Rabu, 21 September 2011

Meraikan Aidil Fitri dan Syawal - Betulkah Cara Kita?

Assalamu'alaikum,

Hamba masih teringatkan suasana, cara orang Melayu, umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini. Hamba menyambutnya di kampung mertua, di salah sebuah Felda di Negeri Sembilan. Masuknya waktu Maghrib , maka hamba terasa pelik bin ajaib dengan cara bangsa Melayu, umat Islam ini meraikannya. Seingat hamba, dari 15 minit selepas waktu berbuka sehingga setengah jam berikutnya, telinga hamba tidak sunyi daripada mendengar 1001 bunyi mercun. Hamba terfikir, orang Melayu ni sambut Tahun Baru Cina ka???  Kalau anda fikir sendiri, beribu-ribu wang dihabiskan untuk membeli mercun itu kerana bunyinya yang tidak putus-putus.


Sambutan Aidil Fitri masyarakat Melayu Malaysia di U.K. pada tahun 2009

Mula-mula kena sewa dewan, dirikan solat raya berjemaah, khutbah, makan-minum dan ramah-mesra


Dok tunggu nak makan ni...:-)

Ni betul-betul bidaah dalam menyambut Aidil Fitri. Ulamak ASWJ patut membanteras perkara ini. Ulamak Wahhabi yang suka membidaahkan macam-macam perkara yang lain wajib membidaahkan amalan main mercun ini. Kalau hamba fikir semula, di bandar tempat hamba tinggal, mercun pelbagai jenis dijual di hadapan kompleks membeli-belah tanpa sebarang perasaan takut. Mana pegawai polis, mana pegawai KPDNKK, mana pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan haram ini? Pasti ada sebabnya mereka seberani begitu, tak payahlah hamba ulas, anda boleh cuba-cuba teka. Orang ramai pun tidak takut membelinya dan suka membelinya sampai berpuluh-puluh ringgit sekali beli.  Hamba sengaja buka isu ini di pejabat, rakan sepejabat hamba sendiri habiskan beratus-ratus ringgit untuk membeli mercun. Katanya satu mercun yang dibeli tu beratus-ratus ringgit harganya. Terkejut hamba!!! Anda fikirlah sendiri, kalau membeli mercun, umat Islam sanggup berhabisan berpuluh dan beratus ringgit, kalau bersedeqah, kalau sumbangan untuk rumah anak yatim dan lain2 kegiatan agama, mengapa mereka ini tidak hendak bersedeqah beratus-ratus ringgit???  Kalau sekolah kenakan yuran sikit untuk aktiviti tertentu, kita komen macam2, sumpah-seranah macam2, kalau untuk hiburan seperti bayar bil Astro, kalau berbuka puasa sekali makan RM65, kalau untuk urusan puaskan nafsu kita, kita OK saja.

Keutamaan orang Melayu, umat Islam di Malaysia dah kurang betul. Sistem nilai diri kita mengalami masalah. Kita berbelanja di tempat yang salah. Kita tidak menyimpan di tempat yang betul. Wang yang boleh digunakan untuk menyimpan untuk pendidikan anak-anak pada masa depan sebagai contoh, kita habiskan dengan perkara-perkara hiburan dan keseronokan yang bersifat sementara.  Dunia kita raikan, akhirat kita tinggalkan. Fikirkan dan kirakan. Dalam sebulan, berapa wang yang anda habiskan untuk keseronokan dunia yang sementara, berapa banyak wang yang anda habiskan untuk urusan akhirat???, Berapa banyak wang yang anda habiskan di tempat yang salah, berapa banyak wang yang anda simpan di tempat yang betul???

Membeli dan main mercun sudah menjadi satu budaya baru dalam menyambut Aldil Fitri di Malaysia. Ianya bukan baru tetapi sudah berlaku dengan agak lama. Seingat hamba, seawal 1970-an lagi sudah ada. Hamba dulu pun waktu kecil-kecil, 'waktu di alam kegelapan', main mercun juga. Bila dah berkeluarga ni, dulu2 anak-anak main juga bunga api. Umumnya, kalau setakat main bunga api, habis beberapa ringgit, berkemampuan, 'mungkin' tidak membazir. Namun, hakikatnya, ia bukan amalan Islam.  Apa azam baru hamba selepas Ramadhan? Tinggalkan sedikit demi sedikit mana-mana amalan yang bukan amalan Islam. Memang, bukan mudah, kita umat Islam dah 'ditarik sedikit demi sedikit' oleh orang kafir ke arah gaya hidup bukan Islam. Jadi, apabila kita mahu kembali ke cara hidup yang sebenar, pasti ada tentangan, pasti berbeza, pasti tak sama dengan orang lain, pasti dipandang serong dan lain-lain.

Kita tinjau kembali cara kita menyambut kedatangan Syawal. Malam Aidil Fitri adalah satu malam yang istimewa dan mempunyai keberkatan yang tersendiri.  Arifbillah menghiasi malam ini dengan amal ibadat, jika pun tidak berjaga sepanjang malam, sepertiga terakhir malam dipenuhi dengan amalan-amalan mendekatkan diri dengan Sang Pencipta Rasa. Kita bagaimana??? Kita penuhi dengan bermain mercun, mengajak anak-anak bermain mercun, berlawan-lawan dengan jiran bermain mercun. Apa lagi??? Kita penuhi malam Aidil Fitri dengan menonton rancangan di TV.  Pelbagai rancangan menarik disiarkan di TV, dan yang peliknya banyak juga cerita seram yang disiarkan, 'kena ke dengan mesej Syawal?'???

Bagaimana pula dengan sebulan di bulan Syawal? Sementelah kita berpuasa sebulan, maka kita meraikan Syawal juga sebulan penuh. Perut yang kita kempiskan 1-4 inci, kita kembungkan semula 3-5 inci sepanjang Syawal. Dah puasa sebulan, maka kita balas dendam dengan raya juga sebulan. Memang tidak salah memenuhi undangan rumah terbuka dan lain-lain asalkan dalam konteks yang sunat dan harus, tetapi hakikat puasa yang kita cuba capai dalam bulan Ramadhan telah kita campak jauh-jauh.  Kita makan sepuas-puasnya. Kita tengok apa pula yang bersiaran di TV. Pelbagai rancangan hiburan yang mengajak kita duduk di depan TV selama 12 jam, 18 jam, dari pagi sampai lewat malam. Malah, ada suami-isteri/keluarga yang sukar mengajak anak mereka berjalan, ziarah keluarga kerana anak-anak asyik dok di depan TV!!! Berapa ramai yang menziarahi pusara/kubur dalam konteks Sunnah RSAW? Berapa ramai yang mengajak dan mendidik anak-anak menziarahi pusara/kubur dalam konteks Sunnah RSAW? Berapa ramai yang menyambungkan silaturrahim sempena Syawal? Berapa ramai yang memutuskan silaturrahim kerana isu politik dan membiarkannya begitu sahaja sampai masuk ke liang lahad?

Telah menjadi budaya baru di Malaysia dalam 10 tahun ini adalah penganjuran rumah terbuka, sambutan hari raya di pelbagai jabatan, syarikat dan kementerian sempena Syawal. Umumnya, tidaklah salah. Cuma wajib  dipastikan makanan yang dihidangkan adalah 'halal', bukan untuk menunjuk-nunjuk, tidak membazir, kalau makanan berlebihan sedikit, 'tapau' bagi orang bawa balik, percampuran lelaki dan wanita harus dijaga, kalau di dewan yang besar atau rumah sendiri sekalipun, perlu sediakan kawasan solat (dan tempat berwuduk), kalau ada muziknya, cari dalam konteks yang harus seperti nasyid, bukan muzik yang haram, tidak mengganggu ketenteraman jiran-tetangga, itu antaranya. Makanan yang halal adalah penting kerana jika organisasi anda ingin mengadakannya di hotel, adakah hotel itu mendapat pengesahan 'Halal Jakim'? Hamba kira 'Halal Jakim' adalah standard minimum jika kita nak makan di mana-mana hotel di Malaysia. Begitu juga jika memilih syarikat katering, pastikan syarikat tersebut memang 'halal' dan bersih operasinya.

Begitulah sedikit-sebanyak coretan hamba untuk Syawal ini...Moga-moga ada manfaatnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan