Isnin, 8 Julai 2013

Kembali Semula Ke Pantai Pasir Panjang, Balik Pulau, Pulau Pinang

Assalamu'alaikum,

Hamba telah membuat satu artikel pada 9 Oktober 2011 tentang Pantai Pasir Panjang.  Balik ke Utara ini, hamba sekali lagi ke Pasir Panjang. Pantai ini meninggalkan banyak kenangan manis kepada hamba sebenarnya di sebalik kepayahan menjalani pelbagai kursus dan latihan di sini.  Kali ini hamba nak berjalan sampai ke hujung pantai. Isteri dan anak hamba ditinggalkan di awal pantai. Jauh juga kalau nak ke hujung. Rasa mahu ke hujung ini, maka terlepaslah hajat di hati.  

Pasir Panjang menjadi sejarah dan membawa pelbagai pengajaran kepada hamba, seorang anak yatim lagi miskin, menjadi semakin insaf tentang diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Pasir Panjang mengingatkan hamba bagaimana keinsafan sebagai seorang anak miskin, sebagai seorang anak Melayu, bagaimana keinsanan itu didipupuk secara perlahan-lahan dan meninggalkan kesan yang cukup panjang dan  kekal sehingga masa kini.  Walaupun hamba tidaklah susah sekarang, tidak juga kaya, cukup dengan kesederhanaan yang ada, hamba sentiasa mengingatkan diri sendiri, isteri dan anak-anak tentang asal-usul kita, tentang perit-jerih ibu-bapa membesarkan kita, berkorban pelbagai perkara untuk kesenangan anak-anak mereka.

Agak malang sekali kerana hari ini, Kem Bina Negara yang dibina di sini semakin lesu dengan bangunan yang  kurang terjaga, adalah seorang dua kakitangan keselamatan, kurangnya program yang boleh menjentik hati nurani manusia menginsafi akan dirinya, menginsafi akan nasib anak bangsanya, akan nasib agamanya yang dikotak-katikkan oleh musum Islam dan 1001 perkara.  Hamba berjalan sampai ke hujung pantai, pegang batu di hujung pantai, untuk memuaskan hajat di hati,, bahawa "Aku kembali lagi ke sini, tempat yang sungguh aku ingati".


Menara keselamatan


Helang laut 


Dah sampai hujung pantai, hamba pegang batu di sini

Dari hujung, tak nampak hujung sana (tempat parkir)




Papan tanda yang dah nak jatuh...

Banyak pokok besar di sini

Kolam yang mengalirkan air Kem ke laut

Tersisih, terbiar...oh sedihnya... walaupun hamba tidak pernah mengikuti sebarang kursus di kem ini, Modul dalam kem-kem sebegini dah jadi apa agaknya???

Pantai Pasir Panjang memang agak merbahaya untuk mandi-manda



Sepasang suami-isteri yang baru mendirikan masjid mengambil 1001 gambar di sini



Hamba tidak aktif dalam mana-mana parti politik tetapi YB Farid memang hamba tahu seorang ADUN yang bertanggungjawab, masakan tidak kerajaan DAP Pulau Pinang sanggup menawarkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa khusus di DUN Pulau Pinang (tawaran bersyarat)

Syarikat pengurusan sampah



Ini lebih baik daripada disepahkan di merata-rata tempat

Kem yang semakin usang

Ramai juga pengunjung yang datang...Letih dan penat bekerja, dihembus angin pantai yang memuji nama-DIA (Hu), terasa lapang  juga.

Selamat Tinggal Pasir Panjang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan