Jumaat, 12 Julai 2013

Mee Udang Changkat Jering, Perak

Assalamu'alaikum,

Suatu hari di bulan Jun, hamba dengan seorang kawan ke Utara dan balik hari. Kami bertolak dari BBBangi jam 615 pagi, sampai ke sebuah kawasan di Utara dan petangnya kembali semula ke BBBangi. Dalam perjalanan pulang, kawan hamba memperkenalkan Mee Udang Changkat Jering, Perak. Anda perlu keluar tol Changkat Jering, tak jauh dari tol, di sebelah kanan jalan, ada simpang masuk ke dalam kawasan kampung. Restoran ini terletak dalam kawasan kampung dan cukup popular apabila malam menjelma. Kami singgah makan Mee Udang di sini. Resepinya berbeza berbanding Mee Udang Sungai Dua, jadi tidak boleh buat perbandingan terus. Sedap? Sedap juga. Kalau anda cari tak jumpa, tanya saja penduduk kampung Restoran ini, mereka boleh berikan panduannya.  Geng motor besar suka singgah di sini kerana pemiliknya adalah salah seorang orang kuat Geng Motor Besar Negeri Perak.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan