Rabu, 27 Februari 2013

Bat Cave - Gua Kelawar, Pulau Langkawi

Assalamu'alaikum,

Selepas melihat Gua Buaya, kami menuju ke Gua Kelawar. Gua Kelawar lebih besar dan luas dan pengunjung boleh melihat dan berjalan di dalamnya.




Kelawar merupakan sebahagian daripada kumpulan mamalia tetapi boleh terbang.

Kelawar tidur di dinding gua...Waktu siang mereka tidur, waktu malam mereka mencari makan. Itu kitaran hidup mereka yang dijadikan Allah untuk mereka. Pasti ada sebab dan hikmahnya jika kita mahu menyelidiki.

Jalan / trek disediakan di dalam gua

Nasib baik batu ini di Gua Kelawar dan susah dikunjungi pengunjung. Kalau tidak, penganut agama Hindu akan datang dan menyembah batu ini....



 
Laluan pejalan kaki yang disediakan memang panjang. Anda boleh menghayati keindahan hutan paya bakau. Paya bakau memang penting untuk mengawal keseimbangan ekologi di pantai khususnya mengelakkan pantai/daratan terhakis.





Apa yang dipaparkan di ruangan di atas adalah bagaimana batu-batu yang terbentuk membengkok untuk mencari sinar cahaya. Proses ini memakan masa yang lama.

Ini kawasan burung layang-layang, jiran kelawar. Waktu siang, burung layang-layang keluar keluar mencari rezeki yang disediakan Allah untuk mereka.


Kenalah bayar sedikit yuran untuk masuk ke dalam Gua Kelawar. 


Yang ini mengujakan hamba. Surau disediakan untuk pengunjung yang ingin bersolat.

Kami meninggalkan Gua Kelawar untuk masuk ke laut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan