TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 20 Januari 2012

Makam Seribu - Makam ke-27

Assalamu'alaikum,

Makam ke 27 yang hamba ziarah adalah makam seribu di Pulau Besar. Hamba dah banyak kali ke makam seribu.  Apa yg hamba buat di Makam Seribu? Ziarah sajalah....Makam tak memberi bekas, tidak memberi manfaat tetapi adalah sunnah ziarah kubur/makam dengan syarat kila mengikut panduan yang disediakan oleh Junjungan RSAW.  Hamba bersyukur ke hadrat Ilahi kerana 'tiada makam' di Makam Seribu. Kalau ada makam di sini, mungkin 'habis dikerjakan' dek penganut agama Hindu yang suka sembah macam2. Majlis Agama Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka buat apa? Dibiarkan makam orang Islam dipuja, disembah dan lain2 oleh penganut Hindu, Buddha dan lain2?


Jalan untuk naik dari kawasan berhampiran Makam Tujuh Beradik

Pemandangan dari atas bukit kecil

Malangnya dijadikan pusat 'melonggokkan sampah/bahan buangan' buat masa kini

Apabila kerajaan negeri hanya berkehendak kepada 'wang', iaitu pelancongan, tetapi tidak memikirkan 'pengurusan', bagaimana mengurus dengan lebih baik, bagaimana menjalankan 'pengurusan menyeluruh'

Kerajaan negeri Melaka punya Institut Pengurusan Melaka di bawah Ketua Menteri. Apa yang dilakukan oleh Institut Pengurusan Melaka?

Kalau di tanah besar, longgokan bahan buangan/sampah sebegini sudah 'diambil' dan dijual oleh orang

Ini kawasan yang hamba pergi

Kalaulah tak kerana nyamuk, kawasan ini 'nyaman dan tenang sekali'...:-)

Makam seribu punya ceritanya sendiri. Tak perlulah hamba ulas di sini, banyak fitnahnya. Tanyalah pada yang arif, datanglah sendiri ke Pulau Besar dan ziarah sendiri Makam 1000.  Hamba sendiri ada  kisah tersendiri dengan Makam 1000. Walaupun dah banyak ke ke Pulau Besar semenjak memulakan siri ziarah ke makam2 utama, inilah kali pertama hamba ziarah Makam Seribu untuk 'tujuan tersebut'. Terdapat manusia yang mudah menyesatkan mereka yang selalu ziarah ke makam sana-sini dan sebagainya. Memang kedapatan umat Islam yang 'sesat' dalam ziarah kubur/makam ini, tetapi tak bolehlah nak kata semua orang yang dok ziarah makam ini sesat, melakukan khurafat, syirik dan sebagainya. Hamba pun menentang perkara2 sebegini. Bacalah artikel hamba sebelum ini, http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/07/pulau-besar-melaka-bidaah-dan-khurafat.html dan http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/07/khurafat-di-pulau-besar-melaka-jabatan.html.  Yang penting adalah 'sejarah punya peranan yang tersendiri dalam pembangunan manusia dan masyarakat masa kini'. Tentang Makam Seribu, takat ni sajalah. Kata orang, hal rahsia, biarlah rahsia. Berhenti di sini dahulu. Inilah kisah terakhir dalam ziarah Pulau Besar kali ini.....wassalam.




sumber: http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html
Ratusan tahun dahulu, dipercayai Pulau Besar didiami oleh ramai orang dan terdapat perkampungan di pulau ini. Terdapat sebuah tapak makam lama yang dipercayai makam penduduk pada ketika itu. Ianya terletak berhampiran dengan keramat tujuh beradik.

Menurut cerita, kini tapak makam itu hanya terdapat beberapa makam lama sahaja di kawasan sekitarnya tetapi dalam waktu-waktu tertentu kita akan dapat melihat seribu makam lama tumbuh bagai cendawan dari tanah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan