Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah, ini artikel pertama dalam tahun 2013...Kemasukan tahun baru Masihi bagi hamba tidaklah penting sepenting Tahun Hijrah. Hairannya, ghairah betul 'umat Islam' menyambut tahun baru ini dengan pelbagai upacara dan kegiatan maksiat, berbelanja mewah dengan percikan bunga api di Kuala Lumpur, Putrajaya dan bandar-bandar besar yang lain. Berapa banyak syarikat korporat berbelanja di jalan Allah berbanding berbelanja percikan bunga api selama 15 minit berturut-turut....Apa yang kita dapat dengan melihat pertunjukan bunga api???? Keseronokan yang bersifat sementara!!! Benarlah sepertimana sabda Nabi SAW, kita ikut kaum Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit!!! Tahun baru Masihi hanya penting kerana tamadun hari ini menggunakannya sebagai tanda aras masa. Masa memanglah penting dan merupakan parameter wajib dalam setiap apa yg kita lakukan. Allah Taala "bersumpah dengan waktu Asar, Fajar dan Dhuha dalam Al-Quran". Maksudnya apa yang kita lakukan, ibadat dengan Allah, urusan dengan keluarga, aktiviti pekerjaan dan lain-lain wajib diiukur dengan masa...itu maksud hamba "parameter wajib".
Sebenarnya hamba memang banyak perkara nak menulis. Ada 'masalah' sedikit dengan blogspot. Alhamdulillah, hari ni dah selesai. Kisah ekspedisi selatan akan disambung selepas ini dan kemudian diikuti dengan kisah ke Pulau Langkawi. Satu perkara hamba nak sentuh kali ini adalah berkaitan dengan semakin hilangnya adab dalam kehidupan manusia. Di atas jalan raya, hamba sering terserempak dengan pemandu-pemandu wanita yang "kurang ajar di atas jalan raya", mementingkan diri sendiri, potong ikut suka, nak lepaskan dia saja dan macam2 aksi. Hairannya, pemandu-pemandu wanita ini bertudung pulak tu... dulu-dulu kita mungkin anggap kalau pemandu lori buat macam ni biasalah, sekarang, dah jadi lumrah pemandu wanita tidak beradab di jalan raya. Hamba terfikir, adakah ibu-bapa pemandu-pemandu wanita ini tidak dididik dengan adab-adab di rumah dan di luar rumah. Hamba selalu ingatkan anak sulong hamba (perempuan) apabila berhadapan dengan pemandu-pemandu wanita yang tidak beradab ini, bila besar jangan buat macam ini. Banyak kali juga hamba berhadapan dengan pemandu lelaki yang berkopiah dan berserban yang sengaja langgar peraturan jalan raya dan mementingkan diri sendiri. Isunya, manusia mungkin semakin elok di pandangan mata zahir dalam berpakaian tetapi tetap tidak elok di pandangan batin apabila tidak beradab...
Hilangnya adab dalam diri manusia antaranya kerana tiadanya amalan-amalan hati, tiadanya jiwa tasawuf di dalam diri. Maka nafsu yang merajai diri, akibatnya kepentingan diri sendiri adalah paling utama, kepentingan masyarakat, kesejahteraan masyarakat perkara kedua. Antara bahaya Facebook dan internet adalah anak-anak muda pandai bergaul secara maya, tetapi janggal, tidak pandai, tidak beradab apabila bergaul secara nyata. Maka apabila berjumpa, bahasa-bahasa dalam FB dan internet digunakan dan semakin keluarlah kurang adabnya dan lain-lain. Apabila hamba melawat beberapa syarikat swasta baru-baru ini atas urusan kerja, ini juga rungutan mereka. Graduan universiti masa kini tidak tahu bahasa rasmi dalam surat rasmi dan urusan perniagaan. "Bahasa rasmi" mereka dalam internet itu mahu digunakan apabila berurusan dalam dunia perniagaan!!! Dan perkara ini tidak mengenal bangsa, maksudnya generasi Y ini begitu, tidak kira berbangsa Melayu, Cina, India mahupun datang dari luar negara.
Semalam, semasa dah nak bersolat Jumaat, seorang pemuda yang baru masuk ke ruang solat, terus datang ke tempat anak ketiga hamba (6 tahun lebih/tahun satu) yang berdiri di sebelah abangnya dan suruh anak hamba itu ke belakang (tak ada tempat untuk anak hamba bersolat sebab saf belakang pun dah penuh). Kebetulan kedua anak hamba itu tidak bersolat sebelah hamba. Hamba yang memerhatikan keadaan ini terus "sound" a.k.a tegur pemuda itu, anak hamba dah lama dok situ, tak boleh buat macam itu. Terus pemuda tersebut ke tempat lain...Agaknya, dia ingat budak-budak dia boleh suruh ikut-suka...Kalau anda kaji peristiwa ini, nak mendirikan Fardhu Ain pun umat Islam dah menzalimi orang lain kerana "mengambil hak orang lain". Itu juga sifat mementingkan diri sendiri, dia seorang ke yang wajib bersolat, tidak beradab di rumah Allah, juga contoh hilangnya adab dalam diri manusia. Kalau saf masih kosong dan tidak padat hamba pun boleh terima kalau nak menyelit-nyelit, ni dah padat sangat dah...banyak tempat kosong di luar, nak solat di dalam tetapi mementingkan diri sendiri...kalau nak solat kat dalam, datanglah awal sedikit.
Semalam, semasa dah nak bersolat Jumaat, seorang pemuda yang baru masuk ke ruang solat, terus datang ke tempat anak ketiga hamba (6 tahun lebih/tahun satu) yang berdiri di sebelah abangnya dan suruh anak hamba itu ke belakang (tak ada tempat untuk anak hamba bersolat sebab saf belakang pun dah penuh). Kebetulan kedua anak hamba itu tidak bersolat sebelah hamba. Hamba yang memerhatikan keadaan ini terus "sound" a.k.a tegur pemuda itu, anak hamba dah lama dok situ, tak boleh buat macam itu. Terus pemuda tersebut ke tempat lain...Agaknya, dia ingat budak-budak dia boleh suruh ikut-suka...Kalau anda kaji peristiwa ini, nak mendirikan Fardhu Ain pun umat Islam dah menzalimi orang lain kerana "mengambil hak orang lain". Itu juga sifat mementingkan diri sendiri, dia seorang ke yang wajib bersolat, tidak beradab di rumah Allah, juga contoh hilangnya adab dalam diri manusia. Kalau saf masih kosong dan tidak padat hamba pun boleh terima kalau nak menyelit-nyelit, ni dah padat sangat dah...banyak tempat kosong di luar, nak solat di dalam tetapi mementingkan diri sendiri...kalau nak solat kat dalam, datanglah awal sedikit.
Ini bahana apabila pendidikan rasmi sama ada di sekolah kerajaan mahupun swasta, sama ada sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama tidak mensepadukan amalan-amalan hati dalam diri pelajar. Hamba memang hantar anak-anak ke sekolah agama, tetapi kalau bab amalan-amalan hati, kita sebagai ibu-bapa kena "tambah sendiri", kena pantau sendiri. Sekolah agama hanya ajar perkara syariat sahaja pada umumnya, tetapi kurang pada amalan hati. Tidak sempurna Islam tanpa amalan-amalan hati. Tidak tercerna dan bersinar adab dan akhlak yang mulia tanpa amalan-amalan hati. Kena didik anak dengan amalan-amalan hati dari kecil, tambah sedikit demi sedikit. Amalan hati paling mudah adalah zikrullah, ajar anak sebut Allah, Allah, Allah dalam hati, bukan susah pun. Mulakan dengan 100X selepas solat Maghrib, kemudian jadikan 200X, 300X dan seterusnya. Mula-mula mungkin berat pada anak, tapi lama kelamaan, Insya-Allah, akan semakin lekat di dalam hati mereka. Begitu juga dengan solat, dari kecil ajak mereka solat berjemaah dengan kita, lama-lama tidak berat pada mereka.
Berzikir Allah, Allah, Allah di dalam hati akan mengingatkan kita pada fitrah kejadian. Umumnya ia dianggap sunat pada hukum syariat tetapi dipegang "wajib" pada ahli tasawuf kerana ia perhubungan kita dengan Allah. Tidak ada perhubungan yang terpenting dalam kehidupan di dunia melainkan perhubungan kita dengan Allah. Itulah "tali Allah" pada sebahagian ahli tasawuf. Itulah "tali agama" yang tidak boleh putus. Itulah amalan hati yang utama, senang diucap di dalam hati tetapi susah diamal secara berterusan. Itulah amalan membersihkan semula jantung (hati) dalan tubuh badan manusia. Itulah amalan RSAW yang mulia. Itulah amalan untuk membuang sifat-sifat terkeji dan menggantikan dengan sifat-sifat terpuji di dalam hati dan diri. Itulah jua amalan awal dan utama dalam "awal agama mengenal Allah"...Masakan dapat dikenal diri-NYA jika nama-NYA pun tidak mahu disebut, diingat...Maka lazimkanlah kita menyebut Allah, Allah, Allah di dalam hati sebanyak mungkin, seingat mungkin...Hanya jauhari yang mengenal maknikam. Dalil? Rujuk wahyu yang pertama...
Zikir Allah, Allah, Allah di dalam hati ini juga dipanggil zikir dalam, zikir sir, maka ia tidak terikat dengan waktu, keadaan, dan tempat. Anda boleh melakukannya walaupun semasa berhadas besar, semasa di tempat "menyahut panggilan alam" dan pelbagai keadaan....Berzikir Allah, Allah, Allah akan memperbaiki adab, kelakuan dan akhlak kita. Tak percaya? Tahan nafas, zikir Allah, Allah, Allah banyak-banyak dalam hati, sekurangnya 100X dalam satu nafas. Kalau peringkat awal, tak dapat 100X satu nafas pun tak apa. Amalkan zikir Allah, Allah, Allah (dalam satu nafas) ini selama 5 minit contohnya ataupun 7 minit ataupun berapa minit pun tak apa asalkan sama minitnya dan berterusan selama 44 hari berturut-turut. Insya-Allah, anda akan melihat sendiri hasilnya...
Hamba sendiri bukanlah elok adab kelakuan. Banyak lagi yang perlu diperbaiki dan ditambahbaik. Tugas kita sebagai khalifah antaranya nasihat-menasihati semasa manusia....Moga-moga ada manfaatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan