Isnin, 1 Ogos 2011

Nursery di United Kingdom

Assalamu'alaikum,

Di sebalik bulan puasa yang kunjung hari ini, Hamba nak kongsi sekejap tentang pengalaman anak ketiga hamba masuk Nursery sewaktu di luar negara tempohari.  Kanak-kanak diwajibkan masuk ke sekolah pada usia 5 tahun. Kalau ibu-bapa tak hantar anak ke sekolah, ibu-bapa boleh dihukum. Sampai macam tu peraturan mereka...:-)...  Seawal usia 3 tahun, ibu-bapa boleh hantar anak-anak ke Nursery yg biasanya terletak di dalam kawasan sekolah rendah. Anak ketiga hamba sempat masuk 10 bulan Nursery sebelum balik ke Malaysia sewaktu usianya 3 tahun. 

Mula-mula risau juga sebab anak ketiga ini 'belum lulus sepenuhnya' buang air kecil adn besar sendiri. Sekali-sekala, nak kena beritahu, bawa ke bilik air dan sebagainya. Kekadang, 'terlajak juga' anak ini dalam seluar sendiri. Memandangkan keghairahan anak ini nak ke Nursery, kami pun hantar ke Nursery yang terletak dalam kawasan sekolah anak kedua. Alhamdulillah, di Nursery, guru-guru mengajar anak-anak masa dan kaedah buang air (kecil dan besar)... Selepas 1-2 bulan di Nursery, anak ini dah tahu teknik, kaedah untuk buang air kecil secara sendiri, tak perlu lagi kami 'memimpinnya'.

Di sebalik tiada satupun istilah dalam Bahasa Inggeris yang diketahuinya apabila masuk Nursery, di penghujung Nursery, dapatlah juga beliau bercakap dalam Bahasa Inggeris terutamanya dalam ayat-ayat yang ringkas dan mudah.  Satu yang jelas, bilangan pelajar dalam Nursery dihadkan. Seorang  guru dengan dibantu beberapa pembantu guru mendidik pelajar dalam bilangan yang kecil. Ini dikira amat membantu kerana wujud hubungan emosi dan akrab antara guru dan anak murid.  Apatah lagi, guru-guru di Nursery 'amat penyabar', tidak pernah marah, dan tidak pernah mencubit dll kepada anak-anak murid mereka. 'Kasih-sayang', itulah sifat guru nursery dalam mendidik kanak-kanak yang masih kecil ini.

Yang jelas, sepanjang pengalaman hamba di UK dekat 4 tahun, kanak-kanak suka ke sekolah. Kalau mereka tidak ke sekolah, seperti mereka kehilangan sesuatu yang berharga. Kalau di Malaysia, kalau hari terakhir persekolahan, hari sebelumnya guru dah beritahu, esok tak datang sekolah pun tak apa sebab tak belajar, main2 saja. Kalau di UK, anak-anak hamba tetap nak ke sekolah kerana pelbagai aktiviti di hari2 terakhir persekolahan yang menarik minat mereka.

Pendidikan memang percuma di UK, pelajar-pelajar tidak perlu membayar yuran sekolah, tidak perlu membeli/membawa sebarang buku teks, buku kerja dan alat tulis. Namun kepercumaan pendidikan ini ada harganya. Di UK ada 1001 cukai yang terpaksa dibayar oleh pengguna dan masyarakat. Kutipan cukai ini digunakan untuk menyediakan kemudahan pendidikan dengan percuma. Cuma, bukanlah 100 peratus percuma. Kalau ada aktiviti lawatan ke mana-mana, naik bas untuk belajar berenang, ibu-bapa tetap kena bayar ongkosnya. 

Ada kekuatan dan kelemahan setiap sistem pendidikan. Yang pentingnya adalah bagaimana kita mengambil yang baik/kuatnya dan meninggalkan yang buruk/lemahnya. Dan kalau dalam konteks Islam, bagaimana membentuk acuan yang sesuai dengan kaedah Islam.  Itulah yang masyarakat Barat buat apabila mereka belajar daripada tamadun Islam dahulu kala di Baghdad dan Andalusia. Mereka ambil, cedok, kutip yang baik dan tidak ambil yang buruk, lemah.  Sedangkan ketika kegemilangan Tamadun Islam di Baghdad dan Andalusia, sebahagian besar masyarakat Barat masih kuno, bercawat dan primitif. Kini mereka pusat tamadun dunia.

Moga-moga kita tidak terlalu jumud untuk tidak mahu belajar langsung daripada pencapaian mereka. Pasti ada kebaikan dan kekuatan dalam tamadun mereka masa kini yang menyebabkan mereka masih boleh bertahan di sebalik kenyataan bahawa sistem sosial mereka hampir musnah, sistem ekonomi mereka cukup bermasalah.  Moga-moga ada manfaat posting ini di dalam bulan Ramadhan yang barokah ini.

Wajah semua kanak-kanak


Permainannya berorientasikan minda


Meja dan kerusi yang bersesuaian


Lihatlah betapa banyaknya mainan yg ada dalam Nursery ini...


Permainan yang disediakan adalah untuk membina minda, bukan untuk tujuan keseronokan semata2


Setiap aktiviti diambil gambar dan dipaparkan


Kanak-kanak diajar tentang kreativiti seusia kecil lagi



Yg ini untuk 'bermain dengan air', jadi ada 'baju nak kena pakai sebelum main dengan air'


Ada tempat kanak-kanak boleh 'main pasir', yakni pasir yg bersih dengan memakai pakaian yg sesuai


Ada tempat kanak2 boleh 'main cat dan lukias macam2', dengan pakaian yg sesuai.


Kanak-kanak lebih suka ke sekolah berbanding tinggal di rumah


Hamba belum jumpa Nursery seceria ini di Malaysia


Playground di luar, lihat halamannya yang diliputi ??? untuk mengurangkan kanak-kanak cedera kalau terjatuh




Mesin basuh untuk basuh baju kanak-kanak yang 'bermasalah' seperti terkencing dll...baju simpanan turut disediakan...


Tempat sangkut jaket, lihat gambar dan tampalan di situ


Semua peralatan rumah ada di sini dalam bentuk mini (TV, microwave, mesin basuh, kereta sorong bayi, telefon, peti ais dll)


Nursery yg bermula jam 900 pagi sampai 230 petang penuh dgn pelbagai aktiviti


Sinki yang rendah dan kecil, disesuaikan dengan kanak-kanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan