TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Guru Mursyid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guru Mursyid. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Ogos 2016

KEPENTINGAN TAREKAT DALAM PENINGKATAN ILMU DAN AMAL

KEPENTINGAN TAREKAT DALAM PENINGKATAN ILMU DAN AMAL

Oleh: TUAN GURU DR HJ JAHID HJ SIDEK, Mantan Profesor Madya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)

Istilah Tarekat (Tariqah) digunakan dalam tasawwuf dengan berbagai makna dan konsep mengikut berlainan aspek yang dihubungkan dengannya. Bagaimanapun tarekat yang dimaksudkan dalam kertas kerja ini adalah yang dikonsepkan oleh Rasulullah (s. ’a. w.) dalam sabda baginda sebagai jawapan terhadap pertanyaan ‘Ali bin Abi Talib (r.’a). ‘Ali bertanya:

يا رسول الله دلني على اقرب الطرق إلى الله وأسهلها على عباده وأفضلها عنده تعالى
Maksudnya :

“Ya Rasulullah tunjukkan atau ajarkan kepadaku satu tarekat dari berbagai tarekat yang paling dekat (untuk sampai kepada keredaan Allah dan mengenal-Nya) dan yang paling mudah (untuk diamalkan) oleh para hamba Allah dan paling afdal atau baik di sisi Allah”

Rasulullah (s. ‘a. w.) memberikan jawapan dengan sabdanya:

يا على عليك بمداومة ذكر الله سرا وجهرا

Maksud:

“Ya ‘Ali (jika engkau mahu tarekat yang engkau maksudkan itu) maka wajiblah engkau sentiasa kekal berdhikru-‘lLah secara sirr (dalam hati, tanpa suara) dan secara kuat (bersuara).”

Akhirnya ‘Ali (r. ‘a.) diajarkan zikir tahlil lisan  لا اله الا الله oleh baginda.[1]

Konsep tarekat yang disebutkan dalam sabda Rasulullah (s.a.w) itulah yang menjadi amalan khusus bagi golongan ulul albab seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, ayat 190-191 surah Al ‘Imran:

  [2]

Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pertukaran (waktu) malam dan siang adalah sebagai ayat-ayat (tanda-tanda yang membuktikan keagungan dan kesempurnaan Allah) bagi golongan orang ulul-albab. Iaitu orang-orang yang (sentiasa) berdhikru-‘lLah (dalam apa juga keadaan), ketika berdiri, duduk dan berbaring, dan (sambil mereka berdhikru-‘lLah itu) mereka tafakkurkan (ayat-ayat Allah) yang ada di langit dan bumi itu. (Mereka berkata, setelah lama mereka berdhikru-‘lLah dan tafakkur itu) : Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan (seluruh langit dan bumi ini) sia-sia (tapi penuh hikmah) Mahasuci Engkau, maka peliharalah diri kami dari seksa neraka.”

Tarekat yang dimaksudkan di atas dianggap menjadi salah satu asas tasawwuf yang sangat penting Sheikh Abu Qasim al-Junaydi al-Baghdadi (w. 297H) pernah menegaskan:

ذكر الله ركن قوى في هذا العلم بل لا يصل أحد إلى الله إلا بدوام الذكر

Maksudnya :

“Dhikru-‘lLah adalah rukun atau asas yang penting dalam ilmu ini (tasawwuf). Bahkan seseorang tidak akan sampai kepada (mengenal dan keredhaan) Allah kecuali dengan kekal berdhikru-‘lLah.” [3]

Nabi (s.’a.w.) sentiasa kekal berdhikru-‘lLah sepanjang siang dan malam, kerana amalan tarekat diwajibkan ke atas diri baginda. Allah berfirman:

  [4]

Maksudnya :
“Dan ingatkanlah (Ya Muhammad) nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (terhadap keagungan-Nya) dan dengan tidak bersuara di waktu pagi (siang) dan petang (malam) dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf: 205)

Dengan perintah Allah tersebut di atas maka hati Nabi (s. ‘a. w.) sentiasa berdhikru-‘lLah sepanjang masa siang dan malam, sehingga semasa baginda tidur pun hatinya terus berdhikru-‘lLah. Baginda pernah menyebutkan :

“Sesungguhnya kedua-dua mataku tidur, tetapi hatiku tidak tidur.”[5]

Dari fakta-fakta yang dijelaskan dapat kita simpulkan bahawa amalan sentiasa kekal berdhikru-‘lLah itu adalah menjadi amalan tetap Rasulullah (s. ‘a. w.) dan juga para sahabat (r.’a.h.). Golongan ulul albab yang sentiasa berdhikru-‘lLah seperti yang disebut dalam Ali Imran, ayat 191 itu adalah terdiri dari para sahabat. Mereka boleh berdhikru-‘lLah dan tafakkur itu, kerana telah diajar oleh baginda Rasulullah (s.’a.w.)

Golongan Ashabu’s-Suffah adalah merupakan golongan sahabat yang sentiasa beribadat dan berdhikru-‘lLah. Kedudukan mereka begitu istimewa di sisi Allah. Nabi (s.’a.w.) diperintahkan supaya sentiasa mendampingi mereka dan jangan membiarkan mereka kerana desakan pemimpin-pemimpin Yahudi. Allah berfirman:

   [6]

Maksudnya:

“Dan bersabarlah engkau (ya Muhammad) bersama-sama dengan o
rang-orang yang menyeru Tuhan mereka itu pada setiap pagi dan petang (sepanjang masa) kerana mengharap keredaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah engkau mengikuti (kemahuan) orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah urusan mereka ini melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi: 28)

Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib (r.’a.) sendiri pemah menceritakan keadaan sahabat-sahabat yang menjadi ahli suffah tersebut sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh ‘Arikah r.a. Antara lain riwayat tersebut menegaskan:

“Telah berkata ‘Arikah (r.‘a.): Aku telah bersembahyang subuh bersama-sama ‘Ali. Selepas ia (‘Ali) memalingkan muka ke kanan (memberi salam) maka iapun diam, seolah-olah ia bersedih, sehingga terbit matahari di atas tembok masjid setinggi satu galah. lapun sembahyang dua rakaat. Kemudian iapun menadah kedua tangannya sambil berkata: Demi Allah, sesungguhnya telah aku lihat sahabat-sahabat Muhammad (s. ‘a. w.), tidak pemah aku lihat pada hari ini orang lain yang menyerupai mereka sedikitpun. Sesungguhnya mereka itu berpagi-pagi dengan keadaan rambut kusut masai dan pakaian mereka berdebu, wajah mereka pucat. Sesungguhnya mereka itu telah berjaga malam dengan sujud dan berdiri di hadapan Allah dan membaca kitab-Nya. Apabila tiba waktu pagi pula, mereka segera berdhikru-‘lLah dengan menggerak-gerakkan badan mereka seperti bergoyangnya pokok pada masa ribut. Demi Allah, telah mengalir air mata mereka sehingga membasahi baju mereka”.[7]

Berbagai tarekat yang terdapat seperti Ahmadiyyah, Naqshabandiyyah, Qadiriyyah, Samaniyyah, Idrisiyyah, Rifa’iyyah, Shadhaziliyyah dan sebagainya lagi adalah didasarkan kepada asas ajaran dhikru-‘lLah seperti yang terdapat dalam al-Qur’an dan Sunnah. Dapat kita simpulkan bahawa tarekat-tarekat yang mu’tabarah itu adalah sunnah mut’taba’ah.

Tarekat sebagai salah satu institusi amalan Islam yang wujud bersama lahirnya Islam mempunyai asas-asas atau prinsip-prinsipnya sendiri. Antara prinsipnya yang penting ialah:

1) Taqwa.
2) Taubat.
3) Dhikru-‘lLah dan Tafakkur.
4) Uzlah dan khalwat.
5) Himmah yang kuat.
6) Sentiasa dipimpin guru.
7) Tujuan hidup hanya Allah dan keredhaan-Nya.
8) Sentiasa menjaga adab.
9) Mencari Ilmu khasnya Tauhid, Feqah dan Tasawwuf.
10) Muhasabah diri.

Nota Kaki:
[1] ‘Abdul al-Qadir ‘Isa, Haqaiq ‘an al-Tasawwuf, Diwan Press, U.K. T. Tarikh, hlm. 84
[2] Al-Qur’an, al-‘Imran, 190-191
[3] Abd al-Samad Al-Falimbangi, Hidayatus’-Salikin, Pulau Pinang: Dar al-Ma’arif, 1353 H.) hlm. 36
[4] Al-Qur’an, al-A’raf, 205
[5] Abd al-Samad Al-Falimbangi, Hidayatus’-Salikin, hlm. 36
[6] Al-Qur’an, al-Kahfi, 28
[7] Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, Jld VIII (Cairo: Kurdistan al-‘Ilmiyyah, 1348 H.), 6

Jumaat, 27 September 2013

KEPENTINGAN SALASILAH SEORANG GURU MURSYID


Oleh Dagang Piatu


Bagi menentukan seseorang murid menerima keberkatan (kesan ruhaniah) atau limpahan ruhani yang bersambung dengan syeikhnya itu terus bersambung sehinggalah persambungannya itu benar-benar dari puncanya yang sebenar dan teratasnya iaitu Rasulullah s.a.w. Sekiranya salasilahnya terputus atau tiada memiliki sanad salasilah yang sah maka bagaimana seseorang itu dapat menerima limpahan keberkatan imdad bir ruhaniah dari segala masya'ih yang terdahulu sehingga Rasulullah s.a.w yang dengannya menyampaikan kita kepada jazbah fillah(tarikan kepada Allah iaini zuk fana'fillah dan baqo'billah).

Bagi yang terputus wasilah ruhaniahnya maka terputuslah apa yang di panggil rabithah mursyid(pertalian mursyid).Jika tiada baginya rabithah mursyid maka tiada terpelihara perjalanannya itu daripada tercedera terhadap gangguan musuh-musuh bathin seperti iblis, syaitan jin dan segala perkara yang membahayakan perjalanan ruhaninya khususnya dalam meniti perjalanan di alam malakut.Sebab itu kita dengar bahaya-bahaya penipuan di alam ruhani yang sering kita dengar seperti membesarkan diri mengakui diri sudah capai ke mertabat wali,mertabat sultanul auliya, sudah dapat tahap yang tinggi dan suka menggelar diri , taa'sub , sudah pandai menilik dan di katanya sudah dapat kasyaf , pandai mengubat kerana sudah disangkanya dapat maunah dan akhirnya melalutlah kepada gila dan sebagainya. Sedangkan rukun bagi seseorang mursyid atau khalifah itu ialah sangat merendahkan diri (tawadhu') bagaimana pula dia nak mengaku dirinya lebih atau macam-macam lagi.Satu perkara lagi sifat orang yang terputus sanadnya suka kondem orang lain yang nyata kondemnya itu tidak jujur dan terlalu taasub dengan amalannya saja kononnya amalannya yang sah , betul dan orang lain itu semuanya tak betul kalau betul pun tak sempurna macam dia punya. Sebenarnya 2 perkara ini selalu dilakukan bagi orang yang lalai dalam zikrullah atau memang sudah ada cacat dalam perjalanannya.

Sebagai bukti atau hujjah yang sah bahawa seseorang itu mendapat izin dari syeikhnya yang terdahulu bagi menyebarkan ajaran tariqatnya itu kerana sanad salsilah yang mahsyur dan mutashil dengan Rasulullah s.a.w. itu seumpama otoriti yang sangat berwibawa tanpa dapat di pertikaikan lagi dari sudut keizinan dan kelayakannya dalam memimpin murid.Dan inilah adab yang amat penting dalam tariqat. Salasilah juga adalah suatu keesahan yang menyatakan bahawa tiada berlaku perubahan atau pindaan atau saduran dari hal penyampaian ilmu Tariqat itu sendiri dan lazimnya salasilah ini di kepilkan bersama ajaran-ajaran,adab-adab serta segala keterangan maqam-maqam zikir tariqat yang di rekod bersama dari turun temurun supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan atau di ciplak dari mana-mana ajaran yang bertentangan dengan asal.

Pesanan Ulama sufi yang muktabar dalam kepentingan mengetahui salasilah tariqat .

1. Kata Syeikh Amin Kurdi dalam Kitabnya Dhiya'ul Iman :

"Ketahuilah bahawa seorang murid di jalan Allah yang mahu bertaubat dan menghilangkan sifat kelalaiannya wajiblah ia mencari seorang syeikh yang ada di zamannya. Iaitu seorang yang sempurna suluknya(perjalanannya) syariat dan haqiqat mengikut Al Qura'an dan Al Hadis juga sentiasa berpandukan para Ulama hingga sampai ke maqam ar-rijalul kamal. Syeikh itu telah sampai kepada keredhaan Allah dan suluknya juga adalah di bawah pimpinan seorang mursyid yang mempunyai persambungan salasilah hingga ke nabi s.a.w. Ia juga mestilah telah mendapat izin dari syeikhnya untuk menyampaikan ajarannya kepada orang lain. Ia juga mempunyai ilmu dan makrifah yang benar dan bukan jahil dan bukan kerana di dorong oleh keinginan nafsu dirinya.Oleh yang demikian syeikh yang arif yang mempunyai persambungan salasilah itu adalah merupakan wasilah kepada Allah bagi seseorang murid itu. Syeikh itulah juga merupakan pintu menuju kepada Allah yang akan di lalui oleh murid itu. Sesiapa yang tiada mempunyai syeikh yang memimpin dan mengasuhnya maka syeikhnya adalah syaitan".

2. Katanya lagi :

" Tidaklah boleh seseorang itu membuat bai'ah dan memimpin para murid kecuali setelah ia mendapat tarbiyah dan ke izinan mursyidnya seperti yang di tegaskan oleh para masya'ih. Orang yang berbuat kerja demikian itu padahal ia bukan ahlinya yang sebenar , akan lebih banyak merosakkan dari memberi kebaikan. Ianya akan menanggung dosa sebesar dosa seorang perompak kerana ia telah memisahkan murid dari syeikh yang arif sebenarnya".

3. Katanya lagi :

"Adalah sangat wajar bagi para murid di jalan Allah itu untuk mengetahui salasilah para syeikh mereka itu hingga sampai kepada nabi Muhammad s.a.w. Bila kedudukan syeikh mereka jelas dan benar ada persambungan salasilah hingga kepada nabi s.a.w. maka jika para murid itu mahu mendapatkan pertolongan limpahan ruhaniah dari syeikh mereka itu mereka akan berhasil apa yang dimaksudkan . Orang yang salasilahnya tidak bersambung hingga kepada nabi s.a.w. maka orang itu adalah terputus dari limpahan ruhaniah tersebut. Oleh itu orang itu bukanlah menjadi waris bagi Rasulullah s.a.w. dan TIDAK boleh di ambil bai'ah dan ijazah daripadanya".

4. Kata Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni di dalam Kitab Madarijus Salikin :

"Hei para murid ! Semoga Allah memberkan keredhaan Nya kepada kami dan kamu. Sesungguhnya orang yang tidak mengetahui bapanya dan datuknya di dalam jalan ini (ilmu Tariqat), maka ia adalah buta. Mungkin jua orang yang tersebut di nasabkan (di binkan) kepada orang lain yang bukan bapa sebenarnya. (jika begitu) maka bermakna ia termasuk ke dalam apa yang di sabdakan oleh Nabi s.a.w. : ‘Allah melaknat orang yang dinasabkan kepada orang lain yang bukan bapanya yang sebenar".

Maksud bapa dan datuknya ialah para guru-guru yang terdahulu (para masya'ih) kerana guru mursyid kita ialah bapa ruhani manakala guru kepada guru kita adalah datuk ruhani kepada kita sehingga lah seterusnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. iaitu sumber segala ruhani iaini benih sekelian alam dan induk rahmat Allah Ta'ala dengannya melimpah sekelian rahmat Allah atas setiap kejadian.

5. Kata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dalam Kitab Sirrul Asrar :

"Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata : Sahabat r.a. adalah ahli jazbah (ahli tarikan bathin) kerana kekuatannya menemani nabi s.a.w. Tarikan bathin tersebut menyebar kepada syeikh-syeikh tariqat dan bercabang lagi pada salasilah yang banyak sehingga semakin melemah dan terputus pada kebanyakkan umat, yang tinggal adalah orang-orang yang meniru-niru sebagai syeikh tanpa makna kedalaman dan tersebarlah kepada ahli-ahli bid'ah". Ini menunjukkan ‘karan' atau jazbah fillah akan turun kepada kita melalui susur jalur salasilah tariqat.

6. Katanya lagi :

"Bagaimana cara menentukan Tasawuf yang benar ? Caranya dengan dua macam : (Pertama) lahiriahnya(Kedua) Bathinnya.Lahiriahnya memegang teguh pada aturan syariat dalam perintah mahupun larangan.Bathinnya mengikuti jalur suluk dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang di ikuti adalah nabi s.a.w. dan nabi s.a.w. merupakan perantara antara dia dengan Allah.Dan antara dia dengan nabi adalah ruh ruhani Nabi Muhammad s.a.w. yang mempunyai jismani pada tempatnya dan ruhani pada tempatnya, sebab syaitan tidak akan menjelma menjadi nabi dan itu merupakan isyarat pada orang - orang salikin agar perjalanan mereka tidak dalam keadaan buta. Pada fasal ini terdapat tanda-tanda yang sangat halus untuk membezakan mana golongan yang benar dan yang salah , yang tidak dapat di temukan kecuali oleh ahlinya".

Maksud di atas ialah bagi menentukan tasawuf yang benar ialah zahirnya mengikut syariat dan bathinnya mengikut jalur suluk (iaini perjalanan yang berantai salasilah sehingga berakhir kepada nabi s.a.w.) supaya hingga jelas hati murid mempertemukan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi sebagai washitah(perantara) yang menyampaikan kepada Allah iaini makrifat terhadap Allah dengan sebenarnya.Kerana jika terputus salasilah bereti terputuslah wasilah dan akibatnya akan kelirulah perjalanannya dan payahlah seseorang itu membezakan dapatan ruhaniah yang haq dengan yang bathil kerana perkara ini amat lah halus lagi sukar.Jangan di kata cahaya itu lah diri dan jangan disangka bayang itulah sebenar.Jangan dikata zuk itulah muktamad kerana syaitan masih boleh memberi kan rasa zuk dan segala pembukaan yang palsu ! Maka berlindunglah kita kepada Allah dari segala tipudaya makhlukNya.Maka tiada yang mengetahuinya melainkan ahlinya yang berjalan mereka itu mengikut akan mengikut orang yang mengikut akan nabi s.a.w. pada zahir (syariat)dan bathinnya(rabithah ruhaniah yakni tariqat yang menyampaikan haqiqat).Bak kata perpatah : Jauhari jua yang mengenal manikam.

Justeru itu hendaklah kita fahami bilamana di katakana ‘Tariqat' maka disana ada di dalamnya beberapa perkara yang tidak terpisah ibarat ‘irama dan lagunya' iaitu :

1. Mursyid berkait dengan
2. salasilah dan keizinan berkait dengan
3. rabithah ruhaniah(pertalian) berkait dengan
4. adab-adab berkait dengan
5. zikir dan maqam-maqamnya berkait dengan
6.muraqabah dan musyahadah terhadapNya

Kesemuanya ini adalah wasilah pokok dalam Tariqat dan keenam-enam inilah di panggil ‘Tariqat'. Ke enam-enam perkara di atas juga ada yang di zahirkan dan di dokumentasikan dan ada yang di bathinkan iaini tidak di nyatakan atau tidak di dokumentasikan khusus yang berkait dengan dapatan atau penemuan ruhaniah yang menjadi adab supaya tidak dinyatakan. Namun perkara seperti salasilah dan ke izinan adalah perkara yang wajib di nyatakan supaya di ketahui akan nasab ruhaniahnya dan supaya tidak kita di anggap anak yang tiada bernasab seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni r.h dan yang lebih di takuti kita menyeleweng dari usul dan kaedah kaum sufi secara tidak kita sedari.

Tidak ada keringanan dalam perkara salasilah ini , jangan pula ada pihak yang berkata salasilah ini tak penting yang pentingnya ialah haqiqatnya atau makrifatnya. Jika ada pihak yang berkata begitu ;terus segera tinggalkan orang itu kerana orang itu telah mengajar suatu pemahaman yang tidak betul yakni menyalahi usul mengikut kaum sufi. Kerana bagaimana buah itu lahir tanpa pokok dan benihnya ? Sebab itu kata Ulama sufi : "Barangsiapa menyalahi ushul maka diharamkan dia daripada wushul(sampai kepada makrifat Allah Ta'ala dengan makrifat sebenarnya)". Iaini barang siapa menyalahi perkara-perkara yang telah di sepakati oleh kaum sufi maka terlerai dia daripada jalan mereka.Bersama kita berlindung dengan Allah Ta'ala daripada bahaya-bahaya ini dan tipudaya makhlukNya.


Rabu, 19 Disember 2012

SYEIKH IMAM ISHAK BIN MUHAMAD ARIF AL-KHALIDI AN-NAQSYABANDI AR-RAWI


sumber : http://orangrawa.blogspot.com/2009/06/biografi-syeikh-imam-ishak-bin-muhamad.html

BIOGRAFI SYEIKH IMAM ISHAK BIN MUHAMAD ARIF AL-KHALIDI AN-NAQSYABANDI AR-RAWI


BIOGRAFI SYEIKH IMAM ISHAK BIN MUHAMAD ARIF AL-KHALIDI AN-NAQSYABANDI AR-RAWI

Nasab Keturunan

Dilahirkan di Kg Chemor, Ipoh, Perak pada 1908 Masehi bersamaan 1234 Hijrah. Bapanya bernama Muhamad Arif bin Tujuan Saka. Ibunya pula bernama Hindun @ Nujmah binti Tengku Nahmad.
Bapa Tujuan Saka bernama Merah Laut Silingkar Alam @ Limbang Laut. Ibu Merah Laut Selingkar Alam @ Limbang Laut adalah anak kepada Merah Mas (Tengku Muda Tanjung Alai, Padang Unang). Nama isteri Tujuan Saka ialah Siti Umai.

Manakala, bapa Hindun @ Nujmah ialah Tengku Nahmad, berketurunan suku kaum Siak di Kuantan. Nama ibu Hindun @ Nujmah pula ialah Maryam, orang Kg Teluk Pulai, Kelang, Selangor.

Dewasa Di Pahang

Bersama adik-beradiknya seramai 6 orang, beliau telah berhijrah dari Perak ke Kg Temau, Raub, Pahang pada sekitar tahun 1915. Disinilah beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Dong.

Setelah tamat sekolah Melayu, beliau telah mendalami pelbagai ilmu agama dari ramai ulama’ tersohor. Dan atas kefaqihan (kearifan) beliau dalam ilmu agama, maka Almarhum Sultan Abu Bakar (Pahang) telah memberi tauliah imam kepada beliau di Masjid Kariah Lechar, Raub, Pahang pada tahun 1932. Maka tak hairanlah, beliau lebih dikenali dengan nama Imam Ishak.

Beliau telah berkahwin dengan Rabiah bt Ludin, orang Kg Bukit Kemuning, Raub. Setelah isterinya kembali ke rahmatullah pada tahun 1976 kerana sakit tua, maka beliau telah berkahwin pula dengan Fatimah binti Mat Yasin, orang Kg Ulu Gali, Raub, Pahang. Kedua-dua perkahwinan tidak dikurniakan sebarang zuriat, namun beliau mempunyai ramai anak angkat.

Kefaqihan Dalam Bidang Agama

Beliau berimamkan Syeikh Abu Hasan al-Asy`ari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi dalam bidang usuluddin/tauhid (IMAN). Manakala dalam bidang feqah/syariat (ISLAM) pula, beliau berpandukan kepada Mazhab Imam Yang Empat. Sementara dalam bidang tasauf (IKHSAN), beliau berimamkan kepada Syeikh Junaid al-Baghdadi.

”Sesiapa yang hanya bertasauf tanpa feqah, maka zindik lah akan dia. Sesiapa yang hanya berfeqah tanpa tasauf, maka fasiq lah akan dia. Maka, sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya; maka sesungguhnya tahkik lah akan dia”.[1]

Beliau berguru dengan ramai ulama’ dan masyaeikh yang tahkik dalam bidang ilmu masing-masing. Antara yang tersohor ialah Tuan Syeikh Kasyfal Anwar, seorang ulama’ berketurunan Syed dari Kalimantan, Indonesia yang amat arif dalam kitab-kitab arab tua dan ilmu alat (Nahu, Saraf, Bayan, Mantiq, Balaghah, Badi’ dan sebagainya). Maka tidak hairanlah, beliau telah mengarang banyak kalam puitis yang amat mengagumkan.

Dalam bidang tafsir al-Quran, beliau berpegang kepada Kitab Tafsir Ibn Abbas (Tanwirul Miqbas), Kitab Lathaif al-Isyarat karangan Syeikh Abu Qasim Abdul Karim Ibn Hawazan al-Qusyairi, Kitab Tafsir Imam Fakhru ar-Radzi, Kitab Tafsir Ibn Kathir dan sebagainya

Dalam bidang hadith, beliau merujuk kepada Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab Sahih Muslim, Kitab Fathu al-Bari karangan Imam Ahmad bin Ali bin Hajar al-‘Asqolani, Kitab Bahrul Mazi karangan Dr. Muhammad bin Abdul Rauf al-Marbawi dan sebagainya.

Manakala, kitab-kitab usuluddin/tauhid yang menjadi rujukan beliau ialah Kitab ’Aqidah an-Najin karangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, Kitab Matan Jauharah at-Tauhid karangan Imam Syeikh Ibrahim al-Liqani, Kitab ad-Darr as-Samin karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan sebagainya.

Dalam bidang feqah/syariat, beliau telah berguru dengan seorang ulama’ Batu Pahat, Johor yang bernama Tuan Syeikh Muhammad Salih b Syeikh Hj Umar. Kitab-kitab yang menjadi rujukan beliau adalah Kitab Sabilal Muhtadin karangan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, Kitab Furu’ al-Masail karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Kitab al-Iqna’ karangan Syeikh Abi Sujak dan sebagainya.

Kitab-kitab tasauf yang menjadi sandaran beliau ialah Kitab ar-Riayat Lihuquq Allah karangan Syeikh Abu Abdullah al-Harith ibn Asad al-Muhasabi, Kitab Kasyf al-Mahjub karangan Syeikh Abu Hasan Ali Ibn Osman Ibn Ali al-Jalabi, Kitab ar-Risalat al-Qusyairiyah oleh Syeikh Abu Qasim Abdul Karim Ibn Hawazan al-Qusyairi dan sebagainya.

“Kemudian sukalah (Rasulullah saw) kepada al-Khola’ yang bermaksud bertekun atau bersungguh-sungguh bersemadi seorang diri”. Perkataan al-Khola’ di dalam lafaz hadith ini ialah al-Khalwat yang mempunyai makna tersembunyi, iaitu bersungguh-sungguh mengosongkan hati selain berhadap kepada al-Khaliq semata-mata.[2]

Berpegang teguh kepada kata-kata Amirul Mukminin al-Hadith sepertimana di atas, maka beliau pada usia semuda 18 tahun, telah menjalani amalan suluk (khalwat) yang pertama di Kg Kubu, Durian Sebatang, Raub, Pahang selama 40 hari di bawah pimpinan Tuan Syeikh Hj Umar bin Hj Muhammad dari Batu Pahat, Johor seorang ulama’ tersohor dalam Tareqat Naqsybandiah Khalidiah.

Beliau kemudian telah diberi ijazah oleh gurunya untuk mengajar dan mengembangkan ilmu tasauf/tareqat ini; di samping memimpin amalan suluk di Kg Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang.

`Tiap-tiap syariat yang tidak dikuatkan dengan hakikat, maka ia tidak diterima. Dan setiap hakikat yang tidak dikuatkan dengan syariat, maka sia-sia’[3]

Sepanjang 18 tahun menjadi khadam Tareqat Naqsyabandiah Khalidiah; beliau telah menganjurkan 120 amalan bersuluk di Surau Ehyaul Qulub, Kg Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang; di samping menghasilkan banyak tulisan yang berkaitan dengan amalan tareqat. Khalifah yang diangkat di zaman hayatnya ialah seramai 350 orang.


Kembali ke Rahmatullah

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada malam Sabtu, 21 Februari 1992 bersamaan 18 Sya’ban 1412 Hijrah. Beliau telah dimakamkan di Kg Bukit Kemuning, Dong, Raub, Pahang.


________________________________________
[1] Kata-kata Imam Malik ra yang dipetik daripada Kitab Ain Al-Ilmu Wa Zain Al-Hilm karangan oleh Al-Imam Ali Al-Qari (Vol. I), Hlmn. 33.
[2] Dipetik daripada Kitab Fathu al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari karangan Amirul Mukminin Hadith, Al-Imam Ahmad bin Ali bin Hajar Al-‘Asqolani Asy-Syafii (772H–852H), (Vol. 1), Hlmn. 22-23. Inilah asal khalwat yang disebut orang zaman sekarang ini sebagai suluk.
[3] Dipetik daripada Kitab Risalah al-Qusyairiyah karangan Al-Imam Al-’Alim Abu Qasim Abdul Karim bin Hawazan Al-Qusyairy, Hlmn. 43

Isnin, 26 November 2012

Sheikh Samman Al-Madani Al-Hasani



MANAQIB SYEKH SAMMAN AL-MADANI AL-HASANI

(Sang Pendiri Tarekat Sammaniyah & Penjaga Makam Rasulullah Saw.)


Nama beliau adalah Ghauts az-Zaman al-Waliy Quthb al
-Akwan asy-Syekh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman al-Madani keturunan Sayyidina Hasan bin Sayyidina Ali dengan Sayyidah Fatimah az-Zahra binti Sayyidina Rasulullah Saw
Beliau adalah ulama besar dan wali agung berdarah Ahlul Bait Nabi beraqidah Ahlussunnah wal Jama’ah dengan Imam Asy’ari dalam bidang teologi atau aqidah, dan Imam asy-Syafi’i madzab fiqih furu’ ibadatnya, dan Imam Junaid al-Baghdadi dalam tasawufnya.


Beliau Ra. tinggal di Madinah menempati rumah yang pernah ditinggali Khalifah pertama, yakni Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq Ra. (seorang Shiddiq yang paling agung yang tiada bandingannya, kecuali para Anbiya wal Mursalin).
Guru mursyid beliau diantaranya adalah Sayyidina Syekh Musthafa Bakri, seorang wali agung dari Syiria, keturunan Sayyidina Abu Bakar Shiddiq Ra. dari pihak ayah, sedangkan dari pihak ibu keturunan Sayyidina Husein Sibthi Rasulullah Saw.
Pangkat kewalian beliau adalah seorang Pamungkas para wali, yakni Ghauts Zaman, dan wali Quthb al-Akwan, yakni kewalian yang hanya bisa dicapai oleh para sadah yang dalam tiap periode 200 tahun sekali. Dan beliau adalah Khalifah Rasulullah pada zamannya.



Beliau banyak memiliki karomah yang tidak bisa dihitung jumlahnya, bahkan sampai saat inipun karamah itu terus ada. Karamah agung beliau adalah pangkat kewaliannya yang begitu agung. Beliau mendapat haq memberi syafaat 70.000 umat manusia masuk syurga tanpa hisab.


Diantara murid-murid beliau dari Indonesia yaitu: 
1. Quthb az-Zaman Syekh muhammad Arsyad al-Banjari
2. Quthb al-Maktum Syekh Abul Abbas Ahmad at-Tijani (pendiri tarekat Tijani)
3. Al-Quthb Syekh Abdussamad al-Palimbani
4. Al-Quthb Syekh Abdul Wahab Bugis (menantu Syekh Arsyad al-Banjari)
5. Al-Qutb Syekh Abdurrahman al-Batawi (kakek Mufti betawi dari pihak ibu Habib Utsman Betawi)
6. Al-Quthb Syekh Dawud al-Fathani, dan lain-lain.



Dan diantara keagungan dan kemuliaan beliau yang amat banyak diantaranya adalah; semua murid beliau yang jumlahnya ribuan menempati maqam Quthb. Beliau menempati kemuliaan karena beliau berada pada jalan Rasulullah Saw. dan para sahabatnya, yakni Ahlussunnah wal Jama’ah.


Demikian lah kesuksesan Syekh Samman dalam mendidik ruhani murid-muridnya sehingga mereka yang berjumlah ribuan menempati maqam Quthb, apatah lagi Rasulullah Saw. dengan para murid-muridnya yakni para sahabat, tentu maqam kewaliannya sangat agung, karena mereka mendapat keistimewaan menyertai kekasihNya (Muhammad Saw.), dan apa-apa yang menjadi Nubuwat Rasulullah Saw. dalam kitab-kitab terdahulu, maka pasti menceritakan dan memuji para Qudus agung yang menyertai kekasihNya, yakni para sahabat Rasulullah Saw.


Al-Quthb al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi berkata: “Serendah-rendahnya martabat sahabat maka tidak akan bisa dicapai walau oleh 70 Imam Junaid al-Baghdadi”. Padahal Imam Junaid hidup pada zaman salaf dan menempati Sulthon al-Auliya pada zamannya.


Karena para sahabat ini adalah para wali agung, maka para ahli tasawwuf (Aswaja) sangat sopan dengan mereka, tidak menceritakan mereka kecuali kebaikan. Sehingga wajib hukumnya berprasangka baik dengan para Auliya. Lebih-lebih lagi para sahabat yang notabene adalah hasil didikan langsung Rasulullah Saw. yang menempati Shiddiq dalam kewalian.


Maka dari itu, ummat Islam Aswaja tidak akan membicarakan panjang lebar tentang pertikaian antar sahabat, baik itu antara Sayyidah Aisyah dengan Sayyidina Ali Kw, pada perang Jamal, maupun antara Sayyidina Ali Kw. pada satu pihak dengan Sayyidina Muawiyah Ra. pada pihak lain.


Kita kaum Aswaja tidak akan mengotori mulut kita dengan umpatan dan negatif thinking kepada mereka. Bahkan Khalifah Ali Kw. mengatakan seterunya saat itu bahwa antara beliau dengan Sayyidina Muawiyah adalah saudara seiman dan satu kalimat, hanya saja khilaf dalam penyelesaian pembunuhan Khalifah Utsman Ra. Bahkan beliau Kw. menyolatkan semua korban perang baik yang di pihak beliau maupun pihak Gubernur Damaskus saat itu.



Syekh Samman Al-Madani Al-Hasani (Pendiri Tarekat Sammaniyah)


Kemunculan Tarekat Sammaniyah bermula dari kegiatan sang tokoh pendirinya, yaitu Syekh Muhammad bin Abdul Karim as-Sammani al-Hasani ai-Madani al-Qadiri al-Quraisyi. Ia adalah seorang fakih, ahli hadits, dan sejarawan pada masanya. Dilahirkan di Kota Madinah pada tahun 1132 Hijriyah atau bertepatan dengan tahun 1718 Masehi. Keluarganya berasal dari suku Quraisy.


Semula, ia belajar Tarekat Khalwatiyyah di Damaskus. Lama-kelamaan, ia mulai membuka pengajian yang berisi teknik dzikir, wirid, dan ajaran tasawuf lainnya. Ia menyusun cara pendekatan diri dengan Allah Swt. yang akhirnya disebut sebagai Tarekat Sammaniyah. Sehingga, ada yang mengatakan bahwa Tarekat Sammaniyah adalah cabang dari Khalwatiyyah.


Demi memperoleh ilmu pengetahuan, ia rela menghabiskan usianya dengan melakukan berbagai perjalanan. Beberapa negeri yang pernah ia singgahi untuk menimba ilmu diantaranya adalah Iran, Syam, Hijaz, dan Transoxiana (wilayah Asia Tengah saat ini). Diantara karya-karya tulis beliau adalah; Mujamu al-Masyayikh, Tazyil at-Tarikh Baghdad, dan Tarikh Marv.


Kemuliaan Syekh Muhammad Samman dikenal sebagai tokoh tarekat yang memiliki banyak karamah. Baik dari kitab Manaqib Syaikh al-Waliy asy-Syahir Muhammad Samman maupun Hikayat Syekh Muhammad Samman, keduanya mengungkapkan sosok Syekh Samman. Sebagaimana guru-guru besar tasawuf, Syekh Muhammad Samman terkenal akan kesalehan, kezuhudan, dan kekeramatannya. Konon, ia memiliki karamah yang sangat luar biasa. 


“Ketika kaki diikat sewaktu di penjara, aku melihat Syekh Muhammad Samman berdiri di depanku dan marah. Ketika kupandang wajahnya, tersungkurlah aku dan pingsan. Setelah siuman, kulihat rantai yang melilitku telah terputus," kata Abdullah al-Basri. Padahal, kata seorang muridnya, ketika itu Syekh Samman berada di kediamannya sendiri.


Adapun perihal awal kegiatan Syekh Muhammad Samman dalam tarekat dan hakikat, menurut Kitab Manaqib, diperolehnya sejak bertemu dengan Syekh Abdul Qadir al-Jailani.


Suatu ketika, Syekh Muhammad Samman berkhalwat (menyendiri) di suatu tempat dengan memakai pakaian yang indah-indah. Pada waktu itu datanglah Syekh Abdul Qadir al-Jailani yang membawakan pakaian jubah putih dan berkata: "Ini pakaian yang cocok untukmu." Ia kemudian memerintahkan Syekh Muhammad Samman agar melepas pakaiannya dan mengenakan jubah putih yang dibawanya itu. 
Konon, Syekh Muhammad Samman menutup-nutupi ilmunya sampai datanglah perintah dari Rasulullah Saw. untuk menyebarkannya kepada penduduk Kota Madinah.




Wasiat Syekh Samman Al-Madani Al-Hasani (Penjaga Makam Rasulullah Saw.)


Diantara wasiat yang diberikan Syekh Samman al-Madani adalah, berkata al-Imam al-Quthb al-Ghauts az-Zaman al-Waliy al-Quthb al-Akwan asy-Syekh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman al-Madani:

• "Tidaklah aku diangkat Allah Swt. menjadi al-Waly al-Quthb al-Ghauts dan Quthb al-Akwan melainkan aku selalu rutin membaca doa; Allahummaghfir li-ummati sayyidina Muhammad. Allahummarham li-ummati sayyidinina Muhammad. Allahummastur li-ummati sayyidina Muhammad. Allahummajbur li-ummati sayyidina Muhammad Saw. 4X berturut-turut setelah selesai sholat Shubuh sebelum berkata-kata urusan dunia dan dia istiqamah membacanya maka ia menempati martabat fadhilah Quthub.”

Maksud beliau memberikan amalan ini ialah agar kita selalu bersatu sesama ummat islam dan sebagai ummatnya Rasulullah Saw. janganlah ada iri dengki dan buruk sangka terhadap sesama sekalipun seseorang itu kelihatannya hina. Jadi membaca doa ini setelah sholat Shubuh dengan niatan mudah-mudahan semua ummat Rasulullah Saw. diampuni Allah Swt. Atas segala dosa, dimudahkan Allah Swt. tuk mengamalkannya dan dengan harapan semoga hati kita dibersihkan dari segala penyakit hati seperti riya, ujub, takabbur, sombong, iri, dengki, hasud, berperasangka buruk dan sifat-sifat buruk lainnya.

• “Barangsiapa mengambil thariqah kepadaku dan mengamalkannya niscaya pasti ia akan mendapatkan rasa majdzub di dalam dunia (diambil oleh Allah Swt. aqalnya yang Basyariyyah diganti dengan aqal yang bersifat Rabbaniyah) yakni diambil oleh Allah akan rasa punya wujud dan sifat dan af’al diganti dengan rasa ‘adam mahdhah adam semata” yakni tiada punya wujud, sifat dan af’al melainkan hanya Allah Swt. yang punya wujud hakiki, minimal di saat sakaratul maut.” 

• “Perkataan aku ini seperti perkataan Sayyidi Syekh Abdul Qadir al-Jailani. Barangsiapa yang menyerukan aku “Ya Samman” 3 kali ketika mendapat kesusahan, niscaya aku akan datang menolongnya.”

Syekh Samman al-Madani meninggal dunia pada hari Rabu 2 Dzulhijjah tahun 1189 H, dan dimakamkan di pemakaman Baqi’ bersandingan dengan maqam para Istri Rasulullah. Para ualam mengatakan bahwa barangsiapa yang melazimkan membaca Manaqib Sayyidi Syekh Samman (Ratib Samman) berjamaah dengan orang banyak dan membaca al-Qur’an serta bertahlil kemudian bersedekah semampunya dan pahalanya dihadiahkan kepada Sayyidi Syekh Samman, niscaya ia akan dimudahkan rizqinya oleh Allah Swt.



Disarikan dari berbagai sumber.


Sya’roni as-Samfuriy, Indramayu 09 Muharram 1434 H

Isnin, 24 September 2012

Beberapa Petua Menziarahi Guru Mursyid

Asssalamu'alaikum,

Ini merupakan beberapa petua hamba sendiri dalam menziarahi guru-guru mursyid dan alim-ulamak. Yang pertamanya, betulkan niat kita dalam menziarahi iaitu bukan untuk mencari kesalahan dan kelemahan guru yang ingin kita ziarah. Di sini, hendaklah kita berprasangka baik dengan guru mursyid yang ingin kita ziarah.  Kedapatan sebahagian guru mursyid yang sengaja 'menguji' mereka yang ziarah dengan perkara-perkara yang pelik, atau berkelakuan yang pelik-pelik. Ada guru mursyid yang sekadar menerima dan melayan tetamunya di beranda rumah, maka terimalah itu caranya. Ada guru yang menerima anak murid dan makan sekali bersama tetamu/anak muridnya, bersyukurlah  kalau begitu. Ada anak murid yang tidak dilayan pada kali pertama, redha atas ketentuan begitu, jangan putus ada untuk ziarah lagi. Ada guru yang menerima tetamu dan menyediakan kemudahan penginapan untuk tetamunya, bersyukur juga. Banyak kaedah guru mursyid menerima tetamu, bersyukurlah dengan apa yang kita tempuhi. Ada yang dimarahi pada kali pertama bertemu, bersyukurlah juga atas 'marah' itu kerana kita ini memang banyak salah-silapnya. Yang penting betulkan niat kita menziarahi. Susah nak dapat niat ziarah lillahi taala, kalau niat sekadar menghubungkan silaturrahim sesama Muslim pun baik juga.

Keduanya, jangan kita terhijab dengan isteri, anak-anak guru atau anak-anak muridnya yang lain, jangan terhijab dengan rumahnya, cantiknya atau buruknya, jangan terhijab dengan perhiasan atau bukan perhiasan yang ada di dalam rumahnya, jangan terhijab dengan harta-hartanya. Bukan itu yang kita cari dari seorang guru mursyid, bukan isteri, anak-anak, rumah, hartanya. Bacalah dan kajilah bagaimana Baginda Nabi SAW mengembangkan Islam pada awal-awalnya. Bacalah dan hayatilah kisah Nabi-Nabi yang lain dan suruhan-suruhan Allah Taala yang ada di dalam kitab Al-Quran.  Ada ilmu yang benar yang Allah Taala 'letakkan' pada mereka-mereka yang 'terasing', 'pelik' dan 'ganjil'. 

Ketiganya, jika berada dekat dengannya, berusahalah seberapa dekat dengannya, sama ada bersebelahan atau duduk bertentangan dengannya. Moga-moga limpahan nur dan rahmat Ilahi yang ada pada dirinya itu 'melimpah' dan dapat kita sama-sama merasainya.  Jagalah adab, kata-kata dan perbuatan sepanjang berada  di sampingnya.  Bertanya jika diminta bertanya, jangan potong cakapnya, jangan tunjuk pandai di hadapannya, apa-apapun lakukanlah dengan penuh adab dan sopan selayaknya sebagai seorang Muslim.

Keempat, fokus kepada kebenaran ilmu dan kata-katanya, pasti tidak  lari dari Al-Quran dan As-Sunnah.  Ilmu yang benar, itulah yang kita cari. Sudahkan anda membaca kisah-kisah Wali-Wali Allah dahulu yang diuji macam-macam sebelum mengenali seseorang guru itu mursyid. Pernahkah anda membaca kisah Wak Kandar di Johor? Pernahkah anda belek kisah Tok Peramu di Kuantan? Fahamkah anda kisah Nabi Khidir A.S. dan Nabi Musa A.S. di dalam Al-Quran?  Jangan terhijab ilmu anda dengan 'ilmu yang anda miliki' sahaja. Anda akan 'menyempitkan' ilmu Allah Taala kemudiannya.

Kelimanya, kalau ada masa dan kelapangan, sebelum sampai bertemu dengannya pada kali pertama dan kali-kali seterusnya, mohonlah kepada Allah Taala, sama ada melalui doa ataupun solat hajat, jika ada apa-apa ilmu, amalan, petua  disisi guru itu yang baik disisi Allah untuk diri sendiri, isteri, dan anak-anak, mohon Allah Taala membukakannya kepada kita. Kalau tak dapat apa-apa pun redha atas kehendak dan ketentuan-NYA.

Itulah sepintas lalu petua-petua hamba dalam menziarahi guru mursyid dan alim-ulamak.  Moga-moga ada manfaatnya.  Wassalam.

Selasa, 6 September 2011

Kembalinya Abah Anom Ke Hadrat Allah Taala

Assalamu'alaikum,

Semalam, 5 September 2011 bersamaan 7 Syawal 1432, hamba dalam perjalanan balik ke Selangor dari Utara. Sengaja ambil cuti hari Isnin, lagipun cuti tahunan hamba banyak lagi, dalam 22 hari... Dah masuk Selangor... dalam jam 215 petang, saudara Kanjeng Sunan telefon memaklumkan pulangnya Tuan Guru Shohibul Wafa Tajul Arifin atau lebih dikenali sebagai Abah Anom ke rahmatullah. Kemudiannya Sheikh Mangkuk juga telefon jam 235 petang memaklumkan perkara yang sama.  Terima kasih kepada mereka berdua atas makluman itu. Hamba baca berita di internet hari ini (6 September 2011) yang mana arwah Abah Anom akan dimakamkan pada hari ini. Hamba kira anak-anak dan warisnya membuat keputusan yang tepat kerana pastinya anak muridnya di sekitar Asia Tenggara akan mencari jalan untuk ziarah guru mursyid mereka pada kali yang terakhir. Kalau dimakamkan semalam (5 September 2011), sudah pasti ramai anak murid Abah yang akan terkilan.

Hamba sekeluarga pernah ziarah Abah Anom pada tahun 2003 sewaktu ekspedisi menziarahi Wali Songo bersama isteri dan dua anak. Ceritanya ada di sini dan juga di sini.  Sepertimana yang dijangka, itulah pertemuan pertama dan terakhir hamba dengan beliau di alam dunia.  Kasih-sayang dan ambil berat beliau akan hamba kenang selalu, Insya-Allah.  Semoga perhubungan hamba dengan beliau tidak terputus begitu sahaja. Maklumlah hamba yang banyak masalah ini pasti memerlukan sentuhan dan nasihat guru mursyid seperti beliau... Semoga amanah beliau itu akan sempurna apabila tiba masanya...


Guru mursyid ibarat gambar di atas. Mereka ibarat mentari, menyinari alam yang masih gelap, menyinari hati-hati manusia yang penuh dengan kegelapan dengan limpahan cahaya dan mengeluarkannya dari kegelapan, melorongkan manusia ke arah jalan yang lurus. Mereka ibarat air, mengisi ruang-ruang kosong di muka bumi, mengisi hati-hati dan akal manusia dengan ilmu yang bermanfaat, membasahi diri anak murid dengan lautan ilmu yang mereka perolehi, menghilangkan dahaga si salik terhadap ilmu tasawuf dan ilmu hakikat dan makrifat, membersihkan si salik dengan amalan-amalan yang hak dan menyucikan hati kita dengan cahaya-cahaya keimanan. Mereka ibarat salji yang wajah mereka itu sejuk mata memandang, menyejukkan hati-hati yang penuh dengan nafsu ammarah dan nafsu-nafsu tercela, lantas disinari dengan hati yang tenang, sesejuk salji dan salju. Guru mursyid ibarat gunung, menjadi tempat rujuk anak murid yang bermasalah, guna meneguhkan pendirian anak muridnya dalam 1001 isu dan perkara,  menjadi pasak bumi kepada mereka yang bernaung di bawahnya, menjadi payung rahmat kepada anak murid yang menagih sedikit limpahan kasih dan rahmat Ilahi yang dilimpahkan Allah ke atas mereka. Dan anak-anak murid itulah ibarat pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan yang mendapat cahaya sang mentari, dapat terus menetap di atas tanah, menerima limpahan air yang ada untuk terus hidup, mendapat rahmat dari keberadaan salji di sekelilingnya.

Pemergian beliau pasti mengundang kesedihan dan kepiluan dalam kalangan anak muridnya yang berjuta-juta itu. Hanya mereka yang pernah berguru mursyid dan kehilangan guru mursyid sahaja akan tahu dan merasai kesedihan itu. Apatah lagi kalau kasih sayang dan cinta itu disemai antara anak murid dan guru mursyid. Sesungguhnya kasih-sayang guru mursyid kepada anak muridnya itu ibarat kasih-sayang RSAW kepada umatnya. Dan kasih-sayang dan cinta anak murid kepada guru mursyid ibarat kasih-sayang dan cinta para sahabat kepada RSAW, sanggup berbuat 1001 perkara demi mempertahankan RSAW. 

Semoga anak muridnya yang ramai itu terus bernaung di bawah payung baru yang akan dipilih kelak. Patah tumbuh, hilang berganti. Jangan terburu-buru membawa diri ke tempat lain. Banyak sangat bezanya antara bernaung di pawah payung guru mursyid  dengan berjalan sendirian tanpa dipayungi oleh mana-mana mursyid... Bernaunglah di bawah guru mursyid yang murabbi jika kamu mengetahui, kecuali menerima petunjuk dan perintah DIA yang berbeza...Hamba tidak merisaukan akan Abah Anom, beliau pasti bergembira di alam sana. Semoga anak muridnya dan mereka yang menerima keberkatan dari ziarahnya terus istiqamah dalam beramal. Wallahu'alam.

Al-Fatihah buat guruku Tuan Guru Shohibul Wafa Tajul Arifin....Al-Fatihah