Assalamu'alaikum,
Memandangkan tak jadi ke sebuah pulau, dan selepas melawat Muzium Negeri Pulau Pinang, kami ke Teluk Bahang (5 Jun 2012). Langit kelihatan cerah, cuma waktu kami sampai di Teluk Bahang waktu dah dekat pukul 1 tengahari, jadi air laut tengah pasang. Kebetulan kena waktu bulan mengambang, jadi 'pasang penuh' air laut kali ini.
Teluk Bahang meninggalkan banyak kenangan pada hamba. Waktu jadi pengakap di sekolah menengah, hamba pernah terlibat dengan satu perkhemahan pengakap sebuah sekolah menengah di sini. Waktu tu tingkatan 4, jadi untuk kawan hamba dan cikgu-cikgu perempuan yang turut serta, hamba jadi tukang masak...bolehlah, sampai ada cikgu nak 'booking' jadi menantu....he3...Teluk Bahang juga merupakan lokasi pertama hamba berkhemah seorang diri di pantainya yang berbahang itu. Waktu tu baru lepas SPM rasanya. Saja nak uji diri sendiri, berani ke tidak berkhemah seorang-seorang....memang berbahang dalam khemah. Sekarang pantai Teluk Bahang sudah tidak ramai pengunjung kerana banyak obor-obor di pantai ini. Sebuah hotel 5 bintang yang dibuka di sini juga dah lama tutup. Di Teluk Bahang juga, anda boleh merasai roti canai dengan ais krim...boleh tahan sedapnya.
Bila sampai ke kawasan parkir sebelah Pejabat Taman Negara Teluk Bahang, hamba berjumpa dengan pemandu bot/pelancong di situ. Hamba bertanya tentang Sungai Tukun. Katanya Sungai Tukun dah lama ditutup sebab wabak kencing tikus. Ada rahmat juga wabak kencing tikus ni. Taklah pemuda-pemudi datang buat maksiat, mandi-manda dan lain-lain perkara yang salah disisi agama. Hamba ada banyak kenangan di Sungai Tukun. Pernah berkhemah seorang diri kali kedua (selepas pantai Teluk Bahang) di Sungai Tukun, nak tengok boleh ke, berani ke berkhemah seorang-seorang. Dulu, waktu 1990an, Sungai Tukun ada sungainya yang kita boleh mandi. Jadi pengunjung boleh mandi air laut dan kemudiannya mandi air sungai....itu keistimewaannya. Lagipun kalau pergi waktu air pasang, dah tak ada pantai di Sungai Tukun, jadi tak ada tempat mendarat.
Pemandu pelancong kata, kalau nak ke Pantai Kerachut, laut pasang penuh, tak sesuai. Pantai Kerachut adalah salah sebuah pantai di Taman Negara Teluk Bahang. Nak sampai ke Pantai Kerachut kena jalan kaki, lama juga, hamba dah lupa, merentas hutan. Suasana malam di Pantai Kerachut waktu malam dulu2nya 'memang menyeramkan'....he3...Dengan kegelapan dan kepekatan malam, anda duduk di pantai dan lihat hutan2 di Pantai Kerachut, seram. Tak ada orang, jauh dari pekan terdekat, kalau jadi apa-apa, tanggung sendiri. Pantai Kerachut merupakan lokasi terakhir hamba berkhemah seorang-seorang selepas Teluk Bahang dan Sungai Tukun. Maksudnya, dari pantai yang di pekan, hamba masuk ke dalam pinggir hutan dan akhirnya jauh ke dalam hutan. Itu cerita zaman muda-muda, zaman bergelumang dengan ilmu hikmah dan persilatan. Ramai juga yang bertanya adakah mengamalkan ilmu hikmah itu salah? Soalan ini susah nak jawab. Ringkasnya, jawapan hamba begini. Keberanian hamba untuk berkhemah di pantai Teluk Bahang, Sungai Tukun dan Pantai Kerachut adakah disandarkan pada hamba takut kepada Allah atau sebab hamba pakai macam2 ilmu? Jawapannya sebab pakai macam2 ilmu hikmah. Jadi ada kesyirikan yang tersembunyi di situ. Itu belum nengok sama ada dampingan-dampingan lain yang berselindung di sebalik ilmu hikmah yang kita amalkan yang boleh membawa kita kepada syirik besar. Dan ringkasnya berapa ramai orang di jalan hikmah semata-mata yang 'terazab' sebelum meninggal dunia. Kalau bab dalam kubur takyah ceritalah, fitnah nanti.
