Assalamu'alaikum,
Cuti sekolah Mei - Jun 2013 yang lalu, hamba ambil kesempatan balik kampung ke Utara Semenanjung. Kami ambil kesempatan singgah sebentar makan mee udang Sungai Dua yang terkenal itu. Bagi yang ingin ke sini, dari Lebuhraya Utara Selatan, dari Selatan ke Utara tanahair, selepas Tol Juru, anda akan berjumpa dengan pelbagai persimpangan ke Pulau Pinang, Butterworth, Seberang Jaya dan teruskan sehingga anda perlu ambil simpang keluar sebelah kiri ke Sungai Dua, sebelum Tol Sungai Dua, jangan silap, sampai tol Sungai Dua, susah nak kena pusing balik. Keluar Persimpangan Sungai Dua, ambil ke kanan (lalu bawah lebuhraya) dan tak sampai 1 kilometer, anda akan sampai ke Pekan Sungai Dua. Ada Lampu isyarat di sini, jangan ambil ke kiri, tetapi ambil 'terus', kanan sedikit dan akan akan melalui Taman Desa Murni. Selepas Taman Desa Murni adalah sebatang sungai dan anda perlu menyeberangi jambatan ini dan Restoran Mee Udang Sungai Dua terletak di sebelah kiri. Maksudnya anda perlu belok kiri sejurus melepasi jambatan ini. Banyak mee udang di Sungai Dua, tetapi hamba masih pergi ke restoran ini dari dahulu. Waktu perniagaan biasanya malam (700 malam ke atas agaknya) dan surau disediakan bagi pengunjung Muslim.
Mee udang untuk 4 orang dewasa...pinggan, sudu dan lain-lain disediakan bergantung kepada permintaan... Contohnya walaupun mee udang untuk 4 orang dewasa, kami minta 6 set pinggan untuk satu keluarga. Satu nasihat hamba adalah jangan minta mereka masak untuk ramai orang, 'rasa lari sedikit'... Kalau pergi 2-3 keluarga, pilih udang 4-? untuk satu keluarga dan suruh mereka masak, pilih lagi udang 4-? untuk satu keluarga dan seterusnya, jangan pilih 20 udang sekaligus untuk dimakan oleh 10 orang contohnya.
Suasana di restoran
Anda pilih sendiri berapa udang yang anda hendak dan beritahu berapa pinggan untuk dewasa yang anda nak...Nak makan dengan nasi putih pun boleh...
Ketam pun ada
Kalau nak ikan bakar juga disediakan
Air kelapa muda juga disediakan
Buka jam berapa
BalasPadam