TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Alam Ghaib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alam Ghaib. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Oktober 2016

Bolehkah Mayat Mendengar Suara Orang Hidup?


[Bolehkah Mayat Mendengar Suara Orang Hidup?]

1. Ulama al-Azhar pernah ditanya tentang apakah benar bahawa Rasulullah pernah berdialog dengan orang yang sudah mati? Syaikh Athiyah selaku mufti al-Azhar menjawab:

فتاوى الأزهر - (ج 8 / ص 349)
ثَبَتَ أَنَّ الرَّسُوْلَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَادَى قَتْلَى الْمُشْرِكِيْنَ فِى بَدْرٍ بَعْدَ إِلْقَائِهِمْ فِى الْقَلِيْبِ - الْبِئْرِ- فَقَالَ "هَلْ وَجَدْتُمْ مَا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّا ... " قَالَ عُمَرُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ مَا تُخَاطِبُ مِنْ أَقْوَامٍ جَيَّفُوْا- صَارُوْا جَيْفًا- فَقَالَ "وَالًّذِى بَعَثَنِى بِاْلحَقِّ مَا أَنْتُمْ بِأَسْمَعَ مِنْهُمْ لِمَا أَقُوْلُ ، وَلَكِنَّهُمْ لَا يَسْتَطِيْعُوْنَ جَوَابًا" رواه البخارى ومسلم . وَجَاءَ أَنَّ النَّبِىَّ صَلًّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرَّعَ لِأُمَّتِهِ السَّلَامَ عَلَى أَهْلِ الْقُبُوْرِ"السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِيْنَ " وَهَذَا خِطَابٌ لِمَنْ يَسْمَعُ وَيَعْقِلُ، وَالسَّلَفُ مُجْمِعُوْنَ عَلَى ذَلِكَ . رَوَاهُ النَّسَائِى وَابْنُ مَاجَهْ . فَسَمَاعُ الْمَوْتَى لِكَلَامِ الْأَحْيَاءِ ثَابِتٌ

“Telah disebutkan dalam riwayat sahih bahawa Rasulullah menyeru kepada orang-orang Musyrik yang tewas dalam perang Badar setelah dimasukkan ke sumur Qalib, Nabi bertanya: “Apakah telah kalian temukan apa yang dijanjikan oleh Tuhan kalian sebagai kebenaran..” Umar bertanya: “Wahai Rasul, engkau berbicara dengan kaum yang telah menjadi bangkai” Nabi bersabda: “Demi Allah yang telah mengutusku dengan kebenaran, kalian tidaklah lebih mendengar dari mereka terhadap apa yang aku ucapkan. Tetapi mereka tak mampu menjawab” (HR al-Bukhari dan Muslim)

2. Rasulullah juga mensyariatkan kepada umatnya untuk mengucap salam kepada ahli kubur: “Salam bagi kalian, perkampungan kaum mukmin” Ini adalah bentuk percakapan terhadap orang yang mendengar dan berakal. Ulama Salaf telah sepakat tentang hal ini (HR al-Nasai dan Ibnu Majah)

3. Dengan demikian, orang mati boleh mendengar ucapan orang yang masih hidup memiliki dalil yang kuat (Fatawa al-Azhar, 8/349)
Dalam sebuah hadis sahih ditegaskan:

" وَالَّذِي نَفْسُ أَبِي الْقَاسِمِ بِيَدِهِ لَيَنْزِلَنَّ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ إِمَامًا مُقْسِطًا وَحَكَمًا عَدْلًا ، فَلَيَكْسِرَنَّ الصَّلِيْبَ وَلَيَقْتُلَنَّ الْخِنْزِيْرَ وَلَيُصْلِحُنَّ ذَاتَ الْبَيِّنِ وَلَيُذْهِبَنَّ الشَّحْنَاءَ وَلَيُعْرَضَنَّ عَلَيْهِ الْمَالُ فَلَا يَقْبَلُهُ ، ثُمَّ لَئِنْ قَامَ عَلَى قَبْرِي فَقَالَ : يَا مُحَمَّدُ لَأَجَبْتُهُ " .

“Demi Allah yang jiwa Muhammad (Abu al-Qasim) berada dalam kuasa-Nya. Sungguh Isa akan turun sebagai imam dan hakim yang adil. Ia akan menghancurkan salib, akan membunuh babi, akan memperbaiki pertikaian, akan menghilangkan kebencian, dan ia akan ditawarkan harta, namun ia tidak menerimanya. Sungguh jika ia berdiri di atas kuburku, lalu berkata: “Ya Muhammad”, Maka sungguh aku akan menjawabnya” (HR Abu Ya’la, al-Hafidz al-Haitsami berkata: “Para perawinya adalah sahih”. Bahkan ulama Wahabi, Albani juga menilai sahih dalam al-Silsilah al-Sahihah 6/232)

4. Menurut Ibnu Katsir, ketika menafsiri firman Allah yang artinya: “Dan katakanlah: "Ber-amal-lah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat amalmu itu, …". (at-Taubah: 105). Beliau menegaskan bahawa amal orang yang masih hidup akan diberitahukan kepada kerabat dan kawannya yang telah wafat, dengan mengutip hadis berikut:

قَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى أَقَارِبِكُمْ وَعَشَائِرِكُمْ مِنَ الأَمْوَاتِ فَإِنْ كَانَ خَيْراً اسْتَبْشَرُوا بِهِ وَإِنْ كَانَ غَيْرَ ذَلِكَ قَالُوا اللَّهُمَّ لاَ تُمِتْهُمْ حَتَّى تَهْدِيَهُمْ كَمَا هَدَيْتَنَا » (رواه أحمد والطياليسي)

Sabda Nabi: “Sungguh amal kalian diberitahukan kepada keluarga dan kawan yang sudah mati. Jika mereka melihat yang baik maka bahagia, jika melihat yang buruk mereka berdoa: “Ya Allah, Jangan matikan mereka hingga Engkau beri hidayah mereka seperti kami” (HR Ahmad dan al-Thayalisi)

Hadis ini awalnya dinilai dhaif oleh Albani namun beliau meralatnya.

تراجعات العلامة الألباني في التصحيح والتضعيف - (ج 1 / ص 5)
إن أعمالكم تعرض على أقاربكم وعشائركم من الأموات، فإن كان خيرا استبشروا به، وإن كان غير ذلك قالوا: اللهم لا تمتهم حتى تهديهم كما هديتنا. الضعيفة (863 و864)، ضعيف الجامع (1396)، ثم صححه في الصحيحة (2758).

5. Ibnu Taimiyah berkata:

اِنَّ قَوْمًا سَمِعُوْا رَدَّ السَّلَامَ مِنْ قَبْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ قُبُوْرِ غَيْرِهِ مِنَ الصَّالِحِيْنَ وَأَنَّ سَعِيْدَ بْنَ الْمُسَيَّبَ كَانَ يَسْمَعُ الْأَذَانَ مِنَ الْقَبْرِ لَيَالِيَ الْحَرَّةِ وَنَحْوِ ذَلِكَ فَهَذَا كُلُّهُ حَقٌّ (اقتضاء الصراط - ج 1 / ص 373)

“Sungguh kaum mendengar jawapan salam dari Makam Rasulullah shalla Allahu alaihi wa sallama atau kuburan orang saleh lainnya. Juga Said bin Musayyab (Tabiin) mendengar adzan dari Makam Rasulullah di malam-malam perang Harrah, dan sebagainya. Ini semua adalah sebuah kebenaran” (al-Iqtidha’, 1/373)

6. Al-Hafidz al-Suyuthi juga mengutip dari murid Ibnu Taimiyah:

قَالَ ابْنُ الْقَيِّمِ اْلأَحَادِيْثُ وَاْلآثَارُ تَدُلُّ عَلَى أَنَّ الزَّائِرَ مَتَى جَاءَ عَلِمَ بِهِ الْمَيِّتُ وَسَمِعَ سَلاَمَهَ وَأَنِسَ بِهِ وَرَدَّ عَلَيْهِ وَهَذَا عَامٌّ فِي حَقِّ الشُّهَدَاءِ وَغَيْرِهِمْ فَإِنّهُ لاَ يُوَقَّتُ قَالَ وَهُوَ أَصَحُّ (بشرى الكئيب بلقاء الحبيب للحافظ جلال الدين السيوطي 1 / 10)

"Ibnu al-Qayyim (murid Ibnu Taimiyah) berkata: Hadis dan dalil dari para Sahabat menunjukkan bahawa ketika penziarah datang, maka mayit mengenalnya, mendengar salamnya, senang dengan kedatangannya dan menjawab salamnya. Hal ini berlaku umum, baik untuk orang yang mati syahid atau yang lainnya, dan hal ini berlaku setiap waktu. Ibnu al-Qayyim berkata: Ini adalah pendapat yang lebih kuat" (al-Hafidz Jalaluddin al-Suyuthi dalam Busyra al-Kaib I/10)

Disediakan oleh:

Ma'ruf Khozin
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Ahad, 12 Oktober 2014

Tapak Kaki Hang Tuah di Tanjung Tuan, Melaka

Assalamu'alaikum,

Antara yang misteri di Tanjung Tuan adalah Tapak Kaki Hang Tuah. Tapak Kaki Hang Tuah di atas batu ini.  Kalau selidik sejarah dan cerita misteri, banyak lagi misteri di sini. Tanjung Tuan juga merupakan tempat berkhalwat bagi pengamal jalan tariqat tasawuf. Ia juga tempat 'beramal' bagi mereka di jalan kebatinan. Selain Pulau Besar Melaka, Tanjung Tuan merupakan lokasi popular pengamal kebatinan, persilatan, dan kerohanian. Ada hak dan batil bagi pengamal kebatinan, persilatan, dan kerohanian. Ramai yang menyangka mereka di jalan hak tetapi di jalan batil.  Yang pertama, tanyalah niat mereka yang beramal di jalan kebatinan, persilatan, dan kerohanian.? Adakah lillahi taala???  Apa tujuan menuntut dan beramal? Adakah mencari keredhaan Ilahi? 

Kebanyakan pengamal kebatinan, persilatan, dan kerohanian mencari habuan dunia. Mencari hikmah-hikmah dalam ilmu persilatan, hendak kuat, bagi orang gerun, tak lut senjata, mencari hikmat-hikmat dan sakti bagi pengamal kebatinan, tak nampak dek orang, cuca, penunduk dan 1001 kesaktian. Ada juga yang berkehendak menjadi guru silat, menemui satu 'ilmu baru', mengolah satu ilmu baru, nak jadi dukun/pawang, nak niagakan ilmu dan untuk kaya dan pelbagai maksud. Jika dunia yang dicari, maka anda kemungkinan besar masih 'sesat dalam perjalanan'.  Teringat filem mengenai Wali Songo, dialog antara Sunan Kalijaga dan Sheikh Siti Jenar. Sheikh Siti Jenar menzahirkan hikmat/saktinya dengan mencucuk jari ke tanah dan keluar air. Sunan Kalijaga ke tempat air keluar itu dan menyentuh dengan tangannya dan berkata "Mana airnya? Mana Airnya?' kerana air tidak ada pada hakikatnya walaupun zahirnya seperti ternampak air terpancar dari tanah.  Lantas Sunan Kalijaga menasihati Sheikh Siti Jenar tentang hal itu.

Sedangkah ahli ketuhanan pun diuji sama ada mereka berkehendak semata-mata kepada Allah Taala ataupun berkehendak kepada 1001 anugerah, pemberian-NYA, nikmat-NYA, inikan pula orang biasa. Belajarlah fiqh, usuludin dan tasawuf sekali, jangan tinggalkan salah satunya. Beramal sampai ke awal agama, yakni makrifatullah, dengan dibimbing oleh mursyid murabbi. Dah lengkap ilmu di dada, sudah jelas tujuan di dunia, sudah tidak berkehendak akan dunia, maka tiada ruginya anda menambah ilmu di dada dengan ilmu perang, kerohanian, kebatinan dan persilatan. Ketika itu, anda beramal ilmu perang, kerohanian, kebatinan dan persilatan adalah kerana Allah Taala, lillahi taala, mencari keredhaan Allah Taala dalam jalan itu....

Banyak lagi misteri dan keghaiban di Tanjung Tuan. Anda carilah sendiri. Bagi hamba, yang misteri, biarlah ia kekal misteri. Di sebalik pelbagai versi dan cerita tentang Laksamana Hang Tuah, hamba memang amat menghormati Dato Laksamana Hang Tuah.  Beliaulah Melayu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.  ....Wassalam.


Dinamakan sebagai perigi keramat...Hamba lihatnya air jernih, jadi jika berkhemah di sini, tak perlu bawa air sebab sumber air bersih ada.


Ini dikatakan Tapak Kaki Hang Tuah (sebelah kanan)

Isnin, 5 Mei 2014

Masih Dengan Isu Telaga Barahut


sumber : http://www.malaysiakini.com/columns/260402  (Penulis MAZA)

Nilai munasabah cerita

Menjadi satu masalah yang besar apabila penceramah ataupun penulis mengutip semua cerita yang dia jumpa dalam buku tanpa mampu menilai kemunasabahannya. Bagi mereka yang tidak memahami disiplin ilmu, menganggap setiap yang ada dalam kitab itu sahih.

Terbaru kita dengar ada pihak mempopularkan cerita memanggil arwah di Telaga Barahut (Barahut atau disebut juga Burhut seperti yang dinyatakan dalam Lisan al-‘Arab).  Kononnya, ada orang memanggil roh dari telaga berkenaan untuk mengetahui di mana hartanya disimpan oleh kawannya sebelum dia meninggal.

Mungkin niatnya ikhlas, tapi cerita itu tak berasas dan ‘kartun’ sekalipun disebut dalam beberapa kitab. Saya terbayang, jika ini benar, bolehlah kita pergi panggil roh-roh penumpang MH370 dan bertanya di manakah kapal terbang berkenaan hilang.