Jadi takkan tak boleh amal ilmu hikmah sedangkan Wali Songo juga pakai macam2 ilmu. Pandangan hamba boleh, tapi ikuti perjalanan awal agama dahulu iaitu sampaikan diri anda kepada mengenal Allah dahulu. Insya-Allah, mereka yang mengenal Allah boleh mengamal hikmah dan amalan2 kebatinan yang lain yang tujuan mereka beramal hanyalah lillahi taala. Itupun juga wajib berhati bab2 ini. Tanyalah arifbillah hal-hal sebegini. Sepertimana Mat Kilau, Tok Bahaman, dan lain-lain Pahlawan Melayu yang mengamalkan macam2 ilmu kebatinan, tetapi mereka beramal disulam dengan tasawuf sebagai tonggaknya, mengenal mereka akan diri mereka, mengenal mereka akan Allah, itu bezanya dengan ramai tok guru silat sekarang yang tersilap. Ilmunya sama, bacaannya sama tetapi kerana niat dan hakikat beramal berbeza, maka natijah beramal juga berbeza. Seorang beramal lillahi taala semata-mata (kerana sudah mengenal dan mencintai Allah), seorang beramal berkehendak kepada natijah amal, nak jadi kuat, kebal dan lain-lain, tidakkah ia berbeza? Memang berbeza. Perkara ini amatlah halus. Sedangkan jalan ketuhanan itu sendiri tidak berhenti setakat mengenal Allah kerana itu baru awal agama. Jalan ketuhanan bersambung dari awal agama kepada akhir agama dan tiada perhentian di akhir agama kecuali mati.
Berbalik kepada Pantai Kerachut. Keistimewaan Pantai Kerachut adalah tasiknya yang ada air tawar dan air masin. Asalnya air tasik dan ai laut tidak bercampur waktu biasa. Bila waktu air pasang, adalah air laut masuk ke dalam tasik sikit-sikit. Kemudian ada budak-budak dari sekolah ??? yang 'membuka laluan' antara tasik dan laut ini. Lepas tu jadi lain sampai sekarang...Sekarang Pantai Kerachut dah jadi pusat pembiakan penyu dan lokasi pelancongan, pasti tidak seseram dulu...he3...

Pemandu pelancong mencadangkan Pantai Monyet. Hamba pernah 'singgah' di Pantai Monyet semasa menyelusuri dari Sungai Tukun ke Mukahead dan rentas hutan ke Pantai Kerachut sewaktu hamba berkhemah seorang diri di Sungai Tukun. Namun waktu hamba singgah tu, hamba 'bersama' beberapa rakan yang baru ditemui di Sungai Tukun yang mengajak hamba rentas huran ke Pantai Kerachut melalui Mukahead. Cadangan pemandu pelancong itu hamba setuju saja untuk ke Pantai Monyet. Isteri hamba agak kurang setuju untuk kami ke Pantai Monyet...entah apa yang difikirkannya...
Hamba sebenarnya mencari percutian yang akan diceritakan oleh anak-anak dalam 2-3 minggu. Begitulah nasihat Dato' Dr. Fadzilah Kamsah kalau pergi bercuti, dalam Sinar Pagi yang hamba kadangkala dengar pada hari Rabu. Dahulunya Taman Rimba, tak jauh dari Teluk Bahang juga terkenal sebagai tempat berehat dan berkelah, kini dah tutup rasanya, penangan 'Kucing Tikus'...Akhirnya isteri hamba setuju juga ke Pantai Monyet. Anak-anak memang suka habis. Jangan biarkan anak-anak anda terlalu manja dengan permainan/hiburan elektronik dan tidak biasa dengan aktiviti luar. Anak-anak hamba memang didedahkan dengan aktiviti luar dari kecil. Pernah hamba sekeluarga berkhemah di Taman Negara Pahang (Kuala Tahan). Ketika itu anak baru dua orang, yang nombor dua baru 2 tahun gitu. Malamnya kawasan berkhemah dah tak ada orang sebab Malam Isnin (semua dah kembali bekerja). Kami saja berkhemah di situ dengan malam yang pekat. Macam2 ujian datang, sabar sajalah. Alhamdulillah, anak-anak tidur nyenyak, tidak tahu apa yang menyebabkan bapaknya dan maknya berjaga sampai pagi, tak tidur-tidur. Esok paginya, renjer perhilitan tanya "Macam mana semalam?" Hamba senyum saja...Antara aktiviti kami di Taman Negara Kuala Tahan adalah ke sungai dan lepak-lepak. Biarkan anak-anak buat hal mereka dan kita pantau dari jauh. Hamba kira itu penting, biarkan mereka 'melontarkan', mengeluarkan apa yang mereka ingin buat di pantai, tebing sungai dan lain-lain asalkan kita memantau. Anak-anak pasti suka.

Dalam jam 1.20 tengahari, kami meninggalkan jeti Teluk Bahang. Air laut memang tengah pasang. Kecut perut juga memikirkan kalau apa-apa terjadi kepada anak-anak. Dengan iringan doa yang tidak putus, kami 'dilambung ombak' di laut sebelum sampai ke Pantai Monyet. Alhamdulillah, semuanya selamat. Bila tanya anak yang sulung (15 tahun), dia suka pula dilambung ombak tinggi2. Dia kata, baru boleh cerita kat kawan2 bestnya bot dilambung ombak. Generasi Y kini memang berbeza dengan zaman kita membesar. Semasa kami bercuti di Eropah (waktu hamba sambung belajar di UK), kami sempat singgah di Europa Park di Jerman. Anak sulung hamba berkesempatan naik roller coaster tertinggi/terlaju, yang paling menggerunkan di Europa Park ini. Best katanya walaupun terpaksa beratur sejam. Hamba suami-isteri tak naik pun, nanti 'jantung luruh'....he3...
Kawasan ternak ikan dalam sangkar rasanya
Sungai Tukun, pantainya dah tak ada. Yang nampak hanyalah jambatan gantungnya
Pusat pengajian sains marin milik USM rasanya
Salah satu gerai makan di sini...mahallah sikit dalam 3-5 kupang
Surau...sampai saja, kami terus bersolat di sini
Bilik air-boleh buang air dan mandi di sini ..airnya memang sejuk dan menyegarkan
Nak berwuduk di sini pun boleh
Air tengah pasang penuh
Ini contoh bot pemandu pelancong yang beroperasi dari Teluk Bahang (jaket keselamatan disediakan)
Hamba izinkan anak-anak mandi selepas air laut sudah tidak pasang penuh dan hamba sendiri terpaksa masuk ke dalam laut untuk mengawasi
Anak kedua hamba tidak lepaskan peluang untuk turut beraksi
Ini sepupu anak hamba yang turut serta
Ini anak hamba yang ketiga, baru 6 tahun, jadi pelampung tangan dibekalkan
Air dah surut, pantai pun semakin jelas
Kami meninggalkan Pantai Monyet dan awan hujan yang mengejar dari belakang
Ada orang memancing di sini
Bot kami singgah di jeti ini untuk ambil kakitangan USM yang berkhidmat di sini
Dalam 4 petang, kami pun mula bersiap-siap. Bot sampai awal sebab katanya hujan dah dekat. Dalam 4.17/4.18 petang, kami meninggalkan Pantai Monyet. Sebelum hamba terlupa, orang kampung juga memanggil Pantai Monyet sebagai Teluk Duyung, pasti ada ceritanya kenapa dinamakan Teluk Duyung. Di Pantai Monyet juga ada 'Banglo Boon Siew'. Ada seorang Paktua yang menjaga Banglo ini. Selain itu, di Pantai Monyet ini ada perkampungan Melayu yang telah ditinggalkan berpuluh-puluh tahun dahulu. Buktinya ada sebuah perkuburan Islam, tidak jauh dari Pantai Monyet.
Sebelum sampai di Jeti Teluk Bahang, bot singgah sekejap untuk ambil staf USM di pusat sains marin. Sebelum sampai Jeti Teluk Bahang, dah nampak yang jetinya dah hujan, kabur-kabur saja. Hujan memang lebat. Habis kami dalam bot basah, basah lencun. Sampai di jeti, semua dah basah lencun. Nak ambil gambar pejabat Taman Negara dan lain-lain pun dah tak boleh. Hamba berlari ke kereta dan ambil isteri dan anak-anak yang tumpang berteduh dekat jeti. Itulah kenangan manis percutian kali ini. Dilambung ombak dan basah lencun...he3...
Dari Teluk Bahang, kami menyelusuri jalan belakang ke Balik Pulau. Hamba menasihatkan anak-anak jangan buka baju, biar basah tak apa kerana kehangatan tubuh-badan akan mengeringkan pakaian yang basah sedikit demi sedikit. Destinasi seterusnya adalah makan laksa. Di mana? Kampung Lestari, Balik Pulau. Tunggu!!!.