Isnin, 28 Januari 2013

Sambut Maal Hijrah di Pulau Besar (14-15 November 2012)

Assalamu'alaikum,

Selesai urusan di Pengkalan Balak, 14 November 2012, hari Rabu, kami menuju ke Anjung Batu, naik feri ke Pulau Besar. Tahun 2012, hamba dah banyak kali ke Pulau Besar seperti ziarah makam 1000, berkhemah di Pulau Besar,  dan lain-lain catatan yang tidak dirakamkan.  Hamba terlupa bawa kamera (tertinggal dalam kereta), jadi tidak dapat merakamkan ramai manusia berkhemah di Pulau Besar kali ini.  Memang penuh dengan khemah. Cuti sekolah yang selari dengan cuti Deepavali. 

Sebelum itu, Tuan Kanjeng Sunan dah tanya, tak ke Pulau Besar ke yop? Teman tak jawab...he3...Tuan Kanjeng Sunan, Sheikh Mangkuk dan Tuan Sunan Komando dalam ekspedisi mereka ke hujung benua dan ke Pulau Besar juga. Alhamdulillah, kami dapat lokasi untuk mendirikan khemah yang sesuai.  Shiekh Mangkuk kata, isterinya baca dalam Facebook hamba, kata ada kemungkinan ke Pulau Besar. Hamba sengaja biarkan perkara itu berlegar-legar tanpa sebarang kepastian untuk mereka. Petangnya, mereka sampai ke Pulau Besar, dan hamba dah sedia menanti...

Alhamdulillah, ini kali pertama hamba sekeluarga sambut Maal Hijrah di Pulau Besar. Menyambut kedatangan tahun baru di Pulau Besar, di depan khemah, di depan kawasan Makam Sultan Arifin, berhadapan dengan laut, kami sama-sama membaca doa akhir tahun dan kemudiannya doa awal tahun. Satu kenangan indah hamba sekeluarga. Biasanya kami menyambut di rumah sahaja. Maal Hijrah ada keistimewaannya walaupun tidak sama dengan Maulidur Rasul dan hari-hari kebesaran Islam yang lain. Biasanya apabila selepas Solat Maghrib, hamba akan mendirikan solat hajat memohon rahmat dan keberkatan malam tersebut untuk hamba sekeluarga, selain solat-solat hajat khusus yang lain dan lain-lain amal ibadat.

Petang itu, hamba bawa ketiga-tiga mereka bertiga pusing sedikit Pulau Besar. Malam bersembang lagi sampai 1-2 pagi? Hamba dok ceghita pelik-pelik, Sheikh Mangkuk dok hairan (kata Tuan Kanjeng Sunan). Saja 'meraikan mereka bertiga' sampai ke Pulau Besar. Kalau tak di Pulau Besar, susah juga nak sembang bab pelik-pelik tu.... Sunan Komando memang tak banyak bercakap, tapi tajam orangnya. Esoknya, kami bersembang lagi dan buat beberapa perkara. 15 November 2012, Khamis bersamaan 1 Hijrah 1434, kami meninggalkan Pulau Besar. Dah enam hari hamba sekeluarga berkelana dari Sabtu (10 November 2012), kami memulai ekspedisi dengan ziarah Sang Guru di hujung benua dan mengakhiri ekspedisi di Pulau Besar. Enam hari lima malam yang penuh bermakna. Letih dan meletihkan, tetapi suatu pengalaman yang baik untuk anak-anak khususnya. Alhamdulillah, itu sahaja yang hamba mampu ucapkan memandangkan ekspedisi berjalan dengan lancar.

1 ulasan:

  1. Terima kasih yob...journey sorang2 tak sama dengan berjemaah...dan journey dengan orang yang dah biasa di PB tak sama dengan sendiri-sendiri...koje yg makan bertahun boleh dishortcut sehari...alhamdulillah...ameen... KS

    BalasPadam