Ahad, 16 Disember 2012

Perubatan Islam - Berbekam

Assalamu'alaikum,

Kita lari sekejap dari XPDC Selatan Tanahair...Alhamdulillah, selepas lama menunggu-nunggu, maka hamba 'selamat' berbekam kali pertama petang ini di BBBangi.  Idea nak berbekam timbul selepas pulang dari luar negara pada tahun 2010...Tangguh punya tangguh, 2-3 minggu lepas baru keinginan berbekam membara kembali... Apatah lagi, badan ada 2-3 masalah...Manusia macam tulah, dah terngantuk baru terngadah... Selepas kenduri staf pejabat di Semenyih, hamba ke Kompleks Warta di BBBangi. Naik tingkat 1 dan tanya tentang berbekam, bersyukur tak perlu tempah tempat kalau tak ada orang. 

Mula-mula hamba kata saya nak bekam 3 bekas boleh...Tersenyum pekerja tempat bekam, dia kata jumlah bekas bekam kena tengok penyakit...ting-tong-ting-tong, hamba kena 21 bekas bekam!!!....ambil masa dalam setengah jam juga. Isteri tanya sakit tak? Hamba kata bahagian masing-masing...Ada tempat bekam tak rasa apa-apa, ada tempat rasa terguris sedikit, ada tempat rasa macam daging disiat-siat....Apapun ia Sunnah RSAW dan kata-kata RSAW itu benar, tiada yang tidak benar. Sebagai umat Islam, kita mengakui KeRasulan Muhammad SAW...Pengakuan dan penyaksian itu bukan sekadar dilafaz di mulut tetapi diyakini sepenuhnya 100% di hati.

Hamba sertakan beberapa koleksi tulisan tentang berbekam. Zaman sekarang, berbekam dianggap perubatan alternatif oleh masyarakat, tetapi hakikinya ia bukan perubatan alternatif tetapi adalah perubatan yang utama kerana ia sebahagian dari konsep perubatan Islam.



Kelebihan Berbekam
Pada malam aku diisra'kan, aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)." (Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)


"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)" "Sesiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)



"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia."

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)



"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT." (HR. Muslim)



"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud)


Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara: Pertama, meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.


Dari Salma, seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".



Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".



Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."



Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."



Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."



"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."

KEDUDUKAN TUKANG BEKAM


Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah, meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."


Ada hadits pendek namun sarat makna dikutip Imam Suyuthi dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir. Bunyinya, “Khairun naasi anfa’uhum linnaas.” Terjemahan bebasnya: ""sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain."




Rawatan dan Amalan Berbekam


Waktu Bekam


Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa bertujuan mengubati penyakit.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.


Alat bekam


* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.


Larangan berbekam


* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.


Kebaikan berbekam


* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.


Jenis bekam



Bekam kering


Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.


Bekam basah


Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.


Bekam Sunnah

Keinginan hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan, manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.

Pengamal kaedah perubatan bekam, Noraini Tumijan menjelaskan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.

Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

"Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi," katanya ketika ditemui di premis miliknya di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Noraini berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

"Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama," katanya.

Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.

Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.

"Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.

"Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit," katanya.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.

"Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan berehat selepas menjalani sesi rawatan.

"Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan," katanya.

Noraini berkata, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.

Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan. Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut menerusi bekas kaca.

Bagi Noraini, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.

"Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar," katanya.

Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit.

Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta.

"Lazimnya bekam dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan.

"Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan, saya tidak galakkan mereka lakukannya.

"Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan. Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita" 

Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Noraini berpendapat amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.





Fakta Bekam

Jenis Bekam

Bekam Kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam Basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.


Waktu Berbekam

- Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.

- Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.


Alat Bekam

1. Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
2. Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.


Larangan Berbekam

- Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

- Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.


Kebaikan Berbekam

1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Sumber Maklumat: Berita Harian



BERBEKAM ATAU LINTAH?
Menurut Abu Daud, Nabi Muhammad s.a.w berkata
“ Barang siapa berbekam pada hari 17,19 dan 21 pada setiap bulan, itu adalah penawar baginya daripada penyakit-penyakit “
Apa itu bekam? Ia adalah proses mengeluarkan darah kotor bagi tujuan kesihatan. Dalam ilmu perubatan moden, darah kotor adalah venous blood yang mengandungi CO2 dan bahan kumuh yang lain. Dan pendekatan bekam Nabi s.a.w pula diistilahkan sebagai periodic phlebotomy di mana darah kotor dikeluarkan secara beransur-ansur. Kontroversi bekam terjadi di eropah bilamana darah dikeluarkan dengan banyaknya sekali gus. Ini boleh mengakibatkan maut!!!!
BEKAM CARA NABI
  1. Nabi berbekam di bahagian kepala dan antara 2 bahu baginda<!--[endif]-->
  2. Berbekam secara periodic setiap bulan
  3. Gunakan peralatan yang bersih – untuk elakkan jangkitan kuman atau virus
  4. Jangan berbekam jika ada masalah proses pembekuan darah.
BAGUSKAH BEKAM?
Hereditary haemochromatosis, sejenis penyakit keturunan di mana zat besi berkumpul dalam organ terutamanya hati boleh dirawat dengan menggunakan bekam. Bekam juga membantu melambatkan proses kerosakan hati dalam penyakit chronic hepatitis C yang disebabkan oleh virus hepatitis C itu sendiri.
Lagi bukti?? Kajian menunjukkan ada kaitan antara penyakit jantung dan kadar zat besi dalam darah seseorang. Semakin tinggi kandungan zat besi, semakin tinggi risiko untuk diserang sakit jantung. Sebab itulah pendermaan darah dan berbekam secara berkala boleh mengurangkan risiko sakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang lain.
Faedah Berbekam Untuk Kesihatan
  1. <!--[if !supportLists]--> Berbekam baik untuk jantung<!--[endif]-->
  2. Derma darah dapat membantu pesakit yang memerlukan darah<!--[endif]-->
  3. <!--[if !supportLists]--> Kenal pasti status kesihatan diri kerana darah adakalanya diuji (screening test)<!--[endif]-->
Menurut Abu Daud, Kabshah binti Abu Bakar melaporkan daripada bapanya, pada suatu ketika Nabi menghalang sahabat-sahabat baginda daripada berbekam kerana pada masa itu baginda khuatir pendarahan tidak akan berhenti..
Iktibarnya..jika kemudaratan berbekam mengatasi kebaikannya, ia hendaklah dihindari.
Pendapat penulis sendiri, mungkin berbekam elok untuk dilakukan oleh kaum lelaki kerana secara fitrahnya, perempuan mempunyai kitaran haid setiap bulan di mana darah kotor juga dikeluarkan..Wallahhua’lam…



Kelebihan dan kelemahan setiap jenis Terapi Bekam Darah.

Kami menyediakan terapi bekam darah (Wet cupping) yang ternyata sangat baik dalam menyembuhkan hampir kesemua penyakit-penyakit dengan izin Allah swt. Dakwaan ini berdasarkan beberapa hujah yang kuat iaitu:

1) Ianya merupakan Sunah Perubatan Nabi Muhammad saw.
2) Merupakan satu permintaan para malaikat untuk Nabi Muhammad saw memerintahkan umatnya supaya berbekam.
3) Sejarah membuktikan rawatan bekam darah sangat berkesan dalam merawat pasien terutamanya dalam peperangan silam.
4) Kajian saintifik membuktikan bahawa bekam darah adalah terapi yang sangat mujarab dalam merawat pelbagai penyakit.

Kami menyediakan terapi bekam darah dengan tiga kaedah iaitu dengan menggunakan jarum, pisau dan lintah. JARUM, PISAU DAN LINTAH KAMI ADALAH "PAKAI DAN LUPUS/ BUANG" untuk mengekalkan tahap kebersihan tertinggi dalam rawatan.

Setiap kaedah terapi mempunyai kelebihan dan kekurangannya seperti yang dinyatakan dibawah:

TERAPI BEKAM DARAH DENGAN JARUM (LANCET)



Kelebihan kaedah terapi bekam dengan menggunakan jarum dan peralatannya (Lencing device) ialah :
1) Mudah dikendalikan.
2) Luka yang sangat kecil.
3) Kedalaman jarum juga boleh diseragamkan dan dilaraskan.
4) Luka sangat mudah sembuh.
5) Boleh membekam banyak anggota-anggota bermasalah.
6) Hanya kemahiran yang sangat minima diperlukan oleh ahli terapi.
7) Sesuai untuk ahli terapi yang baru.
8) Tidak sakit dan ada yang hanya merasa geli sahaja.

Kelemahan terapi bekam dengan jarum sahaja tanpa peralatan (Lensing device):
1) Kedalaman jarum TIDAK boleh diseragamkan dan dilaraskan.
2) Kemahiran diperlukan oleh ahli terapi.
5) Tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru.

Kelemahan kaedah terapi bekam darah dengan jarum:
1) Darah bertoksik yang keluar adalah sedikit.
2) Darah pasien berkemungkinan besar tidak keluar langsung kerana pekat dan kental seperti pasien-pasien darah tinggi dan seumpamanya.
3) Memerlukan tusukan yang banyak iaitu antara 7 - 42 tusukan.
4) Rasa pedih untuk sesetengah pasien dan sakit pada segelintir pasien berkulit sensitif.
5) Perlukan ulangan segera.

TERAPI BEKAM DARAH DENGAN PISAU



Kelebihan:
1) Agak mudah dikendalikan oleh ahli terapi yang mahir.
2) Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
3) Boleh merawat banyak penyakit dengan segera dan mujarab.
4) Darah berhenti mengalir dan membeku dalam 10 minit.
5) Hanya 3 - 7 sayatan diperlukan untuk satu lokasi bekam.
6) Tidak sakit untuk sesetengah pasien.
7) Digemari oleh pasien yang telah mencuba menggunakan pisau berbanding kaedah lain.
8) Lebih mirip kepada bekam yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

Kelemahan:
1) Kedalaman dan panjang luka sukar dikawal dan diseragamkan.
2) Luka yang agak lama untuk sembuh berbanding kaedah jarum.
3) Tidak digemari oleh pasien-pasien baru kerana rasa ngeri palsu yang bersangatan.
4) Pedih dan sakit untuk sesetengah pasien berkulit sensitif.
5) Kemahiran yang sangat tinggi diperlukan oleh ahli terapi.
6) Sangat tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru dan dalam keletihan.

TERAPI BEKAM DARAH DENGAN LINTAH



Kelebihan:
1) Tidak sakit atau sangat tidak sakit bebanding kaedah lain.
2) Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
3) Boleh merawat banyak penyakit dengan mujarab.
4) Tidak memerlukan perhatian sepenuhnya dari ahli terapi apabila lintah telah mula menghisap.
5) Pasien boleh berjalan-jalan sekiranya sesuai dan perlu.
6) Lintah mempunyai air liur yang boleh mencairkan darah. Oleh itu, pasien yang mempunyai darah yang pekat masih boleh dibekam dengan baik oleh lintah.
7) Pengamal terapi lintah juga berpandangan bahawa air liur lintah amat berkhasiat untuk kesihatan. Wallahu'alam.

Kelemahan:
1) Terpaksa menunggu lintah kenyang dan jatuh sendiri.
2) Masa rawatan yang panjang antara 45 min - 4 jam.
2) Lintah agak sukar dikendalikan pada awalnya.
3) Pendarahan berterusan antara 3 jam - 2 hari bergantung kepada pasien kerana air liur lintah masih terdapat di kawasan sedutan.
4) Kegatalan bergantung kepada kulit pasien.
5) Amat tidak sesuai untuk pasien yang berkulit sensitif kepada alahan. 



sumber : http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/02/berbekam-cupping.html
PANDUAN SINGKAT TENTANG BEKAM
[CUPPING]
Anjuran Berbekam

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.” (HR Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya metode pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim) 

1. Bekam Basah (Wet Cupping)
Iaitu Kaedah pengeluaran darah kotor (blood letting) dengan ditoreh dengan pisau bedah atau jarum steril pada bahagian yang dibekam.

Cara Melakukan Bekam Basah :
Pilih titik bekam berdasarkan keadaan pesakit.
1. Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan tahap penyakit pesakit dan struktur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya akan semakin baik.
2. Bersihkan bahagian kulit yang akan dibekam dengan desinfektans/alkohol.
3. Pompa gelas/mangkuk bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan, atau sampai piston tidak dapat ditarik lagi.
4. Biarkan selama 3-5 minit.
5. Lepas gelas bekam dan torehkan bahagian bekas bekam dengan pisau bedah atau jarum steril.
6. Bekam lagi posisi yang ditorehkan tadi.
7. Tunggu selama lebih kurang 3 minit sampai darah keluar dan menumpuk pada gelas bekam.
8. Lepas gelas bekam dan buang darah kotor yang keluar, bersihkan kembali gelas bekam dan desinfeksi.
9. Bekam lagi sebanyak 3-5 kali, atau sampai keluar cairan putih dari kulit.
10. bersihkan bekas torehan dan bekam dengan minyak habbatus sauda’ (jinten hitam).
11.Lakukan setiap bulan atau setiap 2 minggu bagi yang penyakitnya parah.


1. Bekam Kering (Dry Cupping)
iaitu metode bekam yang tidak mengeluarkan darah dari tubuh.

Cara Melakukan Bekam Kering :
1. Pilih titik bekam berdasarkan keadaan pesakit.
2. Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan tahap penyakit pesakit dan struktur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun kesannnya akan semakin baik.
3. Picit bahagian yang akan dibekam dengan dilumuri minyak zaitun atau minyak jinten hitam selama lebih kurang 5 minit.
4. Pamgelas bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan, atau sampai tidak dapat ditarik lagi.
5. Biarkan selama 10 minit (bagi lelaki), 7 menit (bagi wanita) atau 3 menit (bagi kanak-kanak).
6. Lepas gelas bekam dan sapu kembali dengan minyak zaitun atau minyak jinten hitam selama 2-3 menit untuk menghilangkan bercak-bercak hitam atau blister.
7. Lakukan selama 7 hari bagi orang dewasa dan 5 hari bagi anak-anak,
kemudian diselangi selama 3 hari, untuk pembekaman.

1. Bekam Seluncur (Sliding Cupping)
cara bekam yang mana gelas bekam diluncurkan di atas permukaan kulit yang rata (tidak tebal ototnya). Cara ini serupa dengan Guasha (cina), scrapping (inggris) atau kerokan(jawa),

Cara Melakukan Bekam Seluncur :
1. Pilih titik bekam sebagai permulaan luncuran, biasanya bagian atas pundak.
2. Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan tahap penyakit pesakit dan struktur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya akan semakin baik.
3. Sapukan bagian yang akan dibekam dengan dilumuri minyak zaitun atau minyak jinten hitam selama lebih kurang 5 minit.
4. Pam gelas bekam pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan kemudian gerakkan/luncurkan perlahan-lahan sampai tampak bruise (memar) kemerahan.
5. Lepas gelas bekam dan sapu lagi dengan minyak zaitun atau minyak jinten hitam selama 2-3 minit.

1. Bekam Cepat (Flash Cupping) atau Bekam Tarik
iaitu cara bekam dengan cara tarik lepas – tarik lepas secara cepat pada bagian kulit yang sukar dibekam, atau apabila dibekam gelas cenderung jatuh. Area ini biasanya di sekitar wajah dan dahi.

Cara Melakukan Bekam Cepat :
1. Pilih titik bekam pada dahi atau bahagian yang dikehendaki
2. Pilih gelas bekam (cup) yang sesuai dengan lebar dahi (tidak terlalu besar).
3. Pam gelas bekam pada posisi yang dikehendaki secukupnya kemudian lepas.
4. Lakukan hal ini secara berulang-ulang sampai kulit berwarna kemerahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan