Rabu, 27 Februari 2013

Masuk Laut - "Sayu Melihat Pulau di Thailand'"

Assalamu'alaikum,

Selepas menghabiskan sedikit masa di Gua Kelawar, kami masuk ke laut.


Laluan pejalan kaki di sekitar Gua Kelawar



Ini merupakan sebahagian pulau yang mengelilingi Pulau Langkawi. Langkawi dikelilingi oleh 99 buah Pulau. Apa maknanya itu? Cuba fikirkan.

Kilim Geoforest Park merupakan nama tempat-tempat yang kami kunjungi sebentar tadi.



Cuaca hari ini memang baik, Alhamdulillah. Di hujung pemandangan merupakan sebahagian dari wilayah Thailand. Dulunya merupakan sebahagian dari Tanah Melayu. Hati sebak memandangkan hamba juga memiliki darah Melayu Pattani dalam diri hamba. Keturunan sebelah ibu hamba dari keturunan ulamak Pattani yang 'keluar' dari Pattani semasa 'peperangan dengan Siam' lewat 1800 ke awal 1900. Ibu kepada arwah ayahanda hamba juga dari Pattani dan keturunan ayahanda hamba dari Melayu Acheh. Walaupun Pattani tidak terletak di utara Kedah/Perlis, lima negeri di selatan Thailand merupakan sebahagian dari wilayah dalam Kesultanan Melayu Pattani.

Pulau tu dah masuk Thailand.

Tanjung Rhu Resort dari jauh.





Radar yang memantau. Waktu hamba datang Langkawi dulunya, ada seorang Mat Saleh naik ??? yang boleh terbang tu dan berpusing2 di pantai Tanjung Rhu dan sekitar. Tidak lama, hamba perasan sebuah kereta polis pun sampai ke kawasan pantai ini dan memerhari sekeliling. Hamba kira mereka yang menjaga radar dah nampak dan minta polis pantau apa Mat Saleh ni buat agaknya...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan