Selasa, 9 Julai 2013

Taman Tema Air, Bukit Merah - Bukit Merah Theme Park Resort


Assalamu'alaikum,

Selepas bercuti di Utara, Hamba dan keluarga singgah di Bukit Merah Laketown. Hamba dah pernah ke sini, rasanya lebih 11 tahun dahulu. Hamba sebenarnya taklah nak ke sini sangat, memandangkan cuti sekolah Mei-Jun tak sempat rancang nak ke mana-mana, semua tempat dah penuh ditempah, maka hamba singgah ke sini. Lagipun anak kedua, ketiga dan keempat belum pernah ke sini. Bayaran agak mahal juga, maklumlah dah lebih 10 tahun, harga tiket dah naik, jadi kena sediakan ongkosnya. Namun begitu, masih murah berbanding tempat-tempat lain. 10 tahun sekali bolehlah.  Kami bertolak awal dari Utara dan jam 930 pagi sudah sampai ke sini. Selepas beratur membeli tiket dan sewa pelampung, kami masuk ke kawasan ini sehingga petang. 


Nak naik ni ada bayaran asing

Kawasan mandi-manda yang luas

Ada sungai mengelilingi taman teman

Yang ini masih OK, belum mendebarkan


Beratur nak naik kubah...hamba tengok saja




Tangga naik ke atas sebelum turun dengan laluan...

Selepas anak anda mandi di tempat sebegini, kena mandi semula sebab airnya 'bercampur'

Yang ini agak curam dan boleh luruh jantung dibuatnya..Anak sulong dan kedua cuba yang ini juga...Budak-budak, hamba suruh, nak bagi berani...





Boomerang, tarikan utama di sini

Boomerang.... hanya di Bukit Merah....Orang dah tua macam hamba, tak perlu, nanti jantung luruh atau kena 'stroke'...:-)

Kedua-dua anak hamba yang sulong dan kedua mengambil cabaran abahnya dengan 'naik Boomerang'

Pondok boleh disewa




Kolam ini ada ombak buatan, luas tetapi dalam di hujung sana...





Banyak yang dah tak berfungsi...



Sesuai untuk anak-anak kecil






Sistem penyimpanan begnya agak canggih


Nak sewa pelampung di sini...

Tiada  apa yang istimewa sangat di sini...mungkin kerana hamba dah pernah sampai ke tempat yang lebih baik. Ramai juga keluarga yang bawa mak-pak yang dah tua untuk santai-santai. Mungkin ini sesuai untuk masyarakat zaman sekarang, hamba pun tidak tahu.  Cuma bab makan-minum tak perlu risau sangat walaupun harganya lebih mahal dari luar.  Bab solat tak perlu risau. Hamba sendiri 'sekadar melayan' anak-anak, untuk diri sendiri tak perlu. Apa-pun taman tema ini milik usahawan Muslim. Adakah ini percutian yang sesuai untuk orang Islam, hamba tiada jawapannya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan