Assalamu'alaikum,
Orang yg berilmu itu mengikut resmi padi, semakin banyak, semakin berisi, semakin tunduk ke bumi, semakin merendah diri.
Orang yg berilmu, semakin tinggi ilmunya, semakin rendah dirinya disisi Tuhan. Semakin tinggi ilmunya, semakin tahu dan berilmu dia bahawa pada hakikatnya masih rendah ilmunya disisi Tuhannya.
Orang yang berilmu, semakin berilmu, semakin dia tidak berilmu, semakin tahu, semakin dia tidak tahu. Semakin dia berilmu, semakin dia tidak berilmu kerana semakin berilmu, semakin dia tahu bahawa banyak lagi yang dia tidak tahu. Semakin banyak yang dia tahu, semakin dia dibukakan Allah bahawa semakin banyak dia tidak tahu. Oleh itulah semakin dia tahu dan semakin dia berilmu, maka semakin dia tidak tahu dan semakin dia tidak berilmu.
Orang yg berilmu, tidak menafikan dia akan ilmu yg lain, yang masih dalam lingkungan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Semakin seseorang itu berilmu, semakin dia tidak menafikan ilmu orang lain kerana manusia lazimnya memusuhi perkara yang dia tidak tahu. Seorang yang berilmu semakin tahu dan berilmu betapa maha luasnya ilmu Allah. Sedangkan Saidina Ali K.W.H boleh menghuraikan al-Fatihah dalam beratus-ratus kitab, apatah lagi Al-Quran itu sendiri, Kalam Allah, mukjizat terbesar. Semua permasalahan, semua jalan penyelesaian dalam dunia ada dalam Al-Quran. Sama ada kita jumpa atau tidak, sama ada kita dibukakan ilmunya atau tidak. Yakinlah apa sahaja masalah anda, carilah dalam Al-Quran, mintalah petunjuk kepada-NYA, moga2 anda menemui jalan penyelesaiannya.
Orang yg berilmu, tahu dia jalan menuju Allah itu maha luas, maha banyak. Dia tidak memusuhi jalan lain dalam menuju Allah, tidak juga mempromosi jalannya sahaja yang benar, betul dalam menuju Allah. Orang yang berilmu adalah orang yang dibukakan hijab ilmu, mukasyafah sifat ilmu yang Allah Taala pinjamkan kepada hamba-NYA.
Orang yg berilmu, lama2 dia tidak berilmu, kerana yg berilmu hanya DIA.
Wallahu'alam. Wassalam.
KISAH PENGHINAAN TERHADAP MASJID AL SOLEHIN DAN AHLI KHARIAHNYA DIKULAIJAYA
BalasPadamwww.karamsingwali.blogspot.com
tolong share..bantu kami selamatkan al solehin..