Isnin, 13 Jun 2011

Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan

Assalamu'alaikum,

Setelah meninggalkan Makam Tok Janggut, kami meneruskan perjalanan ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur di Tumpat, Kelantan. Ini merupakan kali pertama kami ke sini. Kami sebenarnya telah beberapa kali ke Rantau Panjang, yang dikatakan lebih popular dan luas berbanding Pengkalan Kubur. Banyak kali ke Kota Bharu, tidak pernah terlintas untuk ke Pengkalan Kubur dan ini merupakan kali pertama terlintas untuk ke sini.  Mungkin kerana hamba bercadang ke Makam Tok Selehor di Tumpat, jadi sambil menyelam minum air. Slot Pengkalan Kubur ini kiranya slot untuk isteri dan anak-anak.

Hamba bawa kereta masuk ke kawasan bebas cukai tetapi parkir semuanya penuh, jadi terpaksa keluar balik dan parkir di luar. Kami sampai dalam jam 12 tengahari, panasnya sedang memuncak. Nak beli pinggan-mangkuk, hamba 'telah mengharamkan' keluarga untuk beli barang2 ini sebab dah banyak...:-) Yang ada pun kami bagi kat orang, saudara-mara lain.  Nak beli barang keperluan dapur seperti periuk, kuali besar dan lain-lain, rumah dah penuh, dok cari jalan nak lapangkan rumah. Jadi kami jadikan kunjungan ini untuk beli baju raya untuk anak-anak. Dapatlah seorang sepasang untuk anak-anak untuk hari raya nanti. Nak kata murah sangat, tidaklah, cuma lebih murah berbanding harga di pasaraya/kedai di tempat tinggal kami di Selangor.

Selain itu, kami beli buah rambutan Siam, 3 kilo RM10, beli mangga, 3 kilo RM10...kira murah tu...kat tempat hamba, sekilo dlm RM5-RM7...Buah rambutan Siam ni memang sedap, saiznya besar, tidak berair, tahan lama dan manis rasanya. Ada pakar yang mengatakan Malaysia ketinggalan 5-10 tahun teknologi pertanian berbanding Thailand. Hamba kira ada kebenarannya. Kerajaan tidak pernah memberikan penekanan yang serius terhadap pertanian, terutamanya antara tahun 1980-2003. Malah Universiti Pertanian Malaysia (UPM) ditukar namanya ke Universiti Putra Malaysia (UPM), antara sebabnya mungkin tanggapan sesetengah pihak bahawa pertanian tidak ada masa depan, 'kurang glamour', tiada nilai komersial, tidak menjamin masa depan dan 1001 tanggapan yang lain. Apabila PakLah menjadi Perdana Menteri, pertanian diberi nafas baru dan slogan 'Pertanian Adalah Perniagaan' terpampang di merata tempat. MAHA mendapat suntikan dana yang besar dan berjaya menjadi pameran dan ekspo pertanian terbesar di Malaysia. Pelbagai program pertanian baru direkabentuk dan dilancarkan. Kawasan baru sawah padi dibuka dan sasaran pengeluaran makanan oleh pasaran tempatan ditingkatkan. Kemudian apabila PakLah bersara pada tahun 2009, pertanian tidak mendapat tempat semula walaupun masih termasuk sebagai salah satu bidang utama dalam NKEA.

Sebenarnya, negara tidak boleh sama sekali meminggirkan pertanian. Ia merupakan industri tertua di dunia dan terpenting. Manusia boleh hidup kalau tidak ada TV, telefon, internet, tetapi manusia tidak boleh hidup kalau tidak makan, itu asasnya. Kita boleh lihat dalam era globalisasi sekarang di mana harga barangan seperti gula, beras, minyak masak dan sebagainya naik-turun berdasarkan harga pasaran dunia. Jalan terbaik untuk mengatasi masalah naik-turun harga, inflasi, harga barangan yang melambung ini adalah dengan memaksimumkan penghasilan makanan oleh pengusaha tempatan. Beras sebagai contoh, masih beratus ribu hektar tanah yang terbiar, tidak diusahakan. Anda berjalan, mengembaralah keliling Semenanjung Malaysia ini, masih banyak tanah kosong, tanah terbiar, tanah tidak diusahakan. Itu belum ambil kira Sabah dan Sarawak lagi. Maksudnya kerajaan wajib memberikan dan menambah pelbagai insentif kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan pertanian agar negara boleh tergolong dalam kategori 'self-sustained', 'mampu hidup' tanpa import makanan. 

Kerajaan tidak seharusnya gusar dengan subsidi pertanian. Semua negara maju di Eropah memberikan pelbagai subsidi kepada industri pertanian masing-masing. Amerika Syarikat juga memberikan subsidi kepada industri pertaniannya. Kita seharusnya faham, tanpa subsidi, industri pertanian di Eropah dan Amerika Syarikat akan bermasalah. Negara maju juga boleh berdaya saing industri pertaniannya dengan subsidi adn 1001 bantuan, langsung atau tidak langsung. Kalau anda kaji data di seluruh dunia, pertanian menerima beratus ribu juta subsidi setahun (Dollar AS). Kalau kita ambil negara Belanda, sebuah negara kecil di Eropah yang mengoptimakan pertanian. Walaupun tanahnya tidak luas mana, pasarannya kecil (penduduk tak ramai), Belanda menjadi pengeksport produk pertanian yang begitu berjaya. Sebagai contoh bunga tulip dalam topik bulan lepas, Belanda merupakan pengksport terbesarnya. Kalau anda mengembara di Belanda, anda akan dapat lihat bagaimana tanah yang tidak luas mana diusahakan dengan aktiviti pertanian dan mereka berjaya. Bagaimana mereka berjaya? Dengan sikap yang betul, usaha yang bersungguh2, disokong oleh ilmu dan teknologi dalam bidang pertanian. Bagaimana orang kita akan berjaya dalam pertanian jika ilmu dan teknologi kita masih ketinggalan kerana sikap dan usaha sahaja tidak cukup pada zahirnya!

Selain rambutan dan mangga, kami juga beli asam dan keropok. Kalau nak beli di Selangor memang lebih tinggi harganya. Kalau anda lihat dalam gambar-gambar di bawah, pakaian merupakan produk utama di Pengkalan Kubur.  Hamba beli juga sehelai baju T kasual untuk hari raya, RM17 saja...:-)...cukuplah tu. Untuk isteri hamba belikan sepasang baju, walaupun isteri kata tak payah. Isteri hamba memang macam tu, penjimat orangnya, beruntunglah si suaminya...:-)...

Hamba teliti juga maklumat berkaitan Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur di internet, ada satu contohnya di Majlis Daerah Tumpat (bawah). Maklumatnya sedikit dan gambar juga sedikit. Pihak Majlis Daerah dan kerajaan negeri kena memperbanyakkan maklumat sebegini. Setakat nak tambah maklumat dan gambar-gambar di laman sesawang, bukan susah pun dan tak memakan kos yang tinggi pun. Maksudnya, Majlis Daerah dan Kerajaan Negeri belum agresif memasarkan 'produk-produk pelancongan' mereka di dunia siber. Kita belum memanfaatkan dunia siber sepenuhnya! Adakah semua Majlis Daerah dan kerajaan negeri begini? Hamba tiada jawapannya cuma sikap, pemikiran dan tindakan ramai penjawat awam di peringkat negeri di pelbagai negeri masih amat-amat jauh dalam konteks menuju ke negara maju. Itu belum bincang bab kebersihan lagi!!! Memang kita 'out'...

Telah diwartakan sebagai kawasan bebas cukai. Merupakan kawasan membeli belah yang terbesar di Daerah Tumpat. Kawasan bebas cukai ini bersempadan dengan Kuala Tak Bai iaitu kawasan sempadan dengan Thailand. Bersebelahan dengan kawasan bebas cukai ini terdapat pejabat imigresen dan pejabat kastam (http://www.mdtumpat.gov.my/bebas_cukai).



Nasib baik kami bawa kereta tolak bayi, kalau tidak puas mengangkut...

Tulis ja jualan murah, isteri hamba masuk, tapi jamu mata saja...:-)

Yang ni macam pasar basah, ada kafetaria, jual makanan dan buahan. Cuma kebersihannya masih belum memuaskan...

Yang ni 'favourite' kalau ke tempat macam ni

Ada juga kereta yang kena saman sebab parkir merata-rata


Kira-kiranya syurga baju jugalah tapi tak banyak jenis pakaian yang ada

Bab beli baju, hamba serah kat isteri sebab dia pandai tawar-menawar


Jersi Red Warriors yang popular di Kelantan....Semangat kenegerian boleh, jangan berlebih-lebihan udah le...

Jenama antarabangsa - Corelle, Pyrex, Corningware, Visions...
Cuma waktu hamba di UK, harganya jauh lebih murah berbanding harga di Malaysia, tapi hamba tak beli pun...:-)

Menyelusuri deretan kedai baju

Nak membeli-belah, pertamanya kena ada bajet. Yang kedua, beli barang perlu saja. Yang ketiga, tawar, jangan tak tawar. Yang keempat, jangan ikut nafsu!


Memandamgkan ini hari Sabtu dan cuti sekolah, memang  ramai orang di sini

Kedai jenama antarabangsa lagi
Kami tak masuk pun, ambil gambar saja

Dah habis membeli, keluaq la...

Dekat 1 jam 40 minit juga di sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan