Khamis, 28 Julai 2011

Allah Wujud Tanpa Bertempat : Kata-Kata Ulamak


Imam At-Tohawi (321H) berkata juga: “Maha Tinggi dan Suci Allah s.w.t. daripada sebarang had, sempadan, anggota, dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat).” (As-Siqaat: 1/1)

 Imam Ibn Hibban r.a. juga berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak tertakluk kepada tempat dan masa” (Al-Ihsan fi tartib sahih Ibn Hibban: 4/8)

Imam Abu Hanifah r.a. (150H) berkata: Allah s.w.t. itu wujud tanpa bertempat sebelum Dia menciptakan makhluk. Maka, Allah s.w.t. wujud tanpa di mana...(Al-Fiqh Al-Absath: 25)

وقال الإمام محمد بن إدريس الشافعي رضي الله عنه ما نصه : ( إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان

Imam Syafie: "Allah itu wujud tanpa bertempat. Dia yg ciptakan tmpat sdgkan Dia bersifat dgn sft azali seadanya sebelum Dia ciptakan tempat (Itthaf Saadah Muttaqin: 2/24)

Imam Ad-Dhihak r.a. dan Abu Ubaidah r.a. menta’wilkan firman Allah s.w.t.: “Setiap benda akan musnah kecuali WajahNya”. Wajah Allah s.w.t. dalam ayat tersebut bermaksud: ZatNya. (Daf’u Syibahu At-Tasybih oleh Imam Ibn Jauzi: 31).

Dalam ayat “Dan langit itu Kami (Allah) dirikan dengan ayydin (tangan-tangan dalam Bahasa Melayu)…” Imam Ibn Abbas r.a. menta’wilkan aydin dengan makna kekuasaan. (Tafsir At-Tabari: 27/6)

Dalam ayat berbunyi: “Telah datang Tuhanmu” (Al-Fajr: 22), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah menta’wilkannya dengan makna: telah datang pahala (dari) Tuhanmu” (Al-Bidayah wa An-Nihayah: 10/328)

Jadi, jelas. Ta'wil itu sendiri bukan suatu yang tercela. Jika kamu berani mencela konsep ta'wil, maknanya kamu berani mencela para salafus soleh yang juga menta'wilkan sebahagian nas-nas mutasyabihat. Janganlah ta'asub dengan sesetengah yang jumud dalam berinteraksi dengan bahasa Arab. Semua orang boleh copy n paste hat orang punya, tapi tak kaji masalah ini secara adil dan terbuka.

Allah fis samaa' itu bukan bererti Allah di langit secara bertempat, tetapi Allah s.w.t. Maha Tinggi kedudukanNya.

وقال الحافظ ابن الجوزي في دفع شبه التشبيه بعد رواية حديث معاوية بن الحكم: قلت قد ثبت عند العلماء أن الله تعالى لا يحويه السماء والأرض ولا تضمه الأقطار وإنما عرف بإشارتها تعظيم الخالق عندها.اهـ

Ibn Jauzi sendiri dalam buku Daf' Syubhah At-Tasybih ketika syarah hadith Muawiyah berkata:

"Telah tetap di sisi ulama' bahawa Allah tidak diliputi (tidak menempati) langit mahupun bumi. Tidak juga dirangkumi oleh pelusuk tempat. Sesungguhnya, difahami isyarat perempuan tersebut tentang keagungan Allah s.w.t. di sisinya."

قال الإمام الحافظ ابن الجوزي الحنبلي ما نصه : الواجب علينا أن نعتقد أن ذات الله تعالى لا يحويه مكان ولا يوصف بالتغير والانتقال صيد الخاطر
(ص47 ) .

dalam Saidul KHatir juga, Imam Ibn Jauzi kata: wajib kita beriman bahawa zat Allah s.w.t. itu, tempat tidak meliputiNya. Dia tidak bersifat dengan berubah2 mahupun berpindah2. (m/s 47)

Imam At-Tohawi sendiri berkata dalam matan Aqidah beliau:

"Maha Suci Allah dari sebarang posisi/sudut/arah (al-jihhat as-sitt) yang enam..." 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan