TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Jom Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jom Makan. Papar semua catatan

Ahad, 16 November 2014

Mira Cake House, Kuching, Sarawak (Kek Lapis Sarawak)

Assalamu'alaikum,

Selain ikan terubuk masin, antara perkara yang wajib dibawa balik ke Tanah Semenanjung dari Sarawak, khususnya Kuching adalah Kek Lapis.  10-15 tahun dahulu, Tikar Sarawak memang popular, sekarang tidak lagi. Apatah lagi kini sebahagian Tikar Sarawak pun diimport dari Indonesia, dibawa ke Sarawak, kemudian dibawa naik kapal terbang ke Semenanjung Malaysia.  Waktu hamba datang ke Kuching atas urusan kerja dalam 10 tahun dahulu, sempat juga beli Tikar Sarawak untuk rumah hamba dan juga diberikan sebagai hadiah kepada bonda di kampung. Yang popular juga adalah Tembikar Sarawak dan kraftangan tempatan...Tapi hamba sendiri dah cemuih nak tengok, apatah lagi beli Tembikar dan kraftangan ini. Posting selepas ini berkaitan Main Bazaar, anda boleh lihat sendiri kedai-kedai menjual pelbagai kraftangan buatan tempatan.

Mula-mula hamba datang pada hari Isnin malam Selasa untuk beli kek lapis. Tapi pekerja kedai kek menyararankan hamba datang hari Rabu malam Khamis memandangkan hamba balik ke Tanah Semenanjung pada hari Khamis petang/malam. Katanya, boleh beli yang lebih segar untuk dibawa balik. Berbanding dahulu, banyak kedai, kilang, dan penjual kek lapis di Kuching dewasa ini. Cuma yang agak popular adalah Mira Cake House. Jadi hamba beli kek lapis di Mira Cake Housa sahaja. Mira Cake House memang agak besar kerana ada kilang dan premis kedai di pelbagai lokasi. Hamba ke Mira Cake House di seberang sungai sahaja.


Ini kedainya

Nak rasa??? Ambil saja, percuma!!!  Ini merupakan teknik pemasaran yang cukup berkesan untuk memujuk pembeli/pengguna membeli...

Ada dalam freezer

Dalam stok, nak hantar ke mana tu agaknya

Hamba dah bagitau pekerja di sini, cari dalam internet "Mira Cake House" kalau nak lihat muka masuk internet

Biskut dan makanan kering lain turut dijual

Usahawan ini dah menang banyak anugerah


Kalau anda tak dapat mengawal nafsu, memang borong habis

Banyak pula jenis Kek Lapis yang dijual...

Beli lima percuma satu, setiap satu RM10, jadi RM50 dapat enam


Satu perkara yang hamba suka ialah kepelbagaian rasa dan rupa...Inovasi penting untuk perniagaan terus maju dan kekal berdaya saing



Banyak koleksi gambar pengusaha kedai

"Kanda" adalah nama bagi pekerja ini yang mencadangkan beberapa jenis Kek Lapis yang sedap...perghhh!!!

Tuan punya dan keluarganya memang "kaki jalan"...Jauh berjalan luas pemandangan, banyak pengalaman, luas pendedahan... 


Banyak gambar pengusaha Kedai dengan VVIP di Malaysia


Cukuplah bagi hamba enam jenis Kek Lapis sahaja (RM50)...Dah balut kemas untuk disimpan dalam peti sejuk sebelum dibawa balik ke Tanah Semenanjung.  

Selasa, 15 April 2014

Mee Kuah Ketam, Ceruk Tokun, Bukit Mertajam

Assalamu'alaikum,

Waktu urusan kerja di Utara tanahair, hamba sempat 'lari' sekejap untuk makan Mee Kuah Ketam di Ceruk Tokun, Bukit Mertajam. Kedai makan yang asal ini memang kecil sahaja, tidak jauh, iaitu hampir bertentangan dengan Masjid Ceruk Tokun. Kalau anda dari Bukit Mertajam, masjid sebelah kanan, jadi kedainya sebelah kiri. Kalau anda dari Kulim ke Bukit Mertajam, kedainya sebelah kanan, jalan nak masuk ke Hutan Lipur Bukit Mertajam.  Selain mee kuah ketam, mee gorengnya pun sedap juga. Rata-rata pengunjung memilih Mee Kuah Ketam atau Mee Goreng. Pengunjung terdiri dari pelbagai bangsa, Melayu dan Cina yang ramai. Hamba sempat ambil gambar guna telefon bimbit. Dah ada dua cawangan kedai ini di satu taman dan di Kulim. Jadi, kalau anda ke Bukit Mertajam, jangan lupa Mee Kuah Ketam di Ceruk Tokun. Wassalam.

 Ini Kee Kuah Ketam 


 Kedainya memang kecil




Ni bekas untuk kuahnya...

Selasa, 31 Disember 2013

Mee Udang Pak Ngah - Mee Udang Sungai Dua, Seberang Perai Utara

Assalamu'alaikum,

Selepas ke Jeruk Madu Pak Ali di Wakaf Seetee Aisah Seberang Jaya, kami singgah di Mee Udang Pak Ngah di Sungai Dua.  Dah ramai kekawan yang cadangkan kami singgah di sini, untuk merasai kelainan berbanding mee udang Sungai Dua yang terletak bersebelahan sungai. Kalau anda turun dari Lebuhraya PLUS, sebelum tol Sungai Dua (dari Bukit Mertajam/Seberang Jaya) atau selepas tol Sungai Dua (dari Sungai Petani dan Utara), ambil simpang ke Pekan Sungai Dua. Masuk saja jalan biasa, Restoran Mee Udang Pak Ngah terletak di sebelah kiri jalan. Wassalam.





Hamba minta izin pekerjanya untuk ambil gambar dan masukkan dalam blog


Udang kena pilih sendiri


Kerusi mejanya biasa2 saja tapi boleh menampung lebih 100 orang rasanya



Memang menyelerakan...rasanya? Kenalah rasa sendiri!!!

Sawah padi aka Bendang bersebelahan Mee Udang Pak Ngah

Jumaat, 1 November 2013

Restoran Sari Wangi, Bogor, Indonesia

Assalamu'alaikum,

Masih pada 8 Oktober 2013. Selepas menjamu selera di Restoran Sederhana, Jakarta, kami terus bergerak ke Bogor. Perjalanan agak perlahan kerana hujan dan trafik mulai banyak. Biasanya dalam 90 minit perjalanan Jakarta-Bogor, kali ini lebih 2 jam. Setelah mendaftar masuk di Hotel, kami mandi-manda, bersolat dan keluar makan malam. Kali ini masakan Bogor di Restoran Sari Wangi. Melihat kepada Restoran ini, hamba teringatkan Restoran Seri Melayu yang dikunjungi tahun lepas di Palembang.   Restoran ini juga agak eksklusif dan semasa kami sampai, hidangan sudah tersedia. Indonesia masih kaya dengan hutannya, justeru itu Restoran mempunyai rekabentuk sebegini memang banyak kerana kayu-kayan tidak semahal Malaysia. Perabut jati di Malaysia boleh dikatakan semuanya diiimport dari Indonesia.









Restoran Sederhana Masakan Padang, Jakarta, Indonesia

Assalamu'alaikum,

Pada 8-11 November 2013, hamba ke Indonesia atas urusan kerja. Naik pesawat MAS dari KLIA, kami tiba di Lapangan terbang Soekarno-Hatta, tidak jauh dari Jakarta. Sampai di Lapangan Terbang, kami menuju ke Restoran Sederhana Masakan Padang di Jakarta. Restoran ini agak eksklusif dan Presiden Indonesia,  Bapak SBY pernah mengunjunginya. Lama tak makan masakan Padang, kali terakhir ke Palembang tahun lepas, maka terasa keenakannya. Kami juga bersolat di sini.




Kawasan makan-makan

Kaunter

Ruang solat yang disediakan. Tidak seperti Malaysia, kawasan solat lelaki dan wanita tidak diasingkan

Kawasan berwudhuk

Kawasan makan VVIP


Kami turut memesan beberapa jus dan minuman di sini



Restoran ini terletak berhadapan dengan Mangga Dua yang terkenal itu