat malam Asyura` dan setengah daripadanya lagi adalah `aqidah bagi Imam Al Shafie .
Mereka berkata:Dieluarkan oleh Ibnu Baththah daripada Abdullah bin Ahmad, katanya: Aku mendengar Abu Abdillah ( Imam Ahmad ) berkata: Berpegang teguhlah dengan sunnah …………
JAWAPAN
Ibn Baththah Al Akbari Al Hanbali 304-387 Hijriah adalah seorang Mujassimah Hanabilah yang pendusta dan melakukan hadith maudhu` . Ibn Hajar dalam Al Lisan juzuk empat berkata :
" وقفت لأبن بطة على أمر استعظمته واقشعر جلدي منه أنه وضاع وأنه كان يحك أسماء الأئمة من كتب الحديث فى الأسانيد ويضع اسمه مكان الحك "
Ertinya: Saya dapati satu perkara yang dianggap besar ada pada Ibn Baththah dan berkerut kulit saya disebabkan perkara itu, iaitu dia adalah seorang pemalsu hadith dan dia pernah membuang nama beberapa imam dari kitab hadith dalam sanad–sanad dan meletakkan namanya di situ .
Al Kahatib Al Baghdadi dalam tarikh Baghdad meriwayat satu hadith palsu kemudian berkata: Hadith ini palsu disebabkan sanad yang mempunyai nama Ibn Baththah. Ibn Baththah ini adalah pengarang kitab Al- Ibanah sebanyak tiga jilid yang di dalamnya menyebut tentang Tuhan berada di atas `Arays secara nyata dalam bab khas : bab beriman bahawa Allah berada di atas `Arays jelas daripada makhluknya dan ilmunya meliputi sekelian makhluknya . Kaum muslimin daripada sahabat dan tabi`in telah sepakat bahawa Allah berada di `Arays atas langit jelas daripada makhluknya .
KESIMPULAN
Wahabiah akan melakukan apa saja tanpa menghiraukan pahala dan dosa demi menegakkan aqidah yang bathil walaupun mereka terpaksa menjatuhkan maruah Imam-imam yang penuh bertaqwa lagi mulia.Mereka berhujjah seolah-olah aqidah Imam empat sama dengan mereka. Mereka membuat tuduhan yang begitu banyak terhadap Imam Abi Hanifah dengan tujuan menyamakan aqidah Abu Hanifah sama dengan aqidah mereka. Kalau boleh mereka ingin membuat kenyataan bahawa kalau Imam Abu Hanifah masih hidup beliau akan mengikut Muhammad Abd Wahab.
Mereka memang berani membuat tohmahan terhadap golongan yang tak sependapat dengan mereka dan tohmahan itu lebih ditujukan kepada golongan Hanafiah. Bagi menyokong pendapat mereka , mereka telah mendatangkan sanad-sanad yang dusta terhadap Imam Abu Hanifah.
Inilah rupa sebenar Wahabi. Mereka tidak nampak kesalahan aqidah mereka sebaliknya hanya mampu melihat kesalahan orang lain ……
RUJUKAN
. Fathul Bari – 13/428 , Al Hafiz Ibn Jarir Al Tabari dalam tafsirnya –29 / 38
. Tafsir Ibn Jarir Al Tabari –7 / 28
. Tarikh Bagjdad - 2 / 161
. Lisan Al Mizan - 5 / 125
. Al Bidayah Wa Al Nihayah – 10 / 327
. Al Ibanah – m.s 21 , Risalah Ahl Al Saghr – m.s 73 ( Antara karangan Al Asy`ari yang terakir )
. دفعع شبهة التشبيه و تحقيق حسن السقاف . 19
. Faidhul Baari `Ala Sahih Al Bukhari . 60
. Faidhul Bari `la Sahih Al Bukhar. 1 / 65-66
. Faidhul Baarii .Juzuk 1, m.s 60
. Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jama`ah. 29 - 30
. Mizan Al I`itidal. 3/112
. Daf`u Al Shubhah. m.s 72
. Lisan Al Mizan. 4 / 195
. Manaqib Shafie bagi Imam Baihaqi. Juzuk 1 m.s 454, Manaqib Imam Fakhrurrazi
. Manaqib Shafie bagi Imam Baihaqi. Juzuk 1 m.s 454
. Daf`u Shubhah Al Tasybih Biakaf Al Tanzih. 74
SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH NAK PERGI BELAJAR
AKIDAH WAHABI DAH BANYAK MENJALAR
KEPADA TOK 'ALIM, ORANG AWAM JUGA PELAJAR.
LOBAI SAHAK.
JAM 3:30 PAGI.
Penyelidik Ahlussunnah Research Group (ARG) juga bagus menjawab dakwaan dapatan kekeliruan Mashadi Masyuti, antaranya di https://www.facebook.com/ARG.
اللهم أرنا الحق حقا وارقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahu al-musta'an.
--—---—-----------------------

Tiada ulasan:
Catat Ulasan