TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 9 Januari 2012

Mee Udang Ayu, Gertak Sanggul, Pulau Pinang

Assalamu'alaikum,

18 Disember 2011, hari Ahad, kami nak makan mee udang pula. Biasanya apabila disebutkan mee udang, orang akan mengatakan 'Mee Udang Sungai Dua'.  'Mee Udang Sungai Dua' terletak di Sungai Dua, sebuah pekan kecil dalam Daerah Seberang Perai Utara. Anda perlu ke pekan Sungai Dua dari Kepala Batas atau dari Butterworth dan merentasi sebuah sungai. Kedainya terletak di kedua-dua belah sungai. Ataupun anda boleh datang dari arah Bukit Mertajam, merentasi Kampung Permatang Pasir menuju ke Pekan Sungai Dua. Hamba dan keluarga dah banyak kali makan mee udang Sungai Dua. Ia dianggap menu penting dalam dua tahun, maksudnya, dalam 1-2 tahun, makanlah sekurang2nya sekali, terutamanya apabila balik kampung ke Utara...:-)




Mee udang yang ini terletak di bahagian Pulau, iaitu di sebuah pekan kecil yang bernama Gertak Sanggul. Anda perlu menuju ke Balik Pulau (bukan jalan melalui Air Hitam) tetapi dari Bayan Lepas. Pekan Gertak Sanggul ini terletak sebelum anda memasuki kawasan jalan berliku-liku sebelum sampai ke Balik Pulau. Susah2, tanyalah orang!!!

Abang hamba mengatakan Mee Udang Ayu di Gertak Sanggul 'lebih power' dari 'Mee Udang Sungai Dua'. Jadi kami sekeluarga nak tengok yang mana lebih 'power'. Dalam perjalanan ke Balik Pulau, selepas Sungai Batu, dan bertemu pekan Gertak Sanggul, anda perlu ambil simpang kiri (kalau terus ke Balik Pulau) dan teruskan sehingga nampak Balai Polis di sebelah kiri. Bertentangan dengan Balai Polis adalah sebuah simpang ke kanan, ambil simpang kanan tersebut sehingga anda lalu di hadapan Mee Udang Ayu...




Restoran Mee Udang Ayu merupakan rumah kampung yang diubahsuai menjadi sebuah restoran.  Jangan tersilap restoran kerana banyak restoran mee udang di sini (Gertak Sanggul).  Tapi kami nak ke sini kerana dikatakan yang ini memang popular kerana kelazatannya.


Harga semangkuk mee udang dalam RM12/13, hamba terlupa sebab dah 3 minggu lebih...Rasanya OK, dan berbeza berbanding Mee Udang Sungai Dua. Nak kata lebih 'power' tidak juga, masing-masing ada 'rasanya yang tersendiri'. Cuma tidak rugi mencuba.  Kalau Mee Udang Sungai Dua, anda boleh pilih udang dan beritahu berapa ramai nak makan, maka pihak restoran akan 'mengusahakan masakan itu' berdasarkan jumlah udang dan bilangan orang. Kalau  Mee Udang Ayu, anda tak perlu pilih udang, bagitau saja berapa mangkuk anda nak makan. Ada juga menu lain di restoran ini tapi ini yang popular.



Maaflah, hamba terlupa nak ambil gambar Mee Udang Ayu, cuma nasihat hamba, tidak rugi mencuba. Hamba sendiri dah lama tahu mengenai mee udang di Gertak Sanggul, iaitu semenjak 1980-an lagi (semasa bersekolah di Balik Pulau), tetapi tidak terfikir pula nak mencuba. 

Alhamdulillah, dapat juga kami sekeluarga  merasa mee udang di Gertak Sanggul. Orang Melayu memang kaya dengan pelbagai masakan yang unik dan lazat. Anda tidak percaya? Anda pergilah melancong/tinggal di luar negara sekurang-kurangnya 2 bulan, anda akan menghargai akan 'kehebatan dan kelazatan' masakan Melayu!!!

Wassalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan