Isnin, 28 Januari 2013

Pengkalan Balak, Melaka

Assalamu'alaikum,

Hari keempat ekspedisi, 13 November 2012, Selasa. Selepas selesai urusan di Masjid Al-Azim, Melaka, kami menuju ke Pengkalan Balak, Melaka.  Hamba dan keluarga dah beberapa kali ke sini...tapi itu sudah lama. Kami tak tempah bilik/chalet pun sebab kat Pengkalan Balak memang banyak bilik/chalet. Apabila dah sampai, hamba sambil naik kereta, ambil no telefon beberapa chalet dan selepas beberapa kali telefon, kami pilih sebuah chalet yang harganya memang menarik (murah lah tu...)..Ada sebuah katil dewasa dan satu katil bujang...Hamba bawa beg tidur untuk anak-anak, boleh lah tu...

Malamnya, kami layan ikan bakar di sini. Tetapi masih tidak boleh lawan ikan bakar Teluk Tempoyak. Banyak jenis chalet dan hotel di Pengkalan Balak. Ia seperti Pantai Chenang/Tengah di Langkawi ataupun sepanjang jalan menuju Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu. Tak perlu risau sangat bab penginapan, dari yang betul-betul bajet sampai beratus-ratus ringgit semalam. Yang menariknya adalah Pengkalan Balak memang bersebelahan dengan pantai. Malamnya meriah dengan pelbagai restoran dan kedai makan dengan menu utamanya ikan bakar. Kalau waktu pagi, sarapan pagi tak susah. 

Esoknya, hamba layan 'anak-anak nak mandi pantai'. Budak-budak ni pantang jumpa air. Kemudian, kami ke Pulau Besar. Berkhemah di Pulau Besar.


 Cukuplah untuk kami enam beranak....ikan bakar, telur dadar, tomyam dan sayur (mana???)


Gambar di bawah ihsan Google... 





4 ulasan:

  1. salam tuan..boleh bagi nama chalet yg tuan menginap tu x?berapa rate dia utk 1malam?apa komen tuan ttg tempat tu ok x utk bawak anak kecik,selesa x?harap tuan boleh e-mail saya shamjaffar80@yahoo.com.tq tuan.

    BalasPadam
  2. Salam Anakrimba,

    Maaf hamba tak simpan. Boleh google dan cari.

    Wassalam.
    MQAH

    BalasPadam
  3. salam boleh saya tahu satu malam berapa harga nya......?

    BalasPadam