Sahih
    
Walaupun asas nama Telaga Barahut itu disebut dalam hadis yang thabit riwayat al-Tabarani dan selainnya sebagai seburuk-buruk telaga, namun cerita si fulan memanggil roh kawannya dari telaga itu tiada asas yang sabit. Mudah untuk difahami seperti cerita Nabi Khidir.

Kisah itu ada dalam al-Quran dalam Surah al-Kahf. Nama Khidir itu pula disebut dalam Sahih al-Bukhari. Namun cerita dalam Hikayat Melayu Lama bahawa Hang Tuah bertemu Khidir tiada asas yang boleh dipercayai.
    
Menggunakan kewujudan cerita itu dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai dalil untuk membenarkan cerita yang direka kemudian adalah satu kaedah yang tertolak dan tidak boleh diterima sama sekali.

Cerita yang datang kemudian, jika pun hendak diterima, hendaklah dinilai dari segi keselarasan dengan dengan al-Quran dan as-Sunnah serta lojik yang kukuh.
    
Menjadikan alasan ia wujud dalam sesebuah kitab (dalam bahasa Melayu kitab bermaksud buku) bukan alasan yang diterima di sisi ahli riwayat. Kewujudan sesebuah cerita dalam sesebuah kitab tidak menjadi bukti kesahihannya.

Bahkan banyak riwayat dalam kitab-kitab terdahulu yang tidak sahih. Dalam kitab-kitab tafsir ada pelbagai riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Tidak boleh semuanya dipercayai. Ada disiplin ilmu yang mesti diikuti sebelum memetik kisah-kisah itu.

Benar seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan”. Katanya juga: “Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu Israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum muslimin."(Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyyah, 41, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Palsu
    
Dalam kitab-kitab hadis, banyak hadis yang palsu. Para ulama hadis menyuruh kita menyemak sanad dan matan sebelum sesuatu hadis diterima. Bahkan para sarjana hadis telah bertungkus-lumus melakukan klasifikasi hadis bagi membezakan yang sabit dari selainnya.

Kata al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H): “Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah." (Ibn al-Salah, 'Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)    
    
Dalam membaca bahan sejarah juga demikian. Bukan semua yang ada dalam buku sejarah itu boleh dipetik tanpa menyemak sanad dan matannya. Empunya kitab sejarah terbesar al-Imam al-Tabari (meninggal 310) sendiri mengingatkan hal ini pada mukadimah kitabnya:

“Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”. (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8. Beirut: Rawai’ al-Turath al-‘Arabi)
    
Saya petik kata-kata Syeikh Dr Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi dalam membahaskan manhaj sejarawan Islam terutamanya al-Tabari:

“Para ahli sejarah Islam telah menulis himpunan riwayat yang begitu banyak dalam penulisan mereka. Mereka mencampuradukkan antara yang sahih dengan yang palsu lagi dusta. Mereka tidak mengasingkan apa yang sahih daripada yang sebaliknya. Mereka juga tidak mentakhrijkan riwayat tersebut dan tidak pula menjelaskan kedudukan perawinya. Namun begitu mereka meriwayatkan riwayat-riwayat tersebut secara bersanad. Mereka juga menyebut perawi-perawi bagi setiap sanad. Selain itu, mereka juga menyebut bagi sesuatu kejadian itu, berbagai-bagai riwayat yang berulang-ulang, bercanggah dan bertentangan antara satu dengan yang lain. Ini bukanlah bererti kehendak mereka adalah untuk berpegang, mempercayai dan menerima kandungannya, tetapi yang menjadi tujuan mereka ialah menunaikan amanah ilmu. Inilah faktor yang menyebabkan mereka mencatat dan menulis setiap berita yang sampai kepada mereka sama ada riwayat itu benar, dusta, betul atau salah." (Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, Qabasat Tarikhiyyah, ms 7)

Malangnya apabila kedangkalan disiplin ini tidak dikuasai, ada yang menceduk apa sahaja yang dia jumpa tanpa menghayati disiplin dalam periwayatan.

Lojik
    
Perkara yang tidak lojik dan menyanggah akal waras tidak mungkin hendak dikaitkan dengan Islam. Inilah yang kita ulang apa yang disebut oleh sesetengah sarjana hadis:

Apabila engkau melihat sesebuah hadis menyanggahi logik, menyalahi manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ia hadis yang palsu. (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182, Beirut: Dar al-Fikr)
    
Ilmuwan al-Azhar sendiri, Dr al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah juga menyebut:

“Sepertimana para ulama hadis mengambil berat berhubung analisa kritis terhadap sanad yang merupakan analisa kritis luaran, mereka juga membuat analisa kritis terhadap matan (textual criticism) iaitu analisa kritis dalaman. Ini terbukti dengan mereka menjadikan salah satu tanda-tanda hadis palsu ialah percanggahannya dengan akal, atau al-musyahadah (apa yang disaksi di alam kenyataan), atau al-hiss (apa yang dikesan oleh pancaindera) sedangkan ia tidak mampu untuk ditakwilkan dengan takwilan yang hampir dan mungkin (untuk diselaraskan). Dalam banyak keadaan mereka maksudkan ialah percanggahan dengan al-Quran, atau al-Sunnah yang masyhur lagi sahih, atau sejarah yang diketahui, sedangkan ia tidak mampu untuk diharmonikan." (Abu Syahbah,  Difa’ an al-Sunnah, m.s. 31. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)
    
Buku-buku memang banyak. Pun begitu, mensahihkan sesuatu perlukan kaedah yang betul. Bukan salah untuk mengutip cerita-cerita yang lemah sekadar iktibar, tapi hendaklah jangan disandarkan kepada agama Allah yang maha mulia ini.

Jangan pula cerita itu menjatuhkan mertabat Islam sebagai agama yang rasional dan penuh dengan alasan yang munasabah bagi setiap perkara nanti orang bersalah sangka kepada agama.
    
Kisah-kisah pengajaran orang soleh dan para wali boleh dipetik tapi pasti ia seiras dengan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Juga agama tidak mungkin membawa sesuatu yang tidak dapat disaksikan kebenarannya oleh akal yang waras.

Jangan kita main ceduk semua benda dan masukkan ke dalam bakul agama.



Jawapan  Balas

sumber : http://www.malaysiakini.com/columns/260402   (Penulis Zainudindamin Damin )


Assalamualaikum WB 
Segala Puji Bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar SAW. Semalam saya baru bertafaquh mengulangkaji kitab hadis an-Nawawi. Seorang Doktor Phd menjadi pembimbingnya. Apa yang menarik sempat juga dia menyentuh tentang ‘kisah Ustaz Don’ berkaitan kisah seorang hamba Allah berseru di Mekah dan berseru di telaga Barahut. Urusan syurga dan neraka adalah perkara ghaib katanya; mana boleh berlaku begitu. Sebagai hadirin, kami pun diam tanda hormat dan kenal diri. Namun pada pandangan saya seseorang yang ‘berilmu’ tidak akan memperpanjangkan pertikaian di khalayak awam; sebaliknya orang yang jahil akan mendengar dan mengatakan ia atau tidak tahu. Hanya orang yang benar-benar alim dan berakhlak akan menjaga mulutnya (atau tulisannya).

Berkait dengan tulisan Dr Maza, tentulah bagi orang awam, atau sebahagian orang yang berilmu akan rasa tulisan ini begitu ilmiah sebab ada nota kaki atau rujukan. Sebahagian daripada rujukannya pula bukan semua orang boleh baca, malah menyentuhpun tak pernah. Kaedah penulisan ilmiah sebegini (nota kaki, rujukan) adalah sebahagian cara penulisan ilmiah yang diperkenalkan oleh sarjana Barat yang mungkin kita boleh terima. Namun kembali kepada topik yang diperkatakan dalam tulisan tersebut dan kesediaan penulis, termasuk penyanjungnya untuk menerima buah fikiran orang lain; maka beberapa komentar saya cuba ajukan.

Pertama; memberikan nilai dan gambaran yang begitu hodoh kepada hasil penulisan kitab-kitab lama di mata awam dengan menyamakan istilah ‘kitab’ (Arab) dengan ‘buku’ (book), dengan nada yang menghinakan atau memandang rendah atau curiga; termasuklah menggunakan bahasa yang menghilangkan rasa hormat khalayak kepada penuturnya bukanlah cara dan akhlak Islam. Kitab-kitab itu bukan saja telah berusia puluhan tahun malah sesetengahnya berusia ratusan tahun. Walaupun usia kitab bukan syarat kebenarannya, dan fokus kesangsian yang dibincangkan adalah berkaitan dengan satu andaian peristiwa atau seumpamanya, rasa curiga disematkan pada persepsi awam secara tangkap borong, dengan alasan tiada nilai ilmiah - sekadar berdasarkan peristiwa ‘seruan di telaga’ adalah tidak adil. Kadang-kadang biadap itu pun tidak semestinya ada sandaran nasnya, seperti meletakkan kaki di atas meja waktu berbicara dengan orang lain.
Kedua, teguran itu boleh disampaikan atau sekurang-kurangnya bertanya kepada penuturnya untuk mendapatkan suatu penjelasan atau menjernihkan keadaan atau mencari muafakat. Itu disebut akhlak alim ulama, bukan dengan mengeruhkan keadaan, menjatuhkan maruah walau soal benar atau tidak menjadi keutamaan. Ini seakan masing-masing berebut khalayak dan pengaruh dengan menzahirkan kebenaran yang tidak pasti; atau sekadar pasti kebenarannya pada bibir sendiri dan lingkungan kita sahaja; di sebalik statusquo kita sebagai sarjana kononnya.

Ketiga, berapa ramai ulama silam yang menulis tanpa rujukan (nota kaki), malah memang ramai penulis yang menulis berbagai hukum dan kisah tanpa menyebut sanadnya; malah berapa ramai pula yang menghasilkan hasil tulisan tanpa menulis nama pengarangnya. Terdapat juga ulama yang kitab-kitabnya bukan daripada hasil tulisannya; sebaliknya hasil pembukuan oleh murid-muridnya seperti Imam Hanafi. Apa yang mereka tulis dan apa yang mereka ungkap melalui kata-kata adalah hasil luahan daripada dada mereka sendiri. Ungkapan kata mereka adalah hasil keilmuan mereka sendiri termasuk apa-apa yang mereka riwayatkan – bukan hafal dan petik di sana sini; sebaliknya mereka telah amal dengan apa yang mereka tahu. Apa yang mereka tulis adalah kerana Allah semata-mata, bukan bertujuan supaya diikut orang dan bukan untuk tujuan mengkartunkan orang lain atau untuk memperlekeh orang-orang yang tidak setaraf dengannya.

Keempat, saya rasa kita perlu beringat bahawa bukan kita sahaja yang berhasrat menjadikan agama ini sebagai suatu yang murni; tidak lari dari asal usulnya. Bebas daripada tahyul, khurafat dan kartun. Namun, kita tidak pula boleh merasakan tulisan dan kata-kata kita sahaja yang paling murni, bersih daripada kelemahan, khoto’ dan khilaf; sehingga secara tersurat menuduh orang lain cuai mengagamakan sampah dan perkara tidak masuk akal (orang lain : khususnya ‘ulama’ yang selalunya disinonimkan sebagai orang biasa yang banyak kelemahan dan kesilapan, tidak berhati-hati dalam menukil hukum dan kisah; atau melakukan tipudaya untuk kepentingan diri dan mendapatkan pengaruh; kolot dan fanatik)

Kalau agama ini semata-mata berlandaskan kepada perkara yang diterima akal, rasional; maka para rasul dan para nabi (A.S) tidak pernah dituduh ‘gila’ oleh orang yang tidak beriman. Hatta perbuatan Nabi Noh (AS) membina kapal di daratanpun dikata gila begitu juga dengan kisah unta Nabi Syuib (AS). Apatah lagi perbuatan Nabi Khidir (AS) ketika bermusafir bersama Nabi Musa (AS) memenggal kepala seorang budak lelaki, sudah tentu mereka menganggap karut. Sefaham saya, rasional di dalam Islam tidaklah setaraf dengan ‘kajian empirikal’ dalam sosiologi Barat yang menolak wahyu dan karomah.

Kelima, perkara khawariqul adat memang tidak boleh diterima akal kerana ia berlaku di luar batas akal. Itu yang disebut sebagai di luar kebiasaan atau luar biasa. Ia berlaku sekali dan mungkin tidak berlaku lagi. Kata-kata penulis ‘..jika ini benar, bolehlah kita pergi panggil roh-roh penumpang MH370 dan bertanya di manakah kapal terbang berkenaan hilang’ secara tersiratnya adalah bertujuan mempersenda atau menghina. Bukan sahaja menghina sipencerita, malah menghina pengarang-pengarang kitab yang berkenaan. Naifnya, pengarang-pengarang itu sudah tidak boleh bangun untuk memberi hujahnya atau mempertahankan diri kecuali di Mahsar nanti. Kisah-kisah seperti riwayat Syeikh Ahmad Khuza’i yang telah dihukum pancung oleh Khalifah al-Wasiq, kepalanya telah digantung berhari-hari tetapi mulutnya masih boleh bertutur malah membaca al-Quran merupakan riwayat luar biasa dan ‘tidak masuk akal’. Begitu juga kisah seluar Imam Ahmad Ibnu Hanbal terangkat sendiri menutupi auratnya sewaktu jatuh terlondeh ketika sedang menjalani hukuman rotan adalah peristiwa luar biasa. Adakah berbaloi kalau kita kata contoh-contoh peristiwa itu dan lain-lain yang ditulis atau diceritakan oleh seseorang yang jasanya besar di dalam sejarah tamadun keilmuan Islam sebagai kartun? Penulisan buku dan periwayatan cerita adalah nikmat bid’ah yang sangat besar.

Keenam, pesan diri saya dan semua ikhwan, binalah kekuatan sendiri dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT bukan dengan menjatuhkan orang lain. Sebaik-baik kita adalah orang yang memberi munafaat kepada orang lain – berfaedah kepada orang kebanyakan atau kepada orang alim. Wallahua’lam

Selasa, 22 April 2014

SEDIKIT MENGENAI TELAGA BARAHUT

Assalamu'alaikum. Dalam Tasawuf, tidak timbul isu Telaga Barahut...Kisah yang diceritakan itu juga tidak mustahil, malah ada banyak kisah lagi tentang telaga ini. Ramai ahli mukasyafah yang ada pengalaman tentang Telaga Barahut ini, tetapi mereka diam sahaja. Orang tidak mengaji tasawuf dan pakai logik akal, kekadang rugi tidak nampak keluasan ilmu Allah dan kebesaran sifat-NYA. 

PENJELASAN RINGKAS ISU KISAH TELAGA BARAHUT.
*sebutan yang tepat adalah Barahut, bukan Barhut.

A) HADIS, ATHAR DAN PANDANGAN ULAMA' BERHUBUNG TELAGA BARAHUT1. HADIS• Daripada Ibn Abbas R.Anhuma Rasulullah SAW bersabda:خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ، فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ، وَشِفَاءٌ مِنَ السَّقَمِ، وَاللَّهِ مَا عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءٌ شَرٌّ مِنْ مَاءِ بِئْرٍ بِوَادِي بَرْهُوتَ، كَرِجْلِ الْـجَرَادِ مِنَ الْـهَوَامِّ، يُصْبِحُ يَتَدَفَّقُ وَيُمْسِي لَا بِلَالَ بِهَا Maksudnya: “Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam zam, padanya makanan daripada segala makanan, dan penawar bagi segala penyakit, dan seburuk-buruk air di muka bumi air di lembah Barahut berhampiran qubah Hadramaut seperti kaki belalang daripada serangga jadilah ia membuak-buak pada waktu pagi dan pada waktu petang tanpa sebarang basahan.” [1]
• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasululalh SAW pernah bersabda:إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ، حَضَرَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، جُعِلَتْ فِي حَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ، فَيُنْطَلَقُ بِهَا إِلَى بَابِ السَّمَاءِ، فَيَقُولُونَ: مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَطْيَبَ مِنْ هَذِهِ، فَيُقَالَ: دَعُوهُ يَسْتَرِيحُ، فَإِنَّهُ كَانَ فِي غُمٍّ، فَيُسْأَلُ: مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَتْ فُلَانَةُ؟ وَأَمَّا الْكَافِرُ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، وَذَهَبَ بِهَا إِلَى بَابِ الْأَرْضِ، يَقُولُ خَزَنَةُ الْأَرْضِ، مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَنْتُنَ مِنْ هَذِهِ، فَتَبْلُغُ بِهَا إِلَى الْأَرْضِ السُّفْلَى Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman apabila datang waktu kematian nescaya datang Malaikat rahmat. Apabila diambil nyawanya, maka dijadikan pada sutera putih yang di bawa dengannya ke pintu langit dan mereka berkata: Kami tidak dapati bau yang lebih harum daripada ini. Maka dikatakan: tinggalkanlahnya untuk dia beristirehat, maka sesungguhnya dia berada dalam keadaan dukacita. Lantas ditanya apa yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulanah? Adapun orang kafir apabila diambil nyawanya dan dibawa dengannya ke pintu bumi, lalu berkata penjaga bumi: “Kami tidak dapati bau yang lebih busuk daripada ini, sehingga sampai kepada perut bumi yang terkebawah.” [2]
• Rasulullah SAW bersabda: أَنَّ فِيهَا أَرْوَاحَ الْكفَّار وَالْمـُنَافِقِينَ وَهِي بِئْرٌ عَادِيِةٌ قَدِيْمَةٌ عَمِيْقَةٌ فِي فَلَاةٍ وَوَادٍ مُظْلِمٍMaksudnya: “Sesungguhnya pada telaga Barahut terdapat roh-roh orang kafir dan Munafiq, ia merupakan telaga yang berbahaya, dalam, lama pada tempat yang jauh dan wadi (lembah) yang gelap.” [3]
2. ATHAR• Saidina Ali RA berkata:اَبْغَضُ الْبِقَاع إِلَى الله تَعَالَى وَادي بَرَهُوْتَ بِحَضْرَ مَوْتَ فِيهِ بِئْر مَاؤُهُ أَسْوَدُ مُنْتِنٌ تَأْوِى إِلَيْهِ أَرْوَاحُ الْكفَّارِMaksudnya: “Tempat yang paling dibenci Allah ialah wadi (lembah) Barahut di Hadramaut. Padanya telaga air hitam busuk dan menjadi himpunan perut orang kafir.”
• Diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Najad daripada Ali Bin Abi Talib RA, katanya: خَيْرُ وَادِي النَّاسِ وَادَي مَكَّةَ، وَشَرُّ وَادِي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَافِ، وَادٍ بِحَضْرَمَوْت يُقَالُ لَهُ: بَرَهُوْت فِيهِ أَرْوَاحُ الكُفَّارِMaksudnya: “Sebaik-baik lembah kepada manusia ialah lembah Mekah, dan seburuk-buruk lembah manusia ialah lembah Ahqaf, iaitu lembah di Hadramaut, dikatakan dengan nama Barahut di mana terdapat padanya ruh-ruh orang kafir.” [4]
• Riwayat Ali bin Abi Thalib berkata:خَيْرُ وَادِيَيْنِ فِي النَّاسِ وَادِي مَكة وَوَادِي اِرَم بِأِرْضِ الِهنْدِ، وَشَرُّ وَادِيَيْن ِفي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَاف وَوَادِ بِحَضْرَمَوْت يُدْعَى بَرَهُوْت يُلْقَى فِيْهِ أَرْوَاحُ الْكُفَّارِMaksudnya: “Sebaik-baik dua wadi bagi manusia ialah, wadi Mekah dan Iram di bumi India. Seburuk-buruk dua wadi bagi manusia ialah wadi Ahqaf dan wadi Hadramaut yang dikenali sebagai Barahut, dicampak baginya roh orang kafir.” [5]
• Berkata Qatadah: Seorang lelaki menceritakan kepadaku, daripada Sa’id Ibn Musayyib daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, katanya:أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ تُجْمَعُ بِالْجـَابِيَتَيْنِ وَأَرْوَاحُ الْكُفَّارِ تُجْمَعُ بِبَرَهُوْتِ: سَبْخَةِ بِحَضْرَ مَوْتMaksudnya: “Arwah-arwah orang Mu’min akan dikumpulkan di al-Jabiyataini dan arwah-arwah orang kafir akan dihimpunkan di telaga Barahut (satu kawasan berhampiran di Hadramaut).” [6]
• Berkata Abu Hatim RA: Khabar ini diriwayatkan oleh Mu’az bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah daripada Qasamah bin Zuhair daripada Abi Hurairah secara marfu’اَلْـجَابِيَتَانِ بِالْيَمَنِ وَبَرَهُوْتُ مِنْ نَاحِيَةِ الْيَمَنِMaksudnya: “Al-Jabiyatan di Yaman dan Barahut daripada pihak Yaman.” [7]
• Daripada Sa’id Bin Musayyib, katanya: أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِأَرْضِ الجَابِيَةِ، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارُ بِسَبْخَةِ حَضْرَمَوْتMaksudnya: “Arwah-arwah orang mukmin di tanah al-Jabiah dan arwah-arwah orang kuffar di sabkhah di Hadramaut.” [8]
3. PANDANGAN ULAMA'Ramai ulama mengemukakan pandangan dan kisah berkenaan telaga Barahut, antaranya:
• Al-Asmu’ie berkata riwayat seorang lelaki Hadrami menyebut: أنا نجد من ناحية برهوت رائحة منتنة فظيعة جدا فيأتينا الخبر أن عظيما من عظماء الكفار ماتMaksudnya: “Sesungguhnya kami dapati di satu sudut telaga Barahut bau yang sangat busuk. Kemudian datang khabar kepada kami bahawa seorang pembesar kafir mati di situ. Dan kami dapatinya bau tersebut memang dari situ.” [9]
• Al-Zamakhsyari berkata: “Barahut ialah telaga di Yaman, dikatakan bahawa padanya ditempatkan ruh-ruh orang kafir, dan dinamakan negeri yang terletaknya telaga itu ialah Yaman.”
• Dihikayatkan seorang lelaki tidur berhampiran wadi Barahut dan berkata:كُنْتُ أَسْمَعُ طُوْلَ اللَيْلِ يَا دَوْمَة. يَا دَوْمَةَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِبَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ فَقَالَ: إِنَّ المَلَكَ المُوَكِّلَ بِأَرْوَاحِ الكُفَّارِ إِسْمُهُ دَوْمَهMaksudnya: “Aku mendengar sepanjang malam sebutan “Ya Daumah”. Lalu aku bertanya kepada ahli ilmu. Dia menjawab: “Sesungguhnya Malaikat yang diwakilkan untuk roh-roh orang-orang kafir namanya Daumah.”Cerita yang hampir sama diriwayatkan oleh Abban bin Taghlib. [10]
• Imam Syafie telah menyebut dalam mazhabnya: إنَّ المَاءَ المَكْرُوْهَ ثَمَانِيَةُ أَنْوَاعِ: اَلـْمُشَمَّسُ، وَشَدِيْدُ الحَرَارَةِ، وَشَدِيْدُ الْبُرُوْدَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ ثَمُوْدَ إِلَّا بِئْرُ النَاقَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ قَوْمِ لُوْط، وَمَاءُ بِئْرِ بَرَهُوْت، وَمَاءُ أَرْضِ بَابِل، وَمَاءُ بِئْرِ ذَرْوَانMaksudnya: “Sesungguhnya air yang makruh digunakan ada 8 jenis, antaranya: Air Musyammas, air yang sangat panas, air yang sangat sejuk, air dari perkampungan Thamud kecuali telaga Naqah, air perkampungan kaum Lut, air telaga Barahut, air bumi Babil dan air telaga Zarwan.”
• Sufian berkata: “kami telah bertanya penduduk Hadramaut, lantas mereka menjawab: “Tidak ada seorang yang mampu untuk tidur di kawasan tersebut pada waktu malam.” [11]
• Al-A’masy pernah berkata: “Adalah Mujahid tidak akan mendengar perkara yang pelik kecuali beliau pergi ke situ dan melihatnya sendiri. Beliau pernah pergi ke telaga Barahut di Hadramaut dan pergi ke Babil…… " [12]
• Abu Muhammad Abdullah bin Muslim al-Dainuri yang masyhur dengan gelaran Ibn Qutaibah berkata: “Semua ruh ahli neraka ditelaga di kawasan Hadramaut dikenali sebagai Barahut.” [13]
• Ibn Uyainah berkata: “Telah dikhabarkan kepadaku seorang lelaki berada pada waktu petang berhampiran telaga Barahut, katanya: “Seolah-olah padanya terdapat suara-suara yang bertelingkah dan aku tanya penduduk Hadramaut tentang itu, mereka menjawab: “Tidak mampu seseorang berada di situ pada waktu petang. [14]
• Dalam Kitab al-Mustathraf fi Kulli Fanni al-Mustazraf oleh Syihabuddin Muhammad Bin Ahmad al-Absyihi hlm, 420, seperti berikut: “Telaga Barahut terletak di Hadramaut dimana Nabi SAW bersabda: “Ia adalah himpunan roh orang kafir.” [15]
TARJIHSelepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.
**********************************************
B) KISAH TELAGA BARAHUT
Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.
Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.
Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.
Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?
Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.
Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.
Untuk membenarkan cerita ini, disebutkan di dalam sebuah hadis. Nabi SAW bersabda:لاَ يَدْخُلُ الْـجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍMaksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.” [16]
SUMBER KISAH INI,
Saya akan menyebut isu ini secara point untuk memudahkan kefahaman.
1. Kisah ini diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi dan memuatkannya dalam buku Lu’lu’ lil Mukminin (Permata Buat Orang Beriman), kitab himpunan hadis jilid pertama yang saya susun.
2. Saya begitu yakin kepada al-Imam al-Zahabi yang banyak mengkaryakan sirah Rasulullah dan sejarah Islam melalui beberapa bukunya seperti Tarikh al-Islami dan juga Siyar ‘a’lam al-Nubala’. Saya telah menyebut biografi Syeikhul Muhaddithin Imam al-Zahabi secara ringkas di dalam buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' untuk sama-sama difahami oleh pembaca yang mana beliau merupakan Tuan Guru dan ulama yang amat terkenal dalam bidang hadis, sejarah, dan lain-lain berdasarkan pujian tokoh-tokoh ulama silam, seperti Ibn Kathir dan lain-lain.
3. Kisah yang hampir sama telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya: “Telah mati serorang lelaki di kalangan yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahuo di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu bertanya kepada Syu’aib al-Jubbai, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke telaga Barahut, jika kamu datang pada hari sabtu maka tujulah kepadanya sehingga sampai berhampiran mata air telaga di sana Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu dan lelaki tersebut melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air seterusnya menyeru nama abahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu abahnya menjawab dan dia bertanya: “Dimanakah barang simpanan si fulan itu? Jawab abahnya: “Dibawah bendul pintu, maka angkatlah.” Cerita ini telah disebut dalam buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Georafiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri.
4. Ulama Islam bermazhab Syafie yang terkenal Imam Ibn Hajar al-Haitami juga telah menyebut cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair.
ULASAN SAYA (Dr.Zulkifli Al-Bakri)
Mungkin ada sebahagian asatizah yang menggunakan hujah berdasar kepada pengtahqiq kitab al-Kabair iaitu Sayyid Ibrahim dan Sayyid al-Arabi, antara lain berpendapat: "Dimulakan kisah ini dengan kenyatan pengarang (Imam al-Zahabi) dengan perkataan Hukiya (حكي) yang memberi maksud dihikayatkan. Di dalam bahasa istilah ulama Sighah Mabni lil Majhul merupakan Sighah Tamrid (sakit dan dhaif) yakni tidak kuat dan dia termasuk daripada riwayat yang batil yang tidak wajib disebutnya sekalipun dalam bab Mau’izah (nasihat) kerana ia menafikan aqidah sahih dan akal yang sejahtera."
• Saya secara peribadi boleh menerima kisah yang dinukilkan oleh Imam al-Zahabi kerana ia bukanlah hadis tetapi penceritaan yang diterima daripada yang terdahulu.
• Disebut dengan perkataan hukiya (حكي) yang memberi maksud 'dihikayatkan' menunjukkan betapa Imam al-Zahabi begitu mencermati dalam menyampaikan maklumat supaya statusnya bukanlah menjadi hujah qat’i tetapi lebih kepada mau’izah (peringatan) semata-mata. Justeru, tidak ada masalah untuk mengambil kisah ini sebagai peringatan dengan syarat tidak menjadikannya sebagai dalil.
• Cukuplah dengan penukilan daripada ramai ulama, seperti Imam Ibn Hajar al-Haitami dan pujian para ulama terhadap kitab al-Kabair, membuatkan kita thiqah dengan Imam al-Zahabi.
PENUTUP
Saya tidaklah mahu polemik ini lebih kepada perselisihan pendapat dan mengikut emosi tanpa bertunjangkan ilmu dan juga kefahaman yang sebenar. Justeru kami menerbitkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' sebagai mengulas secara langsung apa yang dikatakan oleh al-Fadhil Ustaz Don berdasarkan hujahan dan rujukan kitab.
Buku ini bukanlah ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi hanyalah ingin memberi penjelasan dan pencerahan dengan lebih terperinci. Penulis berterima kasih kepada Sahib al-Fadhilah Ustaz Don yang juga telah berkerjasama dalam memberi penjelasan berkaitan isu ini mengikut cara dan kefahaman masing-masing.
Bagi mendapat penjelasan lanjut, boleh mendapatkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' terbitan Pustaka Cahaya Kasturidi Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 pada 24 April - 4 Mei ini. Boleh bertemu saya dan sahabat2 PCK di booth G05-G06. Wallahua'lam.
NOTA KAKI
[1] Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir (11167) dan al-Ausat (3912, 8219), dan al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtar (2/114/67). Al-Haithami berkata dalam Majma’ al-Zawaid (3/289): “Rijalnya thiqah”. Dan dihasankan oleh al-Albani dalam Sahihnya (1056) dan Sahih al-Targhib wa al-Tarhib (1161) dan Sahih al-Jami’ (3322). Dan berkata Ibn Hajar. Rawi-rawinya adalah perawi yang thiqah dan pada sebahagian mereka dipertikaikan, akan tetapi dikuatkan dengan mutaba’at (sokongan dan dokongan daripada riwayat yang lain)
[2] Riwayat al-Nasaie (11924), Ibn Hibban dalam sahihnya (3294) dan al-Albani dalam Ta’liq al-Targhib menyatakan sahih dan Syeikh Syu’aib al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih mengikut syarat Syaikhan (Bukhari Muslim).
[3] Hadis ini disebut oleh al-Qazwaini dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi
[4] Disebut oleh al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (232) dan diriwayatkan daripada Ali RA semisal dengannya dengan lafaz yang banyak, dan diriwayatkan oleh Abd Razzaq dalam al-Musannif (9118), al-Azraqi dalam Akhbar Mekah (40/2), Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq (1/468) dan selainnya. Dan lihat dalam Ahwal al-Kubur oleh Ibn Rajab hlm (118) daripada banyak riwayat. Dan dikeluarkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikhnya (2/344-345) daripada jalur Ibn Abi Dunya secara mauquf kepada Sa’id Bin Musayyib.
[5] Lihat Tafsir al-Qurtubi hlm 190
[6] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur
[7] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur
[8] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur
[9] Lihat Ibn Qutaibah dalam Gharib al-Hadis 1/357, dan dinukilkan juga oleh Yakut al-Hamawi dalam Mu’jam al-Buldan 2/321. Lihat juga dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi hlm (64)
[10] Lihat Ibn Qayyim dalam al-Ruh hlm 277. Ibn Rajab dalam al-Ahwal hlm 118, al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur 236-237 dan al-Qazwaini dalam Aja’ib al-Buldan daripadanya dinukilkan oleh al-‘Aidrusi sebagaimana disebut dalam al-Nur al-Safir hlm 64.
[11] Ini dikeluarkan oleh Ibn Mandah sebagaimana dihikayatkan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh hlm 277dan al-Suyuti hlm 237.
[12] lihat al-Zahabi dalam al-Siyar 20/456.
[13] Lihat kitab Ta’bir al-Ru’ya oleh Ibn Qutaibah.
[14] Lihat Gharib al-Hadis 1/357.
[15] Hadis ini hampir sama diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan sanad yang hasan.
[16] Riwayat Muslim (2556) dan Abu Daud (45)

Ahad, 8 April 2012

Penyakit, Makhluk Halus dan Menghadapinya

Assalamu'alaikum,

Segala puji dan kesyukuran ke hadrat Allah Taala,  hamba baru baik dari demam dan sakit-sakit. Tiga minggu lepas, tiga hari kena demam dan dua hari sakit-sakit badan. Dekat seminggu tak buka internet dan baca emel.  Sebelum ini hamba pernah menulis tentang Sakit itu satu rahmat.  Memanglah pada lumrahnya, tak ada manusia yang suka bila sakit. Cuma pada orang hakikat, sakit itu satu kebaikan pada hakikinya. Kerana yang memberi sakit itu DIA dan yang menyembuhkan sakit itu juga dari DIA, yang ditangguhkan penyembuhan itu juga dari DIA, dipercepatkan penyembuhan itu juga dari DIA. Semuanya dari DIA, oleh DIA, untuk DIA. Dengan kita sakit, kita akan lebih menginsafi kesalahan dan kesilapan kita. Dengan kita sakit, ada kekotoran zahir yang ingin dikeluarkan dari badan.  Dengan kita sakit, kita lebih banyak belajar sifat sabar dalam menghadapi sesuatu. Dengan kita sakit, kita lebih banyak 'mengingati DIA'. Dengan kita sakit, ada kemungkinan kifarah itu menghapuskan dosa-dosa kita yang banyak itu. Dengan kita sakit, kita tersedar kita dah tersilap kerana memakan/mengambil sesuatu makanan secara berlebihan. Dengan kita sakit, kita tahu pertahanan diri dan perlindungan diri yang kita amalkan dari gangguan makhluk-makhluk halus masih ada kelemahannya, masih ada lompangnya, masih ada ruang untuk makhluk-makhluk ini 'masuk dan bertapak'. Tidakkah sakit itu baik untuk kita? Adakah DIA zalim kerana memberi kita sakit? Tidak sama sekali!!! Kita sakit kerana perbuatan kita sendiri, kerana kelakuan kita sendiri, kerana tabiat kita sendiri. Kita sakit kerana sakit itu baik bagi kita. 

Pada 7 Januari 2012, hamba sekeluarga berkhemah di Pulau Besar.  Kemudian pada 21 Januari 2012, hamba sekeluarga berkelah di Sagil, Gunung Ledang.  Semasa balik dari Pulau Besar, isteri hamba dan 3 orang anak hamba 'sakit perut'. Keesokannya, tak ke sekolah anak-anak hamba kerana demam. Begitu juga selepas balik dari Gunung Ledang, sebahagian besar anak hamba demam dan sakit-sakit badan. Sehari juga tidak ke sekolah.

Sekadar berkongsi sedikit kaedah hamba menangani anak-anak yang sakit. Cuma hamba nak ingatkan yang hamba ini bukan perawat Islam. Apa yang hamba lakukan bila anak-anak sakit? Apa lagi, bagi makan ubatlah!!! Maksudnya hamba pun melihat anak-anak sakit dari perspektif syariat, yakni kalau sakit, beri ubatnya, ubat moden, yang ada kat klinik-klinik tu.  Dah beri ubat moden tak banyak kesan, kena carilah puncanya. Punca penyakit sekurang2nya ada tiga. Yang pertama, punca zahir, macam penyakit kencing manis sebab banyak ambil gula, macam demam denggi kerana nyamuk aedes... itu perspektif orang awam. Jangan sama sekali tinggalkan perspektif ini. Kalau anda  baca kisah Sunan Ampel,  beliau dijemput untuk berikhtiar menyembuhkan penyakit yang melanda satu kawasan kampung/pemukiman oleh Raja di kawasan itu. Antara perkara pertama yang Sunan Ampel lakukan adalah berdakwah dengan menghindari amalan2 penduduk kampung yang tidak mementingkan kebersihan dan mengajak penduduk kawasan itu menjaga kebersihan. Dengan menjaga kebersihan, maka penyakit yang disumberkan dari kekotoran akan berkurangan. Kalau zaman moden ini, macam  gotong-royong membersihkan parit-longkang di kawasan taman untuk menghindari nyamuk aedes membiak. Kebersihan itu sebahagian daripada agama, maka ia bermaksud pada syariat dan juga pada hakikat.

Yang kedua, penyakit berpunca daripada makhluk-makhluk halus, itu bahasa orang ramai. Bahasa hamba, makhluk-makhluk batil. Makhluk Allah ada di jalan yang benar seperti malaikat yang sentiasa mentaati perintah Allah dan para Rasul dan Nabi. Ada makhluk Allah yang di jalan yang batil macam syaitan, iblis dan macam-macam jenis jin. Jin pula bukan semua kafir, ada yang Islam, tapi tak payahlah nak berkawan dengan jin-jin Islam ini. Ada juga makhluk Allah yang dipanggil dewa-dewi. Dewa-dewi pula ada yang Islam dan ada yang bukan Islam. Dewa-dewi tak sama dengan jin-jin. Dewa-dewi 'bersih', diangkat dari tempat yang rendah, ditinggikan, didewa-dewakan macam Tuhan. kalau dari segi 'power' dewa-dewi ni 'lebih powernya' drp jin-jin. Dewa-dewi adalah ujian kepada ahli tariqat, mereka di jalan ketuhanan. Insya-Allah hamba akan sembang dengan lebih lanjut bab dewa-dewi ni kemudiannya. Banyak mereka di jalan tasawuf 'terkeliru' dengan dewa-dewi ni. Sebab itu perlu berguru dengan guru mursyid yang murabbi. Sepertimana jin, tak perlu nak berkawan dengan dewa-dewi ni. Bab-bab ni Tok Belagak yang arif, hamba memang tahu sikit2 aja. Penyakit gangguan makhluk halus seperti kerasukan, meracau dan disantau dikaitkan dengan gangguan makhluk-makhluk halus. Jadi kalau kena gangguan makhluk halus ini, antara caranya adalah berkunjung ke Darul Saka yang diasaskan Tok Belagak atau yang popularnya Darul Syifa. Selain Tok Belagak, boleh tengok senarai blog rawatan Islam di sebelah kanan blog hamba. Kalau ada yang tak betul, sila beritahu hamba, hamba boleh 'buang' dari senarai itu. Kalau boleh rawat  diri sendiri dan keluarga, rawatilah. Tetapi bukan penyakit sebegitu saja yang boleh disebabkan oleh jin, syaitan, iblis, dewa-dewi ni. Penyakit moden juga 'boleh disebabkan' makhluk-makhluk ni. Kena kaji hadis Nabi SAW bagaimana makhluk-makhluk ini boleh 'duduk' di dalam peredaran darah. Dengan duduk dalam peredaran darah, mereka 'diizinkan' mengganggu perjalanan darah dalam tubuh-badan, mengganggu keseimbangan api, angin, air dan tanah dalam diri kita. Kalau kita ada kencing manis peringkat rendah, 'gangguan' mereka boleh menyebabkan kencing manis kita jadi kritikal dan begitulah seterusnya. Bagaimana mengatasi gangguan mereka ini? Dengan mendekatkan diri dengan Allah, banyakkan berzikir, banyakkan amalan2 sunat. Seluruh anggota tubuh badan pada diri kita seharusnya dihidupkan dengan mengingati Allah. Dalam bab ini, merujuklah kepada guru mursyid yang murabbi.

Yang ketiga, kena penyakit sekian-sekian sebagai kifarah. Maka harus kita memperbanyakkan istighfar, harus kita memperbanyakkan solat sunat taubat, harus kita mendirikan solat hajat khusus mohon keampunan dari Allah Taala atas segala kesalahan dan dosa kita kepada Allah Taala, sama ada secara sedar atau tidak. Paling baik lakukanlah secara berterusan, walaupun sedikit. Nabi SAW itu sendiri tidak pernah meninggalkan istighfar walaupun baginda itu maksum dan dijamin syurga. Memang menghadapi penyakit itu berbeza-beza caranya mengikut tahap seseorang dalam menerima penyakit. Di sinilah bijaksana guru musyid itu diperlukan agar anak murid menerima penyakit dan berusaha berikhtiar itu sesuai dengan peringkatnya. Hamba ingat ziarah  hamba ke rumah Pak Senu.  Beliau sendiri mengatakan sakit yang beliau alami sekarang ini 'baik untuk beliau', begitu banyak rahmat dan hikmahnya.  Bagi sebahagian orang tasawuf, mereka tidak mendoakan disembuhkan penyakit itu, maksudnya, jika baik disisi Allah untuk penyakit itu baik, maka sembuhkanlah, jika baik disisi Allah, penyakit itu ditangguhkan untuk disembuhkan, maka mereka redha menerimanya.Mereka mencari baik disisi Allah, bukan baik disisi manusia (“Dan keredhaan Allah itu adalah yang paling besar.” [72 : At-taubah] ).


Takat itu sajalah dulu....harus banyak lagi puncanya dan kaedah menghadapinya. Allah Taala maha mengetahui sebab-musabab ditimpakan sesuatu penyakit kepada kita, anak kita, saudara mara kita. Dari itu, apabila berpenyakit, maka berubatlah mengikut kehendak syarak. Dalam masa yang sama, berusaha mengatasi penyakit mengikut kaedah kedua dan ketiga di atas. Kalau kita masih baru dalam perjalanan tasawuf, tak boleh kita nak ikut mereka mereka yang sudah lama dan  matang dalam perjalanan ini. Kalau sedang berguru dengan guru mursyid, kongsikan masalah penyakit ini dengan guru mursyid, dan segala nasihatnya itu ikut walaupun terpaksa bersabar, menahan sakit dan sebagainya.


Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)