TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 6 Januari 2012

Bid'ah dan Huraiannya


Soalan: Apakah makna bid'ah dari segi Syara'?

Jawapan: Perkara ini perlulah dirujuk kepada pendapat para Ulama'. 'Alim Quraisy, Al-Imam al-Jalil, Imam Syafi'e mengatakan:


"Bid'ah itu dua jenis: "Bid'ah yang dipuji dan bid'ah yang dikeji. Apa yang selari dengan sunnah itu, maka ia dipuji dan apa yang bertentangan dengannya, maka ia dikeji."

Dalam riwayat lain, Imam Syafi'e mengatakan:
"Perkara-perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis:(pertama), perkara baharu yang bercanggah dengan Al-Quran atau Sunnah atau athar Sahabat atau ijma', maka inilah Bid'ah Dhalalah (sesat). Dan (kedua), perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada empat perkara itu, maka ia adalah bid'ah yang bukan dikeji."

Melalui riwayat-riwayat ini, Imam Syafi'e membahagikan bid'ah kepada 2 iaitu:
1) Bid'ah Mahmudah (dipuji)/ Ghair Mazmumah (tidak dikeji)/ Hasanah (baik)
2) Bid'ah Mazmumah (dikeji)/ Dhalalah (sesat)

Soalan: Adakah ada Bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah?

Jawapan:Ada, berdasarkan pembahagiannya oleh Imam Syafi'e di atas dan disokong oleh para A'immah yang lain. Ia juga berdasarkan hadith riwayat Imam At-Tirmizi dan Ibn Majah:

"Daripada hadith Kathir bin Abdullah al-Muzani - di dalamnya ada dha'if - dari ayahnya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengadakan sesuatu Bid'ah Dhalalah (sesat) yang tidak diredhai Allah SWT dan RasulNya, maka ke atasnya dosa seperti dosa orang yang mengamalkannya dengan tidak dikurangi sedikitpun daripada dosa mereka itu."

Imam Nawawi berkata:
"Bid'ah dari segi Syara' ialah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW dan ia terbahagi kepada hasanah (baik) dan qabihah (buruk)."

Imam Abd al-Haqq ad-Dahlawi berkata:
"Ketahuilah bahawa setiap yang lahir selepas (zaman) Rasulullah SAW adalah bid'ah dan setiap yang bersamaan (sesuai) dengan ushul sunnah dan kaedah-kaedahnya atau yang diqiyaskan atasnya, maka iaitulah Bid'ah Hasanah (baik), dan setiap yang bertentangan dengannya (dengan ushul sunnah dan kaedah-kaedahnya) maka itu Bid'ah Sayyi'ah (keji) dan Dhalalah (sesat)."

Al-Allamah al-Faqih al-Muhaqqiq, Habib Zain al-Abidin bin Sumaith berkata didalam kitabnya Al-Ajwibah al-Ghaliyah fi Aqidah al-Firqah an-Najiah:


"Maka setiap perkara yang baik yang tidak ada pada zaman Nabi SAW, maka ia adalah Bid'ah Hasanah, diberi ganjaran orang yang melakukannya, dengan dalil perkataan Nabi SAW: Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu.

Soalan: Apakah hujah Imam Syafie dalam pembahagian bid'ah tersebut?

Jawapan: Ia adalah berdasarkan pengamatan beliau terhadap banyak hadith yang berkaitan, antaranya:


1) "sesiapa yang mengadakan sesuatu perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak." [HR Al-Bukhari dan Muslim]

2) "sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak kurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu, dan sesiapa yang mengadakan didalam Islam sunnah yang tidak baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya dosa sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari dosa orang yang mengerjakan itu." [HR Muslim]

3) Hadiith dari Abd ar-Rahman bin Abd al-Qari tentang solat Tarawih di mana beliau (Abd ar-Rahman) keluar bersama Umar bin Al-Khattab pada suatu malam di bulan Ramadhan ke masjid. Mereka berdua mendapati sekumpulan sahabat solat bersendirian dan yang lain berjemaah. Umar mengatakan jika dia mengumpulkan mereka mengikut seorang qari (imam), maka ia lebih baik. Dia kemudiannya menyuruh mereka mengikut Ubai bin Ka'ab. Pada malam lain yang ketika ramai yang solat di belakang seorang imam, Umar berkata:

"Ini adalah bid'ah yang baik." [HR Al-Bukhari]

Soalan: Apakah ada didalam Al-Quran yang memperakui bid'ah yang baik?

Jawapan:Ya. Imam Ath-Thobrani meriwayat didalam kitab Al-Ausath tentang satu athar dari Abu Umamah al-Bahili katanya:


"Sesungguhnya Allah SWT memfardhukan kepada kamu puasa Ramadhan. Dia tidak memfardhukan kepada kamu beribadat di malam harinya (dengan solat Tarawih berjemaah). Beribadat di malam hari itu adalah perkara baru yang kamu ada-adakan. Oleh itu hendaklah bertekun dan berterusan mengerjakannya. Ini kerana ada manusia dari kalangan Bani Israel yang telah mencipta satu bid'ah. Lantaran itu Allah SWT mencela mereka apabila mereka meninggalkannya. Firman Allah SWT:

"....dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyyah" merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya. Kami tidak mewajibkan atas mereka. (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah SWT, dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya...." (Surah Al-Hadid: 27)

Imam Ad-Darquthni mengatakan:
"Periwayatannya boleh diambil kira, kefahaman yang dipetik oleh Abu umamah berdasarkan ayat Al-Quran terbabit adalah shahih (betul). Ini kerana ayat terbabit bukan mencela golongan manusia itu (dari Bani Israel) kerana mereka mengada-adakan hidup kependetaan. ini kerana mereka mengada-adakan cara hidup kependetaan itu dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Tetapi Al-Quran mencela mereka disebabkan mereka tidak menunaikan dengan sebenar-benarnya secara kependetaan yang mereka ada-adakan. Ini menunjukkan bid'ah yang baik disyaratkan (diperakui oleh Syara) seperti yang jelas ketara melalui ayat ini."
[Makna sebenar bid'ah: Satu Penjelasan Rapi, ms 44-45]

Soalan: Apakah para Ulama bersepakat tentang pembahagian bid'ah kepada yang terpuji dan tercela?

Jawapan:Para ulama telah bersepakat tentang pembahagian bid'ah kepada yang terpuji dan tercela. Sayyiduna Umar adalah orang pertama yang mengatakan demikian. Para ulama juga sepakat mengatakan hadith:

"Setiap bid'ah itu sesat",

Perlu dikhususkan.

Hanya Imam Asy-Syathibi sahaja yang tidak bersama dalam kesepakatan ini. Beliau menolak pembahagian bid'ah seperti ini dan mendakwa bid'ah semuanya tercela. Walau bagaimanapun, Imam Asy-Syathibi mengakui ada di antara bid'ah tersebut yang dituntut sama ada dalam bentuk wajib atau sunat. Cuma, beliau tidak menamakannya 'Bid'ah' tetapi memasukkannya dalam ketogori 'Maslahah al-Mursalah' (kepentingan Umum).

Justeru, perbezaan pendapat beliau hanyalah dari segi menamakannya sahaja. Dengan kata lain, menurut beliau, bid'ah yang dituntut tidak boleh dinamakan 'bid'ah, tetapi dinamakan 'Maslahah'.

Soalan: Apakah pandangan Syaikh al-Islam, Sulthon al-Ulama', Imam Al-'Izz Ibn Abd as-Salam terhadap pembahagian bid'ah?

Jawapan:Beliau mengatakan:
"Bid'ah itu adalah perbuatan yang tidak pernah ada pada zaman Rasulullah SAW dan ia terbahagi kepada bid'ah Wajib, Bid'ah Haram, Bid'ah Mandub (sunat), Bid'ah makruh dan bid'ah harus."

Kemudian beliau menyambung:
"Dan jika ia termasuk dalam kaedah yang mewajibkan, maka ia adalah wajib. Dan sekiranya ia termasuk dalam kaedah yang menjadikannya haram, maka ia haram. Dan jika ia termasuk dalam kaedah sunat, maka sunat. Dan jika ia termasuk dalam kaedah makruh, maka ia makruh dan jika ia termasuk dalam kaedah harus, maka ia harus."

Pembahagian ini merujuk kepada bid'ah itu sendiri sebagaimana 'perkara baru', bukanlah sebagai 'Hukum'. Dalam erti kata lain, bid'ah bukanlah Hukum. Ini kerana hukum Taklifi itu cuma ada 5 sahaja iaitu wajib, Haram, Sunat, Makruh dan Harus. Sebab itulah setiap perkara baru, hendaklah ditimbang di atas neraca hukum yang 5 ini.

Imam 'Izz ad-Din Abd as-Salam seterunya memberikan contoh bid'ah itu mengikut bahagiannya iaitu:
1) Wajib : Mengkaji Ilmu Tatabahasa (Nahu) untuk memahami Al-Quran dan Hadith.
2) Haram : Mengikut fahaman Qadariyyah dan Jabariyyah.
3) Sunat : Mendirikan sekolah dan tempat pengajian.
4) Makruh : Menghias masjid dengan ukiran-ukiran.
5) Harus : Bersalaman detelah solat Subuh dan Asar dan membuat kelapangan dalam urusan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan