TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 7 Julai 2013

Mee Udang Sungai Dua, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Assalamu'alaikum,

Cuti sekolah Mei - Jun 2013 yang lalu, hamba ambil kesempatan balik kampung ke Utara Semenanjung. Kami ambil kesempatan singgah sebentar makan mee udang Sungai Dua yang terkenal itu.  Bagi yang ingin ke sini,  dari Lebuhraya Utara Selatan, dari Selatan ke Utara tanahair, selepas Tol Juru, anda akan berjumpa dengan pelbagai persimpangan ke Pulau Pinang, Butterworth, Seberang Jaya dan teruskan sehingga anda perlu ambil simpang keluar sebelah kiri ke Sungai Dua, sebelum Tol Sungai Dua, jangan silap, sampai tol Sungai Dua, susah nak kena pusing balik. Keluar Persimpangan Sungai Dua, ambil ke kanan (lalu bawah lebuhraya)  dan tak sampai 1 kilometer, anda akan sampai ke Pekan Sungai Dua. Ada Lampu isyarat di sini, jangan ambil ke kiri, tetapi ambil 'terus', kanan sedikit dan akan akan melalui Taman Desa Murni. Selepas Taman Desa Murni adalah sebatang sungai dan anda perlu menyeberangi jambatan ini dan Restoran Mee Udang Sungai Dua terletak di sebelah kiri. Maksudnya anda perlu belok kiri sejurus melepasi jambatan ini. Banyak mee udang di Sungai Dua, tetapi hamba masih pergi ke restoran ini dari dahulu. Waktu perniagaan biasanya malam (700 malam ke atas agaknya) dan surau disediakan bagi pengunjung Muslim.


Mee udang untuk 4 orang dewasa...pinggan, sudu dan lain-lain disediakan bergantung kepada permintaan... Contohnya walaupun mee udang untuk 4 orang dewasa, kami minta 6 set pinggan untuk satu keluarga.  Satu nasihat hamba adalah jangan minta mereka masak untuk ramai orang, 'rasa lari sedikit'... Kalau pergi 2-3 keluarga, pilih udang 4-? untuk satu keluarga dan suruh mereka masak, pilih lagi udang 4-? untuk satu keluarga dan seterusnya, jangan pilih 20 udang sekaligus untuk dimakan oleh 10 orang contohnya.

Suasana di restoran



Anda pilih sendiri berapa udang yang anda hendak dan beritahu berapa pinggan untuk dewasa yang anda nak...Nak makan dengan nasi putih pun boleh...

Ketam pun ada

Kalau nak ikan bakar juga disediakan



Air kelapa muda juga disediakan

1 ulasan: