TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Mukasyafah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mukasyafah. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2011

Jangan Takut dan Bimbang Bertemu Dengan Mereka Yang Kasyaf - Siri 2

Assalamu'alaikum,

Artikel pertama tentang tajuk ini  mendapat sambutan yang memuaskan. Namun tujuan hamba menulis artikel ini bukan nak tengok sambutan memuaskan atau tidak, sekadar berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang hamba tempuhi berkaitan tajuk ini. Moga2 pembaca yang membaca mendapat sedikit ilmu, tidak takut dan bimbang untuk bertemu  dengan guru-guru 'yang disegani' dan seterusnya mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam lembah kesyirikan.  Dalam perbincangan mengenai tajuk ini di Facebook, ada beberapa kesimpulan awal yang penting untuk para pembaca. Sheikh Mangkuk dah  buka antara kesimpulan kalau nak jumpa org2 kasyaf...belajar malu pada orang2 soleh. Keduanya, kehalusan akhlak org2 kasyaf menyebabkan mereka tidak 'memalukan' kita apabila kita bertemu mereka...Jadi, yang pertamanya, memang kena belajar malu pada orang-orang soleh, jadi kalau nak ziarah mereka, kena belajar adab2 ziarah, jangan main 'hentam keromo' saja...Begitu juga cara nak bertanya, apa nak ditanya, soalan yang sesuai ditanya dan sebagainya, ada adabnya. Kecualilah kalau dah lama dengan guru mursyid, maka dah 'tahu sendiri' seni bersama guru mursyid. Yang keduanya tentang akhlak guru, akhlak mereka adalah akhlak RSAW. RSAW diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia. Guru mursyid, para guru yg soleh bukan nak ajar anak murid mereka jadi kasyaf, bukan nak didik anak murid mereka jadi Wali Allah, tetapi nak didik anak murid mereka agar sempurna akhlaknya, agar akhlaknya mencontohi akhlak RSAW, itu saja. Jadi 1001 ilmu dan amalan yg kita dapat dari guru mursyid, org yg soleh, pada hakikatnya adalah untuk menyempurnakan akhlak kita. Kasyaf, laduni, keramat, Wali Allah dan perkara2 sebegini bukan urusan kita, bukan niat kita dalam menuntut ilmu dan beramal, jadi pastikan niat kita betul dan benar.

Berbalik kepada kisah-kisah bertemu dengan mereka yang kasyaf ni,  kalau buat 'movie' mesti dapat sambutan sebab masyarakat lani sibuk, suka sangat dgn benda2 ghaib, tapi ghaib2 yg mengarut, merosakkan, mengkhayalkan. Dalam pengalaman hamba berjumpa sini-sana ni, ada juga buat silap. Sekali tu, hamba dicadangkan oleh seseorang untuk 'berubat' dengan seseorang. Kata orang ini, ilmu si pengubat ini OK, maka hamba pun pergilah ke tempat yang dituju pada masa yang ditetapkan untuk 'berubat' dengan orang ini.  Kesilapan hamba yang pertama adalah tak mohon petunjuk Allah terlebih dahulu sebelum pergi. Kesilapan kedua tak pernah minta petunjuk Allah tentang setakat mana ilmu orang yang mencadangkan kepada hamba tu.

Dah berjumpa dengan orang yang nak 'mengubat' hamba tu, si pengubat tak terkata apa2...Rupa2nya dia ni pakai 'resapan'/tanasukh, cuma hamba lalai tak perasan bila pulak 'jin tu masuk dalam si pengubat ni sebab 'profesional sekali', tak nampak macam dalam 'movie' tu...Jadi bila dia nak mengubat, hamba pun doklah kat '...', tak terkata apa dia, jin dia pun tak kata apa, jadi bisu, jin bisu...ada ke jin bisu??? Si pencadang ni pun pelik sebab tak pernah dijumpainya dalam berubat dengan si pengubat ni 'jin tu bisu', sebelum ni tak bisu...Dah bisu begitu lama, hamba dok peghati saja, akhirnya 'jin tu pun keluaq' dr si pengubat tu...waktu jin tu keluaq baru hamba perasan si pengubat ni pakai tanasukh/resapan...Cis, tersilap aku, 'kata dalam hati', kenalah dam, nak buek camno, silap sendiri...

Kesilapan itu membawa pengajaran yang begitu besar, tak boleh percaya orang bulat-bulat, kena 'kaji dulu' sebelum pergi. Ini kerana si pencadang ni memang hebat amalannya, tahajud malam2 , umrah 1-2 tahun sekali dll amalan, jadi hamba tak pernah pulak kaji dan teliti si pencadang ni...tetapi malangnya si pencadang ni 'tak sampai ilmunya' dalam menilai si pengubat tadi....tak sampai ilmu si pencadang dalam menilai bahawa si pengubat tadi melakukan syirik besar dengan bertanasukh...Si pengubat tadi ambil kesempatan atas kepopularitian si pencadang untuk 'cari makan'...


Habis cerita tadi sbg mukadimah. Yang lain-lain yang hamba jumpa adalah sahabat yg bernama Rosli..itu tahun 1998-2000 rasanya. Waktu tu beliau tinggal di Kg. Melayu Subang. Kerap hamba bermuzakarah dengan Rosli dan sahabatnya yg lain seperti Zubir Ali (penyanyi, komposer, kini dah kembali ke rahmat-Nya) di gerai makan di Bangsar pada malam Jumaat. Sembang sampai ke 1 pagi jugalah kami. Kekadang 'panas juga' bermuzakarah ilmu dgn Sdr Zubir Ali dan rakan2nya. Maklumlah hamba pun waktu tu 'belum matang' dan Sdr Zubir Ali dan rakannya 'dgn ilmu mereka'...Kini Sdr Rosli dah 'keluar' dr kampung Melayu Subang asas sebab yg hamba sendiri tak tahu dan tak pernah bertemu lagi dengannya selepas itu. Satu nasihat berguna dr Sdr Rosli utk hamba adalah 'Teliti hati guru  mursyid apabila nak buat sesuatu'. Maksudnya ambil kira apa hajat, maksud, tujuan, kepentingan, yg tersurat dan tersirat di hati guru mursyid apabila bersamanya, apabila berjalan bersamanya, apabila berekspedisi bersamanya.  Alhamdulillah, atas nasihat itulah hamba berdamping dengan guru mursyid dan melalui 1001 ujian ketika bersamanya...dan bersyukur kepada-Nya kerana 'terpilih' bersama isteri hamba,  seorang anak lelaki beliau dan isteri beliau ketika guru mursyid dalam saat-saat paling akhir di dunia ini  dan menghembuskan nafas yang terakhir...:-(...
 
Seterusnya adalah Sheikh Lampir dan Pak Ngah Semenyih...Kedua-dua mereka ini hamba bertemu kali pertama dalam majlis perjumpaan rakan2 di BSC (www.bicarasufi.com) pada tahun 2008.  Turut serta dalam pertemuan ini adalah Anak Kajang, Tuan Sangbogoroyo, Sidarwis. Kami lepak2, sembang2  di Restoran Mamak (kegemaran Sheikh Lampir). Sheikh Lampir ni memang bukan calang-calang orangnya. Dalam sembang ramai2, mesin 'scan' Sheikh Lampir tidak duduk diam...macam2 istilah Sheikh Lampir bagi kepada yg hadir malam tu...ultraman lawan raksasa lah, harimau simpan kuku dll...tapi tidak pula beliau memalukan rakan2 yang hadir, malah diraikannya lagi....Jadi jangan bimbang kalau berjumpa Sheikh Lampir...Pak Ngah Semenyih orang lama, 'otai' yg suka 'buat hal' di BSC...Beliau di hujung meja, ketika hamba sibuk bercerita, tertenung-tenung PakNgah kepada hamba...Dalam BSC, keesokannya, PakNgah Semenyih kata, 'Salam Tok, ramai Tok2 Aji kat belakang'...Dan lepas tu keluar cerita Khaf, Ha, Ya, Ain, Sod dan Ha, Mim, Ain, Syin, Qaf drp Sheikh Mangkuk kepada hamba...Ehmmm, tak pernah hamba tahu pula, kemudian diberitahu, tapi bukan untuk disibukkan...10 adalah minimum, biasanya lebih mengikut ilmu dan darjat masing2...Baru hamba teringat 'petunjuk lama' ttg isteri hamba yg hamba dapat sebelum kahwin lagi...oooo yg tu pun geng2 Tok Aji juga, bisik hati hamba...

Takat tulah dulu pada hari Jumaat ni. Insya-Allah ada sambungan siri ketiga pulak...Atuk Raden, Hj Zul, Mak Azizah, Wan Muhammad, Pak Yob, kisah 2 geng Pekida, Pok Teh dll belum tulis lagi...

wassalam.

Selasa, 1 Mac 2011

Jangan Bimbang Dan Takut Bertemu Dengan Mereka Yang Kasyaf

Assalamu'alaikum,

Ramai juga orang yang ingin berjinak-jinak dengan ilmu tasawuf, ingin beramal dengan ilmu tasawuf, ingin berjumpa dengan guru mursyid, ingin berbaiah dengan guru mursyid, ziarah alim ulamak, ziarah para guru yang murabbi memiliki rasa takut untuk bertemu dengan orang-orang ini kerana 'orang ini kasyaf'....Itu lumrah...kita yang banyak dosa dan maksiat, banyak kejahatan masa lalu, banyak kenakalan masa muda, banyak terpesong waktu pencarian, memang diberikan sedikit rasa bimbang, gusar dan takut untuk bertemu orang-orang sebegini, yang selalu dikatakan 'mereka ini kasyaf'.



Hamba nak berkongsi pengalaman hamba mana yang boleh dikongsi...Waktu mula-mula berbaiah tariqat yang pertama, Tariqat Naqsyabandi Khalidi, dah ?? tahun, menghampiri 19-20 tahun agaknya, memanglah waktu itu diri kita ini penuh noda dan dosa....ada dosa besar yang masih 'diamalkan', banyak dosa kecil, solat pun kekadang miss, amalan hikmah bersepah, tapi dengan niat yang betul, 'ikut cakap guru', hati yang terbuka, maka digagahkan hamba berbaiah juga dengan guru hamba yang kedua, guru tariqat hamba yang pertama, Ustaz Ismail...Alhamdulillah, tak pula hamba 'dilondehkan macam2'...rahmat Allah dan berkatnya hamba berbaiah, walaupun tidak beramal sepenuhnya adalah dapat hamba meninggalkan satu kesalahan yang telah lama hamba berjuang untuk membuangnya...syukur ke hadrat Ilahi...Malah zikir khafi semakin 'melekat di hati'...

Kemudian berbaiah pula dengan Tariqat Naqsyabandi Ahmadi Mujadidi yang dibawa pulang dari Tanah Arab oleh Hj Wan Sulaiman, Syeikhul Islam Negeri Kedah abad ke-20 dan disebarkan di Kedah terutamanya, dengan guru mursyid hamba di Negeri Sembilan pada awal tahun 1996,....memang masih banyak dosa dan noda...Sebelum sampai guru hamba yang pertama dah pesan macam2, dah cerita macam2 tentang guru ini....Desakan hati yang kuat, keinginan yang membara, maka dalam kehendak DIA, hamba berbaiah pada malam 14 Syaaban, malam Jumaat yang indah....Alhamdulillah, dengan guru tariqat hamba yang kedua, guru hamba yang ketiga ini hamba beramal bersungguh-sungguh dan menjadilah beliau sebagai guru mursyid hamba, dunia dan akhirat. Biar banyak mana guru hamba belajar, beliaulah satu-satunya guru mursyid hamba...Bak kata pepatah, berguru biar beribu, mursyid biar satu...


Ketekunan belajar dan beramal, atas rahmat Allah yang maha luas, bersepah-sepah amalan hikmah hamba itu, guru mursyid hamba yang usahakan membuangnya. Terasa ringan betul badan dan diri ini apabila bangun di satu pagi di rumah guru mursyid, rupa-rupanya sudah diselesaikan dek guru. Sedangkan hamba masih syirik ketika mula berbaiah dengan guru mursyid kerana amalan dan dampingan hikmah-hikmah ini. Tetapi niat yang betul untuk mencari dan belajar dengan guru yang diredhai Allah disertai dengan usaha yang berterusan, atas rahmat dan berkat dari-Nya, hamba belajar dan beramal. Tidak pula guru membuka 'pekong di dada hamba', tidak pula guru 'membicarakan kisah-kisah lama hamba', tidak pula guru 'membuka aib hamba' di hadapan murid-murid lain. Malah akhlaknya begitu mulia, 'menegur' hamba secara kias dan dengan bahasa yang begitu halus, tidak mahu menyinggung anak muridnya yang akhirnya menjadi menantunya...:-(

Setelah pemergian guru mursyid mengadap Ilahi pada tahun 2002, dan hamba sekeluarga 'dilepaskan' daripada tanggungjawab sebagai ahli jemaah (mufaraqah), maka bermulalah kembara solo hamba di alam ini...berjalan seorang, isteri disamping, anak-anak menuruti...berpuluh guru dan alim ulamak (yang orang kata kasyaf-kasyaf) hamba/kami dah jumpa/ziarah. Bertemu Pak Kiyai di Masjid Agung Sang Ciptarasa, Masjid Cirebon, pada tahun 2003 dan 2006 memang betul dan tepat segala firasat beliau tentang hamba, isteri dan anak-anak...Benar kata Junjungan tercinta, RSAW, 'berhati-hati dengan firasat orang mukmin'. Tidak pula beliau membuka aib isteri pada hamba, tidak pula membuka aib hamba pada si isteri. Malah dibekalkan beberapa amal dan nasihat, menjadilah beliau salah seorang guru hamba dan guru kedua isteri hamba juga...

Dalam kembara yang sama, ziarah Wali Songo tahun 2003, kami sempat ziarah Abah Anom di Tasik Malaya. Alhamdulillah, kami berkesempatan bertemu dengannya bersama pemandu kami, dan tidaklah Abah Anom yang dihormati mengatakan tentang keaiban, keburukan, kelemahan kami, malah amat lemah-lembut tutur katanya, begitui indah senyumannya dan bersyukur hamba atas nasihat dan doanya. Walaupun hamba tidak berbaiah TQN dengan Abah Anom, beliau masih 'merupakan salah seorang guru hamba'...Selepas solat di Masjid dalam pesantren itu, seorang tua yang kasyaf menegur hamba dengan katanya 'Jalan ke depan ya Nak'...ahhh, begitu indah sekali hidup ini....


Dalam Kembara dan ziarah Wali Songo tahun 2006, kami sempat singgah dan ziarah rumah seorang Habib tua di pinggir Jakarta, sebuah perkampungan yang dibuka oleh keturunan Habib, termasuk masjid yang dibina oleh Habib dan keturunan mereka.  Habib 'Omar' ini, kalau tak silap namanya, baru pulang dari Yaman, sudah begitu tua. Dalam kunjungan hari pertama,  sudah begitu petang, dan beliau memang tidak menerima tetamu lagi, kami yang sampai ke rumahnya begitu lewat sudah dipesan pada khadamnya. 'Nanti ada orang yang datang, silakan mereka masuk dan beri mereka minum'...Alhamdulillah, kami sampai, tidak dihalau walau sudah begitu lewat, dijemput masuk dan diberinya minum walaupun tidak dapat berjumpa. Sungguh indah akhlak beliau dalam menerima kami yang jauh ini. Esok paginya hamba/keluarga kami datang lagi sekali dan beliau menerima hamba (beliau terima tetamu lelaki sahaja), bertanyakan dari mana, sempat hamba memeluk beliau dan mencium tangannya dan katanya pada hamba 'Insya-Allah akan dimakbulkan hajat itu' dalam pertemuan yang begitu singkat itu...

Setelah pemergian guru mursyid pada tahun 2002, hamba sempat menziarahi tiga orang guru tariqat untuk memohon nasihat. Berjumpa Khalifah Malik di sebuah rancangan Felda, bertemu Ustaz Ahmad Janggut di Selama, Perak dan Ustaz Zuki, wakil TQN di Kuala Nerang (dibawa oleh Tuan Mangkuk a.k.a. Tuan HF). Semua orang kasyaf-kasyaf belaka. Nasihat ketiga-tiganya sama, dari segi perkataan dan maknanya, namun tak boleh dibicara di sini. Tidak ada keaiban, keburukan, kelemahan hamba/keluarga yang dibuka, dibicara. Itulah akhlak guru tasawuf. Dengan Ustaz Ahmad Janggut (beliau guru tariqat Qadiriah), walaupun berjumpa kali pertama, beliau membuka mukasyafah gurunya untuk dikongsi dengan hamba. Ia berkaitan peristiwa akhir zaman, apa yang diceritakan oleh gurunya (diperlihatkan oleh Allah Taala kepada gurunya) tentang salah satu peristiwa akhir zaman di dalam Masjidil Haram. Hamba sempat bertanya tentang orang Afghanistan yang datang mencarinya dan beliau menceritakannya dengan jelas sekali.

Dengan Ustaz Zuki, hamba berterima kasih kepada Tuan Mangkuk yang sudi membawa kami dalam malam yang gelap dan pekat. Alhamdulillah, beliau mendoakan kami dan anak kami dengan penuh khusyuk. hatta malam sudah semakin jauh. Begitu indah tutur kata Ustaz Zuki, tidak diungkit salah dan silap kami, malah dipelawa hamba berbaiah TQN dengannya. Namun, hamba menolaknya dengan baik kerana tidak terpikul hamba ini banyak sangat tariqat untuk diamalkan nanti. 


Di Kuala Nerang, Kedah juga, hamba sempat bertemu dengan PakSu Hamid, kisahnya diceritakan oleh Tuan Mangkuk kepada hamba. Dengan petua Tuan Mangkuk, hamba/kami selamat sampai ke rumahnya dalam salah satu cuti Raya. Tuan Mangkuk ada menceritakan kisah beberapa orang pemuda yang bertemu PakSu Hamid dan dimarahi PakSu Hamid. Tidak ada keraguan atau kebimbangan dalam hati. Kalau kena marah dek PakSu Hamid, terima sajalah. Kita ini kan banyak dosa dan nodanya, banyak peristiwa hitamnya, banyak maksiat kepada-Nya, apa nak dibimbangkan. Adakah hidup ini nak dengar berita baik saja sedangkan baik-buruk hakikatnya dari Allah jua. Alhamdulillah, PakSu Hamid menerima hamba sekeluarga dengan baik, menasihati hamba untuk menjaga anak-anak dengan baik, memberikan segulung kertas untuk diamalkan. Kalam PakSu Hamid seperti Kalam Ibnu Arabi...banyak kata-kata dalam kitab Ibnu Arabi yang diulas dan dibahaskan oleh PakSu Hamid.

Dalam firasatnya, PakSu Hamid menyarankan hamba berjumpa dengan seorang di Pulau Pinang. Hamba dah lupa tentang orang ini dan apabila datang ziarah kali seterusnya, hamba bertanya tentang orang itu kepada PakSu Hamid. Namun jawapan PakSu Hamid kali ini berberza, tak perlu cari dan jumpa orang itu. Jadi, hamba patuh pada nasihatnya, nasihat seorang guru yang wajib dipatuhi. Sebenarnya kedatangan hamba kali pertama itu untuk berubat dengannya  selain perkara-perkara lainnya. Akhlak seorang guru itu tercerna pada wajah dan kelakuannya. Dinasihati hamba dengan baik,  tidak mahu beliau mengubat hamba, dibukakan ayat Al-Quran yang bermaksud 'Tipudaya syaitan itu lemah',  maka beliau berkata dengan jelas, 'Kita lemah depa kuat, Kita kuat, depa tu lemah'.   Alhamdulillah, tidak terguris sedikit pun rasa di hati, malah lega rasanya kerana kunci masalah sudah dibuka. Al-maklumlah setelah pemergian guru mursyid, amalan hamba pun 'lintang-pukang juga'. Atas nasihat PakSu Hamid itu, sudah jelas punca segalanya. Maka, barang siapa di Utara Kedah khususnya, berkunjunglah ke rumah PakSu Hamid, patah tumbuh, hilang susah nak cari ganti. Hamba sendiri, kalau balik Raya/cuti ke Utara, insya-Allah akan berkunjung ke rumah PakSu Hamid.  Sedikit syarahannya, nur wajahnya, rahmat dari mengunjunginya kekadang adalah cukup walaupun dalam 20 minit. Dan Alhamdulillah, bukaan PakSu Hamid bila hamba ziarah beliau adalah isi dan intipati kitab Ibnu Arabi...bahagian masing-masing...

Selain PakSu Hamid, guru hamba yang lain adalah PakLon. Ziarah beliau adalah 'satu perintah dari satu petunjuk-Nya'. Kisahnya ada hamba coretkan dalam http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/11/al-fatihah-untuk-guruku-pak-lon-bin.html.  Perbezaan utama PakLon dengan guru hamba yang lain adalah PakLon 'memakai pakaian Tok Bomoh'...Namun hamba tahu, PakLon dekat disisi-Nya. Seperti yang hamba coretkan dalam artikel tersebut, PakLon menasihati hamba dan isteri dengan begitu baik sekali. PakLon kata 'bukan dia yang kata', maka 'fahamlah hamba'...PakLon kata dengan baik sekali, 'Dah janji nak belikan basikal, jangan tangguh-tangguh'....Alhamdulillah, dengan nasihat PakLon itu, balik ke rumah kami di Selangor, terus kami belikan basikal untuk anak sulung kami itu...Hamba mengakui kesalahan dan kecuaian diri sendiri, kekadang kita lupa janji kita dengan anak-anak. Kekadang kita ambil ringan janji kita dengan anak-anak. Kekadang kita ambil mudah janji kita dengan anak-anak...Sesungguhnya maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa...


Hamba berhenti setakat ini dahulu, dah cerita kisah pertemuan dengan 10 orang guru a.k.a 'Mereka yang kasyaf'...ada sambungannya nanti dalam siri seterusnya, kesimpulan pun belum buat kan...nanti nak cerita sikit2 pasal kawan2 BSC yang kasyaf macam Atuk Lampir dan PakNgah a.k.a. Pak Tua dan cerita-cerita lain yang boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua...

Wassalam.