Rabu, 19 Disember 2012

Kota Iskandar Malaysia

Assalamu'alaikum,

Selepas ziarah Makam Habib Ali al-Idrus di Batu Pahat, kami terus ke Selatan dan singgah sebentar di Kota Iskandar Malaysia (Ahad - 11 November 2012).  Hamba dah lama tak ke selatan tanahair, dah lebih empat tahun. Saja kami masuk ke Kota Iskandar, konsepnya mungkin sama dengan Putrajaya, di mana pusat pentadbiran baru kerajaan negeri Johor dipindahkan ke Nusajaya, Iskandar Malaysia. Jadi yang ada bangunan baru sajalah...Bangunan lama nak buat apa agaknya? Ruang pejabat dah banyak berlebih di Malaysia, tu pun nak tambah lagi, bina bangunan baru, atas nama ekonomi.

Apa yang istimewa di sini? Hanya bangunan sajalah....Pembangunan perlu seiring antara tuntutan kemajuan zahir dengan kemajuan rohani. Apabila kemajuan zahir tidak seiring dengan kemajuan rohani, jadilah macam Kuala Lumpur yang penuh dengan aktiviti maksiat dan dosa, sebuah kota yang sarat dengan bar-bar dan pub-pub yang dibuka sehingga lewat pagi, maksiat berleluasa di sana-sini, akal-budi masyarakat entah ke mana, budaya kecintaan dunia yang begitu ketara. Di KL, orang Islam tidak segan-silu melakukan maksiat, minum arak dan sebagainya. Surat khabar dan media tv memainkan peranan membudayakan masyarakat dengan hiburan yang berleluasa. Seorang artis boleh dibayar RM20,000 ke RM30,000 untuk satu persembahan selama sejam,  sedangkan gaji dan elaun profesor di universiti pun dalam RM14,000-RM15,000 sebulan!!! Salah siapa, salah kita sendiri yang menyanjung tinggi artis-artis dan selebriti!!! Sebagaimana maksud hadis Nabi SAW, kita telah mengikut jejak Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal dan apabila masyarakat mereka rosak, masyarakat kita juga rosak!!!

Itulah masyarakat sekarang, masyarakat berorientasikan hiburan. Kalau kita tidak mendidik anak-anak kita dengan asas agama yang kukuh, nilai yang benar, prinsip hidup yang betul, sahsiah dan keperibadian yang terpuji, mereka akan menjadi sebahagian dari masyarakat yang gila dunia!!!







 Masih ada pembinaan di sini

 Arah kiblat 




 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan