Jumaat, 12 Julai 2013

Hentian Bukit Gantang, Arah Selatan, Lebuhraya PLUS

Assalamu'alaikum,

Dalam perjalanan pulang ke Selangor, kami singgah di Hentian Bukit Gantang. Hamba memang suka berhenti di hentian ini sama ada arah utara atau arah selatan.  Biasanya untuk membeli buah-buahan, terutamanya mangga, kalau mangga tiada di Selangor, di sini mungkin ada. Antara mangga yang sedap adalah Mangga Raja dari Thailand, boleh tahan rasanya dan kerangupannya.  Kalau Hentian Bukit Gantang Arah Selatan, hamba suka menikmati nasi lemaknya. Nasi lemak hampir sentiasa ada di Hentian ini dan masih baru, bukan yang dah dimasak 7-8 jam sebelumnya. Antara sebab lain hamba suka singgah di sini adalah suasananya yang kehijauan, tidak sama seperti kawasan rehat lain.


Surau ada

Nasi lemaknya ada di sini


Banyak gerai jual buah-buahan



Kebanyakan buah-buahnya sama dan harganya pun sama




Kalau musim durian, tempat ini digunakan untuk makan durian


Tempat ini tidak pernah putus dengan pelbagai aneka buahan


Kalau ada panggilan alam, jangan risau









Tiada ulasan:

Catat Ulasan