Jumaat, 12 Julai 2013

Sekitar Dhaka, Bangladesh - 28 Jun 2013

Assalamu'alaikum,

Apabila tiba di Dhaka, kami disambut oleh pegawai dari Bangladesh yang akan mengiringi kami ke Rajshahi. Beliau menempah sebuah van untuk kami. Memandangkan ada lebih 2-3 jam sebelum waktu bas ekspress yang dijanjikan untuk kami naiki, beliau bertanya nak buat apa? Akhirnya setelah berbincang antara solat dan makan, dan mengambilkira perjalanan yang bakal kami tempuhi selepas itu, hamba dan rakan-rakan sekerja buat keputusan untuk makan dahulu, minta beliau bawakan untuk makan di sebuah restoran.  Kami berhenti makan di sebuah Restoran yang agak eksklusif juga. Kalau tengok warga Bangladesh yang ke restoran ini, pakaiannya, kasutnya, wajahnya, semua dari golongan elit di Dhaka. Pengalaman pertama yang penting adalah kami perlu bawa semua beg besar kami masuk ke dalam restoran. Nampaknya pegawai itu sendiri tidak percaya dengan van yang beliau sewa.  Kalau tinggalkan beg dalam van, ada kemungkinan van itu akan lari meninggalkan kami.  

Agak lama kami perlu menunggu hidangan. Selepas makan, kami perlu bergegas dengan van ke tempat bas ekspress. Memandangkan tiada 'clue' tentang stesen bas ekspress ini, kami mengambil wudhuk di Restoran ini. Kalau tak boleh solat di stesen bas ekspress, kami boleh bersolat dalam bas...



Ini restorannya

Ini menunya...boleh tahan harganya


Semua gambar dari dalam van (ada cermin), jadi kurang jelas



Dhaka memang luas dan padat dengan penduduk...walaupun tidak banyak bangunan pencakar langit seperti Kuala Lumpur, banyak bangunan sederhana tinggi di merata tempat...Masalah utama Dhaka seperti Bangkok dan Jakarta, sistem pengangkutan awam yang lemah!!!



Antara rakaman yang menarik untuk dikongsi





Buluh digunakan dalam pembinaan, bukan besi seperti di Malaysia



Kereta kuda pun ada



1 ulasan: