Assalamu'alaikum,
Hamba pulang sebentar ke Utara sewaktu cuti sekolah bulan March 2013 atas urusan kerja. Sementara sampai ke Pulau Pinang, hamba sempat sampai dan bersolat serta menyelesaikan beberapa kerja di Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang. Masjid ini terletak di Lebuh Pitt dan antara Masjid tertua yang masih utuh sehingga kini. Nasi Kandar Beratur yang terkenal itu terletak berhampiran Masjid ini tetapi ia hanya dibuka pada waktu malam. Alhamdulillah, walaupun tak sempat ke tempat lain, dapat juga selesaikan urusan hamba yang tertangguh di masjid ini.
Ada air kolah di sini...Agak malang masjid sekarang dah tak ada kolah sedangkan mengambil wuduk dengan menggunakan air kolah lebih menjimatkan ait berbanding pili biasa. Apatah lagi air kolah mempunyai khasiat tertentu menurut perubatan Islam.
Ada kawasan perkuburan tetapi hamba tak sempat selidik
Bangunan MARA yang dihimpit dan ditekan atas nama kemodenan dan kemajuan
Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.
Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.
Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.
Assalamualaikum..
BalasPadamcatatan perjalanan hidup yang indah untuk diteladani. Mohon hubungi email saya niat untuk bersilaturrahim : putra [dot] azanil [at] gmail [dot] com . Syukran