Ahad, 17 Februari 2013

Pantai Pasir Hitam, Pulau Langkawi

Assalamu'alaikum,

Masih lagi pada 2 Disember 2012, Ahad. Selepas singgah sekejap di Perkampungan Budaya, kami ke Pantai Pasir Hitam. Pantai ini unik kerana pasir pantainya kehitaman. Umumnya pakaian dan barang di Pantai Pasir Hitam lebih murah berbanding pekan Kuah dan tempat lain. Hamba beli juga baju untuk anak-anak serta Cap Langkawi yang hanya berharga RM10!!! Capnya kemas dan cantik, bukan barang murah. Kalau di tanah besar, harganya paling kurang RM16.





Terdapat perkhidmatan bot di sini

Kelihatan pasir pantainya yang hitam

Industri simen dari Pantai Pasir Hitam... Kalau diikutkan selepas dianugerahkan "Geopark", industri yang merosakkan alam sekitar seperti simen perlu dihentikan. Memandangkan ia industri "besar", dan melibatkan pelabur asing, maka ia "diteruskan".

Dongeng mengapa pantai ini pasirnya hitam

Kaedah saintifik tentang hitamnya pasir di pantai ini

Pulau yang besar di hujung sana dah masuk Thailand

Kandungan hitam pasir pantai ini sama dengan sebahagian bahan yang ada di  bulan

Hamba yakin sewa di sini lebih murah berbanding tempat lain. Yang keduanya, pelancong tidak seramai tempat lain.... ini antara sebab pakaian di sini lebih murah


Berbanding kunjungan hamba yang terakhir, banyak cenderahati berkaitan Langkawi dijual di pelbagai tempat






2 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian gambar & maklumat. Banyak membantu untuk trip 'babymoon' saya nanti :)

    BalasPadam