Assalamu'alaikum,
Masih pada 11 November 2012 (Ahad), setelah meninjau sepintas tentang apa yang ada di Kota Iskandar, kami ke Johor Bahru. Alhamdulillah, kami sampai di Masjid Negeri Johor buat sekian kalinya. Ini lokasi rasmi hamba sekeluarga bersolat kalau kami sampai ke Johor Bahru. Masjid ini merupakan masjid terakhir hamba diminta membawa "sesuatu" untuk Guru Mursyid pada tahun 2002 dahulu. Apabila "sesuatu" itu dibawa/dipersembahkan kepada Guru Mursyid, hamba sebagai antara anak muridnya paling rapat "tahu" bahawa beliau tidak akan lama lagi di dunia ini....:-(...Tiada anak muridnya yang lain yang tahu melainkan isteri hamba. Beliau sedang membuat beberapa persiapan untuk dirinya menemui Sang Pencipta Rasa. Itu kenangan tersendiri hamba sekeluarga di masjid ini. Barang siapa diizinkan Allah, kedapatan beberapa orang Wali Allah rajin bersolat/beribadat di dalam masjid ini. Hamba mengambil masa sedikit untuk menyiapkan beberapa urusan di Masjid ini. Alhamdulillah setelah selesai apa yang patut, kami meninggalkan masjid ini dan pergi ke Zoo Negeri Johor yang terletak bersebelahan...
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya olehSultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama AlmarhumSultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.
Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.
Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19.
Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.
Masjid Sultan Abu Bakar
Latar Belakang
Masjid Sultan Abu Bakar tersergam di atas sebuah bukit berhampiran bandar Johor Bahru dan mempunyai pemandangan indah Selat Johor dan Singapura. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid lama yang tercantik di Malaysia.
Masjid Sultan Abu Bakar dibina pada 1 Muharam 1310 Hijri bersamaan 26 Julai 1892 Masihi, atas titah Sultan Abu Bakar. Ia terletak berhampiran pejabat Majlis Agama Islam dan Istana Besar Johor Bahru, iaitu di atas Bukit Kecil di Jalan Tun Dr. Ismail, mengadap Selat Tebrau, menjadikan ia antara bangunan yang mempunyai pemandangan yang indah di Johor Bahru.
Upacara perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Sultan Ibrahim (1895-1959) pada 1 Syawal 1317 bersamaan 2 Februari 1900 Masihi. Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Abu Bakar sendiri atau dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Masjid ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
Binaan
Gaya reka bentuk bangunan di zaman kolonial bercampur pengaruh seni bina tempatan amat ketara pada reka bentuk bangunan Masjid Sultan Abu Bakar ini. Reka bentuk bumbungnya bercirikan seni bina Moghul dan tradisional dengan mengaplikasikan konsep bumbung limas. Dinding masjid pula mempunyai kemasan yang dihiasi dengan plaster berukir seperti yang digunakan pada tingkap, pintu dan tiang masjid. Panel-panel marmar di permukaan lantai masjid diimport dari Itali manakala kaca berwarna di atas kubah diimport dari Venice.
Keseluruhan bangunan masjid menggunakan konkrit sebagai bahan asas, manakala struktur bumbungnya disokong oleh kerangka keluli. Reka bentuk masjid ini hasil kreativiti arkitek dan jurutera tempatan Johor, iaitu Haji Butawif bin Haji Mohamad Arif dan Dato’ Yahya bin Awaluddin. Masjid yang terbesar di Negeri Johor ini mempunyai pengikat tiang yang diukir hasil adaptasi daripada seni bina klasik Timur Tengah seperti yang terdapat di beberapa buah masjid di Mesir, antaranya Masjid Kaiet Bey, Masjid Markouk, Masjid Sultan Hasan dan Masjid Imam Syafei.
Masjid Sultan Abu Bakar (Johor)
tak terus ke Singapura-pura Encik Qul?
BalasPadamSalam Tuan Kowloon...Masih menilik2 masa yg sesuai utk ke Singapura, mahu ziarah kembali Makam Habib Noh Al-Habsyi dll makam. Ada sesiapa org Singapura-pura yg boleh jadi juruiring?
Padamnoobshit
BalasPadamtiru wikipedea sakai
BalasPadam