Ahad, 17 Februari 2013

Perkampungan Budaya - Oriental Village di Pulau Langkawi

Assalamu'alaikum,

Pada 2 Disember 2012, selepas sampai di Langkawi pada 1 Disember 2012, paginya kami ke Perkampungan Budaya, Oriental Village. Mulanya kami bercadang untuk naik kereta kabel ke puncak Gunung Mat Chincang, tetapi kerana dah lewat, maka ramai orang menunggu-nunggu, beratur untuk naik kereta kabel. Setelah bertanyakan kepada kakitangan kereta kabel dan mencongak berapa lama kami perlu menunggu untuk naik kereta kabel, maka kami tangguhkan hasrat itu...Bukan apa, nanti lama sangat nak kena tunggu, rugi masa, mass bukan boleh beli tapi perlu digunakan sebaiknya.  Oleh itu, kami berjalan-jalan sekitar Perkampungan Budaya ini...


Orang ramai beratur untuk membeli tiket kereta kabel (sebelah kanan) dan menunggu untuk naik kereta kabel (sebelah kiri)

Ada pembinaan sedang dijalankan...

Memang musim cuti sekolah, Langkawi memang meriah










Kalau anda ingin mencua terapi ikan...


Restoran Jepun... tiada "Halal JAKIM"

Ada pameran pelancongan tentang musim sejuk di Korea Selatan


Pusat Penyelidikan Langkawi UKM...bangga juga hamba... Langkawi diiktiraf sebagai Geopark oleh UNESCO merupakan antara usaha tenaga akademik UKM. Kakitangan pusat ini merupakan kakitangan UKM. Segala usaha pengumpualan fosil, flora dan fauna di Langkawi dijalankan oleh pusat ini.


Puncak Gunung MatChincang dari bawah


Demonstrasi tenun secara tradisional


Beg banyak tapi lebih mahal berbanding tempat lain

Demonstrasi anyaman...kalau ilmu dan kemahiran menganyam ini hilang, apa akan jadi apabila Perang Dunia bermula?



Berkuda merupakan Sunnah Nabi SAW tapi berkuda merupakan sukan/hobi orang kaya di Malaysia pada umumnya...






Ada perkhidmatan naik Ducktours, macam feri tapi boleh berjalan di atas daratan/jalanraya dan masuk laut...Mahal dan tidak berbaloi...

Parkir banyak tapi kalau datang lewat memang penuh...

3 ulasan:

  1. as'salam . saya teringin nak tahu lebih lanjut tentang perkampungan ini . boleh tak berikan saya maklumat lebih lanjut tentang perkampungan tersebut ?

    BalasPadam
  2. as'salam . saya teringin nak tahu lebih lanjut tentang perkampungan ini . boleh tak berikan saya maklumat lebih lanjut tentang perkampungan tersebut ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan,

      Google tuan. Pergi ke Langkawi, banyak bahannya...

      Wassalam.

      MQAH

      Padam