TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Kisah Mualaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Mualaf. Papar semua catatan

Jumaat, 28 November 2014

Bakal Paderi Adam Warren Cerita Bagaimana Dia Peluk Islam


sumber : http://www.oomedianetwork.com/2014/10/bakal-paderi-adam-warren-cerita.html

Bakal Paderi Adam Warren Cerita Bagaimana Dia Peluk Islam

cerita ini daripada Mynewshub.cc berkenaan perjalanan Adam Warren Fernandez Abdullah ke arah menerima hidayah Allah seterusnya memeluk agama suci Allah. Adam Warren Fernandez Abdullah menulis cerita ini dan dihantar kepada Mynewshub.cc

Semasa kecil, Impian saya adalah untuk jadi seorang Paderi. Di usia 11 tahun saya sertai sebagai Altar Boy (pembantu Paderi) & begitu kagum dengan Paderi yang saya bantu, melihat dia menguruskan Upacara.

Di situ saya berkawan dengan seorang Remaja – Bernard 14 tahun, juga seorang Altar Boy. Dia seorang budak nakal tapi saya suka berkawan dgn dia. Pada satu hari, Bernard cuba curi duit Gereja & saya ada di situ pada ketika itu, akan tetapi kami dua ditangkap & terpaksa mengadap Paderi dan seorang lagi Paderi

Kedua-dua Paderi itu kata mencuri itu satu kesalahan, & perlu dihukum tapi jenis hukuman yang diberikan adalah di luar jangkaan saya. saya dipaksa melihat segalanya sebagai pengajaran.

Selepas itu dunia kami tukar. Saya hilang keyakinan pada semua ketua Agama & lama kelamaan, Manusia. Akan tetapi saya yakin pada Agama sebab semua Agama mengajar kita . Bernard pula menjadi penagih dadah & mula menghabiskan masa di jalanraya.

Apabila saya beritahu arwah Ayah(seorang tentera) & keluarga, mereka tidak percaya, bagi mereka ini tentang kesucian Agama & mereka rasa saya tengah tutup kelakuan saya sendiri dengan menuduh orang seperti Bernard(yg dtg dari keluarga pecah belah). Yang percaya pada saya ialah arwah nenek Roselind Chia, & dialah saya menaruh segala harapan & kepercayaan, juga yang melindungi saya dari dunia luar & berduduk bersama dia di Rumah Pangsa Loke Yew, jauh dari keluarga.

Ketika di Loke Yew Flats, arwah nenek duduk di tingkat 13, dan jiran saya, pereka fesyen terkenal di Malaysia sekarang MICHAEL ONG duduk di tingkat 12. Loke Yew Flats ini pelbagai Bangsa & Agama. Ada surau, kuil, tokong Cina & tak jauh ialah Gereja.

Di situ juga saya pelajari erti masyarakat majmuk & perpaduan. MICHAEL ONG & saya sering bercakap atas balkoni & saya sentiasa kagum minatnya utk menjadi pereka fesyen & beliau benar-benar merealisasikan impian dia untuk jadi Pereka Fesyen yang terkenal.




Saya tiada minat lagi pada Agama , lebih lagi bila kena dengar tazkirah Paderi yang sama melakukan gangguan seksual. Bernard pula tiada pilihan & terus menjadi pembantu Paderi manakala saya dilarang oleh Nenek.

Selepas itu saya sering ikut Bernard, melihat dunia dia & di situ lah saya pelajari hidup warna warni kotaraya…ramai Remaja yang pelbagai masalah dari dadah, keluarga pecah belah, seksual, gangsterism……….

Keluarga saya tetap memberi pendidikan pada saya sehingga masuk Kolej. Arwah Nenek pesan saya harus jadi seorang insan yang mulia dan bantu pada semua.

Bernard yang ketika ini sudah teruk dengan penagihan, pernah beritahu saya yang dia asyik dihukum oleh Paderi (saya dah faham jenis “hukuman” itu) & berkata,satu hari bila saya dah stabil, saya harus bantu pada golongan Remaja/kanak-kanak. Bernard lepas itu bunuh diri,overdose.

Sejurus selepas itu, saya terlibat dalam kemalangan, dan di situlah saya dapat Hidayah saya yang pertama, ketika saya didatangi oleh seseorg entity putih, tinggi orangnya dan mengucap “Bismillah irrahman Irrahim….adik jangan bimbang kerana pakcik akan junjung adik balik ke rumah” itu yang saya ingat.


Apabila saya sampai rumah keluarga di Kelana Jaya, saya tidak ingat apa-apa dan terus rebah. Yang saya ingat, saya di Hospital dan  kereta saya remuk didepan. Pihak polis hairan bagaimana saya dpt keluar & berjalan balik ke rumah. Satu keajaiban. Selepas itu, selama 3 hari pertama di Hospital, bila jam 3 pagi, saya sering mendengar Azan, lalu didatangi oleh ramai org berbaju putih melawat.

Saya benar-benar tidak ingat saya akan mati & bila diceritakan pada keluarga, mrk anggap itu mainan minda. Saya membawa diri ke Penang utk kerja.

Selepas itu saya masih pergi ke Gereja, utk menunaikan kewajipan tapi jiwa saya tetap kosong. Saya tidak mengerti apa itu Cinta. Dunia saya hanya arwah nenek.

Setiap kali saya nak bercinta, ia tak kekal, sbb saya tak percaya ada nya Cinta. Dari bidang perhotelan, saya mula ceburi sbg Pengacara TV, utk SELAMAT PAGI MSIA, MSIA 2020, dll. Ini mengembalikan keyakinan saya berdepan dgn manusia, mula berpetah cakap.

Hidup saya penuh Glam & saya lupa diri… akan tetapi saya masih tidak mengenali Cinta. Disitu saya ditawarkan sbg Pengurus di sebuah resort terkemuka di Langkawi. Saya membawa diri pula ke Langkawi.


2005 pula adik bongsu saya berkahwin dgn org Amerika. Keluarga smua buat persiapan utk ke Amerika…arwah Nenek juga ingin ikut, tapi keluarga melarang krn arwah Nenek ketika itu sakit tapi dia tetap nak ikut krn tak boleh berpisah dari saya. Kami memujuk dia utk bersabar krn saya hanya ke Amerika seminggu, tapi walau pun seminggu, dia tak sanggup berpisah.

Dia berkata pada saya, dia akan mati apabila saya balik ke Malaysia. Kami ke Amerika tanpa arwah Nenek dan disana saya dpt berita dia masuk wad. Apabila saya balik ke Malaysia, keesokkan hari, arwah nenek meninggal dunia. Dunia saya runtuh, serba salah saya dijadikan.

Jiwa saya mati, & saya benar-benar jadi sesat. Saya tak rapat lagi dgn keluarga, kami berpecah belah. Kerja saya tak tentu arah. Saya tak reti apa maksud cinta dan terlibat dlm pelbagai gejala sosial sehingga saya berdepan dgn Syaitan.

Saya dah jadi tak tentu arah krn saya sedar mata ketiga saya buka, saya boleh melihat benda2x & ini menakutkan bagi saya. Saya pernah mimpi baying bayangan ada nya Neraka. Pernah saya ditawarkan ilmu hitam.

Tahun 2009 saya balik ke Selangor, mula bekerja di hotel terkemuka. Jiwa saya tetap kosong & tak terurus. Disitu lah saya jumpa rakan karib dunia & akhirat Husain Khalid.

Takdir jodoh yg ketemukan kita dua dimana beliau juga seorang yg kuat Agama. Saya masih ingat ramai org berpesan pada Husain supaya jangan dekati saya krn saya ini pengaruh tak baik, tak terurus, akan tetapi dia tetap dekati saya. Dia lah seorang kawan yg berjalan dengan saya, bukan yg lain, antara Jalan belakang atau depan saya.

Akibat tidak terurus, saya dibuang kerja. Ketika itu runtuhnya dunia saya. Masa itu, Husain dah dapat kenaikkan pangkat. Tapi apa yg Husain lakukan selepas itu, benar-benar buka hati & minda saya, ertinya persahabatan. Beliau tolak jawatan, henti kerja utk beri sokongan moral. Kami mula berniaga.

Pada mulanya, kami ingin buat perniagaan biskut cokelat chip yg dibuat oleh Husain & dipasarkan oleh saya. Mmg pesanan cookies, banyak. Kemudian kami diambil kerja seketika di syarikat pengurusan Tg Rhu Resort Langkawi iaitu Signforce Hospitality dibawah didikan Managing Director, En Badrul yg ajar kita selok belok dunia perniagaan.

Dari situ , lahirlah perniagaan perunding PEMASARAN, PERHUBUNGAN AWAM, PENJENAMAAN, MEDIA, KOMUNIKASI iaitu WHOSYN’SIGNATURE dgn klien pertama CHINTA RESTOLOUNGE ke SERI CHENANG RESORT & SPA LANGKAWI ke Hotels/Resorts, LADA(Langkawi Development Authority), Tourism Malaysia, Koporat, Stesen TV, Rumah Produksi, MAS.
Ketika itu juga saya mula berkawan baik dgn Dr Anuradha . Dia banyak beri perangsang hidup, keyakinan pada saya.. Dia yg merawat hati saya, keyakinan saya kembali berdepan dunia. Sehingga hari ini, dia lah, hari-hari hantar kata-kata motivasi samada whatsapp, call atau Facebook.

Dia banyak tolong pulihkan hubungan saya dengan keluarga . Saya pelajari bnyk ttg kehidupan dari beliau. Dia yg mula buat saya berani bersuara pendapat & hati saya.

Perkara yg membuatkan saya balik ke Allah ialah masa saya disuruh buat pemeriksaan badan..begitu takut saya dgn segala keputusan krn apa yg berlaku pada saya, tapi saya janji pada Allah, jika segala keputusan kesihatan saya ok, ini akan jadi azam saya utk mula hidup baru

Husain banyak kembalikan keimanan saya. Kepercayaan pada Allah. Pada tahun 2012, dia galakkan saya ke Amerika(dimana keluarga saya skrg menetap) utk Krismas.

Disinilah saya dapat Hidayah kedua iaitu pengalaman dgn Puting Beliung yg melanda kawasan rumah keluarga. Siren yg kuat member I amaran Puting Beliung akan datang, juga di kaca TV mula beri amaran. Ianya pukul 12 tgh hari , keluarga kami semua ke almari besar yg dibina dalam.

Ketika keluarga bergegas, saya tergerak hati utk buka pintu, krn kedengaran bunyi keretapi bergerak di luar. Apabila saya buka pintu, di luar Gelap segelap Gelapnya…tak boleh lihat apa2x dan bunyi kuat keretapi lalu yg terkeluar mulut saya ALLAHUAKBAR.

Saya bergegas ke almari, utk selindung & disitu saya dengar Azan. Apabila tiada bunyi keretapi, lalu buka pintu, diluar kembali cerah, panas terik.

Rupanya apa saya alami adalah sisa puting beliung yg melanda kawasan perumahan yg lain krn seandainya jika ia benar-benar diluar, saya sudah disedut keluar.

Saya kemudian balik ke Malaysia, terjumpa MICHAEL ONG. Dia skrg sudah menjadi pereka fesyen yg terkenal. Kami berbicara dari hati ke hati.

Memandangkan dia dah capai impian, dia ingin menyumbang pada yg daif, mengeratkan perpaduan antara bangsa, lalu saya membantu dia. Di situ juga saya pelajari berkemas & keyakinan diri.

Dialah yg mengajar saya utk kemas kini diri saya, & imej. 18hb Julai 2014, saya syahadah dgn nama Adam Warren Fernandez Abdullah. Diuruskan oleh Kumpulan Karangkraf Media, dimana pemiliknya Dato Hushummuddin selaku saksi utama , juga Husain Khalid, dipermudahkan oleh Allah.


Sebelum itu saya ingin syahdah tetapi sentiasa ada halangan dari kalangan orang-orang Muslim yg kata saya kena pelajari Quran dulu & mcm2x lagi.

Pertemuan 17hb Julai ngan warga Koporat Komunikasi Karangkrag Media utk menghantar dodol raya yg dipesan mrk, rupa2x nya takdir pertemuan perbincangan ttg minat mrk utk melaksanakan buat kali pertama utk Kumpulan Media Karangkraf iaitu Upacar Syahadah di surau Karangkraf.

Pada hari ini saya benar2x faham erti cinta..cinta pada Allah dan mula mengenali cinta pada Manusia. Saya pelajari janganlah kita campur aduk Manusia, Bangsa,Politik, Organisasi dgn Agama. Agama tak pernah mengajar kita perkauman, membunuh, mendera dan pelbagai lagi.

Penghijrahan saya bukannya berdasarkan cinta pada Manusia atau kepentingan sendiri tapi Cinta pada Allah. Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri.

Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.

Dunia ini sgt bahaya bukan krn keganasan tapi apabila kita hanya melihat tanpa berbuat apa2x. Janji saya pada Allah krn merealisasikan syahadah saya ialah utk tazkirah & reach out pada Remaja/kanak2x…pada Yg Bukan Islam yg minat Islam dan juga pada semua yg ingin mengenali Agama.

Saya dah bermula dengan taklimat tazkirah di institusi pengajian. Saya juga dapat beberapa pengiktirafan dan menang EXCELLENCE IN PUBLIC RELATIONS (MEDIA RELATIONS) oleh HOSPITALITY ASIA AWARDS.

Saya bersyukur krn kali ni bila saya bersahabat saya bersahabat krn Allah. Selepas syahadah, mlm itu saya mimpi , satu tangan panjang menghulurkan Quran pada saya & lalu mempimpin saya & tunjuk saya kat satu kawasan..dimana saya Nampak Org tengah Sedih, Gaduh, Keluarga Pecah Belah & ramai remaja yg tak tentu arah, mcm2x lagi, & saya juga Nampak Syaitan tgh mengintip saya.

Lalu tangan ini seolah tolak saya seolah menyuruh saya berjalan ngan Quran ke arah orang-orang itu semua…dan spt anda smua lihat, bermula lah saya aktif berdakwah secara pasif di Facebook, dan skrg mula diundang ke institusi Pengajian utk beri tazkirah…. pada arwah Bernard & nenek, Roselind Chia, semoga berada di kalangan org2x berimanan…akhirnya segala kesyukuran pada Allah, yg baik dari Allah, yg buruk dari saya.

Pada smua ketua Agama, anda diamanatkan utk mengajar dan membawa semua kea rah kebaikkan, anda menjadi idola ramai org…JANGANLAH DISALAH GUNAKAN AMANAT ANDA KRN IA BOLEH MENGHANCURKAN HIDUP INSAN YG LEMAH. HANYA SETITIK NILA BOLEH ROSAK SUSU SEBELANGA.

Pada Hari Ini, krn saya Memeluk Islam, dan dari keluarga saya ada Paderi & yg aktif dlm NGO Katholik/Kristian, maka mrk telah menekan keluarga saya utk tarik balik ke Katholik atas dasar saya dibancur & dimanupulasikan oleh NGO Islam.

Juga Keluarga, saudara Mara & kekawan dah pulaukan saya, apabila saya dah mula pulih balik dgn keluarga. Disini lah mula perjuangan saya utk merdeka kan mrk balik krn saya percaya silaturahim keluarga tidak boleh putus sbb ia dicipta dlm hati. Saya tetap tak menganas dan akan eratkan balik kami smua dgn akhlak & budi bicara berdasarkan nilai2x murni.

Saya rindu & cinta keluarga saya yg terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Ibu saya – Filipino Serani, Arwah ayah Portugis Melaka, Arwah Nenek (Belah ibu) – Baba Cina, Sepupu & Saudara Mara – Cina, India, Serani, Eropah.

DI SINI JUGA MULA LAH OUT REACH & TAZKIRAH SAYA DI INSTTUSI PENGAJIAN & REMAJA/BUKAN ISLAM & TAK DI LUPA YG DI LUAR…JALANAN KOTA RAYA… & MENJALANKAN BEBERAPA PROJEK bersama Husain Khalid, terutama dlm membantu keluarga daif dlm memasarkan hasil produk buatan mrk sempena perayaan, misalnya HARI RAYA(keluarga Melayu utk buat dodol), DEEPAVALI (keluarga India utk buat murukku), TAHUN BARU CINA (utk buat kuih Cina surat cina, bentuk kipas) & dll…juga pemasaran produk minuman tropika buah buahan yg dicampur soda iaitu POP THE SODA…, membantu anak2x Syurga dan bnyk lagi…segala kesyukuran pada Allah.

Satu saja saya nak kata mmg ADA WUJUDNYA SYURGA & NERAKA, MALAIKAT & IBLIS…saya sekarang lebih tabah apabila didatangi , iman kita kena kuat.

Yang benar

Adam Warren Fernandez Abdullah

Sumber mynewshub.cc

Ahad, 13 Januari 2013

Diam temui ketenangan



Diam temui ketenangan

Imej Diam ketika menjadi penyanyi rap.
TIDAK disangka dahulunya individu ini merupakan seorang penyanyi terkenal di Perancis. Bahkan dia pernah bergelumang dengan penyalahgunaan dadah.

Kini, dia tampil berbeza. Setelah memeluk agama Islam, dia memilih imej berhijab dan meninggalkan amalan negatif sepanjang bergelumang dalam industri hiburan.

Penyanyi wanita tersebut ialah Melanie Georgiades, 32, atau dikenali sebagai Diam yang memulakan karier sebagai artis sejak berumur 19 tahun.

Dia mengucap dua kalimah syahadah setelah seorang rakannya yang beragama Islam memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya.

Dalam kalangan para peminat, Diam yang sering dikaitkan dengan aktiviti pengambilan dadah dilihat menyepikan diri sejak empat tahun. 
Namun, dia muncul secara tiba-tiba dikhalayak umum dengan imej baru tahun lalu.

Tindakannya itu menimbulkan persoalan dan kontroversi. Tetapi dalam sebuah rancangan yang disiarkan di televisyen Perancis tahun lalu, Diam mengakui bahawa Islam telah memberikan ketenangan kepadanya bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman berbanding sebelum ini.

Ujar wanita itu, dia sebelum itu merupakan individu yang tidak ada haluan di mana seluruh kehidupannya dilalui dengan mengambil dadah, berkhayal dan mengalami masalah mental.

Menceritakan babak permulaan beliau memeluk agama Islam, Diam berkata, dia diperkenalkan secara kebetulan kepada salah seorang rakannya yang beragama Islam.

"Saya memeluk Islam selepas melihat rakan menunaikan solat. Ketika itu saya memberitahunya bahawa saya juga ingin bersolat.

"Ketika bersujud, itulah kali pertama saya menyentuhkan dahi ke lantai dan perbuatan itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Tindakan tersebut menyebabkan saya mempercayai bahawa kita hanya perlu tunduk kepada Allah, bukan insan lain," kata Diam.

Penyanyi rap itu berkata lagi, selepas mendengar bacaan al-Quran dan mendalami agama Islam menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama itu.

Sepanjang proses itu, beliau berpindah ke Mauritius untuk lebih memahami dan mendalami agama syumul itu.

"Dengan memeluk Islam, hidup saya lebih tenang dan saya tahu tujuan sebenar kita diciptakan," kata Diam yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan kini bergelar ibu serta telah pulih sepenuhnya daripada masalah ketagihan dadah.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahad, 9 Disember 2012

Peluk Islam lepas baca kisah Nabi Isa




Peluk Islam lepas baca kisah Nabi Isa

Lelaki warganegara Amerika Syarikat, Robert Paulding Rovers, 30-an (tengah) memeluk Islam di hadapan imam selepas solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kelmarin.

PUTRAJAYA 8 Dis. - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) tertarik memeluk agama Islam selepas membaca kisah Nabi Isa dalam al-Quran yang tidak terdapat dalam kitab-kitab agama lain.

Robert Paulding Rovers, berusia dalam lingkungan 30-an atau nama Islamnya, Rahim Abdullah membuat keputusan memeluk Islam selepas menyelami dan mengkaji secara mendalam agama itu hampir tiga tahun lalu.

Walaupun pernah melawat beberapa negara lain, pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam di Malaysia kerana tertarik dengan cara hidup sederhana dan harmoni masyarakat Islam bersama penganut-penganut agama lain.

Rahim melafazkan kalimah syahadah di depan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ahmad Rijal Ghazali selepas solat Jumaat semalam.

Rahim ketika dihubungi berharap dapat mengubah persepsi barat yang sering kali mengaitkan Islam dengan keganasan walhal perkara itu jauh berbeza daripada apa yang dilihat dan dialaminya.

"Saya turut berterima kasih kepada kenalan Facebook dari Afrika yang banyak membantu saya dalam mengenali agama Islam dengan lebih mendalam," katanya di sini hari ini.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jumaat, 30 November 2012

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=490306760992471&set=a.443526182337196.96770.268033199886496&type=1&theater

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan 
terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wuduk Rasulullah S.a.w
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”

(Muslim )

Huraian
Wuduk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wuduk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Wallahu’alam….

Jumaat, 8 Jun 2012

HATIKU AMAT TERSENTUH




Tak banyak antara kita yang mengenali Aminah Assilmi. Beliau ialah Presiden Internasional Union of Muslim Women yang telah meninggal dunia pada 6 Mac 2010 dalam satu kemalangan kereta di Newport, Tennesse, Amerika Syarikat (AS). Perjalanannya menuju Islam cukup unik. Maka kami persembahkan buat tatapan kita semua yang sudah sedia Muslim. Perjalanan beliau patut dikenang. Semuanya bermula daripada kesalahan kecil sebuah komputer. Pada mulanya, beliau adalah seorang gadis jemaah Southern Baptist – aliran Gereja Protestant terbesar di AS, seorang feminis radikal dan jurnalis penyiaran. Pada waktu usia mudanya, beliau bukanlah gadis yang biasa-biasa sahaja, tetapi cerdas dan unggul di sekolah sehingga berjaya mendapat tawaran biasiswa. Suatu hari, sistem komputer di sekolahnya membuat hal. 

Siapa sangka, hal itu rupa-rupanya membawa beliau kepada misi sebagai seorang Kristian dan mengubah jalan hidupnya secara keseluruhan. Pada tahun 1975, buat pertama kali komputer digunakan dalam proses prapendaftaran di kampusnya. Sebenarnya, beliau mendaftar untuk mengikuti bidang terapi rekreasional, namun komputer mendaftarkan namanya ke kelas teater. Pendaftaran tidak boleh dibatalkan kerana sudah terlambat. Apatah lagi membatalkan kelas juga bukan satu pilihan, kerana sebagai penerima biasiswa bertaraf F, ada risikonya berbuat demikian. Suaminya menyarankan agar Aminah berjumpa pensyarah untuk mencari alternatif dalam kelas pertunjukan. Betapa terkejutnya beliau, kerana kelas tersebut dipenuhi anak-anak orang Arab dan ‘para penunggang unta’. Tak sanggup, beliau pun pulang ke rumah dan memutuskan untuk tidak masuk ke kelas itu lagi. Tidak mungkin baginya untuk berada di tengah-tengah orang Arab. “Tidak mungkin saya duduk di kelas yang penuh dengan orang kafir!” ujarnya ketika itu. Suaminya cuba menenangkan dan mengatakan mungkin Tuhan punya suatu rencana di sebalik kejadian itu. 


Selama dua hari Aminah mengurung diri untuk berfikir. Akhirnya beliau membuat kesimpulan mungkin itu adalah petunjuk daripada Tuhan, agar dirinya membimbing orang-orang Arab untuk memeluk Kristian. Maka dengan itu, beliau memiliki misi yang harus ditunaikan. Di kelas, beliau terus berdiskusi mengenai ajaran Kristian dengan teman-teman Arabnya. Beliau memulakan dengan mengatakan bahawa mereka akan dibakar di neraka jika tidak menerima Yesus sebagai penyelamat. Mereka sangat sopan mendengarnya, namun tidak bertukar kepada agama yang dianutinya. Kemudian beliau menjelaskan lagi, betapa Jesus mencintai dan rela mati di tiang salib untuk menghapuskan dosa-dosa mereka. Namun ajakan itu tidak sedikit pun mengubah kepercayaan mereka. Teman-teman di kelasnya tidak mahu berpaling sehingga beliau memutuskan untuk mempelajari al-Quran dengan niat hendak menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang salah dan Muhammad bukan seorang nabi. Aminah pun melakukan penelitian selama satu setengah tahun dan membaca al-Quran hingga tamat. 


Namun secara tidak sedar, beliau perlahan-lahan berubah menjadi seorang yang berbeza, dan suaminya memerhatikan hal itu. Beliau berubah sedikit demi sedikit. Namun, ia cukup membuat dirinya terusik. Biasanya beliau akan pergi ke bar setiap Jumaat dan Sabtu atau ke pesta-pesta untuk berhibur. Tetapi ketika itu beliau tidak lagi mahu pergi dan semakin hari, beliau menjadi semakin pendiam dan menjauh. Melihat perubahan yang terjadi, suaminya menyangka Aminah curang, kerana bagi lelaki itulah yang membuat seorang wanita berubah. Kemuncaknya, beliau diminta untuk meninggalkan rumah dan tinggal di apartmen yang berbeza. Aminah terus mempelajari Islam, sambil tetap menjadi seorang Kristian yang taat. Akhirnya, hidayah itu datang. Pada 21 Mei 1977, ahli jemaah gereja yang taat itu menyatakan, “Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya.” Perjalanan setelah mengucapkan dua kalimat syahadat, seperti halnya mualaf lain, bukanlah perkara yang mudah. 


Aminah kehilangan segala yang dicintainya. Beliau kehilangan hampir seluruh temannya kerana beliau dianggap tidak menyenangkan lagi. Ibunya tidak dapat menerima dan berharap itu hanyalah semangat membara yang akan segera padam. Saudara perempuannya yang merupakan pakar jiwa menganggap dirinya gila. Ayahnya yang lemah lembut mengangkat senjata dan bersiap untuk membunuhnya. Hinggakan demikian sekali cabaran baginya. Tidak lama kemudiannya beliau pun mengenakan hijab. Pada hari yang sama beliau kehilangan pekerjaannya. Lengkap sudah. Aminah hidup tanpa ayah, ibu, saudara, teman dan pekerjaan. Jika sebelumnya, ia hanya hidup terpisah dengan suami, kini perceraian di depan mata. 


Di mahkamah beliau harus membuat keputusan pahit dalam hidupnya; melepaskan Islam dan tidak akan kehilangan hak mengasuh anaknya atau tetap memegang Islam dan harus meninggalkan anak-anak. “Itu adalah 20 minit yang paling menyakitkan dalam hidup saya,” kenangnya waktu itu. Bertambah pedih kerana doktor telah menyatakan bahawa dirinya tidak akan lagi mampu memiliki anak akibat komplikasi yang dideritainya. “Saya berdoa lebih daripada biasa ketika itu. Saya tahu, tidak ada tempat yang lebih aman bagi anak-anak saya daripada berada dalam pemeliharaan Allah. Jika saya mengingkari-Nya, maka pada masa depan tidak mungkin bagi saya menunjukkan kepada mereka betapa takjubnya berada dekat dengan Allah.” Beliau pun memutuskan melepaskan anak-anaknya, sepasang putera-puteri kecilnya. Namun, Allah Maha Pengasih. 


Beliau diberikan anugerah dengan kata-kata yang indah sehingga membuat banyak orang tersentuh dengan perilaku Islaminya. Beliau telah berubah menjadi seorang yang berbeza, jauh lebih baik - begitu baiknya sehingga keluarga, teman dan kerabat yang dulu memusuhinya, perlahan-lahan mulai menghargai pilihan hidupnya. Dalam pelbagai kesempatan beliau mengirim kad ucapan untuk mereka, yang dituliskan kalimah-kalimah indah dari ayat al-Quran atau hadis, tanpa menyebutkan sumbernya. Beberapa waktu kemudian beliau pun menuai benih yang ditanam. Orang pertama yang menerima Islam adalah neneknya yang berusia lebih daripada 100 tahun. Tidak lama setelah kembali kepada Islam neneknya pun meninggal dunia. “Pada hari dia mengucapkan syahadah, seluruh dosanya diampuni dan amal-amal baiknya tetap dicatat. 


Sejenak setelah memeluk Islam dia meninggal dunia, saya tahu buku catatan amalnya berat di sisi kebaikan. Itu membuatkan saya amat gembira!” Seterusnya yang menerima Islam adalah orang yang dulu ingin membunuhnya, iaitu ayahnya. Keislaman ayah mengingatkan dirinya pada kisah Umar bin al-Khattab. Dua tahun setelah Aminah memeluk Islam, ibunya menelefon dan sangat menghargai keyakinannya yang baru. Dan dia berharap Aminah akan tetap memeluknya. Beberapa tahun kemudian ibunya menelefon lagi dan bertanya apa yang harus dilakukan seseorang jika ingin menjadi Muslim. Aminah menjawab bahawa dia harus percaya bahawa hanya ada satu Tuhan dan Muhammad adalah utusan-Nya. “Kalau itu semua orang bodoh juga tahu. Tapi apa yang harus dilakukannya?” tanya ibunya lagi. Aminah berkata bahawa jika ibunya sudah percaya bererti dia sudah Muslim. Ibunya lantas berkata, “Baiklah. Tapi jangan khabarkan pada ayahmu dulu,” pesan ibunya. Ibunya tidak tahu bahawa suaminya (ayah tiri Aminah) telah menjadi Muslim beberapa minggu sebelumnya. Dengan demikian mereka tinggal bersama selama beberapa tahun tanpa saling mengetahui bahawa pasangannya telah memeluk Islam. 


Saudara perempuannya yang dulu berjuang memasukkan Aminah ke rumah sakit jiwa juga akhirnya memeluk Islam. Putera Aminah semakin dewasa. Ketika memasuki usia 21 tahun, dia menelefon ibunya dan berkata dia turut ingin menjadi seorang Muslim. Enam belas tahun setelah perceraian, bekas suaminya juga memeluk Islam. Katanya, selama enam belas tahun beliau mengamati Aminah dan ingin agar puteri mereka bersama agama yang sama seperti ibunya. Lelaki itu datang menemuinya dan meminta maaf atas apa yang pernah dilakukannya. Beliau adalah lelaki yang sangat baik dan Aminah telah memaafkannya sejak dulu lagi. Mungkin hadiah terbesar baginya adalah apa yang beliau terima seterusnya. Aminah bernikah dengan orang lain, dan walaupun doktor telah mengesahkan beliau tidak boleh punya anak lagi, Allah ternyata menganugerahinya seorang putera yang rupawan. 


Jika Allah berkehendak memberikan rahmat kepada seseorang, maka siapa yang dapat mencegahnya? Maka puteranya diberi nama Barakah. Beliau yang dulunya kehilangan pekerjaan, kini menjadi Presiden Persatuan Wanita Muslim Internasional dan berjaya melobi Pejabat Amerika Syarikat untuk membuat setem Idul Fitri dan berjuang agar Hari Raya itu menjadi hari cuti nasional AS. Pengorbanan yang yang dulu diberikan Aminah demi mempertahankan Islam seakan sudah terbalas. “Kita semua pasti mati. Saya yakin bahawa kepedihan yang saya alami mengandungi berkah.” Aminah Assilmi kini telah tiada..SUBHANALLAH

Temui hidayah lewat tragedi 9/11



Temui hidayah lewat tragedi 9/11

Ibrahim Killington

KISAH perjalanan mana-mana individu yang memeluk Islam, selalunya menarik dan unik untuk kita ketahui. Begitu jugalah kisah mualaf warga kulit putih dari Amerika Syarikat ini, Ibrahim Killington.

Dia pada asalnya ingin mengkaji mengenai agama pagan atau animisme. Namun lain yang dikaji lain pula jadinya. Kajian itu membuatkan Ibrahim akhirnya bertemu cahaya dan menerima hidayah Islam, sekali gus terselamat daripada menganut fahaman animisme itu.

Sebelum memeluk Islam, tabiat minum arak, dadah dan budaya hedonisme menjadi tuhan-tuhan yang disembahnya.

"Seluruh tujuan hidup hanya untuk bersenang-senang, ketawa ria dan tidak ada yang lain, selain berfoya-foya.

"Mungkin sampai mati begitulah gaya hidup yang menjadi amalan saya. Pergaulan dengan mereka yang memiliki kebiasaan yang sama, tentu sahaja tidak membuat diri ini menjadi lebih baik," katanya.

Kejadian yang menggemparkan seluruh dunia, iaitu serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York pada 11 September 2001 sering memberikan pengalaman pertama kepada bukan Islam terhadap Islam.

Kejadian itu membuatkan ada di kalangan rakyat AS pertama kali mendengar mengenali Islam. Itulah juga yang terjadi kepada Ibrahim.

"Saya masih ingat ketika itu saya masih muda lagi. Saya tidak sepenuhnya menyedari apa yang sedang terjadi. Bahkan, selepas membaca laporan berita, saya menganggap bahawa pelancong (tourist) telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika, kerana saya belum pernah mendengar mengenai istilah pengganas (terrorist) sebelum ini," katanya.

Sementara perang terhadap keganasan yang didalangi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya Britain yang selepas kejadian 9/11 terutamanya di Iraq dan Afghanistan memberikan kesan dan pengaruh yang sangat mendalam kepada Ibrahim.

"Saya mulai memahami bahawa mereka yang diburu dan diperangi ini adalah Muslim. Dalam anggapan saya, umat Islamlah yang melakukan kekejaman yang mengerikan di seluruh dunia. Melalui laporan media yang berat sebelah itu, saya mula membenci umat Islam.

"Bahkan saya cuba menyertai angkatan tentera Amerika sebanyak tiga kali dengan tujuan dapat pergi ke Afghanistan dan membunuh seramai mungkin umat Islam di sana.

"Ini sebagai sebahagian daripada usaha dan sumbangan saya untuk membela serta melindungi keluarga daripada ancaman dan keganasan umat Islam.

"Pada waktu itu, fikiran saya mengatakan bahawa penganut Islam itu telah melakukan kejahatan besar dunia," katanya.

Antara yang kuat mempengaruhi Ibrahim adalah maklumat dari sebuah stesen radio yang membicarakan teori-teori konspirasi keganasan yang mengaitkan umat Islam.

"Mereka membicarakan mengenai pentingnya menyokong kempen antikeganasan tersebut sambil dibicarakan juga corak kehidupan Nabi Muhammad yang kononnya seorang yang dahagakan darah terutama dari peperangan melawan mereka yang tidak bersalah.

"Segala maklumat tersebut menyebabkan kebencian saya terhadap Islam begitu membuak-buak. Saya benar-benar tertanya apa yang diyakini oleh umat Islam sehingga sanggup menerima dan mempertahankan agama mereka," katanya.

Mulai saat itu, Ibrahim memulakan pencarian yang boleh memberikan jawapan kepada segala macam persoalan.

Ibrahim memulakan pencarian tersebut dengan cuba mengenal fahaman Mitologi Nordik dan Paganisme.
Namun seorang temannya mencadangkan agar dia tidak sahaja menyelidik mengenai paganisme, tetapi lebih baik turut melihat ajaran-ajaran spiritual yang lain.

Nasihat daripada temannya itu membuatkan Ibrahim memilih Islam untuk dibuat kajian dan untuk dikenali, iaitu dengan cara yang agak mudah - melayari Internet.

Maklumat pertama atau lebih tepat, individu Muslim pertama yang beliau temui melalui Internet ialah Baba Ali atau pengasas bersama Mahdi Ahmad sebuah syarikat penerbit filem Islam, Ummah Filem yang menerbitkan rancangan televisyen dan laman web bersiri Reminder dan Ask Baba Ali yang bercorak humor. Ia disiarkan di Britain dan sering menjadi tetamu khas untuk pelbagai seminar dan program-program Islam.

"Saya terkejut bahawa Baba Ali (berasal dari Iran dan lahir pada 1975 dengan nama asalnya Ali Ardekani sebelum memeluk Islam pada usia 20 tahun) seorang Muslim yang lucu namun sangat santai dalam menyampaikan maklumat mengenai Islam. Saya sangat menyukai caranya itu.

"Peliknya, Baba Ali tidak menyimpan janggut lebat atau menjerit dan berteriak bunuh kafir! Bunuh kafir! Yang pasti, Baba Ali berjaya membunuh segala pandangan buruk dan negatif saya selama ini terhadap Islam," kata Ibrahim.

Ahad, 15 April 2012

Azan 'sedarkan' Samirah




Azan 'sedarkan' Samirah

BERMULA dengan mendengar bisikan azan dan suara merdu orang mengaji ketika sedang nyenyak tidur sekitar penghujung 2010, merupakan detik awal yang membawa kepada penghijrahan akidah Geethadewi atau nama Islamnya, Nur Samirah Abdullah.

Siapa sangka walaupun dengan perasaan yang bercampur baur itu telah membawa wanita berusia 36 tahun ini melafazkan kalimah syahadah di hadapan pegawai dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) pada 15 Mac tahun lalu.

Tanpa mengendahkan cabaran yang bakal ditempuh, wanita berasal dari Gopeng, Perak itu akur dengan kehendak hati yang ingin memiliki Islam.

"Mulanya saya menyangkakan bahawa azan itu adalah azan Subuh dari surau berhampiran. Namun apabila terjaga saya dapati baru pukul 4 pagi.

"Terus bermacam-macam soalan muncul di fikiran dan saya mula berteka-teki serta mencari punca suara itu. Ini kerana ia menerbitkan satu perasaan yang sungguh indah dalam hidup saya," kongsi Nur Samirah ketika ditemui Mega, Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Menyambung bicara, wanita yang mesra disapa Samirah itu berkata, bermula detik itu dia mula mencari dan mendekati Islam melalui rakan-rakan sekerjanya.

Malah jelasnya, apabila kisah itu diajukan kepada rakan-rakan yang rapat dengannya, ada yang menganggap ia sebagai petanda hidayah Allah SWT.

Sejak itu, hatinya semakin membuak-buak untuk mendalami Islam, sehingga dia mula bertanya bagaimana caranya.

Bagaimanapun, oleh kerana status diri yang masih bergelar isteri orang, keinginannya sedikit terbatas. Lebih-lebih lagi, apabila memikirkan tentangan yang bakal dihadapi daripada suami yang telah 10 tahun dikahwininya.

Namun demi mencapai seruan yang telah diberi kepadanya, Samirah tekad mengejar cahaya yang diberikan Allah itu dengan meluahkan hasrat hati untuk bergelar Muslim kepada suaminya.

"Sebaik mendengar pengakuan saya itu, suami tidak dapat menerima dan hubungan kami mula goyah.

"Malah suami juga mengancam yang berbaur ugutan kepada saya sekiranya tetap berkeras mahu memeluk Islam," katanya yang turut disusuli linangan air mata.

Namun bisikan hati yang semakin kuat memberontak untuk menjadi seorang Muslim membuatkan Samirah tekad pergi ke Perkim bersama seorang rakannya.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bergelar Muslim.

"Biarpun hati saya tenang selepas melafazkan dua kalimah syahadah, perasaan takut tetap ada, apa lagi bila memikirkan reaksi suami.

"Sepanjang berada di dalam bas untuk pulang ke rumah, saya tidak henti-henti menangis dan berdoa agar Allah mempermudahkan," ujarnya.

Namun kuasa Allah tiada yang dapat menghalang. Sebaik turun bas, Samirah memberitahu, suaminya tidak dapat mengenali dirinya kerana penampilan dirinya yang jauh berbeza. Dia sudah bertudung.

Katanya, sepanjang 20 minit itu, kelibatnya tidak disedari sehinggalah dia menepuk bahu dan menegur suaminya.

"Saya memberanikan diri lalu menepuk bahu dan menegur suami. Dia terpaku dan tergamam.

"Selepas itu, kami pulang. Di rumah, suami seorang yang keras tiba-tiba menangis di hadapan saya.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan doa saya dengan melembutkan hati suami. Dia menerima keputusan saya, cuma dia bertanya mengapa saya sanggup tinggalkannya dan menukar agama."

Sebagai seorang Islam, Samirah sedar hubungan suami isteri antara dia dan suaminya tidak boleh diteruskan kerana batasan agama. Justeru, sebaik selesai tiga bulan idah, mereka berdua akhirnya berpisah.

Sambungnya, biarpun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan di antara mereka masih baik malah adakalanya bekas suaminya menghantar dan mengambilnya pulang dari kelas pengajian Islam yang diikuti di Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Saya bersyukur kerana Allah melembutkan hati bekas suami dan hubungan kami tetap baik, biarpun berlainan agama," ujarnya.